Tinta Dakwat

Assalamualaikum semua,
Bismillahi  Ar-Rahmani Ar-Rahim,
Saya Ainul Zaidi@Amz, penconteng kanvas ini. Untuk makluman semua 'Amz Imagination Cabin' ini khas dibuat untuk mencurahkan idea-idea saya sebagai peminat menulis. Saya budak sastera jadi hobi saya yang satu tidak dapat saya pisahkan. Oleh itu, cerita-cerita yang dicipta oleh imaginasi saya, saya curahkan di cabin ini untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat khususnya untuk orang-orang yang begitu menggemari novel, e-novel, cerpen dan lain-lain. Idea-idea di sini adalah hasil ciptaan saya sendiri, jadi mohon jasa baik semua untuk beri kerjasama agar tidak meniru atau sebagainya. kerjasama daripada anda sangatlah saya hargai. Berseronok menikmati hasil karya saya insya-Allah, saya cuba memberi manfaat contengan saya kepada pembaca.

Saya seorang yang mempunyai begitu banyak cita-cita, termasuklah menjadi seorang penulis suatu hari nanti. Jadi, sebagai seorang yang mempunyai cita-cita, saya berharap hasil karya saya akan dapat dibukukan suatu hari nanti. Insya-Allah. Daakan saya. Andai kata tak ada rezeki, berkongsi imaginasi bersama-sama pembaca sudabh cukup memuaskan hati saya

Alhamdulillah, SPM telah berlalu. Kini, liku kehidupan saya lebih mencabar perlu saya jalani di bumi asing. Hakikatnya 'jawatan pelajar' tidak pernah berhenti dipegang oleh manusia. Kerana selama-lamanya manusia itu fitrahnya belajar untuk mengetahui sesuatu. Doakan saya dan kita semua agar semuanya diberikan kekuatan menyelusuri hidup yang penuh dugaan ini. Tambahan lagi fatrah kehidupan akhir zaman ini memerlukan keimanan yang sangat teguh. Doa! itu senjata yang tiada bayaran untuk dipohon. Pohonlah diberikan kejayaan, kebahagiaan, keselamatan daripada fitnah dunia dan dajjal, kesihatan tubuh badan untuk beribadah hingga kebahagiaan kita kecapi di dunia dan juga akhirat. insya-Allah, kita sama-sama tawakkal, sama-sama usaha dan sama-sama doa ya! insya-Allah syurga milik kita. Saya doakan jugak semoga hidup kalian semua  bahagia bersama keluarga tersayang, orang tersayang dan dimurahkan rezeki hendaknya. Insya Allah.

Senyuman ikhlas dan salam sayang buat semua. Serba sedikit tentang saya 'novelis to be':
-by  Ainul Zaidi/AMZ

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan