Posts

Showing posts from August 31, 2019

E-novel: Dia Lelaki Itu 11

Image
29 March 2010 Aku tersedar daripada lenaku apabila terasa bahuku disentuh seseorang. Dek  terjaga dalam keadaan terkejut, kepalaku  sedikit berpijar dan berpusing-pusing. Realiti di sekelilingku masih samar-samar. Aku memejamkan mata sambil beristighfar, cuba mencari titik fokus ingatanku di mana  aku buat kali terakhir. Di hospital, mataku terbuka.  Gerangan yang sedang nyenyak terbaring aku pandang. Nafasnya teratur dibantu alatan bantuan pernafasan. Aku  menghembus nafas lega dan berpaling  mencari gerangan yang mengejutkan tadi. Seorang jururawat sedang tersenyum  manis memandangku. "Ada apa nurse?" "Maaf saya ganggu puan. Ini,  saya nak serahkan form yang puan perlu isi. Dan puan belum daftar pesakit  lagi untuk urusan pembayaran."  Usai menjelaskan tujuannya ke situ, jururawat  yang bertag nama Sara itu menyerahkan beberapa keing kertas yang dikepilkan bersama sebatang pen. Aku menyambut hulurannya lalu memerhati sekilas butiran-butiran yang

E-novel: Dia Lelaki Itu 10

Image
22 March 2010   Aku menyusur sendirian dalam lautan manusia. Fikiranku buntu memikirkan apa yang patut aku lakukan. Sesak sel-sel otakku seperti sesaknya lalu lintas yang seberang jalan dari koordinatku berjalan. Aku memandang langit bersama keluhan memohon ada sirna yang mampu ceriakan hatiku yang merudum sayu. Namun melihatkan arakan awan hitam, hatiku bertambah sayu. Tahu bila-bila masa lebatan air langit akan jatuh menimpa bumi. Lautan manusia turut bekejaran mencari tempat yang mampu melindungi kepala mereka dari titisan hujan. Tidak terkecuali juga aku. Belum beberapa saat, hujan sudah turun dengan lebatnya menghentam bumi. Langkahku yang laju terhenti saat mataku menangkap sosok tubuh lelaki yang tersorok di sebalik kotak-kotak barangan dari kedai perabot. Tubuhnya yang dipeluk lingkaran tangannya menggigil kesejukan. Kotak-kotak yang sudah hampir lunyai cuba ditariknya menutupi tubuhnya. Tanpa berfikir laju sahaja langkahku menghampiri figura itu. “Encik! Mari