E-Novel: Maroc Love Footprint 3
Setelah memberitahu nama tempat yang ingin dituju kepada pemandu teksi, menyelusuri jalan L'Oasis yang menuju ke lebuh raya Abou Bakr El-Kadiri. Teksi membelok ke kiri memasuki Jalan El-Quds. Sepatutnya ada jalan yang lebih dekat, tetapi jalan jauh pula yang diambil teksi. Masa yang seharusnya sesingkat 15 minit boleh jadi 30 minit. Ingin protes kepada pemandu teksi, tapi Hilda lebih betah mendiamkan diri. Pandangan luar lebih menarik retinanya untuk menghayati. Menenangkan hati dengan pandangan hutan batu? Ah, pedulikan semua itu. Daripada perlu melayan Sharqawi lebih baik permandangan kaku ini menjadi perhatian. Entah kenapa, pacuan yang seharusnya mempercepatkan perjalanan mereka terasa begitu lambat sekali. Pemandu teksi yang mengenalkan dirinya sebagai Omar begitu ramah menyapa, terujanya begitu kelihatan pada air mukanya saat Sharqawi membalas sapaan Omar dengan berbahasa Inggeris. Kebetulan pula Omar fasih berbahasa Inggeris. Apa lagi, makin ramah dua lelaki itu berborak.
Menjadi kebiasaan pemandu-pemandu teksi kebanyakkannya atau lebih tepat masyarakat arab Morocco umumnya sangat ihtiram(1) ajanib(2). Tambah-tambah,ajanib yang dari Indonesia mahupun Malaysia. Jika yang ditemui itu adalah orang Malaysia contohnya, berbakul-bakul pujian dipenuhkan. Akhlak bagus,daulah Islam yang berjaya, ramai orang Islam, menghormati orang lain, penyabar, baik dan macam-macam lagi. Padahal, belum tentu yang memuji itu pernah menjejakkan kaki di Malaysia. Tapi pujiannya mengalahkan orang yang dilahirkan di Malaysia.
Hilda menggosok-gosok
tangannya yang kejang dek terlalu lama digenggam Sharqawi. Itupun
tangannya dilepaskan kerana Sharqawi ingin membetulkan duduknya. Lenguh
mungkin. Tanpa menunggu, Hilda pantas merapatkan tubuhnya ke pintu teksi
serapat-rapatnya. Tanggannya disorokkan daripada membuka peluang
digapai Sharqawi.
Sebentar tadi setelah
teksi kosong ditemui, Hilda terus memboloskan tubuhnya di tempat duduk
belakang kerana fikirnya Sharqawi akan ke depan dan Hilda tidak perlu
dudk bersebelahan dengan Sharqawi. Malangnya, tekaannya salah. Setelah
bagasi diambil pemandu teksi lalu diletakkan di ruang letak bagasi di
atas bumbung teksi, laju sahaja Sharqawi membuka pintu teksi di belakang
pemandu dan duduk di sebelah Hilda. Sharqawi pula tanpa membuang
peluang menarik jemari Hilda ke riba dan dielus lembut. Hilda tak
terkata, ingin disentak mustahil sama sekali. Sudah pastinya dia akan
kalah. Apa sangatlah kudrat wanita sepertinya. Daripada perlu berdepan
sekali lagi adegan seperti tadi, ada baiknya Hilda mengalah terlebih
dahulu.
Sharqawi senyum senget
melihat cubaan Hilda menjauhkan diri ke sisi pintu. Persis anak kecil
yang takut dipukul ibu. Tapi Sharqawi bukannya merasa kasihan, lagi
sukalah dia mahu menyakat. Tanpa rasa bersalah, lengan kanan Sharqawi
melingkar pada bahu Hilda. Sharqawi menundukkan sedikit tubuhnya
memanjangkan tangan kirinya memeluk pinggang Hilda. Dengan sekali
tarikan, tubuh kecil Hilda diseret rapat ke sisi Sharqawi. Senang hati
Sharqawi melentokkan kepalanya di bahu Hilda lalu memejamkan mata. Cuba
meredakan rasa letih yang mula terasa. Sudahlah Sharqawi langsung tidak
dapat melelapkan mata sepanjang penerbangannya dari Malaysia ke Morocco
dek gelisah yang bertamu di hati memikirkan penerimaan Hilda. Namun,
melihatkan Hilda yang sudah ada di depannya menerbangkan segala gundah
walaupun terang-terangan Hilda menolaknya dengan bahasa bisu. Tapi
Sharqawi tidak kisah. Masa sentiasa ada untuk dikejar merpati liar ini.
Tertutup mata Hilda
menahan seram. Meremang segala bulu romanya terlalu takut dengan apa
yang dilakukan Sharqawi. Tangannya pucat sejuk membeku. Jantung usah
ditanya, sakit dadanya sedari tadi terlalu laju berdetak. Umi,
selamatkanlah Hilda daripada lelaki ini. Entah apa lagi yang akan
dilakukan pula lepas ini. Dan kenapa? Kenapa lelaki ini terlalu berani?
Berani berkelakuan lepas laku di depan semua orang. Tidak rasakah dia
malu yang sepatutnya bertamu saat perbuatannya mengundang retina manusia
untuk memandang mereka. Andainya terlalu suka dan teruja sekalipun,
usahlah dipertontonkan kepada semua orang seolah-olah ingin beritahu
kebahagiaan diri. Tak terjangkau dek aqal Hilda memikirkan apa yang
begitu menerujakan Sharqawi, sedangkan laku pulang yang dibalas Hilda
semuanya riaksi menyakitkan hati. Tapi, tiada satupun mengundang rasa
marah si jejaka. Malahan, bertambah seronok adalah.
Memikirkan laku Sharqawi
yang semberono di depan khalayak, menerawang fikiran Hilda pada
gambar-gambar yang bersepah di laman sosial. Sebut sahaja Facebook,
Twitter, Instagram. Tidak termasuk lagi pekongsian gambar dalam groups
Whatapps. Kononnya mereka pasangan relationship goal. Ingin beritahu
pada dunia bahawa merekalah pasangan paling bahagia di dunia, segala
macam aksi dipaparkan. Sungguhlah adab dan adat yang sangat disanjung
tinggi oleh resam Melayu tiada lagi. Rasa malu dan tebal muka lebih
nipis daripada kulit bawang. Jika segala macam ciuman dapat dipaparkan,
laju sahaja tangan memuat naik gambar dan menaip di Iphone berkongsi
ceritera bahagia mereka.
Sedih dan kecewa hati
Hilda memikirkan semua itu. Setiap kali membuka laman sosial, berterabur
gambar-gambar seperti itu menangkap bola matanya. Kadang-kadang aksi
melampau pada gambar yang dimuat naik menimbulkan rasa malu pada Hilda.
Hilda sendiri sahaja malunya sudah menebal, apatah lagi mereka yang
sewajarnya mempunyai rasa sedemikian. Apakah mereka yang begitu bahagia
di luar sana tidak merasai apa yang dirasakan Hilda? Bagi Hilda,
kebahagiaan suami isteri adalah kisah mereka, rahsia mereka. Bukan
sekadar rahsia, tetapi khazanah beharga tentang dua hati yang disatukan
Allah. Apakah khazanah berharga seperti intan permata ingin dikongsi
kepada dunia. Kisah cinta suami isteri, pada Hilda terlalu bernilai
harganya untuk ditayang secara percuma. Terlalu exclusive! Terlalu expensive! Terlalu limited!
Lebih sedih mengenangkan
lintasan hati manusia setiap kali memandang gambar mereka dan
komen-komen yang beratus-ratus. Jika yang mendoakan baik-baik,
Alhamdulillah. Tapi, bagaimana manusia yang punya penyakit hati dalam
dirinya. Dengki dan iri, jika salah didikannya tidak mustahil nafsu
amarah memonopoli hati ditambah rencah hasutan syaitan si teman sejati
yang keji. Nauzubillah! <<"Wa min syarri haasidin iza hasad
: Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki" (Q.S Al-Falaq
: 5)>> Seringkali Hilda berdoa agar pasangan-pasangan bahagia itu
dijauhkan daripada doa-doa yang tidak baik. Manusia jika cemburu,
bahayanya tidak terduga. Daripada kata-kata nista boleh membawa kepada
guna-guna sihir. Lebih kronik apabila pembunuhan yang menjadi pilihan.
Allah! Allah! Takut dan
gerun sekali memikirkan semua itu. Bukannya Hilda terpengaruh dengan
drama Melayu dan novel. Tetapi, pengalaman hidup. Hilda membesar melihat
kebahagiaan dan kepincangan umi dan abahnya. Bukan trauma yang menggari
diri, tetapi pengajaran yang perlu dipelajari demi mematangkan diri.
Apatah lagi kisah-kisah sekeliling yang melibatkan keluarga Hilda. Tidak
termasuk lagi luahan perasaan rakan-rakan yang berdepan dengan ujian
dengki manusia yang maha dahsyat hingga nyawa terlalu murah, anak-anak
pula menjadi mangsa. Apa yang Hilda boleh lakukan ketika itu? Hanya
tangan lemahnya dapat memeluk menenangkan hati si sahabat, hanya air
matanya yang mengalir untuk beritahu pada sahabat Hilda berkongsi rasa
yang sama dan hanya bibirnya menutur kalimat memberi kekuatan buat si
sahabat. Ya, permulaannya terlalu kecil. Hanya ingin berkongsi bahagia.
Tapi, impaknya? Nauzubillah(3)!
Mata Hilda yang terbuka
kembali terpejam mengenangkan semua itu. Allahu Akbar! Tidak termasuk
lagi kisah anak-anak muda kini yang laku mereka mengalahkan pasangan
yang telah berkahwin. Memikirkan hal yang satu itu lebih buatkan hati
Hilda terhenyak risau. Lebih membuatkannya terasa sangat berdosa jiwanya
yang rapuh, kuasanya yang terbatas untuk menyedarkan mereka semua. Apa
yang Hilda mampu bertindak, hanya menggunakan sebaik-baiknya senjata
orang mukmin. Doa! Ya, berdoa. Berdoa agar Allah jagakan hatinya dan
hati insan lain. Yang memegang hati itu pemilik semesta ini. Tuhan yang
satu. Allah! La ilaha illa Allah. Tiada Tuhan selain dia. Dia pemegang
hati-hati manusia. Yang mebolak-balikkan hati-hati manusia. Jika tidak,
tidak adalah doa "Ya muqallibal Qulub, thabbit qalbi a'la dinik : Wahai
yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku pada agamamu" "Allahumma musorrifal Qulub, sorrif qulubana ala toa'tik : Ya Allah, yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami dalam mentaatimu"
Kebaikan dan keburukkan
manusia itu, Allah yang izinkan. Tapi bergantung pada ikhtiar manusia.
Sejauh mana manusia itu berusaha, sejauh mana manusia itu bertawakkal,
sejauh mana manusia itu berdoa bergantung pada Allah. Sejauh mana
manusia itu meminta memohon agar diberikan kebaikkan dan dijauhkan
keburukkan. Jawapannya sendiri sudah Allah berikan dalam Ayat 1000
Dinar.
<<"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Q.S At-Talaq : 1-2)>>
Ayat yang ringkas, tapi jika difahami besar
maknanya. Jangan disempitkan definisi rezeki dalam ayat ini. Rezeki itu
nikmat kebaikkan, rezeki itu juga nikmat dijauhi keburukkan. Semuanya
bergantung pada ikhtiarmanusia. Ikhtiar itu maksudnya pilihan. Allah
sudah membuka seluas-luasnya jalan, hanya manusia diberi peluang.
Peluang untuk memilih bagaimana jalan hidup mereka.
Mendengar dengkuran
halus Sharqawi membuatkan Hilda kembali membuka matanya. Terbang segala
rasa hatinya. Sudah dibuai mimpi rupanya lelaki ini. Ingatkan hanya
ingin mengusik Hilda yang cuba melarikan diri. Tidak tahulah pula
rupanya ingin mencari mimpi. Entah di mana selesanya bahu kecil Hilda,
tetapi tertidur juga Sharqawi diulit mimpi hingga tidak sedar Hilda
sejak bila ghaibnya lelaki itu. Terlalu jauh dia berfikir hingga
sebesar-besar konsep. Sedangkan konflik yang terlintas cuma sekecil
kuman. Hilda mengeluh kecil. Satu, kerana hujah hatinya tadi terkena
batang hidung sendiri memaku diri dengan laku Sharqawi yang selamba
badak. Dua, tubuhnya tidak boleh bergerak dikunci pelukan Sharqawi pada
bahu dan pinggangnya. Jika meronta sekalipun, perbuatannya sia-sia.
Sudahnya, Hilda memutuskan untuk melihat suasana di luar ingin
memastikan sudah di mana perjalanan mereka. Saat matanya menangkap papan
tanda Cafe Chrame Chikh, pemandu teksi disapa.
"Syufi sidi. (wahai pak cik)"
"Oui! (Ya!)"
"Hal yumkin dour a'la yasr? (Mungkin masuk ke kiri?)"
"Fiain? Hunaya? (Di
mana? Di sini?)" Belum sempat Hilda menghabiskan tunjuk arahnya, Omar
sudah memotong bicaranya. Hampir sahaja Omar berhenti secara mengejut
melihatkan lorong kecil di kiri mereka yang bertentangan dengan Cafe
Chrame Chikh.
"La! ba'da l'echole
Majorelle, fi isyaratul murur. Syufi hunak? Roaita? (Tidak! Selepas
sekolah Majorelle dekat lampu isyarat. Tengok sana? Nampak?)" Hilda
menunjukkan lampu isyarat yang tidak jauh daripada mereka.
"Ha hua, wakha. (Okey)"
"Ant guli darijah? (Kamu cakap darijah?"
"Shouiya. (Sikit)"
"Mizyan! (Bagus!)" Hilda
tersenyum dan mengangguk. Sudah terbiasa dengar keterujaan orang sini
apabila mendengar ajanib berbahasa darijah. Padahal Hilda sendiri tidak
tahu betul ke tidak susun atur tatabahasanya. Main hentam cakap je!
Tiba sahaja di
persimpangan lampu isyarat, Omar membelok ke kiri memasuki Jalan Dakhla.
Hilda menyuruh Omar berhenti di depan apartment mewah bercat kelabu
putih yang baru siap dibina setahun lalu . Belum sempat dikejut,
Sharqawi sudah pun bangun terpisat-pisat.
"Dah sampai?"
Pertanyaan Sharqawi
dibiarkan bagai angin lalu tanpa menjawabnya. Not 50 dirham dihulurkan
kepada Omar. Menjadi kebiasaan pemandu teksi yang mengambil penumpang di
la gare(4) khususnya, tambahan lagi jika penumpang
yang membawa bagasi yang banyak. Jika tidak pandai menawar harga, cas
tinggi yang semberono pasti dikenakan. Peduli apa jika penumpang itu
punya wang atau tidak, tika inilah mereka ingin memungut wang. Lebih
malang jika perjalanan pada waktu malam. Bayaran dua kali ganda daripada
harga biasa sudah menjadi kebiasaan. 25 dirham yang dipulangkan Omar
mengundang senyum lebar di bibir Hilda. Alhamdulillah, rezeki dapat
pemandu teksi yang pemurah. Hilda keluar diikiuti Sharqawi. Bagasi yang
diturunkan Omar disambut Sharqawi. Setelah bertukar salam dan terima
kasih kepada Omar, menonong Hilda berjalan meninggalkan Sharqawi di
belakang. Tidak dipedulikan Hilda, Sharqawi tidak kisah. Tapi melihatkan
aksi selamba gajah ingin merempuh jalan melintas tanpa melihat ke kiri
dan kanan, itu Sharqawi kisah. Tanpa pedulikan sakit hati si gadis,
lengan Hilda disentak kembali ke bahu jalan.
"Apa?!" Tertinggi juga suara si Hilda.
"Dah tak pandai tengok kiri kanan ke?"
"Saya tahulah! Saya bukannya budak-budak lagi."
Tak menunggu bebelan
Sharqawi, Hilda merentap tangannya dari pegangan Sharqawi dan tanpa
teragak-agak Hilda melintas jalan. Melihatkan Peagout merah yang begitu
laju membelah angin membuatkan Sharqawi menjerit nama Hilda kuat.
"Hilda!"
1) IHTIRAM: menghormati/menyanjungi
2) AJANIB: warga asing/bukan bangsa arab
3 NAUZUBILLAH: Memohon perlindungan Allah
4( LA GARE: Stesyen keretapi dalam Bahasa Perancis
La gare L'Oasis, Casablanca
-Kredit Gambar: Google Image- |
Comments
Post a Comment