E-novel: Dia Lelaki Itu 11


29 March 2010

Aku tersedar daripada lenaku apabila terasa bahuku disentuh seseorang. Dek  terjaga dalam keadaan terkejut, kepalaku  sedikit berpijar dan berpusing-pusing. Realiti di sekelilingku masih samar-samar. Aku memejamkan mata sambil beristighfar, cuba mencari titik fokus ingatanku di mana  aku buat kali terakhir. Di hospital, mataku terbuka.  Gerangan yang sedang nyenyak terbaring aku pandang. Nafasnya teratur dibantu alatan bantuan pernafasan. Aku  menghembus nafas lega dan berpaling  mencari gerangan yang mengejutkan tadi. Seorang jururawat sedang tersenyum  manis memandangku.

"Ada apa nurse?"

"Maaf saya ganggu puan. Ini,  saya nak serahkan form yang puan perlu isi. Dan puan belum daftar pesakit  lagi untuk urusan pembayaran."  Usai menjelaskan tujuannya ke situ, jururawat  yang bertag nama Sara itu menyerahkan beberapa keing kertas yang dikepilkan bersama sebatang pen. Aku menyambut hulurannya lalu memerhati sekilas butiran-butiran yang perlu aku penuhkan. Saat melihat pada ruang kosong yang meminta maklumat pesakit. Aku termenung seketika sambil memandang gerangan yang masih terbaring kaku di katil.

"Puan?” 

"Ye?" Aku berpaling apabila dipanggil lagi, tersedar dari lamunan sebentar cuma.

"Kalau puan sudah selesai. Puan boleh hantar ke kaunter depan ye."

Tanpa menyahut, aku sekadar menyangguk sebagai isyarat. Jururawat itu tersenyum dan mula melangkah pergi. Namun, belum sempat langkahnya jauh,  lelaki yang terbaring di depanku tiba-tiba  menggilgil hebat. Tangannya menggeletar dan mula meronta-ronta. Nafas yang tadinya teratur, dihembus  kasar dan tercungap-cungap.  Bola matanya kelihatan meliar gerlisah walaupun tertutup rapat. Aku yang tadinya tenang  menjadi cemas melihatkan keadaan lelaki itu lantas segera memanggil nurse yang terhenti langkahnya dengan beriak wajah yang sama seperti aku.  Seperti memahami akan apa yang perlu dibuat, jururawat itu pantas menekan butang kecemasan dan cekap memeriksa lelaki itu tanpa putus memanggil pesakit. Tindakannya tangkas dan cekap sekali seprti sudah terbiasa dengan situasi seperti itu.

"Encik..."

"Encik dengar suara saya..?"

"Encik..” 

Pesakit yang tidak diketahui namanya itu terus-terusan dipanggil berharap agar ada tindak-balas daripada pesakit sehinggalah doktor yang bertugas bersama beberapa orang jururawat yang lain datang dengan tergesa-gesa beberapa minit kemudian. Masing-masing cekap bertindak cuba menenangkan pesakit.  Bacaan  pada tekanan darah dan  degupan jantung meningkat mendadak membuatkan aku semakin resah di tempat aku berdiri. Hati terus-terusan berbicara dan merayu agar semuanya baik-baik sahaja. Melihatkan keadaan semakin cemas, seorang jururawat segera menarik tirai untuk meutupi pesakit daripada pandangan umum. Aku digesa untuk menunggu di ruang yang disediakan agar kerja mereka tidak diganggu. Gelisah yang semakin mencengkam, kegawatan yang semakin kelam-kabut, suara arahan daripada doktor tegas diberi, bunyi bip yang  semakin pantas semakin mencemaskan  semua orang di situ. Namun, segala kekalutan itu  terhenti tiba-tiba apabila insan yang sepertinya sedang bertarung nyawa sebentar tadi membuka matanya dan segalanya kembali seperti sedia kala. Mesin yang tadinya pantas berbunyi mula bernada perlahan dan bacaannya kembali bernada normal. Melihatkan itu dicelah tirai yang tidak ditutup dengan sempurna terburu-buru aku menghampiri sambil cuba menggambarkan situasi di sebalik kain itu. Mendengarkan suara jururawat yang masih belum berhenti memanggil disahut si empunya diri membuatkan aku semakin tidak sabar ingin melihat apa yang terjadi.

"Encik..."

"Encik..." 

"Sa.. sa.. ya.." Sahutan yang lemah menyebabkan aku nekad menyelak tirai yang tidak ditutup dengan sempurna itu.

"Encik nampak saya..?" Pertanyaan diganti doktor yang bertugas. Lelaki itu mengangguk perlahan sebagai riaksi.

"Boleh saya tahu nama encik?" 

"Fa.. fa.. qir.."

Jawapan yang sangat perlahan tapi sangat jelas butir katanya pada pendengaranku. Kerana memikirkan satu nama itu, aku sudah ditarik daripada mempedulikan apa yang berlaku selepas itu. Perlahan-lahan aku melangkah menjauhi situ. Fikiran sesak memikirkan setiap yang berlaku belakangan ini. Adakah kebetulan? Mengapa terlalu banyak kebetulannya? Mana mungkin orang yang mati boleh hidup semula. Aku duduk di kerusi yang disediakan sambil menghela nafas berat. Benarkah dia lelaki itu? Lelaki yang aku tidak pernah harapkan pemergiannya. Oh Allah, takdir apakah ini? Benarkah ini semua hanya kebetulan? Raut wajahnya yang sangat persis dia. Peristiwa mommy menyerangnya tempoh hari tanpa tahu penjelasan dan muslihatnya. Sesuatu yang semakin mendesak untuk aku kembali mengenangkan insan yang tidak mungkin aku temui lagi. Dan sekarang namanya. Mengapa harus sama?

Faqir. Nama yang menjadi kebiasaan Abang Syazwan mengenalkan dirinya apabila ditanya siapa namanya. Nama Syazwan lebih sering digunakan oleh ahli keluarganya sahaja. Dan hakikatnya Abang Syazwan lebih dikenali sebagai Faqir. Adakah dia adalah dia? Allah, ingin sekali aku membenarkan telahan hati aku. Tapi aku masih waras. Aku masih ingat. Suamiku telah tiada. Aku masih ingat bagaiman kejamnya suamiku diambil. Api yang menjulang masih terasa hangatnya. Tubuh yang rentung masih terbau hangitnya. Semuanya masih terlalu segar di dalam kotak memoriku. Sedarkanlah aku, ini semua hanya kebetulan. Kebetulan bahawa Faqir itu hanya sebuah nama yang bukan sahaja milik Abang Syazwan.

Aku bersandar ke dinding sambil memejamkan mata rapat. Segala spekulasi yang tak mungkin benar itu aku tepis jauh. Fikiranku kembali aku pusatkan akan keadaan lelaki yang baru seminggu aku kenali itu. Lelaki yang sudah puas aku tanyakan namanya kini terjawab. Faqir. Sepanjang seminggu aku menguruskan pakai minumnya, ada sesuatu yang aku sedar terntang Faqir yang mengaitkannya dengan mommy. Sepanjang satu minggu ini jugalah, kedaannya sangat mengingatkan aku yang dulu. Ketika aku dikuasai kesan injekan dadah yang diberikan mommy. Adakah mommy turut melakukan perkara yang sama terhadap Faqir? Jika ya, mengapa? Apa hubungannya dengan mommy? Adakah Faqir benar-benar... Arhh, sudahlah Ainul. Faqir adalah Faqir. Abang Syazwan telah tiada. Pasti ada sebab mengapa mommy jadikan Faqir sebagai mangsanya. Dan buat masa sekarang, aku tidak mahu tahu sebabnya. Apatah lagi segala yang berkaitan dengan mommy, sebolehnya aku ingin jauh daripada segala yang berkaitan dengannya. Apa yang aku risaukan sekarang kesihatan Faqir. Semoga lelaki misteri itu segera sembuh hendaknya.

Aku memandang jam di tangan. Sudah hampir angka 6 petang. Ruang wad yang agak lengang itu aku perhati sekilas ke kiri dan ke kanan. Sepertinya Qawie tiada tanda-tanda akan menunjukkan diri. Sudah pastinya sibuk sekali adikku itu sementelah jawatannya sekarang sebagai houseman di hospital yang sama. Dan pastinya amarahnya belum berkurang apabila aku khabarkan kepadanya keputusan doktor tentang Faqir bahawa lelaki itu positif dadah ketika waktu makan tengah hari tadi. Marahnya bukan kepalang hingga menggesa aku segera pulang. Malah turut memaksa aku untuk tidak lagi mempedulikan tentang Faqir. Entah siapa-siapa lelaki itu. Mungkin sahaja pencuri, perompak, penagih dan mungkin juga pembunuh upahan atau orang suruhan mommy. Begitu telahan Qowie apabila sisi negatif Faqir terbongkar. Puas juga aku berperang mulut dengan Qowie demi mempertahankan keputusan aku untuk terus menjaga Faqir. Tidak puas hati dengan kedegilan aku, Qowie pergi meninggalkan aku tanpa menghabiskan makanan yang dipesan.

Walaupun amarah Qowie ada sebabnya, tapi ini keputusan aku. Aku yang membawanya pulang dan sudah tentu aku akan menjaganya hingga sembuh. Setidaknya, jika lelaki itu sudah keluar dari rumahku nanti, kesihatannya lebih terjamin. Kudratnya juga kembali pulih untuk terus bekerja demi menyara hidupnya. Bukankah memudahkan urusan muslim yang memerlukan sangat digalakkan nabi.  Selain asbab gerak hatiku terlalu kuat untuk membantunya, tetapi hadis ini aku jadikan tonggak amalanku untuk terus membantunya dalam waktu yang sama demi menjaga niatku agar tidak salah tingkah. Risau juga sekiranya ada yang tidak redha dengan segala yang aku kerjakan. Kerana aku menganggapnya muslimlah aku sangat ingin membantunya. Ia menjadi tanggungjawabku untuk memudahkan urusannya. Walaupun tidak semua muslim di dunia ini aku mampu melakukan perkara yang sama, sekurang-kurangnya aku cuba walaupun seorang. Waima aku juga tidak pasti benar atau salah perbuatanku.

Setelah seminggu menguruskan Faqir, kondisi kesihatannya yang tiada tanda akan sembuh merisaukan aku. Suhu tubuhnya tetap panas sehinggalah pagi tadi. Faqir tiba-tiba pengsan. Kemudiannya sedarkan diri tapi tubuhnya meronta-ronta walaupun matanya tertutup, tangannya menggigil digawang ke udara tanpa arah tujuan, Betapa cemasnya aku melihatkan dia berguling-guling di atas lantai seperti kelemasan. Kerana aku mahupun Qowie tidak punya kudrat untuk menenangkan Faqir, lelaki itu segera dikejarkan ke hospital dan inilah keputusannya. Mujur sahaja doktor yang bertugas memeriksa keadaan Faqir tidak melaporkan hal itu kepada polis. Jika tidak, entah bagaimanalah seharusnya aku lakukan.

Aku kembali memandang borang yang masih di tangan. Sedikit renyuk bentuknya dek perbuatanku tanpa sedar tadi. Mungkin kerana cemas, tidak sedar laku tanganku sedang merenyukkan kertas itu. Butir-butir yang perlu aku isi kembaliku perhatikan . Dan tanpa rancang, terlintas di fikiranku untuk menjadikan Abang Syazwan sebagai identiti Faqir. Aku tidak mahu Faqir dikenali sebagai gelendangan yang aku temui di tepi jalan. Aku mahu dia dikenali sebagai insan berkeluarga. Biarpun harus menipu. Bagaimana Qowie, pasti dia tidak setuju?  Pedulikanlah dia. Jika aku selesai mengisi maklumat dan terus menghantarnya nanti, tidak ada apa yang boleh dilakukan Qowie. Paling kurang aku akan dimarahi dan dia tidak akan bercakap denganku setelah itu. Rajuk Qowie tidak lama selalunya, sakit hatinya pasti cuma sebentar. Tanpa memikirkan lebih panjang, aku memenuhkan ruang-ruang kosong pada kertas itu hingga selesai lalu menghantarnya ke kaunter sekaligus membayar apa yang patut. Setelah itu, aku kembali mendapatkan doktor yang kelihatan kelibatnya seperti baru selesai memeriksa keadaan Faqir.

Seperti telahanku, Qowie marah besar saat mengetahui bahawa aku menjadikan Faqir sebagai Abang Syazwan. Malam yang hening ditemani suara televisyen yang dibiarkan terbuka, tajam pandangan Qowie memandang aku. Nafasnya turun naik menahan amukan.

"Kak.. kau tak kesian ke dekat aku?" Amarah yang mengusai ditepis lantas berkata dengan suara yang sayu.

"Aku buat apa yang aku rasa betul Qowie. Dia harus dibantu."

"Tapi dia penagih. Homeless!" Suaranya ditinggikan tidak puas hati.

"Kerana dia homeless la kita kena tolong. Kerana dia seorang penagih la kita kena tolong. Tak akanlah sampai bila-bila kita nak biarkan dia macam ni. Aku yang jumpa dia. Tanggungjawab aku untuk membantunya. Kau sanggup biarkan aku lemparkan dia kembali ke jalanan seperti longgokan sampah. Tanpa ada hati dan kemanusiaan. Jika aku ditanya Allah, apa yang seharusnya aku jawab?"
"Banyak pusat pemulihan yang boleh membantunya."

"Aku nak dia sembuh dengan cara aku. Aku tahu dia akan sembuh."

"Kak.. tolonglah! Aku risaukan keselamatan kau."

"Aku tidak rasa terancam. Aku sanggup menghadapi apa sahaja yang mendatang. Aku nekad, dia tidak akan aku biarkan pergi sebelum benar-benar sembuh.” 

"Tapi dia bukan mahram. Fitnah nanti!"

"Kau ada dengan aku. Aku tidak berdua-duaan dengan dia. Jika kau ke hospital. aku sering mengajak Kak Mona jiran sebelah untuk menemani aku."

"Kak..." Hampir putus asa Qowie ingin memujuk aku. Rambutnya dielus kasar hingga bersepah. Serabut benar adikku seorang ini. Belum sempat mandi dan bersihkan diri, langkahnya terburu-buru menghadap aku yang sedang menonton televisyen. Tegang wajahnya memandang aku tajam. Dalam keadaan berkot putih dan masih berbau ubat-ubatan pada tubuhnya, Qowie duduk di sebelah aku kasar. Tanpa sembat bertanya mengapa, laju mulutnya menyoal seperti pegawai polis. Bengangnya terhadap aku hanya kerana dua perkara. Pertama, kerana nama Abang Syazwan yang aku daftarkan sebagai Faqir dan kedua, aku menuruti kemahuan Faqir untuk pulang kerana dia tidak betah berlama-lama di hospital. Baki amarahnya kerana dia tidak suka hakikat bahawa Faqir positif dadah. 

"Kak... dia penagih kak. Kau sedar tak. Kita tak punya ilmu dalam mengendalikan seorang penagih. Jika tak terkawal, keselamatan kau akan terancam nanti. Aku risau, kak." Qowie memjuk lagi dengan alasan yang sama. Aku menghelas nafas perlahan. Wajah Qowie yang tegang dan penuh kerisauan aku pandang. Rambutnya yang serabut aku sikat dengan jemariku biar sedikit kemas. Wajahnya aku usap cuba membersihkan kesan-kesan kotor yang melekat pada wajahnya. Kot di tubuhnya aku tarik dan aku lipat kemudiannya aku sisihkan di tepi untuk aku basuh nanti. Tangannya aku tarik ke genggaman laluku cium. Matanya kembali ku pandnag lembut. Semoga dengan caraku ini sedikit mengurangkan kerisauannya. Aku tahu amarahnya bukan kerana benci tapi kerana sayang. Marahnya bukan tidak suka tapi kerana risaukan aku. Kerana dia sangat mengenali aku, memahami aku lebih daripada prihatinnya seroang ibu yang beku hatinya. Kasihnya tak pernah lokek, dia muliakan aku sepantasnya seorang kakak. Hasil didikan suamiku, sikapnya saling tidak tumpah dengan perilaku Abang Syazwan. Aku faham akan kerisauannya, tapi ini keputusan aku.

"Aku sayang kau Qowie." Aku cuba memujuk.

"Kalau sayang aku. Tolonglah dengar cakap aku."

"Tapi aku nak jaga dia." 

"Eee.. degil!" Bibir yang diketapnya dan lontaran rasa tidak puas hati membuatkan aku ketawa lucu.
"Kak, kalau kau tak nak dengar cakap aku. Sekurang-kurangnya fikirkanlah Abang Syazwan." Tawaku mati saat mendneenarkan pujukan Qowie untuk kali ini.

"Kau tak kesian ke dekat Abang Wan." Aku diam tidak bersuara.

"Sekurang-kurangnya fikirlah Abang Wan. Mesti dia sedih tengok kau macam ni." 

"Abang Wan akan melakukan perkara yang sama seperti aku." 

"Kak... aku merayu ni kak."

"Qowie, pernah tak walau sekali kau cuba bandingkan keadan Faqir sekarang dengan keadaan aku yang dulu? Kau rasa kitaorang sama tak?"

"Maksud kau?" Syarqawi bertanya hairan.

"Waktu pertama kali aku tahu keadaan dia, aku sedar dia cermin aku, dik. Cermin masa lalu aku. Aku pasti kau tak lupa betapa teruknya sakit yang aku lalui dulu, aku yakin jeritan aku setiap malam seperti orang gila masih menjadi mimpi ngeri setiap malam kau, Aku yang sering menangis tiba-tiba kau pun pusing bagaimana mahu tenangkan aku. Kau yang menangis peluk aku setiap kali aku sesak nafas. Air yang sentiasa kering setiap kali kau cuba kurangkan demam panas aku yang tiada kesudahan dengan kain lembab. Kau yang selalu ikat aku setiap kali agresifnya aku meronta-ronta sebab panas yang tak tertanggung. Tubuh yang sentiasa lemah, tak berdaya, aku yang sentiasa menjerit melolong sesuka hati. Aku rasa mimpi ngeri yang kau alami setiap malam di rumah agam dulu, serasa aku tak mudah untuk kau lupakan semua itu. Dan, keadan Faqir. Kehadirannya, bukankah mimpi ngeri berulang?" Aku memandang Qowie cuba melihat riaksinya. Seperti agakanku, riak wajahnya berubah. Risaunya bertambah. Resah usah dikata, dapat dibaca pada lakunya. 

"Aku tahu Qowie, kau sebenarnya bukan risau sebab dia seorang penagih. Itu hanya alasan kau. Aku sangat kenal siapa adik aku. Kau risau trauma aku jadi balik dekat aku kan? Kau risau dia menjadi penyebab aku kembali berjumpa mommy kan?" Qowie membuang pandang ke arah lain. Aku menarik lengan bajunya cuba mengesahkan telahanku. Aku tersenyum melihatkan tiada riaksi darinya.

"Qowie, percayalah. Aku lakukan semua ini sebab aku sangat fikirkan Abang Wan. Aku lakukan apa yang dia buat apabila aku meminta padanya. Dia ambil aku dan sembuhkan aku. Kau juga akan lakukan perkara yang sama terhadap aku. Apakah kerana aku ini kakak, kau bertindak demikian? Aku tak nafikan, aku sedarah daging dengan kau, jadi tidak hairan kau bertindak sedemikian. Tapi, dia juga sedarah daging dengan kita dalam aspek akidah. Bukankah kau boleh lakukan perkara yang sama? Aku ingin sekali berdiri di tempat Abang Wan sekarang. Aku ingin melakukan perkara yang sama Abang Wan lakukan. Dia pulihkan aku dengan caranya tanpa biarkan aku sendirian. Itu yang ingin aku lakukan kepada Faqir. Aku ingin membantunya seperti mana Abang Syazwan membantu aku. Aku sangat yakin. Faqir ada kaitannya dengan mommy. Dan aku sangat yakin dadah yang diberikan kepada Faqir adalah dadah yang sama mommy berikan kepada aku. Dia bukan penagih Qowie. Dia cuma mangsa eksperimen seperti aku. Tolonglah faham Qowie. Aku tak lakukan semua ini kerana kepentingan aku, tiada langsung untungnya kepada aku. Aku lakukan semua ini sebab Abang Wan, sebab dia seorang muslim."

"Tapi..."

"Aku janji. Aku janji dengan kau. Sembuh sahaja dia, aku akan pastikan dia pergi. Tapi bukan tempat gelendangan. Tapi, tempat yang boleh dia mulakan hidup baru. Dia lelaki. Pasti kudratnya sangat mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Setidaknya dia tidak lagi mengemis. Boleh ye Qowie? Bagi aku peluang, bagi dia peluang. Dan aku sangat perlukan kau untuk dia segera sembuh. Boleh ye?" Aku melipat kedua-dua kakiku lalu aku duduk di atasnya seperti duduk di antara dua sujud. Kedua-dua tapak tanganku dirapatkan lagak merayu. Wajahku manjakan sambil mengerdipkan mataku berulang kali. Wajah yang serius mula tenang sambil mengjungkitkan hujung bibirnya, tersenyum senget. Matanya diliar ke kiri ke kanan sambil mengusap dagunya yang berjanggut sejemput, pura-pura berfikir.

"Sampai sembuh?"

"Sampai sembuh." Jawabku meleret.

"Baik hantar hospital. Lagi cepat sembuh." Jawab Qowie menguji.

"Qowie! Kau faham kan? Kau saja buat-buat tak faham kan?" Qowie menjungkit bahunya, mengelak.

"Ala, Qowie..." Suaraku sudah layu, merengek. Selalunya kuasa wanita di situ. Lebih pas jika beserta air mata.

"Betul ni sampai sembuh?"

"Sammmppaaiii semmmbuhhhh!" Aku menjawab semangat sambil mengangkat tangan kananku separas bahu gaya berikrar.

"Janji?"

"Jannnjiiiii!!" Tawanya terletus. Dia membetulkan duduknya lalu memandang aku. Senyumannya dilebar lantas menyusap rambutku kasar, sengaja sepahkan biar serabut.

"Okey..."

Dan aku seperti ditimpa hujan pelangi. Gembiraku bukan kepalang hingga menjerit kesukaan. Qowie yang seperti ingin melarikan diri diserang aku. Dia segera aku kejar dan kupeluknya erat dari belakang. Ketawa besar kami berdua. Terima kasih Qowie. Kaulah daddy, kaulah mommy. Aku sayang kau.






Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan