Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, setelah empat hari berfikir dan memerah idea, demi mencantikkan lagi plot serta menyunting penulisan aku supaya lebih teratur, serta memastikan maklumat yang tertulis lebih tepat ilmunya, akhirnya berjaya juga karya ini dinoktahkan. Buat yang pernah membaca cerpen TJDJ sebelum ini, silakan dibaca semula kalau sudi. Walaupun tidak banyak yang diubah tapi aku jamin. Kalian akan lebih puas untuk TJDJ versi edited. Semoga! Aminnn.. Buat yang pertama kali mahu membaca, silakan jangan ragu2. Aku lebih mencadangkan cerpen TJDJ versi ini. Tidak salah juga mahu membaca yang versi lama. Masih ada tertampal dalam post yang sebelumnya. Cumanya, kalau versi lama dimohon agar bersabar banyak2. Aku belum matang saat karyaku itu ditulis. Harapanku cuma satu, karyaku enak dibaca dan pembaca semua gembira. Selamat membaca!
5: SHE’S MY WIFE Langkah Nur Husna terhenti saat terpandangkan tubuh seorang lelaki yang sedang berbaring di sofa L. Posisinya kelihatan tidak selesa. Kaki kirinya berjuntai ke lantai, sebelah lagi dilipat seperti bersila di atas sofa. Tangannya diletakkan di atas dahi sedikit menutupi wajahnya dan sebelah lagi juga terkulai ke bawah sambil memegang sejadah. Tubuhnya yang tadi hanya bersarungkan undeshirt nipis dan seluar track hitam, kini sudah berganti dengan henley kelabu, berseluar khaki biru tua dan berkopiah putih. Sepertinya baru sudah solat. Aneh, mengapa tak solat di bilik sahaja? Mengapa solat di ruang tamu? Eh, bukan ruang tamu. Ruang tamu di tingkat bawah. Cuma ruang ini lebih sederhana luasnya. Dan dibahagi kepada dua. Di kirinya seperti dikhaskan untuk berehat, bersantai mahupun berkumpul ahli keluarga. Dilengkapi dengan set sofa bed dan sofa L, meja kopi, wardrobe untuk televisyen. Juga ada sebuah kerusi malas berteraskan kayu jati dan beberapa kerusi mini bew
17: IBU SUSUAN Sambil menepuk-nepuk Qalbi yang pulas tertidur dalam baby carrier yang dipakainya, matanya tak lepas melihat video yang sedang dimainkan di Iphone yang dipinjamkan Azam. Tangan kiri menepuk Qalbi, tangan kanan pula memegang sudu yang penuh berisi nasi goreng yang sudah sejuk dek tidak bersuap ke mulut kerana terlalu fokus untuk memahami isi kandungan video tentang Supplemental Nursing System itu. Sedang dia ralit melihat, tiba-tiba terasa benda sejuk menyentuh bibirnya. Langsung dipanggung kepalanya meninggalkan fokusnya pada video, melihat pemilik tangan yang sedang cuba menyuapkan nasi ke mulutnya. Azam menjogket keningnya memberi isyarat supaya membuka mulutnya. “Eh tak apa Encik Azam. Maaf, ralit pula saya tengok video ni. Encik Azam makanlah. Nasi saya pun banyak lagi.” Nur Husna berkata sambil menolak sudu yang disua Azam. Tapi Azam masih statik berdegil tidak mahu menuruti kemahuan Nur Husna. Malah dahinya pula dikerut serius tanda tidak me
Comments
Post a Comment