E-Novel: Maroc Lovefootprint 1







Suasa lengang di luar Muhammed V International Airport, Casablanca membuatkan Hilda gelisah sendiri. Setelah setahun berada di bumi Morocco ini, inilah kali ke-2 dia menjejakkan kaki di Aeroport Muhammad V ini. Bukan untuk pulang ke tanah air buat selamanya-lamanya. Tetapi, menyambut seorang anak tanah airnya yang tidak Hilda tahu siapa. Dalam berdebar menanti gerangan yang ditunggu, jam casio dipandang sekilas. Angka sudah berginjak ke 8.30 pagi waktu Morocco. Tapi, insan yang ditunggu belum menunjukkan tanda-tanda ingin munculkan diri.

Muhammed V International Airport, Casablanca -Kredit Gambar: Google Image-
Muhammed V International Airport, Casablanca
-Kredit Gambar: Google Image-
Hilda pandang kiri kanannya, hari Isnin yang lengang. tidak ramai orang yang sedang menunggu bersamanya di ruang menunggu itu. Sudah semestinya berniat yang sama sepertinya, menyambut kepulangan insan tersayang, atau kenalan yang ingin berkunjung ke bumi yang pernah diperintah oleh beberapa Kerajaan Islam dan sekarang disambung oleh keturunan Kerajaan Islam di Morocco iaitu Muwahhidin hingga sekarang. Ruang menunggu itu agak kurang selesa, kerana masing-masing terpaksa menunggu di luar airport di bawah beberapa khemah yang dipasang. Semuanya kerana sistem imigration Morocco yang semakin ketat. Bukan sebarang orang yang boleh menjejak kaki ke dalam airport. Hanya yang memegang buku merah dilepaskan pengawal. Itupun nasiblah. Kadang-kadang bukti boarding pass juga ingin dilihat. Jika itu yang diminta, kecewalah mana-mana gerangan yang berpura-pura menunjukkan passport berharap untuk lepas ke dalam tetapi tidak ada bukti tiket. Begitulah rungutan rakan-rakan Hilda yang sering ditahan apabila ingin menghantar student yang ingin pulang ke Malaysia sahaja, tapi dihalang daripada memasuki ke dalam airport dek bukti passport sahaja tidak mencukupi.

Hilda mengeluh kecil, kerana berita mengejut daripada ummi jugalah dia terpacak di sini awal pagi. Usai sahaja solat subuh tadi, panggilan telefon yang berangka negara asing mengerutkan dahi Hilda. Apabila dijawab, tahulah dia umi yang menghubungi. Kata umi, whatapps yang dihantar bertalu-talu tidak dibalas buatkan uminya bertindak mengubunginya tanpa menunggu. Hilda hanya tersengih menutup salah, kerana Hilda sememangnya tidak akan membuka data internet di pagi hari jika tidak ada keperluan. Setelah bertanya khabar dan bertukar cerita sedikit, umi mengerahkannya supaya segera bersiap dan bergegas ke Aeroport Muhammad V kerana ada kenalannya yang akan sampai pagi itu. Apabila ditanya siapa, umi sekadar menjawab anak kawan umi yang sedang bercuti sekarang. Alang-alang bercuti di Morocco, dia ingin menziarahi Hilda katanya. Semakin pelik Hilda, tidak kenal siapa gerangan itu tetapi kata-katanya seperti sangat mengenali Hilda gayanya. Apabila ditanya pukul berapa ketibaan si dia itu, umi beritahu pukul 3.45 petang waktu Malaysia. Setelah ditolak 8 jam waktu Morocco yang lebih lambat dari Malaysia, mata Hilda membulat sendiri. Flight sampai pukul 7.45 pagi Jam telefon bimbitnya dilihat. 6.50 pagi! Dia betul-betul sudah lewat. Sudahnya, terkocoh-kocoh Hilda bersiap ala kadar. Teman serumahnya diberitahu dengan sekali laungan, setiap penjuru rumahnya mendengar. Apa lagi, terkejut semua bertanya itu ini kepada Hilda. Mereka yang tidak tahu apa-apa itupun terkejut, apatah lagi Hilda yang mendengar sendiri daripada mulut uminya.

Dalam kelam-kabut mencapai beg galas, passport, bitoqoh watoni (Morocco IC), Zenphone, dan beg duitnya diperiksa. Duit dikira agar mencukupi. Apabila kepalanya teringatkan kelas bersama Ustaz Dhoif pagi itu, Hilda berpesan pada teman sekuliahnya supaya merakam dan ambil nota penting daripada ustaz. Terpaksalah dia ponteng kelasnya. Teksi Soghir ditahan, L'Oasis menjadi destinasi. Zenphone dicapai dan laman ONCF dibuka. Waktu train ke Aeroport diperiksa untuk dipastikan train paling awal dalam waktu terdekat itu. Jam 7.20 paling hampir. Jam di dashbord teksi dilihat. 5 minit lagi! Berbelit-belit Hilda bercakap Darijah(1) campur Arab dan Prancis agar pak cik teksi itu pecut ke La Gare L'Oasis. Sampai sahaja, tak berpijak tanah Hilda ke kaunter tiket. Cun-cun juga train sampai, setelah tempat duduk tepi tingkap dipilih barulah Hilda bernafas lega. Setelah 25 minit menanti train bergerak akhirnya tingkat bawah Aeroport Muhammad V dijejak dan segera bergegas ke tingkat atas. Jam sekarang 7.53 pagi. Sempatlah menunggu sementara si dia selesai urusan imigration dan menunggu beg bagasi. Paling lama satu jam mungkin.

Zenphone yang di'vibrate' bergetar berkali-kali membuatkan Hilda pantas membuka aplikasi whatapps. Notifikasi daripada umi yang bertanyakan si dia Hilda sekadar balas masih menunggu. Baru dia teringatkan sesuatu, demi memudahkan urusannya. Nama penuh si dia bersama gambar diminta daripada umi. Sekumpulan manusia yang keluar dari pintu masuk airport membuatkan Hilda turut bangun berdiri. Matanya meninjau-ninjau mencari gerangan yang dia tidak tahu siapa dan bagaimana rupanya. Ah, kalau wajah ala-ala orang melayu itu pasti dia orangnya. Bisik hati Hilda. Serentak itu,bola mata Hilda menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang berseluar jeans dan berT-shirt Polo berkolar biru laut tersarung di tubuhnya. jaket kulit hitam disangkut pada lengan kanannya sambil tangan kirinya menarik bagasi peti bewarna biru gelap. Rambutnya hitam kelam agak bersepah ditiup angin, mata yang diselindung sebalik ray ban, hidung tinggi, mulut nipis berkumis dan berjanggut sejemput. Hilda tersedar sendiri dengan kenakalan matanya memeriksa setiap inci tubuh si lelaki. 

Zenphone yang bergetar kembali dilihat. Nama, Ahmad Sharqawi Abdullah. Lelaki? Kenapa aku tak tanya umi tadi lelaki ke perempuan. Kalau aku tahu lelaki boleh juga aku bawa siapa-siapa temankan aku. Hilda mengetuk kepala sendiri. Tidak berfikir sebelum bertindak, sudah terhantuk baru terngadah. Padan muka! Gambar di muat turun. Gambar lelaki yang sedang tersenyum itu diperhatikan. Eh, lelaki tadi. Segera lelaki tadi diperhatikan semula. Dan serentak itu mata mereka bertembung. Zup! Terus menusuk ke jantung Hilda membuatkannya bergetar hebat. Tubuh membeku, nafas terhenti dan lidah terkelu saat melihat lelaki itu melangkah menghampiri Hilda seperti dia telah sedia maklum ketibaannya dinanti Hilda. Dan seperti dia telah mengecam Hilda tanpa pernah mereka berkenalan. Setelah lelaki itu benar-benar berdiri di hadapan Hilda, kepalanya sedikit terdongak ke atas kerana ketinggian lelaki itu melebihi dirinya. Dia tersenyum manis lalu menanggalkan ray ban yang tertenggek di batang hidungnya lalu disangkut pada t-shirt.

"Assalamualaikum.." Dia menyapa dengan salam. Hilda masih terkebil-kebil. Tidak tahu ingin beriaksi bagaimana.

"Hilda...?" Suara garaunya menyentak Hilda. Hilda menggigit bibir sendiri. Sudah kenapa aku gemuruh tanpa sebab ni. Eh, dia tahu siapa aku..? Umi bagitahu kot.

"Err.. waalaikumussalam. Em.. en.. Encik Sharqawi kan..?" Dia tertawa lucu saat pertanyaan itu terluncur keluar dari bibir Hilda. Tidak pasti apa yang lucu, mungkin panggilan namanya yang diletak 'encik' di depan. Hilda jungkit bahu.

"Kelakar la Hilda ni. Dengan abang pun nak ber'encik' bagai. Hilda apa khabar?" Berlapis dahi Hilda mendengarkan Sharqawi membahaskan dirinya 'abang'. Dan tanpa disangka tangan dihulur mengharap Hilda menyambut untuk menyalaminya. Bertambah-tambah lapisan di dahi Hilda. Ewah, anak siapa ni? Tidak tahukah dia hukum bersalam dengan bukan mahram? Tangan yang tidak bersambut Hilda membalasnya dengan tangan di dada dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Kini Sharqawi pula yang berkerut dahi.

"Kenapa tak nak salam?"

"Bukan mahram kan. Mana boleh salam." Dan Sharqawi ketawa lagi. Hilda terkebil-kebil. Sekali lagi dia tidah tahu apa yang menggelikan hati lelaki di depannya itu. Dalam ketawa yang masih bersisa, mata Sharqawi galak memerhati raut wajah Hilda yang sudah lama tidak dilihat itu. Masih sama seperti dulu, cuma rautnya agak matang. Sesuai dengan umurnya yang menuju kearah kedewasaan. 

"Hilda belum tahu? Umi dan abah masih belum bagitahu Hilda lagi ya?" Sharqawi tersenyum lebar, laju sahaja tangannya mengusap kepala Hilda yang dibalut tudung bawal berona ungu lembut dipakai bersama kemeja labuh ke lutut dan slacks longgar kedua-duanya bewarna hitam. Kerana terkejut, mata Hilda membulat dan serentak tangan Sharqawi ditepis. Kaki Hilda berundur beberapa langkah ke belakang menjauh. Cuba mencipta jarak. Berani betul lelaki ni. Anak siapa ni? Hilda mula tidak senang duduk. Sharqawi tidak marah tetapi tersenyum lebar dengan tindakan Hilda. Bagus, ada prinsip!

Zenphone bergetar lagi. Beberapa notifikasi yang ditulis abahnya dalam group whatapps family mereka cukup membuatkan nafas Hilda kembali tersekat, matanya membulat besar. WHAT?

-Maaf Hilda abah baru maklumkan, tapi abah akadkan dia untuk Hilda sah di sisi syarak.
-Hilda layan Sharqawi baik-baik tau.
-Because he's your husband.

Membuatkan Hilda bertambah rasa seperti ingin pengsan, Sharqawi peluk tubuhnya erat tanpa isyarat !

"I miss you so much, dear wife !"




1) DARIJAH: bahasa ammiah morocco/bahasa pasar morocco/diaelk morocco




Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan