E-novel: Dia Lelaki Itu 7


3 July 2007

Baru sahaja semangat aku ingin stabil dengan apa yang menimpa hidupku kini aku diuji lagi dengan musibah yang menimpa keluarga mertuaku. Apakah malang nasib mereka menerima menantu dan ipar seperti aku? Yang tidak habis-habis mengundang durjana kepada kehidupan mereka. Aku menyentuh pintu bilik ICU yang menempatkan ibu mertuaku di dalamnya. Mak! Kuatlah mak! Demi Humaira’.
Semua bermula apabila Ika mengajakku meneroka dunia luar sementelah aku lebih banyak menghabiskan waktuku membantu Mak di rumah. Menguruskan hal rumah tangga, memasak buat suamiku yang seharian di luar bekerja, buat adik-adik iparku yang kepenatan seharian belajar. Adakala aku membantu Mak menjahit tempahan baju yang diterimanya, walaupun masih merangkak tapi aku tetap cuba sambil dibantu Mak dengan penuh sabar. Jikalau Mak terlalu letih aku menjadi tukang urut sukarela kepadanya.

Semenjak kepergian anak sulungku aku cuba redha dan tenggelam dengan kerja-kerja di rumah. Menghilangkan rasa sedih dan kecewa di hati. Sehinggakan segala kerja yang ingin orang lain lakukan aku larang. Naik pening satu rumah dengan telatahku yang menegah mereka menyentuh walaupun sehelai baju, sepiring pinggan atau apa sahaja penyapu juga sudah siap ditampal dilarang guna melainkan aku sorang. Adik kembar ipar aku tak terkata setiap kali dilarang, Ika pula adakala sampai berebut denganku nak buat kerja rumah. Katanya aku ni macam desprate sangat nak masuk pertandingan orang gaji terbaik. Semua benda nak dibuat. Abang Syazwan hanya ketawa lucu melihat keletah aku yang sudah mulai terima apa yang menimpa hidupku. Dia tak kisah asalkan aku semangat untuk teruskan hidup. Cuma ada kala dia terpaksa menarik aku untuk tidur apabila aku masih berdegil menghabiskan seraga baju untuk diserika walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Rimas asyik melihat aku yang seperti tak punyai kaki untuk keluar dari rumah batu dua tingkat itu, Ika dan Abang Syazwan plan untuk makan angin di luar. Aku dalam keterpaksaan keluar juga walaupun jenuh diheret dan dikelui oleh satu rumah. Orang semua sudah dalam kereta menunggu aku sedangkan aku masih sibuk susun pinggan mangkuk yang telah aku siap cuci selepas sarapan tadi. Nak tak nak, pergi jugalah itupun setelah dipanggil dengan lembut oleh mak.

Dalam hati bukan tak nak, tapi naluri ini terasa sangat berat untuk memunculkan diri di dunia luar. Terasa segala macam ancaman bila-bila masa menjadikan aku sasaran mereka. Sementelah pula ugutan mommy masih tetap berlegar di fikiranku walaupun telahku cuba menghakisnya pergi. Kerana adanya Abang Syazwan aku punyai sedikit keberanian untuk keluar.

Hampir seharian kami di luar. Walaupun tak segah tempat perlancongan yang mahal tapi rehlah yang singkat dan murah ini sangat aku hargai. Sebelum pulang ke rumah, Abang Syazwan singgah di Masjid Al-Mustaqqim untuk solat Isyak di sana. Aku yang terlalu letih tertidur di ruang rehat untuk muslimat yang disediakan oleh AJK masjid. Ruang rehat itu ada dua, bahagian muslimin satu dan bahagian muslimat agak terlindung daripada pandangan muslimin. Cukup menjaga daripada berlakunya iktilat dan sememangnya sangat selesa untuk orang yang kepenatan seperti aku. Lengkap dengan dua set sofa dan satu almari yang menempatkan banyak buku ilmiah, yaasin, Al-Quran dan terjemahan. Terlalu asyik melayan kantuk tidak sedar entah berapa lama aku terlelap di situ. Aku tersedar apabila terasa tubuhku yang terteleng entah bagaimana rupaku, diselesakan dengan bersandar pada seseorang. Si dia melingkarkan tangannya kebahuku lalu menepuk lembut. Aku membuka mata melihat siapa gerangan tersebut. Abang Syazwan tersenyum kecil menyejukkan pandangan mataku.

