E-Novel: Maroc Love Footprint 4
Jeritan Sharqawi
langsung tidak dipedulikan Hilda. Malah lebih laju dan yakin seolah-olah
dirinya sedang melakukan persembahan kawad kaki yang sudah pastinya
tidak akan diganggu oleh sebarang ancaman. Terpejam mata Sharqawi
melihatkan pacuan empat roda yang begitu laju kelajuan yang dipandu
pemandu pada mata kasar Sharqawi. Walaupun jauhnya masih jauh jika
diukur jaraknya, namun seretan tayar yang menyeret tar begitu nyaring
kedengaran dari arah kanan Sharqawi menandakan pacuan itu bila-bila masa
akan menghentam sesiapa sahaja yang menghalang laluannya. Dada dipalu
gemuruh mengenangkan keselamatan Hilda memaksa Sharqawi membuka mata
seluasnya. Takut bagaimana sekalipun, keselamatan Hilda itu yang utama.
Tidak mahu dia digelar bacul kerana takut dengan rialiti di depan mata.
Daripada berdepan dengan penyesalan seumur hidup, lebih baik nyawa dia
sebagai ganti. Tidak berfikir banyak, laju Sharqawi mengorak langkah
menyaingi langkah Hilda. Cuba bertindak secepat yang mungkin agar mereka
sempat ke seberang jalan.
Namun, kerisauan yang
perpaut pada hati Sharqawi tidak langsung membuatkan Hilda merasai rasa
yang sama. Seretan yang semakin ngilu menusuk gegendang telinga, tidak
menggoyahkan hati kering Hilda untuk tetap gah pada langkahnya. Kelajuan
Peagout merah langsung tidak menarik perhatian Hilda, malah tenang
tangan kanannya diangkat lembut dan dikembangkan jemarinya sebagai
isyarat kepada pemandu supaya berhenti. Lagaknya benar-benar seperti
sedang melakukan pertunjukkan di depan khalayak ramai. Bukan seperti
lagi, sememangnya mereka sedang ditonton oleh banyak orang sekarang!
Tambahan pula, wajah Hilda langsung tidak memandang ke arah pemandu
penuh keyakinan Peagout merah itu akan berhenti sambil melangkah kemas
dan pantas teratur.
Mujur sahaja pemandu itu
memahami, kelajuannya diperlahan dengan mendadak walaupun saat
keretanya berhenti bersama kepulan debu hasil seretan tayar yang
berhenti mengejut, jaraknya tidak sampai lima inci daripada mengenai
tubuh Hilda. Tak semena-mena si pemandu mengeluarkan kepalanya daripada
tingkap memarahi Hilda dengan suara yang melengking. Tapi, ada Hilda
peduli semua itu? Serasa hati Sharqawi, ingin sahaja kepala batu Hilda
itu disekeh sekuat hati. Sudahnya, Sharqawi pula yang terasa seperti
ingin tercabut jantungnya. Namun, melihatkan Hilda selamat itu lebih
daripada mencukupi. Daripada menerima padah Hilda semakin menjauh jika
Sharqawi memarahi gadis itu, lebih baik dirinya menjadi pengikut setia
memerhati dan mengawasi langkah Hilda yang umpama bom detik. Tak
terjangka apa lagi yang bakal dilakukan Hilda yang sudah pastinya
membuatkan jantung Sharqawi tidak duduk diam.
Dari belakang, Sharqawi
mengikuti langkah Hilda. Langkah yang memberi maksud, cepat-cepat sampai
dan cepat-cepat dia ingin pergi. Bibir Sharqawi terjungkit ke kiri,
lucu melihat laku si isteri. Bom detik yang tidak terduga tetapi
mengujakan untuk Sharqawi sabar menanti. Sharqawi memerhati kawasan
bangunan yang dilalui mereka. Lebih tepat panggilan iqamah(1) kata
Hilda kerana jika dilihat pada keseluruhan seperti satu blok segi empat
yang bersambung-sambung membentuk seperti nombor 8 AKA jika dalam i/c
alamatnya ditulis residence AKA pada penilaian Sharqawi strata? Lebih
kuranglah, stratayang berbentuk 8 jika dilihat dari ruang angkasa.
Bangunan strataberbentuk 8 itu, di dalam bulatannya diturapkan dengan
jalan tar dan sebagai tempatparking kenderaan manakala di bahagian luar
bangunan pada tingkat ground strata didereti dengan pelbagai kedai.
Mereka melalui depan iqamah yang pintu masuknya diapit dua kedai. Di
kirinya, kedai telefon bimbit yang berpapan tanda Oppo manakala di
kanannya kedai paip.
Hilda membelok ke kiri
melalui lorong yang tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar.
Kiri kanan lorong itu dirimbuni pokok-pokok tinggi yang ditanam sebagai
hiasan atau sesetengah iqamahmemakmurkan tanah dengan menanam tanaman
yang tidak diketahui namanya. Ada yang membiarkan tanah ditumbuhi
semak-semak liar. Dan sekiranya tanaman-tanaman ini ditebas habis,
besarnya boleh selebar jalan raya. Mungkin kecil sedikit tetapi muat
untuk dilalui tiga biji kereta bersais sederhana. Mata Hilda lurus
memandang ke depan melalui lorong yang memisahkanstrata 8 tadi dengan
dua strata berbentuk C yang rata-ratanya setinggi empat hingga lima
tingkat manakala panjang lorong itu 100 meter jika diukur jaraknya dari
jalan raya tadi iaitu Jalan Dakhla hingga seberang jalan iaitu Jalan
Ouled Haddou.
Lorong perjalanan kaki
itu riuh dan sibuk dipenuhi budak-budak arab yang sedang bermain bola
tidak terkira jumlahnya, ada budak kecil, ada remaja, dan ada juga
dewasa. Peringkat umur sedari lima hingga 20 tahun yang begitu rancak
menyepak bola ke kiri dan kanan tidak langsung menimbulkan rasa
ragu-ragu pada Hilda untuk melalui di tengah-tengah laluan yang sibuk
itu bagai merak kayangan. Mata tajam ke depan tidak berkelip, rahang
diangkat angkuh tidak pedulikan sekelilingnya. Budak-budak arab yang
rancak bermain terkaku berdiri dengan pelbagai gaya di tempat
masing-masing. Suasana yang tadinya riuh dengan suara sorakan mereka
berubah sunyi dek mulut yang turut terkunci. Semuanya kerana mereka
langsung tidak menyedari kehadiran Hilda yang muncul secara tiba-tiba di
celah-celah keriuhan mereka dan tidak menyangka Hilda berani meredah
asakan tubuh-tubuh yang boleh tahan tinggi mereka. Jika dihimpit mahu
semput nafas nanti.
Tetapi yang berhenti
hanya manusia yang beraqal dan bermata, tidak figura kecil bulat yang
bewarna putih bertompok hitam tidak bermata yang disepak penuh semangat
oleh seorang remaja sebentar tadi. Jika tidak kerana kepantasan Sharqawi
bertindak dengan menahan tapak tangannya menangkap bola itu, sudah
pasti benjolan sebesar telur ayam akan bertelur di kepala Hilda. Tapi,
Hilda tidak ambil pusing semua itu. Berhenti dan melihatkan sekeliling
pun tidak, apatah lagi sepotong kata terima kasih. Menonong Hilda
berjalan mengangkat hidung lebih tinggi meninggalkan mereka yang lain
terpinga-pinga. Sharqawi hanya memerhati si hati kering pergi sambil
menggeleng lembut. Hidung tinggi! Pedih tangannya menahan tekanan yang
menghentam tadi penangan sepakan budak arab yang boleh tahan bertenaga.
Bola diserahkan apabila remaja yang menyepaknya tadi datang memohon maaf
kepada Sharqawi. Sharqawi tersenyum dan menyapa ramah. Kepala
budak-budak arab yang menghampirinya diusap mesra sebelum kembali
menyambut jejak langkah yang ditinggalkan Hilda. Suka benar Hilda
meninggalkannya di belakang, tidak rela sekali si gadis berjalan seiring
di sampingnya. Tetapi Sharqawi tidak kisah semua itu, jejak yang
ditinggal dikutip Sharqawi penuh setia. Love footprint yang terlalu mahal untuk dijejaki akan diikuti hingga pemilik footprint itu dijejak dan disita menjadi miliknya.
Contoh gambar Iqamah. Biasanya kalau tepi jalan bawah untuk rumah kedai. Di celah2 rumah kedai tu, akan ada pintu untuk masuk ke iqamah. Macam kat atas ni. Kalau bukan 6 tepi jalan, akan ada halaman dan sebagainya.
-Kredit Gambar: Google Image- |
Jarak yang hanya beberapa meter diikut setia oleh Sharqawi dari belakang. Hilda melangkah ke kanan memasuki iqamah setinggi 5 tingkat yang betul-betul tepi Jalan Ouled Haddou. Masuk sahaja ke dalam iqamah,
suis bulat yang mempunyai lampu oren pada lingkaran bulatan yang
melekat pada dinding itu ditekan Hilda menghidupkan lampu pada setiap
tingkat iqamah dengan cahaya oren. Bangunan yang gelap gelita
tadi menjadi cerah dengan simbahan cahaya mentol yang jangka hayatnya
hanya satu hingga lima minit sahaja sebelum terpadam dan perlu ditekan
semula suis bagi menyalakan semula lampu. Kaki Hilda yang baru sahaja
ingin menjejak anak tangga terhenti apabila Zenphonenya berbunyi.
Gerangan yang menghubunginya diperhati dengan penuh rasa malas.
Umi...
Hilda menghela nafas
lemah. Keterujaan untuk menyambut panggilan daripada Malaysia itu sudah
hilang semenjak kehadiran Sharqawi. Terasa sangat jauh hati dengan
keluarga sendiri. Kelibat Sharqawi yang baru kelihatan di pintu
masuk iqamah membuatkan pandangan mereka bersatu. Sharqawi segera
menghampiri dan Hilda melarikan anak matanya kembali ke Zenphone.
Sebelum ditanya Sharqawi, mengapa tidak dijawab lebih baik dijawab
segera. Zenphone yang masih bergetar ditekan icon hijau
pada screen. Hilda membisu menyambut riuh suara keluarganya dicorong
telefon.
"Hilda dan Sharqawi dekat mana ni?"
"Dah sampai abah. Hilda tumpangkan dulu dia dekat rumah kawan."
"Bukannya kamu berdua duduk sekali?" Suara umi pula mencelah.
"Nantilah Hilda carikan
rumah kosong. Hilda pun baru tahu dia datang sini. Manalah Hilda tahu
dia nak duduk sekali. Umi abah pun tak beritahu awal-awal, cakap sepatah
pun tidak dengan Hilda. Hilda tak tahu apa-apa, jadi susah sikit. Rumah
dekat Casa sudahlah susah nak cari, mahal pula tu." Lenggok biacaranya
lembut, tapi tegasnya boleh dirasaikan semua orang. Gerangan dicorong
telefon terdiam apatah lagi Sharqawi yang sedang berdiri di depan Hilda,
termangu-mangu Sharqawi diperli begitu. Puas hati Hilda, membidas dan
memberi jawapan kepada Sharqawi yang mendesak.
"Eh, Sharqawi cakap dekat umi sebelum pergi dia ada booking hotel." Hilda mula panas hati. Nak permainkan aku ke apa?
"Dia cakap tak."
"Dia tu suami kamu
Hilda. Cuba hormat sikit. Sakit telinga abah dengar. Dia.. dia.. ingat
Sharqawi tu kawan kamu." Sehasta suara pengetua sekolah itu meninggi.
Hilda menghembus nafas kasar, bosan. Kan dah kena!
"Yelah, Hilda minta
maaf. BELIAU cakap tak ada tempah hotel. Nak duduk rumah terus kata
BELIAU." Puas hati Hilda. Memang sengaja dia tekankan perkataan beliau,
nak sangat bersopan dengan orang yang tak kenal. Berabang lagi. Sorry to say! Hampir
sahaja terletus tawa Sharqawi tapi segera disembunyikan melihatkan
wajah bengang Hilda. Faham sangat Sharqawi Hilda ditegur abah walaupun
dia tidak mendengar apa yang dibualkan mertuanya itu.
"Abah tegur, protes!"
Hilda diam, malas nak membalas. Bicara dalam amarah ni sukar dijangka,
takut tersilap kata ada hati yang terluka tak terampun dosanya nanti.
Derhaka kata dengan bapa!
"Sudahlah abah. Jangan didesak anak yang tengah keliru tu. Ha, cuba Hilda paskan telefon ke Qawie. Umi nak cakap."
Permintaan umi dituruti
tanpa banyak soal. Telefon dihulur kepada Sharqawi dan tanpa
teragak-agak Sharqawi menyambutnya lalu alat teknologi kecil itu
ditelekapkan ke telinganya. Lembut bicaranya memberi salam dan bertanya
khabar sambil mengatur langkah kembali ke pintu menjauhi Hilda.
Hilda mencebik meluat.
Malas mahu ambil tahu dan mencuri dengar, Hilda terus menaiki tangga ke
tingkat satu tanpa menunggu Sharqawi. Suis bulat di dinding ditekan lagi
apabila lampu terpadam. Setiap tingkat kebiasaannya mempunyai dua
atau tiga rumah. Rumah yang satu-satunya tidak berloceng di tingkat satu
dituju Hilda, sudah mengenali rumah yang didiami ikhwan Malaysia
seramai empat orang itu. Pintu berpagar besi yang dicat warna hitam
diketuk Hilda menggunakan kunci. Salam diberi dengan agak kuat. Tanpa
loceng rumah kadang-kadang membuatkan penghuni rumah tidak menyedari
kehadiran tetamu yang hadir, Lebih malang buat tetamu jika tuan rumah di
bilik, di dapur ataupun sedang mandi di bilik air yang jauh dari pintu
utama. Menunggulah si tetamu hingga ada yang mendengar dan dibukakan
pintu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jika tidak, pulanglah
tetamu dengan kecewa.
Tetapi Hilda tidak ingin
pulang walaupun pintu sudah berkali-kali diketuk, salam sudah diberi
berturut-turut. Dia lebih rela menunggu daripada perlu sakit kepala
memikirkan solusi buat pendatang asing itu! Sedikit sebal hatinya. Jika
tidak dimaklumkan kedatangan mereka lainlah ceritanya. tapi dia sudah
maklumkan tadi kepada Hakim. Ingin dihubungi, Zenphonenya ada pada
Sharqawi. Sudahnya, Hilda duduk di tangga menongkat dagu merenung nasib.
Kehadiran Sharqawi yang mengambil tempat di sisinya tidak dipedulikan
Hilda. Malas ingin ambil tahu. Sebetulnya sedang menafikan kewujudan Mr Nobody itu. Matanya dipejamkan dan Hilda berharap apabila matanya dibuka dia sedang berada di mudarraj(2) jamiah(3) mendengar syarah daripada ustaz.
"Hilda, buka mata, pandang depan, senyum.."
Matanya terbuka dan
harapannya terbang. Hakikatnya Sharqawi masih di sisi. Dan Sharqawi
sedang merapatkan mukanya ke muka Hilda sambil membetulkan kedudukan
Zenphone di depan dipegang kejap tangan Sharqawi. Zenphone pula telah
diset camera depan, terpapar detik 5 saat yang berganti angka petanda bila-bila sahaja gambar mereka berdua akan dikakukan pada screen
telefon. Klik! Barulah Hilda sedar mereka sedang bergambar bersama
dengan jarak yang sangat dekat! Ingin sahaja Hilda menolak Sharqawi
tanpa ampun. Jika boleh, biar sampai jatuh tangga tergolek-golek. Biar
padan muka. Geram! Jika tidak kerana alasan Sharqawi ini permintaan
keluarga yang mengharapkan walaupun sekeping gambar mereka bersama, tak
ada punya Hilda mahu beri muka. Tak ada kompromi buat lelaki asing
ini! Hilda sabarkan hati menghulurkan muka tanpa rela. Senyum yang
diminta langsung tidak diukir. Biar! Biar mereka tahu aku terpaksa!
Sharqawi pula tidak
kisah, tidak ambil hati langsung bagaimana sekalipun reaksi Hilda.
Asalkan gambar yang diminta sudah terpotret, bukti mereka bersama
dihantar sampai ke keluarga. Peluang yang ada tidak disiakan Sharqawi.
Muka yang kaku, pipi mulus yang begitu hampir dengannya menjadi sasaran
bibir Sharqawi dengan sengaja. Hilda yang terkejut spontan membulatkan
matanya sama bulat dengan mulutnya yang terlopong. Dan klik! Klik! Klik!
Klik! Hingga lampu seluruh iqamah kembali terpadam. Sharqawi
tersenyum puas, kemenangan terbentang. Kegelapan yang membuta tidak
membuatkan mata Hilda turut buta mencerlung tajam menikam wajah tak
bersalah Sharqawi. Sharqawi tidak gentar, sarang tebuan yang memang
sengaja diusik dinanti penuh berani sengatan berbisa Hilda. Jarak yang
terlalu dekat hingga berlaga nafas mereka dan hampir bertemu hidung
mereka tidak langsung menghilangkan ledakkan di hati Hilda.
"Padam!" Arahan. Perintah. Tegas. Sehasta suara Hilda naik daripada biasa.
"No!" Sama naik. Lagi dikipas biar sampai rentung.
Tanpa menunggu, Zenphone
yang kejap pada pegangan Sharqawi cuba dirampas dengan pantas. Sepantas
tangan Hilda mengejar, pantas lagi Sharqawi mengelak tidak memberi
peluang. Tangan diangkat menghalang daripada dirampas Hilda. Kegelapan
yang pekat tidak langsung menghilangkan semangat Hilda untuk mencapai
setinggi mungkin. Terlompat-lompat Hilda mencuba menggapai Zenphonenya
yang tinggi dijulang hampir mencecah siling. Kenapa tinggi sangat lelaki
ni? Tetapi untuk putus asa tidak mungkin. Teman-teman Hilda sendiri
tidak dibenarkan mengambil gambarnya sewenang-wenangnya. Inikan pula
lelaki asing yang belum sampai sehari dia temui. Siapa dia sesuka hati
sesedap rasa berlepas laku. Sekeliling tubuh Sharqawi sudah ditawaf,
belakang Sharqawi dipeluk rapat dan dicuba panjat. Hujung kaki dijinjit
tinggi menujah lantai, tangan kiri mencengkam kuat pada bahu Sharqawi,
tangan kanan panjang galah cuba mencapai setinggi mungkin. Peluang yang
dinanti untuk mereka sedekat itu diselami Sharqawi penuh asyik melayan
usaha Hilda, terhibur sekali hatinya dengan cubaan Hilda yang sangat
serius. Ada kala tawa kecil terletus juga melihatkan mimik muka Hilda
persis anak kecil dilarikan gula-gula. Tapi, menurutkan kemahuan Hilda
dan mengalah tidak mungkin sama sekali.
Keriuhan mereka berdua
terhenti sendiri apabila bangunan yang gelap-gelita itu bertukar cerah
secara tiba-tiba. Derapan kasut mendetak lantai yang laju menuruni anak
tangga kedengaran daripada atas. Hilda sudah berpalu di dada
mengharapkan gerangan yang sedang menuruni tangga itu bukanlah ikhwan Malaysia.
Namun, harapannya
meleset. Kelibat Hakim semakin jelas saat terpandangkan susuk lelaki
berbaju melayu hitam, diikuti Fida Arsyad si teman kuliah Hakim jurusan
Dirasat Islamiah. Lambat beberapa tapak, Abdul Syakir siswa Arabic Education tahun
akhir munculkan diri dengan menjengul kepalanya di pagar tangga dari
tingkat atas. Belum sempat Hilda memboloskan diri daripada kantoi lagi
kepada yang lain, derap langkah dari tingkat bawah menghadirkan teman
sekuliah Hilda, Syafie yang sudah tentunya baru pulang dari jamiah
sementelah jadual kuliah mereka habis jam 1.00 petang. Masing-masing
terkaku saat terpandangkan Hilda dan Sharqawi. Hilda terlopong, terasa
ingin menjerit tetapi suara tertelan dengan gugupan yang melampau.
Ketakutan hebat menjalar seluruh tubuh menggeletarkan tangan dan kakinya
kerana tertangkap sedang memanjat belakang tubuh galah Sharqawi.
Serba-salah Hilda ingin memberi reaksi bagaimana. Sudahnya tubuhnya kaku
tak bergerak, menyembunyikan muka di belakang tubuh Sharqawi. Lengannya
pula erat menjerut leher Sharqawi tanpa sedar. Tolong! Tolonglah
katakan ini mimpi paling ngeri aku pernah alami. Umi, tolong
Hilda. Hilda malu!
"Hilda?' Hakim memanggil. Memastikan sebenarnya apa yang dilihat dan siapa yang dilihat.
"Eh, Bang Qawie?" Suara
Fida bertanya hairan saat mengecam raut wajah Sharqawi. Panasaran!
Segera Sharqawi meletakkan jari telunjuknya di bibir. Isyarat supaya
jangan lagi bertanya lanjut. Kepala Hilda sedikit terangkat dengan
pertanyaan Fida tetapi kembali merapatkan muka di belakang Sharqawi
mengenangkan malu yang menebal. Matanya kaku memandang hujung kasut.
Mengerti situasi Hilda yang malu menonjolkan diri, Sharqawi cuba
melonggarkan rangkulan di lehernya yang kian menjerut.
"Hilda, lepaskan leher abang." Lagi kuat dijerut. Alahai, isteriku yang pemalu.
"Hilda..." Melihatkan
Hilda yang tiada tanda ingin melepaskan lehernya, Sharqawi merungkai
perlahan-lahan lengan Hilda secara paksadan menarik Hilda ke sisi. Hilda
menurut walaupun matanya masih menekur lantai. Tapi, belum sempat
Sharqawi bersuara, tanpa diduga Hilda mencelah tanpa memanggung kepala.
"Maaf semua. Saya
betul-betul minta maaf. Kalau saya menafikan sekalipun, empat orang
saksi lelaki beriman lebih kuat penyaksian kalian berdasarkan apa yang
kalian lihat tadi. Jadi, tiada guna penafian saya. Apa yang kalian
nampak, saya mohon kita selesai di sini saja. Saya mengaku saya lepas
laku sebagai seorang muslimah. Mohon jangan ada yang panjangkan dari
telinga ke telinga hingga ada yang salah faham dan fitnah yang tidak
bermata bertaburan di bibir jemaah kita. Apatah lagi jika ada pihak atasan jemaah kita mengetahui. Straight to the point, ini
saudara saya Ahmad Sharqawi Bin Abdullah. Kehadiran saudara saya ni
saya sudah maklumkan kepada Hakim. Kalau nak tanya banyak-banyak nanti
tanya sendiri tuan punya badan. Tugas saya hanya menghantar Sharqawi.
Dan terima kasih tolong tumpangkan saudara saya. Minta maaf
banyak-banyak kalau saya menyusahkan semua. Kalau ada apa-apa telefon
sahaja saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
Tanpa henti Hilda
bercakap dengan bibir yang menggeletar. Tangan dan kakinya apa lagi,
sudah ais rasanya. Kepalanya tidak langsung dipanggung dek tidak
mempunyai keberanian memandang lima pasang mata yang sudah tentunya
menjadikan Hilda sebagai titik fokus mereka. Usai kata dititik, pegangan
Sharqawi pada bahunya dilepaskan. Kaku Hilda berjalan seperti robot
menuruni anak tangga sambil menekur lantai. Baru beberapa langkah, Hilda
patah balik masih dengan gaya tadi.
"Bak balik telefon
saya." Mulut sahaja meminta tapi laju tangan mulus itu cepat merampas
Zenphone dari tangan kekar Sharqawi dan kembali menuju ke tangga.
Sharqawi ketawa lucu, terhibur benar dia dengan apa sahaja keletah si
suri hati. Belum sempat kaki Hilda menuruni anak tangga, lengan Hilda
kembali ditarik Sharqawi. Terundur Hilda ke belakang tanpa sedia. Dengan
sekelip mata tubuh Hilda dipusing dan ditegakkan menghadap empat jejaka
yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Terkebil-kebil Hilda
memandang ke sisi melihat Sharqawi, tertanya-tanya hatinya apa yang
ingin lelaki ini lakukan.
"Assalamualaikum semua,
maaflah ganggu waktu korang. Cerita lain-lain tu nantilah ye. Apa yang
penting sekarang, demi mengelakkan salah faham dan kewajiban saya untuk
menghindari daripada tersebarnya fitnah. Jadi, saya kenalkan ini isteri
saya. Namanya korang mesti dah tahu kan? Farahilda."
Hilda terlopong tidak
menduga pengakuan Sharqawi. Salur pernafasannya tersekat daripada
menyedut oksigen. Tolong katakan ini semua dusta! Menyedari realiti di
depan mata, matanya membulat, telinga dan hidungnya berasap!
Aku memang benci dia!
1) IQAMAH: Bangunan
2) MUDARRAJ: hall/auditorium/dewan kuliah
3) JAMIAH: Universiti
Comments
Post a Comment