Posts

Showing posts from January 6, 2020

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan

Image
17: IBU SUSUAN Sambil menepuk-nepuk Qalbi yang pulas tertidur dalam baby carrier yang dipakainya, matanya tak lepas melihat video yang sedang dimainkan di Iphone yang dipinjamkan Azam. Tangan kiri menepuk Qalbi, tangan kanan pula memegang sudu yang penuh berisi nasi goreng yang sudah sejuk dek tidak bersuap ke mulut kerana terlalu fokus untuk memahami isi kandungan video tentang Supplemental Nursing System itu. Sedang dia ralit melihat, tiba-tiba terasa benda sejuk menyentuh bibirnya. Langsung dipanggung kepalanya meninggalkan fokusnya pada video, melihat pemilik tangan yang sedang cuba menyuapkan nasi ke mulutnya. Azam menjogket keningnya memberi isyarat supaya membuka mulutnya. “Eh tak apa Encik Azam. Maaf, ralit pula saya tengok video ni. Encik Azam makanlah. Nasi saya pun banyak lagi.” Nur Husna berkata sambil menolak sudu yang disua Azam. Tapi Azam masih statik berdegil tidak mahu menuruti kemahuan Nur Husna. Malah dahinya pula dikerut serius tanda tidak me