E-novel: Dia Lelaki Itu 9


25 Oktober 2007

Petang yang tenang Abang Syazwan membawaku jalan-jalan di persisiran pantai. Hujung minggu, sengaja dia bawaku melihat dunia luar. Semenjak malam itu, Abang Syazwan tak lupa mengejutkan aku untuk berqiamullail bersamanya setiap malam. Adakalanya kalau Abang Syazwan tidak pulang dia akan menelefonku agar aku tetap bangun malam. Alhamdulillah walaupun masih baru berlatih untuk bangun malam. Berkat tunjuk ajar Abang Syazwan aku sudah terbiasa dan setiap hari aku berasa rindu untuk menunggu waktu malam.

Alhamdulillah, terapi aku bangun malam emosiku tenang setenang-tenangnya. Sungguhlah janji Allah itu pasti hanya dengan mengingatinya diri ini menjadi tenang. Redha dengan takdir adalah kunci untuk kita bangkit meneruskan hidup. Mereka yang pergi akan aku sematkan dalam hatiku yang dalam menjadi kenanganku yang terindah. Juga tidak lupa pesan Abang Syazwan agar menitipkan Al-Fatihah buat mereka setiap kali merindui mereka. Benarkan yang pergi biarkan pergi, kita yang hidup harus teruskan perjuangan.

Genggaman erat tanganku menggamitku melihat Abang Syazwan di sisiku. Berjalan-jalan di persisiran pantai bertemankan bunyi hempasan ombak yang mendamaikan, juga keindahan pancaran matahari yang menghangatkan suasana petang itu. Belakangan ini, Abang Syazwan sering bersamaku. Setiap waktu di rumah tidak dilepaskan peluang untuk melakukan aktiviti bersamaku. Andai terlalu banyak urusan di tempat kerjanya dia akan pulang bersama fail-failnya ke rumah. Katanya, asalkan dapat habiskan waktu dengan aku itu sudah dapat menghilangkan penatnya. Pokoknya, apa sahaja yang dibuatku dia ada di sampingku. Jika tidak, aku yang menemaninya di bilik kerja. Seolah-olah tabiatnya kini seperti menghabiskan waktu-waktu terakhirnya bersamaku. Adakala itulah yang bermain di benakku.

Aku memandang wajah tenangnya yang tersenyum masih menikmati keindahan alam. Rabbi.. adakah Kau benar-benar akan membawanya pergi dalam jangka waktu terdekat ini? Sungguh, setelah aku berhijrah selama tiga tahun ini. Dialah yang membantu aku untuk terus bangun menempuhi hidup ini. Sikap tenangnya sentiasa sabar dalam mendidik aku. Bermula di saat aku mengalami trauma dadah yang teruk mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh. Tempuhi hidup dalam kebahagiaan sementara menanti detik-detik kelahiran bayi kami. Dia menyokongku dikalaku alami gangguan emosi dek bayiku yang diracun. Disusuli dengan kemalangan dahsyat keluargaku. Dia ada dan sentiasa ada memulihkan emosiku yang tidak stabil.

Bagaimanakah kiranya jika suamiku ini diambil pergi? Adakah aku akan kuat menempuhi hidup ini? Bagaimana jika mommy kembali mengheretku pulang ke banglonya? Adakah peristiwa hitamku akan berulang? Tuhanku apakah yang sedang kau rancangkan untuk hidupku?

“Tahu tak? Dulu waktu zaman Rasulullah, baginda mengajak Saidatina Aisyah berlumba lari. Nak tahu siapa menang?” Kesunyian kami dipecah dengan pertanyaannya.

“Mestilah Rasulullah. Bagindakan panglima perang.” Aku menjawab yakin. Padahal main hentam je. Dia tersenyum mendengar jawapan semangat aku.

“Salah!” Semangat pula dia jawab aku pula yang monyoknya melihat dia jungkit-jungkit kening mengejek. Eleh!

“Pertandingan pertama Saidatina Aisyah yang menang.” Terasa bangga pula apabila mendengar cerita ni. Yelah, kaum sendiri menang dengan panglima perang. Tak ke hebat tu! Kau ada?

“Maksudnya ada pertandingan lagi?” Dia mengangguk.

“Tapi bukan hari yang sama. Pertandingan kedua Rasulullah yang menang. Direkodkan suatu ketika Saidatina Aisyah bersama dengan nabi saw di dalam perjalanan jauh (musafir) . Kata Aisyah ra :"Saya berlumba berjalan kaki dengan baginda dan saya berjaya mengalahkannya. Apabila badan saya bertambah gemuk , saya berlumba berjalan kaki dengan baginda pada ketika yang lain baginda mengalahkan saya. Sabda baginda :Kemenangan ini adalah sebagai penebus kekalahan sebelum ini. HR Abu Dawud.” Kami ketawa kelucuan mendengarkan kata-kata Rasulullah terhadap isterinya yang telah direkodkan dalam gurauan. Indahnya hidup baginda.

“Nak try?” Aku blur. Try apa? Lumba lari. Tak mahulah. Isterimu pakai kain sekarang ni encik suami oi. Karang jatuh tersungkur tak ke naya. Awak juga yang susah.

“Tak naklah nanti Humaira’ jatuh. Humaira’ pakai kain.” Aku menolak permintaannya.

“Kalau macam tu naik belakang abang.” Terjegil mata aku mendengar suruhannya. Ceq ni berat you tahu tak?

“Humaira’ beratlah.” Ringkas ku harap dia mengerti. Lebihnya aku kasihankan dia.

“Naik...” Abang Syazwan sudah duduk bertinggung menanti aku duduk dibelakangnya. Aku teragak-agak.

“Cepat...” Bila dah dengar suara lembutnya yang mengalahkan sutera. Tak relalah hamba nak menderhaka suruhannya. Dalam ragu-ragu aku merapatkan tubuhku ke belakangnya. Aku melingkarkan tanganku di lehernya. Dia berdiri dan menampungku di belakangku dengan kedua-dua belah tangannya. Aku menjerit gayat sehingga terpejam mataku. Dek kerana terkejut, tak sedar tanganku terangkat memeluk kepalanya. Dia ketawa kelucuan.

“Awak! Turunkanlah tangan awak tu daripada mata saya. Macam mana saya nak jalan. Nanti masuk laut.” Tersedar kerana kekhilafanku segera tanganku turunkan ke lehernya walaupun mata masih terpejam. Agak lama aku mula selesa dengan kedudukanku lalu membuka mataku. Aku merapatkan wajahku dengan wajahnya. Daguku sangkut di atas bahunya dan merapatkan pipiku ke pipinya. Dia tersenyum bahagia. Aku? Lagilah bahagia.

“Bila keadaan macam ni, abang teringat satu kisah. Ada suatu hari ketika Saidatina Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : ‘Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW’. (Bukhari dan Muslim)”

Aku tersenyum mendengar ceritanya lagi. Itulah dia suamiku, selalu menghidupkan suasana mesra di antara kami mengikut gaya hidup Rasulullah dan isteri-isteri baginda. Kami tersenyum dalam kebisuan mengusuri persisiran pantai. Adakala dia bercerita itu dan ini. Adakala aku turut mencelah menceritakan kepadanya perkara yang menarik perhatianku. Setelah agak lama berjalan dia berhenti dan menurunkanku. Mungkin dah lenguh mengendungku. Kasihan sekali dia. Tapi, wajahnya tidak menunjukkan keletihan malahan senyuman bahagia terukir di bibirnya.

Splash! 

Tiba-tiba aku basah kuyup tanpa awan hitam di langit yang menyimbahi airnya ke bumi. Blur sekejap aku melihatkan baju yang basah kuyup dek air yang entah daripada. Mendengar ketawa mengekek seseorang membuatkan aku berpaling ke arahnya. Dia, suamiku bersama timba kecil yang ditinggalkan untuk membina sand castle digunakan dia untuk menceduk air dan menjadikan aku mangsanya. Tak sempat bertindak buat kali kedua sekali lagi. Splash! Aku ternganga tak terkata.

“Abang!” Aku menjerit berdecit geram. Mulalah mulutku tercebik-cebik merajuk. Tadi baju basah aku boleh konsider lagi. Ini daripada tudung sampai ke kasut dikuyupkan. Sampai hati! Tak menunggu lama timba kecil aku cuba rampas daripadanya. Berlakukan aksi kejar-mengejar antara aku dengan dia. Orang yang memerhati menggeleng kepala melihat kami. Tahu benar apa di fikiran mereka. Dah tua bangka pun main lari-lari lagi, macam budak-budak.

“Okey. Okey. Surrender! Penat.” Dia berkata sambil terbongkok dek kepenatan. Aku pun tercungap-cungap menyusun nafas. Tak mahu asma menyerang. Tapi rasa tak puas hati selagi tak membalas membuatkan aku segera merampas timba kecil di tangan. Dah agak apa aku nak buat. Dia seperti merelakan aku menyimpahnya dengan air laut siap aku korek dengan pasir lagi. Mandi pasir la laki aku ni. Dia tak mengelak lagi ketawa adalah siap suruh kita buat lagi.

“Lumba lari nak?” Dia minta lagi. Hai tak penat ke cik suami oi. Aku ni dah tercungap-cungap nak atur nafas.

“Tak naklah. Tadi Humaira’ nak jatuh tahu tak kejar abang dengan pakai kain macam ni.” Aku berkata sambil menghilangkan pasir di rambutnya.

“Ala sekali saja. Jatuh tak apa nanti abang dukung pergi hospital.” Bertuah punya suami. Lagi dimintanya kita jatuh. Aku tak jawab tapi menyibukkan diri dengan menyapu pasir di wajah dan tubuhnya. Tanganku terhenti apabila dipegangnya. Dia memandangku tepat.

“Please....” Suara yang lembut disertai dengan muka comel macam ni memang buat aku cair habis. Aku tersenyum sumbing nak tergelak dengan cara pujukannya.

“Yelah. Kempunan benar dia. Kalau Humaira’ menang dapat apa?” Aku bertanya minta upah sambil bercekak pinggang. Dia buat gaya comel berfikir. Aku tersenyum kecil. Jarinya dipetik tanda jawapan yang dicari sudah dimiliki.

“Abang janji seminggu Abang layan Humaira’ dekat rumah macam puteri raja. Masak ke, kemas rumah ke, basuh baju ke, jadi tukang urut ke abang buat. Humaira just goyang kaki tengok tv. Aku tergelak dengan jawapannya. Kalau dia nak buatpun macam la aku bagi. Tapi permintaan suami kita layankan sahaja.

“Kalau kalah.”

“Kalau kalah pun tak apa. Pakej lengkap macam pemenang. Senang cerita kalah pun abang buat menang pun abang buat. Cuma kalau kalah, Humaira’ balik jalan kaki la.” Ada juga niat nakal dia. Ingatkan baik sangat.

“Betul ni?”

“Betul!”

“Okey jom. Sebagai ganjaran untuk si sponser, balik nanti Humaira’ buat ais kacang special kesukaan abang kalau Humaira’ menang.”

“Bereh boh!”

Siap dalam kedudukan kami bersedia. Jarak ditentukan dari kedudukan kami sehingga hujung hutan yang agak terbuka. Dalam kiraan satu dua tiga belum habis dia dah pecut dulu. Ceh! Main kotor. Nasib baik kalau kalah pun pakej tak berubah. Tapi aku tak nak balik jalan kaki. Tak menunggu aku pecut seiring dengan dia. Langkahnya yang panjang buatkan dia mudah menyaingi aku. Kadang-kadang dilambatkan langkahnya, aku pula yang bersungguh-sungguh lari sedangkah dia lari-lari anak sahaja. Memanaskan hati aku betul. Persaingan sengit antara kami akhirnya menunjukkan akulah juaranya. Yeah! Saidatina Aisyah kita geng. Hehe...

Aku berhenti di pokok besar yang tak jauh dari pantai. Batang pokok aku sandar menghilangkan lelah. Kelibat Abang Syazwan aku cari. Dek terlalu bersungguh-sungguh lari, dia aku tinggalkan di belakang. Sampai sahaja aku sorang-sorang je nak sorak gembira. Tuan yang ajak lumba tak nampak batang hidung. Entah-entah dia dah sampai dulu, aku sahaja yang tak sedar. Maklumlah kaki dia panjang nak sama macam zirafah. Aku melihat hutan kecil di belakangku. Kot-kot nampak kelibat dia.

Agak lama menunggu, orang yang dicari tidak kunjung muncul. Rasa tidak enak di hati mula menyapa diri. Aku berdiri dari duduk berjalan ke hulur ke hilir mencari suamiku. Dua tiga kali aku pusing dari tempat kami berlumba. Tempat letak kereta sudahku periksa tapi negatif, dia tidak aku temui. Kereta waja kami juga tersadai kosong tiada pemandunya. Aku kembali ke pantai hingga ke hutan kecil tadi.

“Abang...” Aku memanggilnya berkali-kali tanpa henti. Kepalaku gelisah memerhati sekeliling. Ya Allah, mana dia pergi. Niat yang teragak-agak untuk masuk ke dalam hutan kecil itu aku beranikan. Naluriku kuat merasakan sesuatu telah berlaku terhadap Abang Syazwan.

Berhati-hati kakiku atur memasuki ke kawasan semak itu. Semakin lama semakin jauh langkahku. Hidungku mula memedih menahan sebak dan tangis. Selagi aku belum jumpa Abang Syazwan aku akan cari. Bunyi suara seseorang mengerang kesakitan menarik perhatianku. Suara derakan langkah manusia yang boleh ku kira agak ramai bilangannya mula menakutkanku.

“Abang?” Perlahan tapi hampir terjerit aku melihatnya disebalik pokok rimbun. Dirinya berlumuran darah sedang mengerang kesakitan. Aku menyorok di sebalik semak tidak jauh daripada pokok yang disandar Abang Syazwan. Semak yang tebal membantu melindungi tubuhku daripada dilihat mereka. Aku merapatkan tubuh pada pokok yang sama disandar. Aku memandang sedikit di sebalik semak. Beberapa orang lelaki yang bertubuh sasa sedang tekun mendengar arahan seorang wanita. Wajahnya yang terlindung menyukarkan aku untuk memastikan siapa dia. Nafas keras Abang Syazwan yang kesakitan buatkan aku kembali menumpukan perhatian terhadapnya. 

“Abang...” Aku memanggilnya di sebalik pokok. Dia menghulurkan tangannya yang berlumuran darah. Aku memegangnya erat.

“Hu.. Humaira’ bu.. buat apa dekat sini?” Dalam kesakitan dia berkata berbisik. Air mataku sudah berderai melihat keadaannya. Ingin sahaja aku memeluknya membawanya pergi dari sini.

“Humaira’ nak bawa abang pergi dari sini. Kita lari abang.” Teresak aku berkata perlahan. Takut juga kiranya aku tertangkap.

“Jangan..!” Dia berkata sedikit tegas.

“Humaira’...” Dia memanggil lembut. Aku membisu mengeratkan genggaman tangannya yang merah. Ya Allah, beginikah caranya Kau mengambilnya pergi daripadaku.
 
“Humaira’ pergi da.. dari sini. Ting.. urgh, tinggalkan abang.” Dia berpesan.

“Tak!” Hampir terjerit aku.

“Humaira’... Dengar cakap abang. Mungkin sampai sini sahaja abang membimbing Humaira’. Teruskan hidup menjadi muslimah yang baik. Jangan langgar apa yang Allah suruh. Kuatlah, berpegang pada kalimah tauhid la ilaha illallah. Janji Humaira’ akan teruskan hidup walaupun tanpa abang..?” Dia bertanya perlahan.
 
“Abang...” Aku tak terkata. Terasa ingin menjerit semahu-mahunya.

“Janji Humaira’?” Aku menahan suara tangisan. Tangannya ku bawa ke bibir mengucupnya. Rabbi.. perpisahan ini terlalu sakit.

“Humaira’ janji.” Aku berkata perit.

“Isteri abang yang baik. Ingatlah, abang sentiasa mencintai dan menyayangi Humaira’. Teruskan hidup. Semoga kita bertemu di syurga nanti. Abang halalkan segalanya. Abang maafkan segalanya termasuk perbuatan mommy terhadap abang. Walaupun abang dah tak ada, Allah sentiasa ada di sisi Humaira’.” Dia terdiam lama. Adakala suara kerangan menahan sakit kedengaran. Aku masih setia bersandar di belakang pokok menggenggam erat tangannya.

“Lari Humaira’. Pergi dari sini.” Dia bersuara keras apabila lelaki-lelaki tadi kembali menghampiri Abang Syazwan dengan pistol masing-masing. Aku menekup mulut daripada menjerit. Genggaman tanganku dilepaskan kasar oleh Abang Syazwan.

“Lari Humaira’!” Dia berkata keras apabila kehadiran aku disedari salah seorang daripada mereka.
Tak menunggu aku cuba berlari pergi walaupun hati berat meninggalkan suamiku di belakang. Namun, apalah sangat kudratku. Ditambah pula rasa ngilu di bahagian perutku membuatkan langkahku bertambah lambat. Ya Allah, sakit apakah yang mula menyerangku ini. Aku terjelopok menahan rasa sakit yang makin mencengkam.

Belum sempat berlari jauh, tubuhku diheret seseorang tanpa belas. Menjerit aku kesakitan apabila diriku diheret umpama kucing kurap. Ya Rabb, tidak berhatikan mereka? Aku ditolak kasar melutut di hadapan seseorang. Rasa ngilu pada perutku membuatkan aku tak berdaya untuk berdiri. Mataku buka sedikit melihat manusia berhati keji di hadapanku. Rasa sakitku bertambah perit melihatkan kebenaran di depan mataku. Dia, wanita yang sangatku kenali. 

Mommy...

“Mommy....” Aku memanggilnya perlahan menahan sakit di perut.

“Hello Mei Xi. Finally, we meet again.” Dia tersenyum sinis lalu duduk melutut di hadapanku. Kepalaku diusapnya lembut lalu wajahku dirapatkan ke pipinya. Kepalaku ditarik kasar supaya memandang ke arah gerangan yang ku kenali.

Wajahnya lemah dan sayu melihat aku. Tak semena-mena air mataku mengalir lagi. Suamiku.. dia dipukul dan dipukul tanpa henti di hadapanku. Aku menangis teresak, meronta minta dilepaskan daripada cengkaman mommy. Aku menjerit setiap kali dia ditendang dan di sepak, ditampar dan ditumbuk. Tidak sanggup lagi melihat dia begitu. Kaki mommy ditarik, aku bersujut pada kakinya memujuk dan memujuk. Teresak-esak aku melutut padanya tapi dia hanya mengendahkan aku. Malah aku ditendang daripada memegang kakinya. 

“Mommy! Tolonglah lepaskan abang! Tolong mommy!” Aku merayu lagi. Tapi rayuanku bagai disuruh memukul Abang Syazwan dengan lebih teruk. Aku menjerit histeria. Setiap kali cubaan menghampirinya aku diheret bagai angjing menjauh daripada suamiku. Mommy ketawa gembira melihat perbuatan kejam di hadapan mata.

“Hei Mei Xi! Lihat ni! Lihat balasan perbuatan kamu terhadap mommy. Mommy dah janji akan lakukan apa sahaja terhadap kamu. Lihatlah penderitaan atas sikap degil Mei Xi.”

Rahangku digenggam kuat lalu dipaksa melihat pada Abang Syazwan yang terkulai lemah. Tidak bergerak. Darah merah mengalir laju daripada tubuhnya. Air mataku laju memabasahi baju. Sedih kerana aku tak mampu membuat apa-apa. Lelaki-lelaki suruhan mommy tadi berdiri dengan pistol di tangan. Menunggu arah daripada mommy mereka mengacukan pistol pada Abang Syazwan. Mataku membulat.

“Mommy! Stop it! Stop it mommy! Please I beg you.” Rayuan aku tidak dipedulikan. Fokusnya pada mangsa dan musuh di depan. Musuh yang sudah nyawa-nyawa ikan ingin dihabiskan dengan peluru. Ya Rabb..

“Finish him!” Mendengar sahaja arahan itu. Bertalu-talu tembakan dilepaskan sehingga pistol masing-masing kosong.

“ABANG!!!” Aku menjerit lagi. Cubaan aku menghampirinya mendapat tamparan hebat daripada mommy. Aku disepak dan dipukul oleh mommy tanpa belas. Tangan ibu kandung sendiri memukul anaknya. Seolah-olah sememangnya aku dilahirkan tanpa hati.

Penutup perbuatan kejam mereka. Tubuh abang disimbahi air minyak. Seperti ku agak, lighter yang dipegang seorang lelaki dibaling dan sekelip mata api menyambar. Aku tak terkata, hanya menjerit dan menjerit sehingga tidak ada lagi suara yang berbunyi untuk meminta tolong. Sakit yang semakin menyucuk di perut membuatkan aku tidak mampu lagi bertahan. Duniaku gelap melihatkan saat akhir suamiku rentung dijilat api.

*****

26 Oktober 2007

Aku tersedar daripada pengsan. Adikku Crist yang setia di sisi tersenyum hambar apabila melihatku siuman. Dia memelukku lama seperti tak terluah apa yang kami alami sekarang. Setelah diperiksa oleh doktor akan kondisiku aku diberi rehat. Crist melayan sahaja kerenahku yang membisu. Cubaannya mengajakku berbual tidakku balas melainkan hanya kebisuan. Fikiranku kosong tidak tahu ingin bertindak apa. Semuanya berlaku terlalu drastik dalam hidupku. Hatiku sudah mati untuk menangis lagi.

Pintu dikuak dan seorang doktor lelaki masuk. Aku dihampirinya dan berjabat tangan dengan Crist. Dia berbual sedikit dengan Crist agak jauh daripadaku sebelum kembali menghampiriku. Crist memegang tanganku.

“Kakak...” Dia memanggil aku yang termenung tidak bersuara. Crist di sisiku aku pandang menanti apa yang ingin disuarakan.

“Doktor suruh akak jumpa arwah abang mereka kebumikan.” Lembut bicaranya. Aku membisu.

“Bolehkan kak?” Dia bertanya lagi. Aku kaku tak bersuara mahupun bergerak. Tanpa syarat air hangat membasahi pipi. Dia terkelu lalu memelukku. Cuba menenangkan aku dengan belaian seorang adik. Tiada lagi tangan suamiku yang memelukku di saat aku menangis. Tiada lagi kucupan yang menyelesakanku di dahi. Tiada lagi tangan yang mengeringkan air mataku. Segalanya tiada lagi bersama suamiku yang dibawa pergi dengan kejam oleh mommyku sendiri. Hanya ada hanya aku sendirian di dunia ini. Sendiri berdepan dengan dunia kejam ini.

Hidupkan hati dengan zikir ‘Subhanallahiwabihamdihi.. 100x insyaallah hati akan senang sikit. Kesalahan pun insya-Allah terhapus. Walaupun abang dah tak ada, Allah sentiasa ada di sisi Humaira’.

Pesanannya menyapa hati bagai angin lalu. Sedikit terpujuk hatiku untuk bangkit. Pelukan Crist aku lepas lalu melunjurkan kaki memijak lantai dibantu Crist. Doktor yang turut terkesan melihat keadaanku aku pandang.

“Bawa saya jumpa suami saya.”

Mendengar arahan itu aku dibawanya pergi ke bilik mayat. Berjalan dan berjalan dengan hati yang kosong aku kuatkan diri. Tiada lagi gentar di hati, hatiku tiada rasa untuk meratap lagi. Sekujur mayat dihadapanku diselimut dengan kain putih aku pandang. Doktor tadi membukanya perlahan menampakkan susuk tubuh yang rentung dan legam. Aku memerhatinya dengan riak beku. Seperti manusia rentung di hadapanku ini bukan suamiku. Tapi takdir Allah tidak mungkin aku dapat ubah. Kenyataan di hadapan mata aku cuba terima. Kekuatan dari hati untuk tidak menangis akhirnya tewas dengan air mata yang mengalir.

Sedih untuk membenarkan di hadapanku ini merupakan sosok milik suami. Usapan belakangku menenangkan aku. Aku bertahan untuk tidak teresak. Cukup hanya deraian air mata. Teringat pesan suamiku, jangan sesekali meraung di hadapan mayat dengan esakan yang melampau. Menunjukkan seolah-olah kita tak redha terhadap takdir dan perbuatan itu tidak disukai oleh Allah.

Belajar sebut Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Dari-Nya kita datang kepada-Nya kita dikembalikan. Sabar dan redha Humaira’. Abang sentiasa bersama Humaira’. Katakan Humaira’.

Kata-katanya bergema lagi. Biarkpun sosoknya tiada lagi di depanku tapi dirinya hidup dalam diriku. Hidup dalam hatiku. Aku titipkan pemergiannya dengan untaian doa dan Al-Fatihah. Semoga kau tenang di sana suamiku.

“Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Dari-Nya kita datang kepada-Nya kita dikembalikan.” Aku berkata perlahan. Meredhai suamiku dibawa pergi.

Tak kuat untuk memandikan jenazah suamiku, aku serahkan kepada Crist. Dia mengambil alih bersama doktor tadi dan beberapa orang pekerja hospital. Usai dikafankan, jenazahnya terus dibawa pergi ke perkuburan Islam yang menempatkan keluarganya dan bayiku. Kuburku berdekatan menempatkan keluarga mereka yang tak pernah terpisah. Semoga kami disatukan di syurga nanti. Amin.

Jenazah selamat dikebumikan dan ditalkinkan. Aku tidak masuk ke kawasan perkuburan hanya memerhati daripada jauh. Walaupun tidak dihukumkan haram namun aku takut aku tak kuat. Cukup dari jauh aku melihat mereka.

Aku beransur untuk pulang dengan berjalan sendirian. Meninggalkan Crist di belakang walaupun disuruh supaya menunggunya. Tapi, langkahku terhenti saat terpandangkan kereta mewah tak jauh daripadaku. Aku tajam melihat manusia yang tak kelihatan di dalam kereta tapi aku tahu siapa dia. Tak teragak-agak aku berlari menghampiri kereta tersebut. Seperti ingin melarikan diri, injin dihidupkan dan kereta itu laju untuk pergi. Tak hiraukan pacuan empat roda yang laju membelah angin untuk pergi ke arah aku, aku tetap berlari ke arahnya. Berdiri menghalang laluan mereka seperti ingin membunuh diri. Aku hampir dirempuh penjuru kereta sebelum ditarik seseorang.
“Kakak!” Aku mengaduh sakit dek perutku yang menimpa batu besar. Crist cuba membantuku bangun. Aku memandang sepi kereta tadi yang menjauh tinggalkan aku. Mommy...

“Urghhh...” Kesakitan yang mencengkam diperut membuatkan aku tak berdaya lagi untuk berdiri. Crist cemas meribaku. Aku memegang perutku yang menyucuk hingga ke ari-ariku. Tak lama selepas itu, rasa sakitku disusuli dengan lekitan darah yang keluar daripada bawah. Aku terkejut dan hampir menangis. Anakku...

*****

29 November 2007

Usapan lembut di dahiku disusuli dengan kucupan mendamaikan aku. Aku membuka mata melihat wajah yang sangat aku rindui. Abang Syazwan dengan seri wajahnya yang memukau tersenyum manis terhadapku. Aku turut tersenyum melihatnya di sisiku.

“Bangunlah Humaira’. Teruskan hidupmu isteriku. Jadilah wanita yang tabah meneruskan hidup. Carilah keredhaan Allah, isya-Allah dirimu kuat meneruskan hidup ini.”

Bisikan lembutnya sangat mendamaikan aku. Aku tersenyum bahagia dalam kehangatan pelukannya. Menyelesakan aku untuk terus berada di sampingnya.

“Kakak?” Aku tersedar apabila Crist memanggilku. Terpinga-pinga aku bangun dari tidurku yang panjang. Sekeliling aku pandang memastikan aku di mana. Bau ubat yang kuat sudah dapatku agak di mana aku. Aku di hospital.

“Kenapa aku di sini?” Aku bertanya hairan. Cuba kembali mengingatkan apa yang telah berlaku. Tak menjawab pertanyaanku, aku dipeluknya erat. Nafas kelegaan dilepaskan disusuli ucapan tahmid berkali-kali. Aku blur tidak dapat mencerna maklumat masa laluku.

Crist tersenyum manis kepadaku lalu menceritakan apa yang berlaku. Usai pulang daripada pengebumian jenazah arwah Abang Syazwan aku bertindak gila menghalang kereta mommy di tengah jalan. Hampir dilanggar tapi ditarik Crist sehingga jatuh di tepi jalan. Tapi malangnya perutku terjatuh tepat pada batu besar menyebabkan aku keguguran.

Agak perit mendengar kenyataan itu. Ternyata aku hamil tanpa aku tahu. terlalu ikutkan perasaan dan emosi terhadap apa yang menimpaku sepanjang tahun itu sehingga tidak sedar ada benih yang perluku jaga. Namun, ianya sudah terlambat. Andainya aku tahu, aku akan jaga peninggalkan suamiku itu sebaik mungkin. Tapi segalanya sudah terlambat dan takdir sudah tersurat.

Aku mengalami pendarahan yang teruk disebabkan keguguran itu sehingga menyebabkan aku koma lebih sebulan. Hanya Crist sahaja yang setia menunggu sedar untuk berada di sampingku di dunia ini. Ya Allah, kenapa aku juga tidak kau bawa pergi dari dunia ini. Mengapa nyawaku masih dipanjangkan demi menghadapi penderitaan yang mendatang. Kenapa?

“Bersyukurlah kak diberi peluang untuk hidup. Jangan salahkan takdir kak. Allah pasti sedang meletakkan kau di tempat yang layak di sisi-Nya. Tentunya bersama hamba-Nya yang mukminah. Bersabarlah kak, aku ada dan sentiasa ada untuk kau. Ingat pesan Allah kak: Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahamat dan pertolongan Allah itu melainkan orang-orang yang kafir (Surah Yusuf:87)”

Nasihatnya yang sedikit cukup untuk aku sedar. Abang Syazwan telah mengajarku erti redha, erti pentingnya bergantung kepada Allah. Mungkin Allah benar-benar ingin meletakkan aku di suatu tempat yang layak di sisi-Nya. Apa yang aku inginkan tiada yang lain melainkan redha-Nya yang satu.

Di malam yang penuh kesyahduan aku kembali bersujud pada-Nya memohon kekuatan dan kesabaran. Di dalam sujud yang lama aku berdoa menjadi orang yang sabar. Rabbana afrigh ‘alaina sabran wathabbit aqdamana wansurna ‘alal qaumil kafirin. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran yang mulia ke dalam hati kami, kukuhkanlah pendirian kami dan jadikanlah ia tetap kukuh untuk memerangi musuh dan tidak lari dari ancaman perang. Tolonglah kami dari orang-orang yang kafir dengan bantuan dan pertolongan-Mu (Al-Baqarah:250) 
 
Sesungguhnya aku hanya wanita sederhana yang berusaha memperbaiki diri ini untuk menjadi wanita solehah. Semoga Allah merancang yang terbaik untukku kerana Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang aku inginkan hanya kesabaran dan kesabaran. Sedikit kekuatan dan keredhaan.

“Hasbiya llahu la ilaha illa hua ‘alaihi tawakkaltu.

Cukuplah Allah bagiku, tiada ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” Surah At-Taubah: 129






Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan