E-novel: Dia Lelaki Itu 10
22 March
2010
Aku
menyusur sendirian dalam lautan manusia. Fikiranku buntu memikirkan apa yang
patut aku lakukan. Sesak sel-sel otakku seperti sesaknya lalu lintas yang
seberang jalan dari koordinatku berjalan. Aku memandang langit bersama keluhan
memohon ada sirna yang mampu ceriakan hatiku yang merudum sayu. Namun
melihatkan arakan awan hitam, hatiku bertambah sayu. Tahu bila-bila masa
lebatan air langit akan jatuh menimpa bumi. Lautan manusia turut bekejaran mencari
tempat yang mampu melindungi kepala mereka dari titisan hujan. Tidak terkecuali
juga aku.
Belum
beberapa saat, hujan sudah turun dengan lebatnya menghentam bumi. Langkahku
yang laju terhenti saat mataku menangkap sosok tubuh lelaki yang tersorok di sebalik
kotak-kotak barangan dari kedai perabot. Tubuhnya yang dipeluk lingkaran
tangannya menggigil kesejukan. Kotak-kotak yang sudah hampir lunyai cuba
ditariknya menutupi tubuhnya. Tanpa berfikir laju sahaja langkahku menghampiri
figura itu.
“Encik!
Mari ikut saya. Hujan lebat ni!” Aku menjerit kuat memanggil dan mengajak
lelaki itu melawan kuatnya suara lebatan hujan. Dia seperti terkejut apabila
melihatkan aku yang membongkok cuba memaut tangannya berdiri. Mungkin kerana
tindakan beraniku itu, dia merentap walaupun dengan tenaga yang lemah
mengensot ke belakang cuba menjauh dariku.
“Encik
jangan takut. Saya cuma nak bantu.” Aku cuba tenangkan dia sambil
perlahan-lahan menghampiri lelaki itu. Senyuman nipis aku ukir sambil tanganku
berkali-kali mengusap wajah yang lencun dek air hujan.
“Encik
mari kita berteduh. Hujan lebat ni, nanti encik sakit.” Aku memujuknya sambil
menghulurkan tangan berharap agar huluranku bersambut. Lelaki itu hanya
memandangku sambil bibirnya kebiruan bergelatup ingin katakan sesuatu. Aku
semakin resah, sedangkan aku yang bersut tebal begitu terasa kesejukan yang
mencengkam hingga ke tulang inikan pula lelaki di depanku yang hanya bert-shirt
putih yang ditampal-tampal beserta seluar panjang yang carik dihujung lipatan
kakinya. Tanpa menunggu riaksi lelaki itu, aku segera memapahnya. Walaupun
lelaki itu menolakku, tetapi keadaan dirinya yang sangat lemah tidak mampu
melawan tenagaku untuk memaksanya pergi.
Dengan
langkah yang pantas aku memapahnya laju ke warung kecil berdekatan. Tiba
sahaja di situ, dia aku sandarkan pada dinding warung. Mujur warung yang sudah
ditutup berbumbung di luarnya. Sekurang-kurangnya kami terlindung daripada
tempias hujan. Melihatkan keadaan lelaki itu membuatkan aku resah apabila
melihat nafasnya seperti tercungap-cungap. Aduh! Kenapa pula dengan dia ni. Dia
penat ke? Sakit jantung ke? Apa aku nak buat ni? Keadaan yang kelam-kabut
membuatkan aku juga menjadi resah untuk bertindak. Bag galasku aku buka cuba
mencari sesuatu yang aku juga tidak tahu apa. Ingin menahan kereta, sememangnya
tidak mungkin dalam hujan terlampau lebat begini. Memanggil orang membantu,
arh! Tak mungkin ditolongnya. Tambahan lagi orang yang perlu ditolong pengemis
selekeh seperti ini. ingin telefon ambulance, terima kasih balik kepada aku
kerana telah menghempasnya ke lantai sehingga pecah berderai. Arh! Segalanya
tidak kena hari ini.
Tanganku
yang menggagau akhirnya terhenti apabila tersentuh alat bantuan pernafasanku.
Perasaan lega sedikit menguasai diriku, saat ini baru aku terasa sangat
bersyukur diberikan penyakit lelah ini sedari kecil. Tidak menunggu lama, laju
tangan kiriku bertindak meletakkannya di bibir lelaki itu lalu mengepamnya
perlahan-lahan. Tangan kananku memegang belakang kepalanya sebagai alas.
Semakin lama sesak nafasnya semakin berkurang dan aturan nafasnya yang kencang
tadi kembali tenang.
Aku
menghembus nafas lega apabila lelaki itu mula bernafas seperti biasa. Tubuhnya
yang menggigil keterlaluan ditambah pula gigi yang berkelatup begitu kuat
bunyinya membuatkan tanganku kembali menggagau dalam begku. Aku mengeluarkan
sweater bersama beberapa helai pashmina lalu membalut tubuhnya kemas. Dah
sebiji macam guni tepi jalan, tapi tiada masa untuk aku ketawa lucu sekarang
ini. Dia kelihatan selesa dengan kain yang menutupi tubuhnya. Tubuhnya yang
terlalu lemah akhirnya membuatkan matanya tertutup perlahan dan tertidur. Aku
membiarkan dia tidur bersandar pada dinding warung.
Aku duduk
di hadapannya sambil mengangkat lututku lalu aku peluk ke dada. Keadaan
sekeliling warung kecil itu aku perhatikan. Separuh di hadapan sudah dimasuki
air kerana hujan yang tidak berhenti. Harapku air tidak sampai kepada mereka di
sini. Dalam kesejukan yang melampau aku panaskan dengan mengusap tubuhku.
Lelaki di hadapan aku perhatikan. Wajahnya sangat comot seperti sudah
berbulan-bulan tidak mandi dan hanya memakai pakaian yang sama. Entah-entah
bertahun mungkin. Kenapa aku tolong dia? Sedangkan aku memang sudah terbiasa
yang laluan di sini yang begitu ramai pengemis. Dan biasanya aku akan jalan
menonong tanpa menghiraukan pengemis-pengemis di situ yang ada kala
menghulurkan tangan meminta. Tapi hari ini dalam sejarah, dalam suasana hujan
lebat hati aku terdetik untuk membantu seorang lelaki dan aku tak terlintas
ingin memanggilnya pengemis walaupun perkataan itu layak bagi dirinya kerana
itu aku hanya memanggilnya encik tadi. Kenapa ye?
Badan yang
letih mengingatkan apa yang berlaku hari ini membuatkan kantuk mula bergayut di
mata. Ingin pergi dari sini terasa tidak sanggup tinggalkan lelaki itu
sendirian. Lagipun hujan masih tiada tanda untuk berhenti, keadaan keliling
juga tidak kelihatan. Takut sekiranya aku berlari dalam hujan tidak sedar
sedang berlari di atas jalan raya. Tak ke cari mati tu. Biarlah tunggu sehingga
hujan berhenti lagipun aku ingin menunggu lelaki itu sedar dan kemudian
memberinya makan dan minum baru aku beransur pulang. Aku bersandar pada dinding
warung bersebelahan lelaki itu. Bahuku yang terasa memberat membuatkan aku
beralih pandang ke sisi. Sedikit tersentak melihat dia bersandar pada bahuku.
Mungkin tidak sedar dengan lakunya itu jadi aku biarkan sambil membetulkan
balutan pada tubuhnya. Menunggu dan menunggu akhirnya aku terlelap.
*******
“Tolong…”
“Tolong…”
“Tolong…”
Aku
tersedar apabila mendengar suara seseorang yang begitu lemah menyapa
pendengaranku. Dalam keadaanku yang terpisat-pisat aku memandang ke sisiku. Dia
masih bersandar pada bahuku dan tubuhnya menggigil. Bibirnya meracau sesuatu
tidak dapat aku amati apa butirnya. Namun, aku pasti suara orang yang meminta
tolong tadi daripada dia. Aku melekap belakang tanganku di dahi dan lehernya.
Panas! Segera aku mengubah posisiku berdepan dengannya. Kepalanya aku pegang
kemas agar tidak jatuh.
“Encik..!”
Aku memanggilnya. Matanya terpejam tapi mulutnya terkumat-kamit berkata
sesuatu.
“Encik..
bangun.” Sekali lagi aku mencuba. Tapi meracaunya semakin menjadi.
Otakku
ligat memikirkan tindakan yang seharusnya diambil. Dalam pada itu aku baru
tersedar bahawa hujan telah berhenti. Suatu kelegaan bagiku melihat public
phone yang berada tidak jauh dari warung itu. Aku mengeluarkan purse dari beg
lantas mengutip beberapa keping duit syiling untuk aku gunakan. Kira-kira sudah
cukup aku berlari mendapatkan public phone lantas memasukkan duit kemudian
menekan butang nombor Syarqawi, adikku. Beberapa kali mencuba akhirnya
panggilan berjawab.
“Hello?
Assalamualaikum?” Suaranya yang aku kenali memberi salam.
“Waalaikumusalam.
Qawie! Datang ambil kakak dekat warung sini. Urgent! Tempatnya tak jauh dari
library kakak selalu lepak.” Laju bibir aku berkata memberi arahan.
“Whoa
kakak! Relek dulu. Slow down please. I’m listening you. What’s up?”
“Tak payah
nak what’s up sangat. Cepat la. Kau ada dekat mana sekarang?”
“Aku ada
dekat library la. Dah pukul 5 nak ambil kakak macam selalu. Cari dari tadi tak
jumpa, call pula tak angkat. Kakak dekat mana ni?”
“Kakak
dekat warung kecil seberang jalan besar dari library. Port dia agak belakang
dari deretan kedai perabot. Ala, kau datang saja. Dekat sini warung tu sahaja
yang paling kecil. Cepat! Bawa kereta sekali.”
“Okey.
Roger and out! Nanti aku sampai.” Talian diputuskan.
Aku
kembali ke warung mendapatkan lelaki itu. Melihat dia yang gelisah dalam
lenanya sambil bibir belum berhenti meracau aku kembali serabut memikirkan apa
yang perlu aku lakukan. Aduh! Kenapalah aku vongok sangat terbaik hati hari ni
nak tolong orang. Dah la tu, tak pandai kalau bab-bab orang sakit yang aku
perlu hadapi. Entah apa yang perlu aku buat aku pun bingung. Nak tinggalkan
lelaki ni macam tu saja memang lagilah aku tak sanggup nak buat. Apa? Ingat aku
ni jahat sangat ke? Cuba melakukan sesuatu yang munasabah aku keluarkan sapu
tangan dari poket jaketku, air botol dalam beg aku keluarkan dan aku buka.
Airnya aku tuang pada sapu tangan lalu perlahan-lahan aku sapukan pada wajah
dan lehernya. Perbuatan itu aku ulang berulang kali. Berharap
sekurang-kurangnya panasnya itu dapat disejukkan sedikit. Resahku mula
berkurangan apabila meracaunya tidak lagi kedengaran.
Tidak lama
menunggu, Qawie sudah pun sampai di hadapan kedai. Cekap sekali dia dengan
selok –belok kawasan itu membuatkan Qawie mudah mencari aku di sini. Dia keluar
dari kereta mendapatkan aku yang masih melakukan kerja mengelap wajah lelaki
itu dengan air, seperti aku dapat agak kerutan di wajah Syarqawi pasti menimbulkan
tanda tanya padanya melihat kelakuanku. Tapi belum sempat Qawie bertanya, aku
sudah mengarahnya membantuku memapah lelaki itu masuk ke dalam kereta. Qawie
yang sememangnya terkenal sebagai adik kesayanganku yang paling patuh dan taat,
menurut sahaja arahanku.
Niatku
untuk membawa lelaki itu terus ke klinik atau hospital aku batalkan. First
alasan, hospital kerajaan sangat jauh dari sini. Kedua, kalau nak dibawa ke
klinik duit aku sekarang hanya RM20 sahaja dalam purse. Ketiga, nak minta
tolong dari Qawie memang tak la, duit kereta, makan minum dia pun aku tanggung
apa yang dia nak tolong? Keempat, kalau terfikirkan lelaki itu membayar aku
ketuk kepala sendiri, agak-agak la nak buat andaian pun. Kelima, aku sendiri
pun tak tahu kenapa aku buat keputusan suruh Qawie bawa sahaja lelaki itu
pulang ke rumah kami berdua. Mujur sahaja aku tinggal dengan Qawie serumah. Tak
adalah nanti orang kata aku buat perkara sumbang bawa balik lelaki asing ke
rumah. Nauzubillah, sekeji aku tak pernah lagi tau!
Setibanya
di rumah, aku mengarahkan Qawie membawa lelaki tersebut ke bilik tetamu
di tingkat bawah. Walaupun aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan, tapi belum
sempat memberi apa-apa arahan kepada Qawie laju sahaja adik aku seorang tu
memeriksa keadaan lelaki tersebut. Aku pula yang terkejar sana-sini jadi
jururawat on the spot tanpa ijazah buat doctor to be depan aku ni. Sekejap
sahaja Qawie sudah beri arahan kepada aku untuk belikan beberapa jenis ubat
yang harus dibeli di klinik berdekatan. Mana aku cekau duit, awal-awal Qawie
dah berikan kepada aku beberapa not RM50 kepada aku. Nak tanya tapi tak
tertanya apabila mendengar kerahan daripada Qawie. Dalam kepala aku sudah
terlintas aku terajang karang budak ni naya kot bila dia selamba badak saja
jawab gaji kerja sambilannya, tadi kalau dia cakap ada duit kan senang tak
payah aku mencemar duli bawa lelaki tu ke rumah kami. Hik!
Klinik
yang berdekatan tak membuatkan aku mengambil masa yang lama untuk menunggu. Aku
kembali ke rumah dan menyerahkan segala macam jenis ubat yang aku pun tak tahu
cara nak sebutnya. Yang aku tahu satu sahaja antibiotik. Saat melangkah masuk
ke bilik tetamu itu kelihatan lelaki itu sudah bersalin pakaiannya. Mungkin
dipinjamkan oleh Qawie. Di hujung katil terdapat satu tiang dan digantung air yang
disambung ke tangan lelaki itu. Tak pelik bagi aku sebab serumah dengan budak
medic macam-macam dia bawa balik. Aku serahkan segalanya kepada Qawie dan aku
ke dapur untuk siapkan bubur buat lelaki itu apabila dia sedar nanti. Dan aku
masak sedikit nasi dan lauk-pauk untuk kami berdua makan malam ini. Setelah
siap apa yang patut aku naik ke atas mandi dan solat asar yang sudah hampir ke
hujungnya. Mengaji dua tiga muka surat sementara tunggu maghrib. Masuk sahaja
waktu aku terus mengerjakan solat rawatib, maghrib dan awwabin. Kemudian aku
turun ke bawah untuk hidangkan makanan untuk Qawie.
“Kakak…” Qawie memanggil saat kami menikmati
makan malam yang hanya biasa-biasa sahaja. Dua ekor ikan goreng, sup ikan
sebagai kuah dan sayur tumis kailan. Masakan Melayu sahajalah yang aku tahu
itupun lepas aku kahwin dengan Abang Syazwan.
“Hurmm..” Aku yang sedang menikmati hasil
tanganku sambil menonton Buletin Utama TV3 itu hanya menyut sebagai syarat.
“Mamat tu
ex-bf kau ke? Tak pernah-pernah kau bawa orang yang aku tak kenal datang
rumah.” Tersedak aku mendengar pertanyaan Qawie. Laju sahaja mata helang aku
mendarat ke wajah adik aku yang membuat muka tak bersalah memandang aku.
“Tak
adalah. Aku pun tak kenal siapa dia.” Kali ini giliran Qawie pula yang
tersedak.
“Kau gila
ke kak?”
“Apa
pula?”
“Kau bawa
orang yang kau tak kenal balik rumah ni. Dah tu aku tak agak-agak nak cop kau
memang gila bila tengok lelaki tu yang dah macam pengemis jalanan dengan
pakaian compang sana-sini. Aku tahulah kau tu nak tolong orang kak. Tapi
agak-agak la.” Hamik ko Ainul! Sekali doktor ni serang kau terkebil-kebil kau
nak membalas.
“Aku tak
gila lagi la. Tapi.. tengok dia buatkan aku teringatkan seseorang.” Aku beralih
memandang bilik tetamu yang terbuka pintunya. Qawie turut memandang ke arah
yang sama. Seperti dia dapat memahami siapa yang aku maksudkan, Qawie tidak
lagi bertanya lebih. Kisah yang menyebabkan aku benci dengan hidupku yang
sekarang. Yang menyebabkan aku berpisah daripada mommy dan daddyku untuk hidup
sendiri. Mujur adik aku ini adalah insan yang paling rapat dengan aku.
“Kau nak
dia tinggal dekat sini sampai bila?” Agak lama menyepi Qawie bertanya lagi.
“Sampai
dia betul-betul sembuh.”
“Aku rasa
kau kena hantar dia ke hospital la kak. Selain demam panas yang tinggi aku rasa
dia ada sakit lain. Sebab banyak sangat lebam dekat tubuh dia. Atau dia kena
pukul.” Aku hanya mendengar. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Hanya nafas
aku hela perlahan.
“Aku tahu
kau risaukan masalah duit. Tapi, dia tak boleh lama tinggal sini. Paling lama
pun minggu ni sahaja. Aku pun bukannya boleh stay rumah selalu dah sekarang nak
check up dia. Minggu depan aku kena lapor diri. Dah alang-alang tu aku bawa dia
ke hospital terus la. Lagipun, aku risau mommy daddy datang bila-bila masa sahaja.
Petang tadi pun mommy ada call aku tanya fasal kau. Entah apa yang dia
marah-marahkan sangat. Kau gaduh dengan mommy lagi ke?”
“Arh!
Malas la aku nak cakap fasal mommy. Drop the topic. Kalau aku cakap pun buat
sakit hati sahaja. Kalau kau dah cakap macam tu, aku ikut sahaja.”
Selesai
berkata itu, tandanya keputusan telah diambil. Tiada bantahan, Qawie pun tidak
bertanya banyak. Aku kembali mengingatkan lelaki itu dan keluhan pelahan aku
hela. Apa yang aku fikirkan sebenarnya ni?
*******
23 March
2010
Aku turun
ke bawah setelah menunaikan solat subuh. Destinasi aku tuju ke bilik tetamu
untuk melihat keadaan lelaki itu. Masuk sahaja ke bilik aku lihat Qawie sedang
memeriksa kondisi lelaki itu. Dia tersenyum melihat aku yang terpacak di depan
pintu.
“Assalamualaikum
kak. Morning!”
“Waalaikumussalam.
Morning. Macam mana kondisi dia?”
“Suhu
panas dia masih tinggi. Tapi, don’t worry. He’ll be okey soon. Kau nak pergi
kerja ke?”
“Hurmm..
tak kan aku nak ambil cuti tanpa sebab kot. Tapi, bila teringatkan lelaki ni rasa
ragu la pula.”
“Tak apa.
Kau pergi sahaja kerja. Aku boleh jaga dia. Lagipun aku bukannya ada apa pun
nak buat sekarang. Aku pun dah letak jawatan kerja aku dulu. Nak prepare untuk
lapor diri minggu depan.”
Aku hanya
mengangguk mendengar. Dia yang sedang terbaring lesu aku pandang. Wajahnya yang
sudah bersih dibersihkan oleh Qawie semalam membuatkan aku sedikit jelas
melihatnya. Aku mengerutkan dahi seperti mengingatkan seseorang. Mataku
dikecilkan lagi cuba mengingat. Siapa? Aku kenal diakah? Hidungnya yang
mancung. Bibirnya yang nipis pucat lesi. Alisnya yang tebal. Matanya yang
terukir cantik. Kulitnya yang putih pucat mengingatkan aku kepada seseorang.
Tapi siapa? Dalam aku cuba mengingati satu persatu kenalanku, namun nafasku
seperti terhenti saat satu nama terlintas. Abang Syazwan! Dia lelaki itu!
Benarkah? Aku pantas memandang Qawie.
“Kenapa
kak?” Qawie seperti pelik melihat lakuku. Apabila Qawie bertanyakan soalan itu
kepadaku, bibirku teragak-agak untuk bersuara.
“Abang
Wan.. kau ingat dia?” Perlahan aku bertanya entah dengar entahkan tidak. Namun
telinga tajam seperti Qawie pantas menangkap butir bicaraku.
“Ingat.
Kenapa kakak tanya fasal abang? Abangkan dah tak ada.” Aku tersedar lagi.
Ainul! Bangun Ainul. Tak mungkin orang yang telah pergi masih hidup. Tak
mungkin! Itu firasat kau sahaja. Aku memejamkan mata cuba melupakan apa yang
terlintas di fikiranku. Tenang Ainul. Tenang.
“Kakak?
Are you alright?”
“I’m okey.
Kau jaga dia. Aku nak pergi kerja. Aku dah buat sarapan untuk kau dengan bubur
untuk dia makan.”
Qawie
mengangguk dan aku melangkah keluar dari bilik kecil itu. Beg sandangku aku
capai dan bergerak keluar dari rumah biasa yang bertingkat dua itu. Ya Allah,
apa rasionalnya aku bertindak begini? Melakukan sesuatu yang bukan sikapku?
Adakah kerana dia yang membuatkan aku bertindak begini? Syazwan… nama itu
bergema lagi. Hembusan nafas berat aku hela. Namun, memikirkan Abang Wan
membuatkan aku mula memikirkan mommy dan daddy. Pasti mati aku dikerjakan
mereka apabila tahu apa yang aku lakukan ini.
*******
Malam itu
aku tak benarkan Qawie ambil aku macam biasa. Pulangku pun agak lewat itupun
hanya menaiki bas. Hati aku yang gundah entah kenapa membuatkan aku segera
ingin pulang ke rumah. Namun, setibanya di hadapan rumahku ternyata gundah di
hati ada sebabnya dan ianya terjawab saat terpandangkan kereta mewah bewarna
hitam terparking di hadapan rumahku. Aku kaku berdiri sambil memeluk tubuh
teragak-agak ingin masuk ke dalam kerana aku tahu siapa yang bakal menyambutku
nanti. Aduh, apalah yang mommy daddy aku buat dekat sini? Tak cukup lagikah
menyebabkan aku dipecat tanpa sebab kelmarin. Kerana bengang dengan tindakan
Puan Sri Siew Ming itu, telefon bimbit aku yang second hand menjadi mangsa
hentaman dinding. Hurmm.. alasanku untuk ke tempat kerja pagi tadi hanya
sekadar alasan. Padahal kakiku ke hulur ke hilir mencari kerja kosong yang
mungkin diperlukan segera sementara aku mencari kerja tetap yang sesuai dengan
kelayakanku.
Bunyi
perbalahan manusia dari dalam rumah menyedarkanku di mana aku sedang berpijak.
Sejauh mana aku berlari mereka tetap akan mencariku. Suara yang semakin
meninggi aku telah milik Qawie dan mommy. Serentak itu aku teringatkan lelaki
asing yang berada di rumahku. Jangan.. jangan.. Mommy dapat tahu ada orang lain
dalam rumah. Tanpa berfikir panjang laju sahaja kakiku melangkah menghampiri
pintu rumah yang sedia terbuka. Hampir tertojol mataku melihat keadaan lelaki
itu yang terjelopok di atas lantai. Wajahnya tersangat pucat menandakan
kondisinya masih belum stabil. Melihatkan mommy yang ingin memukul lelaki itu
dengan beg tangannya yang beharga ribuan ringgit segera aku berlari untuk
melindunginya.
“Mommy!”
Jeritanku itu menghentikan perbuatan Puan Sri Siew Ming meneruskan lakunya itu.
Aku mendepakan tanganku cuba melindunginya di belakang.
“Dah balik
kau ya perempuan tak sedar diri. Jantan mana kau bawa balik hah?” Lantang Puan
Sri Siew Ming bersuara memarahi aku. Pinggangnya dicekak dengan mata yang tajam
melihatku.
“Ikut suka
saya nak bawa pulang sesiapa pun ke rumah ni. This is my house. Mommy tak ada
hak nak halang saya.” Aku dengan beraninya menjawab. Tidak gentar langsung
untukku melawan pandangan matanya yang merah saga. Marah sekali Puan Sri hari
ini. Peduli apa aku!
“Anak
kurang ajar. I gave you everything for your happiness but you threw it such a
shit! What do you want hah!? I gave you everything that nobody could get it.
This is your kindness hah! This is your good deed for me! Disaffected bitch!”
Bitch? What? Dia panggil aku bitch?
“Yes! I’m
a disaffected bitch. Because of you mommy I’m a rebellious bitch! Because of
daddy I’m a rebellious bitch! You never taught me how to be a good girl, how to
be a obey person! So, I don’t know to obey to you anymore! But now, I don’t
want to see you! Get out from my house!” Aku lepaskan apa yang terbuku di hati
tanpa rasa bersalah walaupun sedikit.
“Tak
guna!”
Sudahku
duga. Laju sahaja tubuhku menjadi hentaman tangan ibu kandungku sendiri.
Bertubi-tubi diserang mommy langsung tidak aku balas. Biarkan dia lepaskan
segala rasa sakit hatinya terhadapku. Tapi bukan lelaki ini yang menjadi
mangsanya. Semakin lama semakin menggila hentaman mommy. Berterusan seperti
tiada tanda tangannya akan berhenti daripada terus memukul. Daddy berwajah
bengis hanya memerhati dari belakang. Qawie segera menghalang perbuatan mommy
daripada terus menjadi. Tubuh mommy dipeluknya dari belakang lalu dibawa
menjauh daripadaku. Aku tiada rasa untuk membalas, bibirku yang berdarah aku
biarkan. Sakit yang menghentam tubuh bukan apa-apa bagiku berbanding luka yang
parah dihati aku yang tidak pernah terubat.
“Kau
tunggu Mei Xi! Kau ingat selepas kau tinggalkan segalanya aku akan lepaskan
kau. Aku akan pastikan kau duduk kembali di kerusi CEO Tao-Holding. Aku akan
buat kau jilat balik ludah yang kau palit dekat muka aku dengan daddy kau depan
satu Malaysia. Aku akan buat kau melutut. Aku akan pastikan kau kembali menjadi
Tao Mei Xi sampai kau tukar agama asal kau. Aku akan musnahkan sesiapa sahaja
yang menjadi tulang belakang kau. Termasuk jantan keparat yang kau bawa balik
tu. Remember every words that I’ve told you!” Satu persatu disebut Puan Sri
Siew Ming dengan wajah yang bengis. Aku memandang sepi kata-katanya. Kenapa
mommy? Kenapa mommy susah sangat nak lepaskan saya? Saya tak nak semua tu
mommy. Tolonglah faham saya. Saya hanya inginkan kebebasan. Tolonglah! Lepaskan
saya. Cukuplah merampas apa yang menjadi milik saya.
“Tao Mei
Xi was dead. She was dead when you being a hijacker. My name is Ainul Humaira’.
And in the name of Allah, I never afraid with what ever you said. Saya tak
takut walaupun mommy buat saya sampai terpaksa minta nyawa. Saya tak takut
walaupun sedikit. Ini agama saya, saya akan pertahankan sampai saya mati. Kalau
mommy nak bunuh semua orang yang saya sayang seperti mana mommy buat dekat
keluarga Abang Wan dulu, just do it. It will never change anything. I’ll still
with my religion until the end of my life.”
Entah dari
mana keberanian itu datang aku bersuara berani dengan garang mataku menikam
wajah bengis Puan Sri Siew Ming. Seperti tiada apa yang ingin diucap atau ingin
mematahkan kata-kataku, mommy merengus kasar. Qawie yang masih memeluk tubuhnya
ditolak kasar. Beg tangannya diambil lalu bergerak keluar dari rumahku. Daddy
seperti selalu tidak berkata banyak hanya mengikut ke mana perginya mommy
pergi. Namun aku sempat menangkap pandangan mata sayunya menyoroti wajahku
sebelum melangkah pergi. Kedengaran deruman enjin dari luar dan seretan tayar
kereta dibawa ganas oleh si pemandunya meninggalkan rumah ini. Aku memejam mata
ingin menghilangkan peristiwa ini daripada kotak memoriku. Tuhan, kuatkan aku
seperti mana Kau beri keyakinan untuk memilih agama ini.
“Kau okey
kak?” Laju sahaja Qawie berlari mendapatkan aku. Wajahku dibeleknya tapi aku
menolak lembut. Lelaki itu yang terduduk lemah bersandar pada dinding aku
hampiri. Matanya begitu lemah untuk dibuka. Tapi aku seperti dapat rasakan dia
berusaha untuk membukanya bagi melihatku. Belakang tanganku aku lekap pada
dahinya. Masih panas. Seharusnya dia mempunyai rehat yang cukup untuk menampung
tenaganya yang hilang. Kasihan sekali lelaki ini, tidak tahu pokok pangkalnya
tiba-tiba sahaja diserang. Maafkan saya, Encik.
“Macam
mana mommy boleh jumpa dia?” Aku bertanya.
“Entah aku
pun tak tahu. Aku ke dapur nak buat air. Tiba-tiba sahaja mommy menjerit
marah-marah melihat lelaki ini dalam bilik tetamu. Tak sempat aku buat apa
mommy dah suruh daddy heret dia keluar dari bilik. I think she knows something.
Just not how she knows about this guy, but also who’s this guy.” 90 darjah
kepalaku terteleng melihat Qawie tersentak dengan kata-katanya itu. Benarkah?
Jadi firasatku ada benarnya. Pasti lelaki ini ada kaitan dengan aku.
“How did
you knew that?”
“She said
something weird. Something make me guess that she knows this guy when she asked
him : Macam mana kau boleh balik semula dekat anak aku? Pelik kan soalan tu
yang sepatutnya digantikan : Siapa kau?”
Aku
terdiam memikirkan ada betulnya kata-kata Qawie itu. Tapi siapa dia? Aku kenal
diakah? Mommy tahu sesuatu fasal diakah? Tapi pelik juga macam mana mommy boleh
tahu lelaki itu ada dekat sini. Ingin bertanya terus kepada lelaki itu terasa
kasihan pula. Sedari kelmarin lelaki itu tidak bersuara mahupun bercakap.
Setiap pertanyaan Qawie pun dibalas dengan dengan anggukan mahupun gelengan
sahaja. Itupun dengan laku yang lemah. Biarlah dulu, bila sampai waktunya aku
akan tanyakan. Atau aku akan cuba menyiasat.
“I’ll find
it out. Come, help me. Bawa dia masuk bilik. Dia perlukan rehat yang cukup
untuk pulih.” Qawie mengangguk lalu membantu aku memapah lelaki itu kembali ke
bilik tetamu. Tangan lelaki itu yang luka akibat jarumnya direntap kasar dicuci
oleh Qawie. Setelah memasukkan kembali jarum tiub saluran air, Qawie memberi
lelaki itu memakan ubat setelah disuap sedikit bubur. Aku hanya membantu apa
yang patut mengikut arahan Qawie. Setelah siap, tubuh lelaki itu diselimuti
aku. Aku memandang sekilas wajah lelaki itu dengan bantuan biasan cahaya lampu
tidur. Cuba mengamati wajah lelaki itu, adakah dia benar-benar Abang Syazwan?
Namun, untuk meng’ya’kan telahanku itu adalah mustahil sama sekali. Lelaki itu
telah pergi depan mataku sendiri. Kuburnya juga masih wujud sehingga sekarang.
Lantas siapa lelaki ini? Apa sebabnya hatiku tergerak ingin membantunya.
Tidak
sempat berfikir lama aku pula ditarik Qawie keluar dari bilik lalu aku
didudukkan di atas sofa di ruang tamu. Di atas meja kopi sudah lengkap dengan
sekotak First-Aids dan lain-lain yang sememangnya bukan bidang aku untuk
mengenalinya. Pantas sahaja tudungku dibuka Qawie dan menjerit aku akibat
dengan tidak sengajanya Qawie menyiku kepalaku. Terjegil mataku memegang
kepalaku yang benjol sebesar telur ayam. Boleh tahan hentaman mommy. Mungkin
berkat beg tangan mahalnya inilah padahnya terhadapku. Tidak menunggu lama,
laju sahaja tangan Qawie memainkan peranannya mencuci segala darah yang
mengalir hari hidung dan bibirku. Jangan aku dikejutkan hidung aku patah sudah
sebab lama benor Si Qawie ni belek hidung aku. Dah bersih dicuci luka-luka,
lebam dan luka-luka yang mendarat di tubuhku disapu dengan ubat serta diplasternya.
Kepalaku yang benjol di demahnya. Ketawa kelucuan dia melihat keadaan aku.
Apabila disuakan cermin muka kepadaku menjerit aku melihat wajahku, mataku
lebam seperti kena penumbuk. Warrr! Mommy kejam melakukan begini terhadap anak
perempuannya. Tahulah benci pun! Qawie yang terguling-guling atas karpet
mendengar jeritan aku + melihat memek muka terkejut aku + melihat keadaan aku
yang dan macam separuh mumia benar-benar memanaskan suhu tubuhku. Bertubi-tubi
aku serangnya dengan bantal kusyen. Bertambah sakit hati apabila satu pun tak
mengena. Huarr! Tak mo kawan dengan Qawie. Aku merajuk tak memandang wajahnya
yang membongkok tersenyum mengejek sambil memeluk tubuh. Tetapi itu hanya
sementara, Qawie memeluk bahu kiriku dari belakang memujukku. Semakin erat
meluahkan kesedihan hatinya.
“Please
kakak. Jangan buat macam ni lagi. Aku tak suka mommy selalu pukul kau. Cukuplah
kau koma dulu kakak. Cukuplah Abang Wan pergi. Cukuplah keluarga Abang Wan
pergi. Cukuplah kakak kehilangan anak kakak. Cukuplah kakak luka lagi hari ini.
Aku tak kuasa untuk menghalang dan membalas perbuatan mommy, dia ibu yang
melahirkan aku kakak. Walaupun kepercayaan Qawie sehaluan dengan kakak, tapi
agama ini menyanjung tinggi darjat seorang ibu kak. Jahat mana pun dia, dia tetap
mommy.”
Aku
terdiam lama mendengar luahan kesedihan daripada seorang yang dipanggil adik.
Pelukannya aku biarkan, bahuku aku serahkan untuk didagunya. Dan aku berharap
dia menangis kerana dia tidak pernah walau sekali menangis di hadapanku. Dia
sentiasa kuat menyokongku di belakang. Sungguh bertuah aku dikurniakan seorang
adik, seorang darah dagingku yang sangat memahamiku. Pasti dia sedih sekali
melihat perpecahan keluarga kami. Sudah 4 tahun berlalu setelah aku membawa
diri untuk pergi dari istana keluarga Tao. 5 tahun juga aku menjadi muslim. 3
tahun tanpa bimbingan hatta seorang manusia yang bergelar muslim. Setelah
Abang Syazwan pergi, aku buntu untuk meneruskan hidup. Aku tiada kenalan yang
boleh mengajarku tentang Islam. Hanya berpandukan buku, rujukan internet dan
kuliah bersiri daripada televisyen. Jika di tempat kerjaku dulu ada juga dua,
tiga orang membantuku. Namun, apalah sangat sekadar beritahu boleh itu ini dan
tak boleh itu ini. Untuk mencari guru mengajarku aku tidak tahu bagaimana.
Kalau ingin mengikuti Qawie ke markas pengajiannya dan rakan-rakannya di situ
hanya terbuka kepada lelaki. Jadi aku hanya melukut ilmu dari adikku sendiri.
Adikku yang terbuka hati untuk mengikut langkahku 4 tahun yang lalu. Aku
menghela nafas perlahan. Abang Wan.. kan bagus kalau abang masih ada. Abang
yang mengenalkan saya kepada agama ini. Tiga tahun abang pergi, tiga tahun juga
saya tergantung tidak bertali entah mahu ke mana langkah saya.
“Maafkan
kakak Qawie. Mommy yang mengajar aku untuk bersikap begini. Kalau mommy tak
memaksa. Kalaulah mommy cuba faham walaupun sedikit apa yang ada dalam hati
aku. Tapi, mommy bertindak mengikut rasa mommy sendiri. Apa yang difikirnya
boleh kembalikan aku yang dulu, itulah yang dibuatnya. Kalau aku mahu, sudah
lama aku membalas perbuatan mommy dengan kekerasan. Sebab aku tahu bagaimana
darjatnya di sisi Islam, aku diamkan diri. Aku biarkan apa yang mommy nak buat.
Biarlah aku kehilangan segala-galanya. Cuma untuk mengunci mulut tidak membalas
itu aku tak dapat pertahankan. Dari kecil aku diajar membalas karma perbuatan
orang terhadap aku oleh ibu kandung sendiri. Tapi apabila ibu sendiri yang
melakukan ini, aku hanya mampu pertahankan diri dengan mulut aku sahaja.
Walaupun dosanya hanya tuhan yang tahu, sekurang-kurangnya aku hanya menyakiti
hatinya tidak tubuhnya.”
Malam itu,
aku meluahkan rasa hatiku kepada Qawie. Aku tahu dia sedih, aku juga sedih.
Sedihku berganda daripada Qawie kerana aku mangsa yang merasai kesakitannya
daripada tangan ibu kandung sendiri. Kesedihan Qawie hanya kerana melihat
kemusnahan keluarganya, sekurang-kurangnya mommy tidak akan sesekali memaksa
Qawie mengambil alih kedudukanku sebagai pemilik rasmi kerusi Tao-Holding.
Malangku menjadi anak sulung. Kerana keturunan anak pertama akan mengambil
segalanya, bukan yang kedua mahupun ketiga. Selagi aku masih hidup, kedudukan
itu akan mengejarku sehingga aku menghembuskan nafas terakhir barulah Qawie
pula yang menjadi sasarannya. Kerana terlalu percayakan salasilah keturunan
yang berabad lalu mommy bertindak begini. Kerana terlalu tinggikan keturunan
mommy bertindak begini. Kerana malu dicemuh keluarga yang lain apabila
menyerahkan kedudukan kepada pewaris kedua sedangkan pewaris asal masih hidup
mommy bertindak begini. Tindakan yang menyebabkan mommy tidak pedulikan lagi
kebahagiaan untuk anak-anaknya. Orang cakap beharta ini hidupnya senang tapi
bagiku walaupun hidup bermandikan harta sekalipun kebahagiaan tetap tidak boleh
dimiliki.
“Tapi
sampai bila kak?”
“Entah.
Sampai mommy rasa puas. Tapi mengenali mommy, Puan Sri Siew Ming tak akan
berputus asa. Mungkin sampai aku mati pun dia tak kisah. Kalau aku melutut
mengikut segala telunjuknya, aku menentang agamaku sendiri. Lebih baik aku tak
payah masuk Islam. Tapi selagi aku mampu aku bertahan sebab aku yakin Allah
akan hantarkan seseorang untuk aku hadapi semua ini.”
“Apapun
keputusan kau, aku akan sokong kak. Just be strong. I always be your side.
Forever!”
“Promise?”
“Promise.”
Aku
tersenyum. Untuk memulakan hari esok, kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk
menyambut tangan kita untuk berdiri. Walaupun kita mampu berdiri sendiri.
Namun, dengan kekuatan tangan orang lain sekurang-kurangnya kita yakin kita tak
akan jatuh. Kalau kita jatuh sekalipun rasa sakitnya tak separah seorang diri
kerana ada orang yang akan menghalang kita daripada terus jatuh menyembah bumi.
‘Aku
belajar diam dari banyaknya bicara,
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan,
Aku belajar menangis dari kebahagiaan,
Aku belajar tegar dari semua kehilanganku,
Kerana adanya Dia aku belajar segalanya,
Kerana adanya Dia aku masih berdiri,
Kerana adanya Dia aku mampu berdiri teguh,
Berjuang memegang namanya Yang Satu...'
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan,
Aku belajar menangis dari kebahagiaan,
Aku belajar tegar dari semua kehilanganku,
Kerana adanya Dia aku belajar segalanya,
Kerana adanya Dia aku masih berdiri,
Kerana adanya Dia aku mampu berdiri teguh,
Berjuang memegang namanya Yang Satu...'
Comments
Post a Comment