Posts

Showing posts from November 10, 2019

Cerpen: Bola Berbulu dan Aku

Image
Jual2! Sapa nak beli? P/s: Kalau perasan, cerpen ni lebih kurang sama dalam beberapa situasi dengan cerpen yang sebelum ni. Dua2 cerpen bertemakan kucing sememangnya diadaptasi daripada kisah benar dan dua kucing berbeza. Jadi persamaan itu memang disengajakan memandangkan tujuan dua cerpen ini dihantar ke dua saluran yang berbeza. Cerpen ini dihantar bertulisan jawi ditulis secara manual bersempena penyertaan 'Pertandingan Menulis Cerpen Jawi Peringkat Antarabangsa' anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walaupun tidak berjaya menjadi pemenang, tapi tidak pernah salah mencuba kan?  Nak baca versi jawi? Sila download pdf di bawah. Selamat membaca!😊 Cerpen Bola Berbulu dan Aku

Cerpen: Kucing Paling Kebal

Image
Oyen waktu kecik. Muka bajet comey. Huh! P/S: Cerpen ini  dikarang untuk menyertai pemilihan 'Cerpen Kucing Paling .....' yang dianjurkan oleh BLINK Publication. Sekiranya terpilih, cerpen akan dicetak dan dipasarkan dibawah syarikat penerbit. Sayangnya, masih belum berpeluang menjadi yang terpilih. Maka, ke sinilah cerpenku untuk dibaca.  Selamat membaca! ----------   “Rrrr... Meow! Meow! Meow!”  Mata yang memberat menghadap buku tebal untuk dikhatam dikejutkan dengan tangisan anak kucing yang berteriak lantang. Awalnya, Afina mahu abaikan sahaja tangisan itu, mungkin kucing lapar menanti ibunya beri makan. Nanti perut penuh, diamlah dia. Terasa segar sedikit matanya dengan kejutan itu. Tidak mahu terlelap lagi, Afina ke dapur untuk membancuh kopi buat tambah tenaga. Misinya untuk malam ini perlu diselesaikan kerana petang esok dia perlu buat perbentangan di kelas. Afina cuba tidak ambil peduli akan suara yang mencemar hening malam, telinga dicucuk fon teling