“Abang dah nak balik?” Walaupun mata kembaliku pejam mulutku ringan bertanya sambil melentokkan kepalaku di bahunya.

“Belum lagi. Ambil angin sekejap menikmati pandangan malam dekat sini. Tenang dan damai masjid ni. Sejuk mata memandang. Orang tak putus-putus keluar masuk. Semoga pemiliknya diberkahi Allah selalu. Abang tengok Muslimin sahaja yang tak putus keluar masuk masjid tapi Muslimat kurang.”

Tapi bagus la,  nak tahu kenapa. Diriwayatkan dari as-Sa-id tuannya Umu Salamah, diriwayatkan dari Umu Salamah isteri Nabi saw. diriwayatkan dari Nabi saw. beliau bersabda: Sebaik- baiknya tempat solat perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka. (HR Ibnu Khuzaimah) Ulamak pun dah hujah perkara ini demi elakkan wanita daripada fitnah. Tapi tak bermaksud Rasulullah menghalang wanita pergi masjid sedangkan Rasulullah bersabda: “Jika isteri-isterimu meminta izin ke masjid-masjid, maka izinkanlah mereka.” (HR Muslim, Bukhari, Ahmad, dan Ibn Hibban). ” Aku hanya mendengar buah bicaranya yang sentiasa berisi.

“Abang tak takut kena kejan dengan tok imam ke masuk kawasan muslimat ni?” Walaupun kantuk masih bergayut aku bertanya seloroh. Dia ketawa kecil.

“Pandai je dia nak ugut abang. Ika cakap tadi kakak ipar dia tertidur macam tak ingat dunia dekat sini abang datanglah. Mahu guling abang tengok cara orang tu tidur terteleng macam orang senget. Itu tak masuk lagi air liur basi dia meleleh macam air paip.”

Sekali suami aku ni balas loyar buruk memang azab. Automatik pula tu aku duduk tegak meraba-raba tepi bibirku jikalau ada air yang mengalir. Tudungku dibelek kot-kot ada peta minda tanpa sengaja. Berdecit suara aku menahan geram sambil memberikan pandangan berkilau, tajam lagi berasap berapi. Bertuah punya suami! Macam air paip dia kata? Kenapa tak kata air terjun lagi gempak sikit kan. Boleh pula tu dia ketawa mengekek. Tak layan dengan pandangan bersilau aku pun. Ceh!

“Dah tak payah buat muka macam buah mangga kelat. Kita gurau je pun dengan dia. Dapat pahala apa. Ika cakap muslimat tak ada abang datanglah sini. Abang nak kejut Humaira’ tak sampai hati jadi abang temanlah.” Abang Syazwan menerangkan persoalanku tadi. Siap bagi info lagi. Walaupun aku mendengar tapi sengaja hati dikeraskan menunjukkan rajuk di hati.

“Abang tahu Humaira’ penat. Tak payah buat muka macam tu tak comel nanti. Sini, sandar sini. Sambung balik tidur Humaira’. Nanti abang kejut.” Aku diam.

“Sini...” Apabila keluar suara selembut sutera tu cair juga aku dibuatnya. Lagipun memang aku mengantuk sangat sekarang. Kot mana pun kenalah mengalah juga. Aku yang membina jarak sejauh mata memandang menghampirinya lalu bersandar selesa pada bahunya. Aku dipeluk dengan sebelah tangan kanannya kemudian lembut ditepuk pada bahuku. Menyelesakan aku untuk sambung tidur.

“Ika, mak dan si kembar tu pergi mana?” Sebelum terlelap orang yang aku cari sedari tadi aku tanyakan.

“Diorang pergi beli makanan kejap. Mak dengan kembar nak ikut sebab tu Ika suruh abang temankan Humaira’. Dia tak sampai hati nak kejut. Mujur dia cakap muslimat tak ada.” Oh, patutlah. Cer dia bagitahu macam tu dari tadi takadalah aku muncung sedepa kena usik. Malas nak bertanya banyak aku kembali menyambung kantukku.

Bum!

Terkejut aku daripada lena apabila mendengar hentaman yang maha dahsyat itu. Abang Syazwan yang mungkin juga terlelap terjaga daripada tidurnya. Biul sekejap kami cuba mewaraskan apa yang sedang berlaku. Tersedar dalam keadaan terkejut sememangnya sukar untuk merasional aqal ke dunia rialiti. Suara riuh muslimin yang keluar daripada masjid menggesa kami berdua untuk turut serta memastikan apa yang berlaku. Berlari-lari kami menuju ke pintu pagar masjid.

Hampir tertojol mataku melihat apa yang berlaku di depan mata. Kereta viva berwarna green lime sudah separuh remuk akibat dirempuh kenderaan berat. Tetapi kenderaan yang melanggarnya sudah berlalu pergi. Pasti langgar lari. Aku pandang Abang Syazwan yang kelu di sisi. Riak wajahnya jelas terkejut melihat apa yang berlaku, warna kulitnya pucat. Ini bukan Abang Syazwan yang biasa aku kenal. Mengapakah dia begini? Sekali lagi aku pandang kenderaan tadi yang masih berada di tengah-tengah jalan. Cermin kereta berkecai bersalutan darah. Ada manusia yang masih cuba bergerak di dalamnya. Aku amati kerana kereta, penumpang dan pemandunya seperti aku kenal. Setelah otakku mulai waras, hampir rebah aku ke bumi memikirkan siapa gerangan itu. Ya Allah! Tanpa berlengah laju kakiku berlari ingin mendapatkan mereka yang sedang cuba keluar daripada kereta.

“Mak! Ika! Kakak! Adik!” Hanya itu aku mampu lakukan menjerit nama mereka sekuat hati. Kereta yang lalu lalang menyukarkan aku untuk melintasi jalan raya yang luas. Malas bertunggu lama aku berlari menghampiri kereta yang remuk itu sambil mulut menjerit dan memanggil mereka. Berharap mereka berjuang untuk terus hidup.

“Humaira’!!” Langkahku terhenti apabila tubuhku ditarik seseorang lalu tenggelam dalam pelukannya. Aku ditarik supaya menjauh daripada kereta. Ingin sahaja aku memarahi Abang Syazwan kerana perbuatannya menghalang langkahku. Aku ingin selamatkan mereka kenapa mesti dihalang! Aku meronta ingin dilepaskan. Air mata usah dicakap laju mengalir membasahi pipi.
Bum! Bum! Bum!

Berderai jantungku melihat tiga biji lori laju membelah dan melanggar kereta viva yang sedia remuk lalu dipandu pergi tanpa ada rasa bersalah. Tidak hairan mengapa Abang Syazwan menarikku menjauh daripada kereta. Dari jauh dia sudah melihat lori yang memandu bagai orang gila.
Sekali lagi bum!

“Mak!” Aku menjerit sekuat hati melihat kereta dilanggar sebiji trailer sehingga berpusing kereta viva yang remuk di tengah jalan. Rupanya seperti tin yang sudah dipijak dan diremuk. Aku rebah ke bumi melihat kemalangan ngeri di hadapan. Menjerit dan meraung aku melihatnya. Abang Syazwan erat memeluk dan menyabarkan aku. Ya Allah! Kenapa kejam sekali mereka melakukan demikian terhadap keluargaku?

Tidak lama selepas itu, dari jauh kedengaran bunyi bingit motosikal membelah angin menuju ke arah kami. Seperti mengagak kami akan menjadi sasaran motorsikal yang tidak menunjukkan tanda untuk mengelak segera aku ditarik Abang Syazwan menjauh. Tapi apalah sangat yang boleh dibuat, kepantasan kenderaan itu lebih laju menghampiri kami. Hanya sekelip mata satu tusukan tepat ke bahuku. Aku menahan perit merasai ketajaman besi yang tertembus ke belakang bahu. Motorsikal tadi berhenti seketika, pemandunya pusing ke belakang. Ibu jari diangkat kemudian dipusing ke bawah disusuli kedua-dua jadi tengahnya diangkat sebelum berangkat pergi dengan laju.

“Ya Allah, Humaira’!” Darah yang membuak-buak keluar daripada bahuku cuba ditahan oleh Abang Syazwan. Aku dipangkunya. Beberapa orang cuba membantu menghulurkan serban. Aku cuba untuk tidak memejamkan mata. Tidak mahu orang di hadapanku itu hilang daripada pandangan. Rasa sakit yang teramat membuatkan air mataku mengalir tidak berhenti.

“Bertahanlah isteriku! Abang di sini.” Setibanya pihak polis dan ambulance aku terus dibawa pergi. Abang Syazwan yang mengendungku naik ke atas ambulance. Tangannya yang berlumuran darah menggenggam erat tanganku sementara beberapa orang nurse membantu memberhentikan darah yang mengalir.

“Abang... mak... Ika...” Aku menyebut nama mereka membuatkan Abang Syazwan tewas dengan air matanya.

“Shuu.. semua akan baik-baik sahaja. Jangan tidur Humaira’. Bertahan.” Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku tidak mahu aku berkata banyak.

“Humaira’ sakit abang. Sakit sangat.” Wajahnya sebak mendengar rintihanku. Seketika dia mengubah posisinya ke lantai ambulance. Bibirnya mengucup dahiku lama. Salah satu cara yang digunakan Abang Syazwan untuk menenangkan aku. Bibirnya menghampiri telingaku, sambil tersedu sedan dia membaca kalimah-kalimah suci. Caranya itu cukup menenangkan aku, genggaman aku pada tangannya lebih erat, walaupun terasa seperti tidak mampu lagi untuk membuka mata. Terasa tubuhku terlalu lemah dek darah yang hilang terlalu banyak. Ya Rabb.. beginikah perakhiran kebahagiaanku?

*****

5 July 2007

“Mak!” Aku terduduk daripada baringku. Tercungap-cungap aku bernafas, peluh memercik hebat ke wajahku. Abang Syazwan yang tertidur di sisi katil terjaga. Pantas berdiri menyentuh wajahku. Wajahku yang cemas, mataku yang risau memandang ke kiri dan kanan cuba ditarik perhatian oleh Abang Syazwan. Aku dihadapkan memandang wajahnya. Setelah waras siapa di depanku, aku sedikit tenang. Tangannya yang melekap di pipiku aku pegang erat. Hanya beberapa saat, sebak yang menguasai diriku dizahirkan melalui air mata yang mengalir. Wajah runsing Abang Syazwan mulai berubah sebak melihatku. Aku ditarik kedalam pelukannya. Keras nafasnya mungkin tidak mahu tewas lagi dengan air mata.

Setelah tenggelam dalam sendu yang panjang, Abang Syazwan menyandarkan aku pada katil. Menyelesakan bahuku yang tidak mampu bergerak. Katanya bahuku berlubang disebabkan besi yang ditusuk ke bahuku. Setelah diperiksa oleh doktor, aku ditinggalkan bersama Abang Syazwan di bilik. Tenang Abang Syazwan melayanku, segalanya dia yang lakukan. Dialah yang menyuapku makan, dialah yang mengelap tubuhku apabila aku ingin mandi, tiba sahaja waktu makan ubat Abang Syazwan yang ambil alih memberikannya kepadaku.

Petang itu, Abang Syazwan ceritakan kepadaku apa yang terjadi. Aku pengsan dua hari. Besi yang ditusuk ke bahuku sebenarnya ditujukan kepada Abang Syazwan tapi mungkin pemandu durjana itu tersalah target aku yang menjadi mangsanya. Besi itu bukan hanya sebagai senjata tapi turut dijadikan sebagai penghantar mesej. Pada besi itu ada surat yang diikat bersama. Dan surat itu disimpan oleh Abang Syazwan tanpa diserahkan kepada pihak polis apabila disoal siasat. Ika dan kembar meninggal di tempat kejadian. Tubuh mereka hancur tidak lagi dapat diamati bagaimana rupa mereka. Mereka sudah selamat dikebumikan oleh Abang Syazwan sendiri saat aku seharian tidak sedarkan diri di hospital.

Tapi apabila disoal tentang keadaan mak Abang Syazwan diam agak lama. Setelah agak tenang, dia khabarkan kepadaku peluang mak untuk teruskan hidup sangat-sangat tipis. Hanya mak seorang tubuhnya tidak seteruk arwah Ika dan kembar. Saat tubuh mak dibawa keluar daripada kereta, manusia yang disangka telah meninggal rupanya masih bertahan untuk hidup. Tercungap-cungap nafas mak dan segera dibawa ke hospital. Cubaan untuk selamatkan mak masih diteruskan. Abang Syazwan yang menemani mak disaat bertarung nyawa di dalam bilik ICU. Sebak aku mendengar apabila mak mengatakan dia maafkan segala perbuatan keluarga Tao terhadapnya sebelum mak koma sehingga sekarang.

Tanpa menunggu aku berlari menuju ke wad ICU diikuti Abang Syazwan dari belakang. Bahu yang sakit aku tahan semahu-mahunya. Bilik ICU yang tertutup rapat aku hampiri. Aku melihat manusia yang terbaring lemah tidak bergerak. Hanya turun naik dadanya sahaja menunjukkan jantungnya masih bergerak. Pintu ICU aku sentuh mencari kekuatan untuk masuk. Abang Syazwan membantu aku, tubuhku didakap tangan kanannya sambil tangan kirinya menolak pintu. Aku dibawa masuk menghampiri insan yang terbaring di atas katil. Hancur hatiku umpama hancurnya kaki dan wajah mak. Ya Rabb.. seandainya sudah tiba waktunya kau ambillah dia pergi menghadap-Mu dengan tenang. Jangan Kau siksa insan mulia ini dengan ujian kesakitan sebegini Ya Rahim.

“Makk....” Aku memanggil mak dengan suara sebak dan bergetar. Genggaman Abang Syazwan aku lepaskan menggantikan tangan mak yang luka-luka dan jarinya terputus dua. Aku memejamkan mata memohon kekuatan. Tangan yang bengkak itu aku bawakan ke bibirku memohon keampunan dengan apa yang telah berlaku. Dua kali mak ditimpa kecelakaan yang besar disebabkan tangan besannya sendiri. Ya Rabb, masukkanlah insan ini ke syurga-Mu tanpa hisab. Mak, ampunkan Humaira’. Ampunkan Humaira’ dengan apa yang telah berlaku terhadap mak dan adik-adik. Humaira’ tak akan maafkan perbuatan mommy terhadap kalian. Besar sungguh pengorbanan kalian terhadapku untuk memilihara manusia asing seperti aku hanya atas nama Islam. Maafkan kehadiran pembawa malang seperti Humaira’ mak. Ika, kakak, adik.. semoga kalian tenang di sana. Seandainya aku bisa menggantikan tempat kalian, pasti aku segera lakukan.

Lama aku mencium tangan yang tidak bergerak itu. Air mata mengalir tanpa henti. Abang Syazwan bisu dalam sebaknya mengusap belakang tubuhku. Seketika aku tenggelam dalam penyesalanku bersama deraian air mata dikejutkan dengan tarikan nafas yang keras daripada tubuh di hadapanku. Matanya terbuka dan tertutup, nafasnya keras seperti menunggu saat waktu untuk pergi. Mak! Aku terkaku tidak tahu untuk melakukan apa. Hanya genggaman tanganku semakin erat. Rasa sejuk pada tangannya mulai terasa. Abang Syazwan menghampiri telinga mak dan mengucapkan kalimah tauhid. La.. ilaha.. illa.. allah.. usai bibir mak melafazkan kalimah itu dia memandangku dan tersenyum sebelum tangannya jatuh daripada genggamanku. Dadanya tidak berombak lagi menunjukkan rohnya tiada lagi. Aku mengangis dan menangis. Abang Syazwan menghampiriku dan memelukku. Cuba menenangkan aku.
 
“Belajar sebut Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Dari-Nya kita datang kepada-Nya kita dikembalikan. Sabar dan redha Humaira’. Abang sentiasa bersama Humaira’. Katakan Humaira’.” Abang Syazwan meminta.

“Inna lillahi wainna ilaihi raji’un...” Berulang kali aku katakannya sehingga tiada lagi suara untuk bercakap.

Pengurusan jenazah diambil alih Abang Syazwan dan aku. Sambil dipantau oleh seorang ustaz. Kami berdua yang melakukan segala-galanya. Aku diajarkan apa yang perlu menggunakan sebelah tangan. Pertama kali aku memandikan jenazah mak sememangnya sangat menyayat hatiku melihat tubuh-tubuhnya yang hancur. Kerana Abang Syazwan melarangku menitiskan air mata aku bertahan sehingga jenazah mak selamat ditalkinkan.

Pulang sahaja ke rumah, sebak kembali menguasai diri. Adikku yang juga pulang menemani aku. Wajah mommy langsung tidak kelihatan walaupun sudah dikhabarkan oleh Abang Syazwan. Sekiranya tidak mahu melihat keluarga besannya tidak mengapa tapi sekurang-kurang datanglah melihat anaknya yang hampir lumpuh ini. Terasa tubuhku seperti tidak mampu lagi berdiri apabila menjejak kaki ke rumah yang dulunya riuh dengan suara mak dan adik-adik iparku. Seminggu aku demam panas terlantar di rumah ditemani Crist dan Abang Syazwan. Itupun selepas bawa surat yang berlumuran darah yang telah kering. Mommy.. kenapa mommy buat macam ni.

‘Fasa kedua selesai. Tunggu mommy hancurkan kehidupan Mei Xi. I’ve told you before. I’ll make your life been nightmare. See you then...’

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan