Posts

Showing posts from November 11, 2019

E-Novel: Maroc Love Footprint 11

Image
Awal pagi lagi mereka sudah check out dari Hotel Centrel menuju ke destinasi yang Hilda sendiri tidak tahu. Fikirnya, mahu menemani Rashid menghabiskan sisa waktunya dengan mencuci mata sekitar Kota Anfa atau membeli-belah di mana-mana. Setidaknya, memotret memori di Masjid Hassan II atau di Pantai Laila Meryem sebelum menghantar teman jauh itu ke Aeroport Muhammad IV yang akan bertolak pulang malam ini.  Tak sangka pula, awal pagi yang dikatakan Sharqawi bermaksud setelah mereka Solat Subuh. Tidak sampai sepuluh minit di dalam teksi, tahu-tahu saja mereka sudah tiba di satu bangunan yang menempatkan apartment mewah dan Hilda terus diheret menuju ke tingkat empat bangunan tersebut. Di sana, sekali lagi mereka bertemu dengan Sheikh Zakaria dan isterinya yang mahu dipanggil Ummi Khadija dan beberapa lagi wanita-wanita, para lelaki dan kanak-kanak yang pastinya agak ramai. Penuh apartment itu dengan kehadiran para tetamu Sheikh Zakaria. Fikir Hilda mungkin

E-Novel: Maroc Love Footprint 10

Image
Setelah membeli-belah keperluan diri dan beberapa helai pakaian untuk dipakai malam ini dan esok di bazar Old Medina, mereka langsung pulang ke Hotel Central. Rashid pula lebih awal mendahului mereka kerana terlalu keletihan, penat mahu sertai mereka katanya. Sampai sahaja di bilik, Sharqawi telebih dahulu bersihkan diri kemudian Al-Mulk dihabiskan sebelum baringkan diri di katil.  Hilda yang baru selesai mandi mengintai Sharqawi yang sudah tidak berkutik, sepertinya sudah ke alam mimpi suaminya itu. Bagus! Dengan hanya berjubah mandi senteng, terjengket dia bagai pencuri menghampiri wardrobe. Beg yang menempatkan pijamanya masih terlipat di dalam plastik kerana lupa dibawa bersama ketika mahu mandi tadi dicapai. Padahnya, kelam-kabut dia mencari pijama yang tiba-tiba sahaja hilang tanpa jejak. Ish, mana pula perginya ni. Sudahlah cahaya lampu bukan main romantik lagi. Lagi susah bagi Hilda yang sememangnya rabun itu mencar