E-Novel: Dia Lelaki Itu 1


5 March 2005

“I know you’re a good girl.” Mommy menghampiriku lalu mengucup dahiku lembut. Aku memejamkan mata cuba merasai sama ada ciuman itu merupakan ciuman kasih seorang ibu atau ciuman kepuasan kerana berjaya menundukkan aku mengikut jejaknya. Namun apa yang aku rasa kosong. Gersang segersang padang pasir yang tandus. Puaskah mommy berjaya menjadikan aku boneka untuk sebuah medan perniagaan, kekuasaan dan kekayaan. Puaskah?

“I’ll live happily ever after right mom?” Aku persoalkan soalan yang seharusnya soalan itu ditanyakan kepada diri sindiri. Terasa seperti dunia tersenyum sinis melihat aku yang terbelenggu dengan lingkaran kekuasaan seorang ibu menggari kehidupan seorang anak demi  kepentingannya sendiri.

“Of course, my dear. I give you a precious man who’ll bring you to heaven. Now, comfort yourself. Your daddy will bring you to there soon. But remember, do not do something stupid ye darling. Don’t break my heart again. Got it?” Mommy mengulang lagi pesanannya yang terakhir itu. Seperti tahu anaknya seorang yang kuat memberontak dari belakang. Aku hanya mampu mengangguk tanpa rela. Mommy tersenyum manis sebelum mengucup dahiku lagi. Dia mengusap rambutku yang sudah tersanggul cantik dan dihiasi dengan bunga-bunga kecil pada dandan rambutku sebelum melangkah pergi dari bilik tidurku yang dihias cantik dengan bunga-bungaan. Bilikku ini sudah layaknya dipanggil bilik kelamin untuk sepasang pengantin. Kecantikannya memukau mata yang melihatnya tapi bukan aku. Aku lemas dan rimas.

Aku memandang pada cermin besar dihadapanku melihat diriku sendiri yang didandan cantik sebagai seorang pengantin. Wajahku yang jarangku hiasi terserlah kecantikanku dengan make up yang di touch up oleh mak andam terkenal jemputan khas oleh mommy. Atas kepalaku yang biasa aku tutup dengan cap ditutupi dengan kain lace untuk pengantin labuh hingga ke bahu. Tubuhku yang biasanya hanya berkemeja dan berseluar jeans kini dibaluti dengan gaun labuh mencecah lantai. Atas dadaku terdedah kerana rekaannya yang berkemban tapi ditutupi dengan jaket jarang senteng bewarna putih berbulu-bulu. Aku memegang bunga yang digubah khas untukku pegang untuk acara perkahwinanku di church yang tidak jauh jaraknya dari sini.

Saat ini aku baru teringatkan seseorang yang sudah lama mengajarku kepada sesuatu yang baru. Abang Syazwan... rindunya aku untuk mendengar cerita ilmunya yang mencurah-curah tentang agamanya. Agama yang majoritinya dianuti oleh penduduk di bumi bertuah Malaysia ini. Aku rindukan ayat-ayat yang dikatakan suci oleh Abang Syazwan yang sering dibacakan olehnya kepadaku. Malah aku ada menyimpan beberapa kaset untukku dengar biasanya sebelum waktu tidurku. Hadiah daripada Abang Syazwan. Abang Syazwan tidak pernah memaksaku untuk menganuti agamanya malah membuatkan aku terpesona dengan hidupnya sebagai seorang muslim membuat aku tertarik untuk tahu lebih dalam tentang Islam. Niatku untuk berhijrah belum aku utarakan kepada siapa-siapa pun malah Abang Syazwan juga tidak pernah. Kiraku sekiranya mommy tidak menghidu tabiatku yang songsang dari agama nenek moyangku Kristien katolik, sudah pasti aku kini sudah menjadi seorang muslimah.

Rasa kekosongan dalam diriku telah diisi dengan cinta yang membuak terhadap Islam. Kerana cinta dengan agama ini aku tertarik untuk menganutinya, untuk hidup dalamnya, untuk berserah jiwa dan ragaku demi agama ini. Tapi, semuanya musnah dengan amaran keras daripada mommy dan daddy. Walaupun aku menentang pada mulanya, namun apabila kehidupan Abang Syazwan menjadi taruhan aku berserah. Hubunganku dengan Abang Syazwan telah terputus hampir sebulan. Hadiah yang diberikan kepadaku oleh Abang Syazwan telah dirampas dan dibakar oleh mommy. Aku.. hanya mampu melihat dengan kesedihan tiada kuasa untuk menghalang. Dan kini hidupku yang dulunya hampir mempunyai harapan cerah apabila mengenali Islam kembali dikongkong oleh mommyku, Puan Sri Siew Ming.

‘Saya akan berkahwin hujung minggu ni. Lelaki itu anak kenalan kawan seperniagaan mommy saya. Namanya Chin Leo Zu.’ Aku memberitahu Abang Syazwan bahawa diriku ini akan bertukar status.

‘Oh ye ke. Tahniah, Mei Xi. Lepas ni saya kena panggil awak Mrs. Chin la. Nanti kalau jumpa saya, kenalkan dia dengan saya erk?’ Agak kecewa apabila mendengar suara  ceria Abang Syazwan mengucapkan tahniah. Tidak kecewakah dia dengan berita ini. Macam seronok sahaja siap suruh kenalkan lagi. Kerana menerima riaksi yang bukan aku harapkan daripada Abang Syazwan membuatkan aku terdiam lama. Abang Syazwan juga diam menunggu bicaraku mungkin.

‘Abang Wan..’ Setelah agak lama aku memanggil namanya perlahan.

‘Ye saya.’

‘Saya tak akan bahagia kahwin dengan dia. Saya tak cintakan dia dan saya tak kenal dia langsung. Mommy bertindak tak pernah tanyakan saya samada saya setuju atau tak. Setiap tindakan dia semua demi kepentingan dia dan Tao-Holding. Saya kena kahwin dengan Leo pun sebab kekayaan dia sama taraf dengan keluarga kami. Saya tak suka. Saya benci mommy. Mommy tak anggap saya ni anaknya pun. Saya dibuatnya macam boneka.’ Aku meluahkan apa yang aku rasa setelah dipaksa berkahwin dengan seorang yang tak aku kenali tanpa berbincang denganku.

‘Tak baik Mei Xi cakap macam tu. Puan Sri kan mommy awak. Jangan persoalkan setiap tindakan dia. Kita tahu kadang-kadang tindakan ibu kita tak sehaluan dengan kehendak kita. Tapi mommy Mei Xi tetap seorang ibu. Tiada ibu dalam dunia ni yang tak mahukan anaknya bahagia. Jadi, tindakan Puan Sri suruh Mei Xi kahwin dengan Leo itu mungkin demi kebahagiaan Mei Xi juga kan. Saya yakin mesti Leo tu seorang lelaki yang baik kalau tak mustahil Puan Sri memilihnya.’

‘Huh! Mommy bukan kisah lelaki tu baik ke jahat. Yang dia tahu apa yang menguntungkan Tao-Holding itulah yang dibuatnya. Kalau mommy memahami saya, mommy akan faham kehendak saya untuk mengenali Islam. Mommy tak akan buat saya untuk kepentingannya sendiri. Lagipun Leo seorang yang berpegang kuat pada Kristen. Nanti lagi susah saya nak mengenali Islam. Tambah-tambah lepas saya kahwin lagi susah.’ Aku melepaskan geram dengan hujah Abang Syazwan yang cuba memujukku. Geram dengannya yang turut berpihak dengan tindakan mommy. Tak kanlah Abang Wan pun nak paksa aku terima semua ni. Tidak sukakah dia apabila aku berminat terhadap Islam? Kenapa dia tak cuba memujukku? Atleast say something. Something yang membuatkan aku kuat untuk menentang semua ni. Kali ini Abang Syazwan pula yang terdiam lama. Seperti ada keluhan yang ditahannya.

‘Abang Wan?’ Aku memanggilnya apabila dia sepertinya tidak akan bersuara.

‘Ya saya..’ Suaranya perlahan menyahut panggilanku.

‘Kenapa Abang Wan tak jawab?’ Aku bertanya antara dengar dan tidak. Di corong telefon kedengaran seperti dia menghela nafas berat. Aku menyusahkannya kah?

‘Saya bukan siapa-siapa untuk memberikan pendapat kepada Mei Xi. Saya juga bukan siapa-siapa untuk bantu selesaikan masalah Mei Xi. Saya bukan siapa-siapa untuk berhadapan dengan Puan Sri demi Mei Xi. Malah saya tak tahu apa yang mampu saya lakukan. Mommy dan daddy Mei Xi sangat berpengaruh membuatkan saya sangat takut untuk menyentuh putrinya walaupun di hujung kuku. Berkawan dengan Mei Xi memang sangat selesa dan menyenangkan. Tapi maaf beribu kali maaf, apabila melibatkan keluarga dan hal peribadi Mei Xi saya tiada hak untuk masuk campur. Saya bukan siapa-siapa. Saya harap menjadi pendengar buat Mei Xi cukup untuk mengurangkan beban Mei Xi. Maaf, saya tak mampu buat lebih dari itu. Cuma nasihat daripada Abang Wan, terimalah segala yang ditentukan kepada Mei Xi dengan senang hati. Dia mommy Mei Xi dia tahu apa yang terbaik buat Mei Xi. Okey?” Aku faham apa yang dimaksudkan Abang Syazwan. Keluarganya hampir terancam kerana aku. Pasti dia mengalami kesulitan yang teramat besar.

‘Kenapa Abang Wan tak pernah nak cuba paksa saya masuk Islam?’ Aku bertanyakan soalan yang sangat inginku tanyakan sejak dahulu lagi.

‘Dalam hidup kita sentiasa ada pilihan. Pilihan untuk kebaikan diri kita sendiri. Itu dipanggil fitrah. Jadi, saya tiada hak untuk memaksa orang lain sehaluan yang sama dengan saya. Saya menunjukkan keindahan Islam kepada orang lain kerana saya nak mengubah persepsi negatif tentang Islam sebagai agama teroris. Selebihnya saya serahkan kepada Allah untuk membuka hati orang yang dipilihnya. Dalam agama kami tiada paksaan untuk menganutinya, sedangkan ayat itu sudah jelas tertulis apa kuasa saya untuk memaksa orang lain. Saya faham Mei Xi sangat tertarik dengan Islam dan saya sangat gembira. Tapi untuk berhijrah keputusannya di tangan Mei Xi bukan saya.’

Aku teringatkan perbualanku dengan Abang Syazwan seminggu lalu. Perbualan yang aku lakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan mommy dan daddy. Betapa aku sangat berharap dia akan membimbingku pergi dari sini. Tuhan, jika benar pilihanku ini keluarkan aku dari sini. Bebaskan aku dari belenggu ini, tolong! Aku cuba mengingati kata-kata terakhir Abang Syazwan yang memberi sedikit harapan.

‘Just one thing I want you know. Even I’m so weak to help you, but as a brother for Islam I always here counting on you. Islam sangat mengalu-alukan kedatangan awak. And me always waiting for you. If that is your choice, saya berjanji hidup dan mati saya akan melindungi awak demi Islam.’

******* 

Aku menyambut huluran tangan daddy yang tersenyum menungguku di luar kereta. Keluar sahaja, kemunculanku disambut dengan cahaya dari lensa-lensa kamera yang berpuluh-puluh bilangannya. Tetamu yang hadir terlalu ramai entah berapa aku tidak tahu tapi tentunya kebanyakkan kenalan perniagaan Tao-Holding. Dan selebihnya dibanjiri dengan wartawan-wartawan tanah air. Aduh, aku lupa mommy jadikan perkahwinan aku wedding of the year. Tidak mustahil majlis perkahwinanku berada di muka depan akhbar pastinya. Dalam kekok berdepan dengan cahaya kamera yang tidak henti-henti kerana aku sangat tidak menyukai publisiti membuatkan aku menggenggam tangan daddy erat. Tangan kiriku memegang gaun yang mencecah ke lantai takut sekiranya kasut tumit tinggiku memijak gaunku, tak fasal-fasal cari nahas tersadung depan church. Buat malu keturunan je!

Daddy menggenggam erat tanganku memimpinku perlahan memasuki church. Dari luar pintu aku sudah melihat Leo yang sedang tersenyum lebar menanti kedatanganku di hadapan paderi yang lengkap berpakaian rasmi agama kristien sambil membelek kitab di tangan. Aku mengawal gentar di hati. Dalam ragu-ragu meneruskan langkah aku cuba bertenang. Hatiku menjerit untuk pergi dari sini. Ini bukan pilihanku. Namun, untuk berpatah balik adalah sesuatu yang mustahil. Wajah daddy dan mommy silih berganti menggaburi mataku. Terasa aura pengaruh kekuasaan empayar mereka di sini apabila melihat laku semua orang yang begitu menghormati mommy dan daddyku. Namun, hatiku kuat untuk tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Sekiranya aku tidak dikawal pengawal peribadi yang diupah mommy, awal-awal lagi aku sudah pergi dari sini.

Tiba sahaja aku di hadapan paderi dan Leo, dengan lembut daddy menyerahkan tanganku yang bersarung tangan panjang jarang bewarna putih kepada Leo. Lelaki itu begitu kacak dalam sut tuxedonya yang bewarna hitam menyambut tanganku dengan penuh budimannya menarikku ke sisinya. Kini, aku berdiri di hadapan paderi dengan penuh kegentaran. Antara Islam dan Kristien berbolak balik dalam hatiku. Namun, hatiku kuat untuk menganuti Islam. Fikiranku ligat berfikir rasionalnya tindakanku ini. Sekiranya aku meneruskan perkahwinanku kemungkinan besar untukku mempelajari Islam ditentang hebat oleh Leo. Lihat sahaja penampilannya yang berkalung rantai salib, kedua-dua telinganya ditindik subang berlambang salib dan di pergelangan tangannya juga ditatu dengan lambang salib. Sememangnya dia tak akan sekali-kali membiarkan aku mengubah agamaku. Tapi, untuk berlari keluar dari sini aku memikirkan air muka mommy dan daddyku. Dan juga keluarga Leo yang sangat berbesar hati menerima pewaris Tao dalam keluarga mereka. Paderi memaklumkan supaya pengunjung yang hadir bertenang kerana mereka akan memulakan matrimony mereka.

“We shall begin the holy matrimony of the groom Chin Leo Zu, and the bride Tao Mei Xi.” Tangan kiriku yang memegang gubahan bunga erat mengawal rembesan adrinalina yang menyebabkan jantungku berdetak kuat. Tuhan, bantu aku pergi dari sini.

“Marriage is a holy vow between the two of you, in front of those that you cherish and love.” Semakin banyak petah bicaranya semakin tidak senang duduk aku dibuatnya. Aku perasan Leo pun menyedari kegusaranku. Wajahku yang bermake up sudah dibasahi peluh, mataku sayu runsing untuk meneruskan perkahwinan ini. Dia seperti mengusap tanganku cuba menenangkanku. Tapi, cubaannya langsung tak membantu malah aku bertambah rimas dan cemas.

