Masih Meninta
Story Opie Dan Auqie (SODA)
Siapa kau sebenarnya? Apa kaitan kau dengan aku? -Sophia Aisya
Aku sanggup buat apa sahaja asalkan boleh jumpa kau yang dulu -Shauqie Alexender
P/S: Sebenarnya novel nah siap tahun 2015 lagi, dah cuba hantar ke publisher tapi alhamdulillah ditolak :D Sebab memang banyak kesalahan bahasa yang perlu dibetulkan dan fakta yang mesti dikaji dengan lebih perhatian.
Berita buruknya, SODA masih begitu, belum terusik lagi setelah dipulangkan softcopy nya dari publisher. Bukan
tak nak edit, tapi perlu baca semula dari awal sampai habis, dan kena
ubah plot sikit supaya tak nampak macam tulisan budak hingusan sangat (maklumlah, mula tulis cerita ni waktu form three)
dan ianya mengambil masa yang lama sikit sebab mood ketika SODA ditulis
telah berlalu pergi. Sekarang ni saya diulit mood MLF, DLI, PC, dan
segala idea dan cerita baru membuatkan semangat untuk edit SODA tidak
kunjung tiba. Sobs
Tapi
tak apa, azam diri nak habiskan hujung tahun ni juga ataupun
selewat-lewatnya tahun depan. Allahua'lam. Doakan saya. Dan tak lupa
juga, terima kasih masih ada yang sudi baca SODA dan ada yang masih
menunggu I am truely sorry.
Dia Lelaki Itu (DLI)
Mei
Xi hanya mahu menjalani hidup normal seperti manusia biasa. Apalah
ertinya kemewahan yang mengulit dirinya sejak dilahirkan, sedangkan
kemewahan itu tak mampu membeli kasih sayang mommynya mahupun daddynya.
Dia dibesarkan untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga yang sudah
berabad lamanya biarpun dengan cara kotor dipaksa keatas Mei Xi.
Menemui
Abang Syazwan mengenalkan Mei Xi pada dunia baru. Memberitahu Mei Xi
bahawa setiap manusia itu berhak membuat pilihan dalam hidupnya. Diri
sendiri adalah miliknya, jadi perjalanan hidup merupakan pilihan sendiri
bukan ditentutkan oleh yang lain.
Lebih
luas lagi Mei Xi terdedah pada ajaran Islam yang sering dikongsikan
Abang Syazwan kepadanya. Dunia yang sentiasa diberi amaran keras oleh mommynya
untuk dijauhi. Tapi takdir Tuhan mengubah seorang Mei Xi kepada Ainul
Humaira. Pilihan yang bukan sedikit taruhannya, Mei Xi perlu
menggadaikan segala-galanya termasuk insan yang paling dia cintai.
Kehadiran
seseorang mengingatkan dia pada yang dicintai. Berkali-kali dinafikan
tapi semakin kuat rasa hatinya membenarkan lelaki itu merupakan insan
kesayangannya yang sudah dijemput Ilahi. Bagaimana mungkin yang mati itu
boleh lagi bernafas? Seseorang itu, apa hubungan dia dengan mommy? Mengapa mirip sekali kau dengan lelaki itu.
DLI DLI2 DLI3 DLI4 DLI5 DLI6 DLI7 DLI8 DLI9 DLI10 DLI11 DLI12 DLI13 DLI14 DLI15 DLI16 DLI17 DLI18 DLI19 DLI20 ~Hold~
P/S: Kalau korang baca cerita ni, percayalah. Korang akan menemui terlalu banyak kesalahan grammer. Serius,
acah nak menulis dalam Bahasa Inggeris sikit-sikit, tapi tak menjadi.
Bila den baca balik. *tutup muka* Malu nak mengaku Ainul tulis dengan
bahasa teruk macam tu. Haha, padahal baru lepas SPM waktu mula tulis
cerita ni. Jadi, Saya minta maaf untuk itu. Untuk editan akan dilakukan
semula nanti insyaAllah. Apapun, jangan berhenti membaca. Keep waiting for the next chapter. (^^,)
Maroc Love Footprint (MLF)
Suri hati yang jauh merentas benua, dicari demi menyatukan hati yang tidak pernah bertemu. Sharqawi!
Arh, lelaki misteri. Mengaku suami.
Hilda!
Persiapan Seorang Wife-to-be (PSW)
Nur
Husna dia bukanlah gadis sempurna. Kerana peristiwa ngeri yang hampir
meragut nyawanya, hidupnya terbatas untuk menjadi seorang sempurna. Di
kala bumi kini dibanjiri dengan wanita berpendidikan, Nur Husna tidak.
Kekurangannya tidak hanya pada pendidikan, malah menguruskan segala yang
seharusnya seorang wanita itu tahu dia tidak tahu. Seperti memasak
misalnya.
Tapi,
ketika mana keluarganya sibuk mencari calon buatnya dia buntu. Mahu
menolak, desakan demi desakan diterima. Mahu menerima, Nur Husna sedar
diri dia tidak sempurna. Saat keluarga calonnya sendiri datang merisik,
Nur Husna tekad. Sebelum ketidaksempurnaan menjadi santapan pertama
calon suaminya, dia mahu berubah.
Ya, dia mahu sempurna. Selayaknya seorang isteri untuk bergandingan dengan seorang suami.
Comments
Post a Comment