E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 16 - Tantrum
16: TANTRUM Nur Husna hanya memerhati susuk Azam yang menonong pergi tanpa langsung menyapanya seperti kebiasaan lelaki itu. Malah, senyuman juga tidak lagi menyapanya melainkan figura Azam yang serupa pertama kali bersua muka. Ketat dan dingin! Hingga dia sendiri teragak-agak mahu menegur. Qalbi juga hanya diserahkan kepada mana-mana pengasuh selainnya, lalu buru-buru pergi meninggalkan Darul Sakinah. ‘Sudah kenapa lelaki itu. Sebelum ni elok je. Aku ada buat salah ke?’ Sudah tiga hari Azam berkelakuan begitu. Bukan sahaja dia berasa aneh. Malah, pekerja-pekerja Darul Sakinah juga sibuk bertanyakan Nur Husna mengenai kedinginan Azam yang tiba-tiba itu. ‘Ke sebab dia marah aku setuju dengan syarat kembarnya itu? Tak akanlah. Tapi, memang muka dia macam nak makan orang waktu terima fail yang aku bagi tu. Nak tak nak je dia terima. Sebab tu ke? Ish, tak boleh jadi ni. Lagipun dia je yang boleh tolong aku menjayakan syarat Azami Norhakim. Petang ni, aku kejar sa