“If there is anyone who objects to this union; please speak now or forever hold your peace.” Seluruh church sunyi sepi seperti tidak akan membantah perkahwinan kami ini. Tuhan, bantu aku pergi dari sini. Berikanku sedikit kekuatan. Aku memejamkan mata mencari ketenangan. Udara sekelilingku aku sedut perlahan merasai kenikmatan Tuhan yang diberikan kepadaku percuma. Kekuatan dan keyakinan cubaku kumpul untuk menghadapi dan menanggung risiko tindakan yang bakal aku ambil ini. Tanganku yang berada di genggaman Leo aku lepaskan perlahan-lahan dan mataku buka melihat Leo yang berwajah pelik melihatku. Dan aku tersenyum tidak takut dengan apa yang bakal aku terima.

“God---.” Kata-kata paderi terhenti apabila melihatku mengangkat tangan kananku kerana membantah perkahwinan ini. Seperti aku duga church yang tadinya sunyi sepi gempar dengan suara dan bisik-bisik manusia melihat tindakanku ini.

“What are doing right now?” Serentak paderi dan Leo bertanya kepadaku dengan suara yang ditekan dalam nada berbisik. Aku tersenyum lagi menyusun kata-kata yang bakal meluncur dari bibirku. Yang pastinya dalam sejarah aku memalukan keluargaku demi kepentingan aku sendiri. Mungkin agak kejam dan egois. Tapi, ini sahaja peluang yang aku ada kerana lembabnya aku berfikir untuk membuat keputusan. 

“Me... I have an objection against this wedding.” Kata-kataku itu meriuhkan lagi suasana church. Leo hanya diam memandangku meminta jawapan.

“Mei Xi....” Ibu Leo memanggil namaku perlahan mungkin memujuk dengan tindakan luar jangkaku ini.

“Tao Mei Xi...! What in the world do you think you’re doing?” Kali ini suara mommy dan daddy pula dengan nada yang kuat. Aku tahu mereka kecewa. Dan mereka akan lebih kecewa dengan apa yang bakal aku katakan ini.

“I’m the bride, Tao Mei Xi object to this marriage.” Aku berpusing kedudukanku memandang audience lantas bersuara lantang.

“Yes?” Paderi beriak terkejut dengan tindakanku yang masih tersenyum dalam suasana yang bakal huru-hara ini.

“Mei Xi, I think this joke is over the top. It’s good to have fun but this is not a game!” Sekali lagi suara mommy keras berbunyi memarahi aku.

Mommy, Daddy, Mr. And Mrs. Chin, this isn’t a joke. I can’t marry Leo Zu. No matter how I think about it, I don’t think marriage fits me right now. I’m sorry. Due to my fickleness I caused everyone to prepare for this big event. Everyone, what I can do now I’m extremely sorry. Please forgive me.” Aku membongkok menunduk kepada semua orang sebagai tanda maaf aku. Kemudian aku memandang Leo di sisiku.

I’m sorry Leo. But to continue this marriage is not a good thing for both of us. I know this marriage is not your option crew. And I know I’m not the woman of choice and not the woman that you love. I just want to ask you one thing. Find your real happiness. Don’t sell your bliss body for the benefit of others. I’m sure I will not be able to give you happiness because our principles and beliefs will vary. I just don’t want to let me and you being suffered.

 “What do you mean Mei Xi?” Leo bertanya dan aku tersenyum lagi.

“Mommy, daddy. I’m really sorry. But, I want to live on my way and this is my choice. Just hold this, I always be your daughter forever....

Start from now I’m Tao Mei Xi will convert to Islam in the words ‘Ashadu alla ilaha illa allah, wa ashadu anna muhammadar rasulul allah’...

 Thank you for gave birth, grew me up and all your threats. I really sorry. But, I just want you to let me go.” 

Dengan kata-kata itu aku melutut di hadapan mommy dan daddy lalu bersujud di hujung kaki mereka lama. Riuh seluruh church dengan perbuatan berani aku. Aku mengalirkan air mata laju tidak tahu apa sebabnya antara gembira dan sedih bersatu. Setelah agak lama bersujud aku bangun dari kedudukan dan berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang sembap. Wajah mommy kelihatan sangat terkejut sekali. Matanya membulat memandang aku. Aku tahu mommy marah, aku tahu mommy bengang tapi maaf beribu kali maaf. Ini sahaja peluangku. Aku ingin bebas. Bebas dari kedudukan, pengaruh, harta, publisiti, kamera, dan kekosongan yang membelenggu diri. Dan segalanya aku temui setelah mengenali Islam. Ini keputusanku dan aku benar-benar berharap mereka akan lepaskan aku dari segalanya terutamanya dari kerusi CEO Tao-Holding yang berprinsipkan judi semata-mata dalam perniagaan.

“Oh God, I can believe this! You destroy my empire in front of the Malaysian. Who will compensate all this. You made me lost my gold-mine! Don’t you know who is Chin’s Economy hah?” Berdecit suara mommy berkata. Dan hatiku sakit melihat kemarahannya kerana kegoyahan ekonomi perniagaannya. Bukan kerana siapa aku tetapi kerana hartanya. Adakah sememangnya aku bukan siapa-siapa baginya? Adakah aku benar-benar sebuah boneka?

“Mommy, please only this time. Looks me as your daughter. Please mommy. Your daughter need a freedom live in this world. I can’t endure with your monopoly anymore.... just please mommy... let me go. Just let me go.”

Usai berkata aku mengangkat gaunku agar tidak menyukarkan aku untuk keluar dari sini. Kamera yang memancarkan cahaya lensanya tidak aku pedulikan. Apa yang bakal berlaku kepada keluarga Tao tidak lagi aku pedulikan. Bisikan-bisikan manusia yang menyapa telinga aku biarkan. Berkatalah selagi mampu berkata. Salahku mungkin silap membuat perhitungan. Tapi untuk menarik semula kata-kataku tidak mungkin. Aku pergi meninggalkan church dalam keadaan huru-hara. Air mata yang mengalir laju aku biarkan. Sakit hati, sedih dan gembira bergaul dalam satu rasa. Kakiku terus melangkah pergi dan pergi. Jauh dan jauh dalam pengaruh keluarga hebat ini. Aku menarik diri dari kehidupan mewah ini walaupun jutaan ringgit ditabur, jongkong emas dipersembahkan, berlian permata ditawarkan, keputusanku tetap ini.

Kasut tumit tinggiku buka lalu aku jinjit dengan tanganku, kaki terus melangkah menyusuri jalan yang dikerumuni orang awam. Majlis perkahwinan yang musnah kerana aku sudah jauh aku tinggalkan. Mata sekeliling yang memerhatiku pelik kerana berpakaian begini tidakku hiraukan. Dalam fikiranku ini hanya seorang yang mampu membantuku, Abang Syazwan. Namun, niatku itu tepadam apabila melihat beberapa orang yang bersut hitam, berkaca mata gelap, bertubuh sasa pantas mengekori dari belakang. Aku kenal mereka, bodyguard upahan mommy. Apakah semua ini? Adakah mommy benar-benar tidak akan lepaskan aku. Tuhan, aku hanya inginkan kebebasan. Hanya sebuah kebebasan. Berapa harusku bayar untuk aku memilikinya? Mengapa kau takdirkan aku menerima seorang ibu yang sangat pentingkan kemajuan empayarnya? Mengapa kau takdirkan aku menjadi pewaris kepada mereka?

Kaki yang kian laju melangkah yang tadinya mempunyai destinasi ingin dituju kini caca- merba ke sana sini berlari daripada dikejar. Namun, seorang wanita apa sangat tenaganya. Malahan aku mempunyai lelah yang teruk. Pam bantuan pernafasan tidakku bawa membawa padah kepadaku. Sekejap sahaja tubuhku menjadi lemah dan tanpa sempat berbuat apa-apa belakang leherku dipukul dengan sesuatu yang keras. Dan aku tahu, aku akan kembali ke istana Tao berdepan dengan Puan Sri Siew Ming.

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan