E-Novel: Maroc Love Footprint 11
Awal pagi lagi mereka sudah check out dari Hotel Centrel menuju ke destinasi yang Hilda sendiri tidak tahu. Fikirnya, mahu menemani Rashid menghabiskan sisa waktunya dengan mencuci mata sekitar Kota Anfa atau membeli-belah di mana-mana. Setidaknya, memotret memori di Masjid Hassan II atau di Pantai Laila Meryem sebelum menghantar teman jauh itu ke Aeroport Muhammad IV yang akan bertolak pulang malam ini.
Tak sangka pula, awal
pagi yang dikatakan Sharqawi bermaksud setelah mereka Solat Subuh. Tidak
sampai sepuluh minit di dalam teksi, tahu-tahu saja mereka sudah tiba
di satu bangunan yang menempatkan apartment mewah dan Hilda terus diheret menuju ke tingkat empat bangunan tersebut.
Di sana, sekali lagi
mereka bertemu dengan Sheikh Zakaria dan isterinya yang mahu dipanggil
Ummi Khadija dan beberapa lagi wanita-wanita, para lelaki dan
kanak-kanak yang pastinya agak ramai. Penuh apartment itu dengan
kehadiran para tetamu Sheikh Zakaria. Fikir Hilda mungkin ada lagi
kuliah dari Sheikh Zakaria pagi itu ataupun sekadar majlis kecil-kecilan
untuk mengeratkan silaturrahim. Bukan Hilda sengaja tidak mahu ambil
tahu, tapi Sharqawi hanya berikan senyuman misterinya tanpa jawapan bila
ditanya.
"Nanti Hilda tahu jugak."
Mendengar jawapan itu,
Hilda hanya mampu menurut menyertai bahagian muslimah dengan telahan
sendiri. Dan percayalah, Hilda rasa nak pitam. Sedari awal dijejakkan
kaki di kumpulan para ibu dan para gadis jelita yang tersenyum penuh
makna padanya sehinggalah Ummi Khadija menyuruh dua anak gadisnya, Asma
dan Nawal mengheretnya ke mana jua Hilda lagilah tak tahu. Sharqawi
hanya melambai padanya umpama tidak kisah isterinya ini diculik tanpa
diberi penjelasan.
Berkhidmatkan pemandu
Sheikh Zakaria yang ditugaskan menuruti semua permintaan anak
majikannya, mereka dibawa ke Al Ambra Spa sebagai destinasi pertama.
Hilda semakin bingung memikirkan tujuan mereka ke situ. Berkali-kali
Hilda berusaha untuk mencelah bicara Asma dan Nawal yang begitu semangat
mengheret Hilda tanpa penjelasan, tapi keterujaan mereka yang luar
biasa itu tidak langsung membuka peluang kepada Hilda untuk
berkata-kata. Sudahlah cakap laju, berbahasa Arab pula tu. Penat otaknya
mahu terjemahkan semua bicara mereka. Sudahnya, tanpa sempat melarikan
diri, dia sudah diserahkan kepada pengurus spa untuk menguruskan
dirinya. Dan mereka berdua itu, hanya ketawa dan bertepuk tangan melihat
Hilda dibawa pergi sambil menjadi pemerhati tak bertauliah. Menjadi
komentar lagi! Lagi-lagi waktu Hilda disuruh bersalin pakaian, rasa nak
hempuk dua pontianak tu. Mengilai tak sudah.
"Hari ni hari bahagia Hilda. Jadi Hilda perlu cantik dari atas sampai bawah."
Steam bath kat hammam. Private punya ni.
-Kredit gambar: Google Image- |
Ye.. ye.. dengan segala
pujian dan keramahan Asma dan Nawal yang terasa janggal padanya, Hilda
merelakan diri juga dipaksa memanjakan dirinya dengan segala macam
khidmat yang ditawarkan. Daripada steam bath di Hammam menggunakan skrub tradisional, khidmat urutan kepala sampai kaki, diteruskan pula dengan face care - Nawal pilih pakej Facial Moisturizer; katanya kulit Hilda kering sangat bla bla bla dengan bebelannya, sampailah ke pakej beauty enhancement
- waktu yang paling mengazabkan bila segala macam bulu dekat badannya
semua kena cabut sampai licin! Meraung Hilda bila melalui proses
menyeksakan itu. Mahu melarikan diri, Asma dan Nawal sangat
berkobar-kobar mahu jadi jaga tak berbayar! Somebody please, help me! Sobs..
Disuruh itu ini Hilda boleh kompromi lagi, tapi bila sudah ditarik tangan dan kakinya untuk dilukis Henna(1), spontan Hilda berdiri melarikan diri. Mahu marah pun ada juga. Sebab utamanya, teringatkan hukum berinai untuk wanita yang tidak berkahwin itu makhruh pada pendapat kebanyakan ulama. Inai itu hanya perhiasan untuk mereka yang sudah berkahwin. Apatah lagi corak bermotifkan lukisan bunga, lagi lah dia tak mahu. Walaupun Henna sudah sebati dalam adat resam penduduk Morocco, tapi Husna masih berwaspada. Dia tak biasa.
-Kredit gambar: Google Image- |
Penolakan keras Hilda
dibalas dengan desakan bahawa ini semua arahan daripada Sharqawi dan
mereka hanya menurut perintah. Yang pastinya, Hilda perlu kelihatan
sangat cantik hari ni. Apabila ditanya untuk apa, diusiknya dengan
sesuatu yang tidak jelas. Oh, tolonglah! Spit it out!
Apabila Hilda tetap
berdegil dengan ketegasannya, walaupun sudah diumpan dengan arahan
Sharqawi, akhirnya Asma mendengus, menjauh dan menghubungi seseorang.
Tidak lama, Asma kembali mengampiri Hilda lalu laju tangannya menekapkan
Iphone 6 miliknya ke telinga Hilda. Berkerut dahi gadis itu dengan laku
Asma yang tiba-tiba itu sebelum suara seorang lelaki menyapa
telinganya. Hilda berdehem sedikit menyambut Iphone 6 ke tangannya,
menjeling Asma dan Nawal yang tersenyum sumbing sambil memeluk tubuh -
siap jungkit kening mereka ditambah pakej muka gelenyar, gatal! -
sebelum Hilda menjauh dan menjawab salam Sharqawi.
"Hilda okey? Ada apa-apa yang tak kena? Sudah kenapa Asma tu meroyan marahkan abang?"
"Err.. tak ada apa-apa.
Cuma, saya kena paksa pakai Henna. Saya tak nak. Tapi, diorang paksa
juga. Tak sukalah." Hilda merengek tanpa sedar - dengan jemari memintal
tali jubah mandi yang disarung pada tubuh, mengadu pada lelaki itu.
Kedengaran tawa kecil Sharqawi mendengarkan aduan Hilda.
"Kenapa tak nak?"
"Ye lah. Saya kan anak
dara, tak digalakkan pakai. Tunggulah saya kahw..." Hilda terdiam
seperti menyedari sesuatu sebelum telapak tangannya melekap pada dahi
sendiri. Macam mana dia boleh lupa.
"Kenapa? Hilda lupa yang
Hilda dah kahwin?" Lembut Sharqawi bertanya tapi entah mengapa, terasa
sinis nadanya membuatkan mulut Hilda melurut jatuh. Hilang senyuman dia
tadi kerana serba salah. Sudahlah Sharqawi yang suruh pakai, selamba
badak je kau ingkar Hilda!
"Minta maaf awak."
"Lah, kenapa minta maaf pula. Abang tak marah Hilda pun kan?"
"Ye lah. Gamak saya lupa
yang saya ni dah kahwin." Terus gamat corong telefon itu dengan ketawa
keras Sharqawi. Entah apa yang lucu, sakit pula hatinya. Kalau depan
dia, dicubit-cubit suaminya itu dengan ketam batu.
"Hilda ni comel lah."
Eh? Ke situ pula dia.
"Hilda pakailah ye. Abang nak tengok Hilda menawan hari ni. Hias cantik-cantik. Tak apa, untuk abang."
"Tapi, dia ada ukir-ukir
tu tak apa ke awak? Dulu saya pernah pakai, dirotannya abah sampai
birat. Sebab tu serik dah nak pakai." Sharqawi ketawa lagi. Hilda hanya
mampu tersenyum suka. Lelaki itu, mudah benar terhibur. Dan kerana
sikapnya itulah, aku mulai rasa senang berada dekat dengannya. Tawanya
bagai pengubat dan cerianya mengkhabarkan semuanya baik-baik saja.
"Alahai, kesiannya
isteri abang. Ala, waktu tu Hilda anak dara lagi. Tak kahwin lagi,
mestilah abah marah. Sekarang ni Hilda dah jadi isteri abang. Abang suka
kalau Hilda berhias untuk abang. Apa saja untuk abang, abang izinkan.
Okey?"
"Hurmm.. tapi kan. Kenapa awak beria sangat suruh saya berhias cantik-cantik hari ni?"
"Eh, abang nak isteri abang berhias pun salah ke? Cantik pun untuk abang juga."
"Iye, tak salah. Tapi
saya macam rasa awak ada niat lain je." Sharqawi menyambut telahan Hilda
dengan ketawa kecil sebelum mendiamkan diri tanpa ulasan lanjut. Dapat
dibayangkan, Sharqawi sedang diulit senyuman sumbing dan misteri. Adalah
tu yang dia sembunyikan.
"Awakkk..." Rengek Hilda lagi. Tak suka dia tertanya-tanya begitu. Sesak kepala dia tahu. Hish!
"Ye sayang. Ala, Hilda
ikut je ke mana Asma dan Nawal bawa. Nanti dah sampai rumah, Hilda tahu
juga. Kalau Hilda tahu awal-awal, tak jadilah kejutan abang nanti."
"Kejutan apa pula?"
"Adalah. Babai sayang. Jumpa nanti. Muah!"
Tuttt..
Hilda pandang skrin
Iphone 6 yang sudah gelap. Terkebil-kebil dia dengan muka merah
membahang. Mulalah dia mahu menarik rambut panjanganya menutup muka. Dia
malu! Namun, bibirnya tersenyum lebar tak tertahan lagi. Aneh dengan
rasa itu, tapi dia suka.
Apabila Asma dan Nawal
mula menyibuk bertanyakan apa yang dibualkan dengan Sharqawi, sedaya
mungkin Hilda beriak biasa menyembunyikan wajahnya yang membahang
walaupun tertangkap juga. Dua orang tu apa lagi, mulalah becok mahu
mengorek. Busy body betul. Laki aku pun nak ambil tahu. Eh, dah kenapa macam lain macam je bunyi Hilda. Tak akanlah cemburu?
No! No! No! Okey,
cukup dengan segala repekan yang tak berasas itu. Sekarang, Hilda
sendiri yang meminta agar dilukis inai pada tangan dan kakinya. Walaupun
niat sebenar nak mengelak. Apa-apa pun, Hilda kembali relaks dengan bau
wangi inai. Lamanya tak bau macam ni. Walaupun bau inai Morocco lebih
pekat tapi itu tak penting. Angan-angannya mahu berinai, tercapai juga.
Sebelum ini jangankan nak berinai, mimpi berinai pun tak boleh.
Terbayang-bayang wajah bengis abah merotannya dulu. Kata abah, perempuan
yang tak berkahwin tak boleh berhias dengan inai. Menarik perhatian
ajnabi untuk memandang dan boleh menimbulkan fitnah. Walaupun alasan
pakai sarung tangan diberi, laju abah mencantas.
'Awak tu istiqomah(2)
sangat ke nak bertutup hujung jari sampai ke lengan. Setakat pakai
sarung lengan pun dah mengeluh panas. Abah tak mahu anak abah rasa
susah. Nanti kritik Islam ni menyusahkan pula. Tapi kalau Hilda nak
pakai juga, syaratnya keluar rumah pakai sarung tangan. Kalau abah
nampak terbuka depan ajnabi dengan tangan merah macam tu. Abah rotan
sampai bengkak tangan tu.'
Mengingatkan abahnya
itu, rindu pula dengan kampung halaman. Abah memang garang. Jangan
dibantah kalau abah bagi arahan. Tegas memang menakutkan dia, lagi-lagi
kalau Hilda atau adik-adiknya berani melanggar hukum. Tunggulah kena
sambar dengan rotan!
Sementara menunggu inainya kering, pekerja spa lincah merawat rambutnya pula. Setelah dibasuh dan dikeringkan, rambutnya di blow dry
sebelum jemari si pekerja begitu mahir menggayakan rambut Hilda dengan
gaya Boho Twist Braid. Berpusing-pusing kepala Hilda mengikut arah
tangan gadis itu. Bilamana melihatkan hasil kerjanya, Hilda sendiri
terpegun. Cantik! Tapi sayang, rambutnya itu akan terlindung juga
disebalik tudungnya nanti. Tapi mahu bagaimana lagi, dah siap dah pun.
Mahu dibantah awal tadi pun sia-sia juga. Nak buat macam mana, dia tak
diberi peluang untuk menolak!
Boho Twist Braid
-Kredit gambar: Google Image- |
Setelah dibersihkan
tangan dan kakinya, Hilda terus ke bilik persalinan untuk bersalin
pakaiannya semula. Bayaran awal-awal lagi Nawal sudah uruskan. Beg
tangannya dicapai lalu langkah diatur menuju ke kereta, Asma dan Nawal
awal-awal lagi sudah disuruh tunggu di kereta saja. Dan belum sempat
Hilda melabuhkan duduknya, dua gadis itu sudah membingitkan kereta itu
dengan jeritan mereka. Tak sempat nak selamatkan diri, tangan dan
kakinya sudah ditarik kerana mahu membelek hasil warna Henna yang
dibasuhnya tadi. Oh Tuhan, kenapa dua orang perempuan ni tak sudah
meroyannya daripada tadi. Tak pernah tengok merah inai ke!?
"Cantik sangat merah
Henna ni, sesuai dengan kulit Hilda yang putih cerah. Saya yang
perempuan ni pun terpegun tengok, apatah lagi encik suami. Dengar kata,
merah terang membangkitkan sensasi." Asma mula bercerita dengan cerita
rumah tangga yang Hilda sendiri tak pernah tahu. Bila kata-katanya itu
memang ditujukan buat Hilda, memang tak boleh selindung lagilah.
Terkunci lidahnya dengan wajah yang membahang. Kalau ada Sharqawi, boleh
juga dia sorokkan muka di belakang lelaki itu. Tapi sekarang dia
seorang diri, hanya boleh tadahkan telinga dan bermuka tembok walaupun
dua orang pontianak tu semakin galak mengusik apabila Hilda tak membalas
dan muka Hilda sudah menjadi tomato!
"Kalau abi bagitahu saya awal-awal, tiga hari sebelum hari ni lagi saya dah bawa Hilda ikut cara tradisi orang Morocco. Girls party dekat Hammam(3), sauna, skrub, mandi susu untuk purification, pasang lagu tradisional, menanyi, menari. Lepas tu, Hari Berinai pula, saya sendiri boleh jadi Hennaya(4) atau Umi pun boleh jadi Nekacha(5),
inaikan tangan dengan kaki Hilda. Lepas tu biar seharian baru basuh.
Barulah merah dia lagi cantik. Lepas tu kita boleh berinai ramai-ramai,
menyanyi dan menari lagi. Tapi, abi cakap Sharqawi rancang last minute. Sebab tu kelam-kabut. Nevermind, kita dah sampai. Jom turun."
Sepanjang perjalanan,
hanya celoteh Nawal yang kedengaran meluahkan rasa kesalnya kerana tak
dapat melakukan adat orang Morocco sebagai persiapan perkahwinan mereka.
Seperti Hari Hammam yang dilakukan pada hari ketiga sebelum
majlis dan Hari Berinai pada hari kedua sebelum majlis yang diceritakan
Nawal tadi. Maklumlah, Ummi Khadija memang asal Morocco. Mestilah
anak-anaknya juga tahu tentang adat resam tanah kelahiran ibunda mereka
walaupun tidak dilahirkan di sini. Tapi syukur juga apa yang dikeluhkan
Nawal itu memang tidak berlaku. Tak tahulah bagaimana mahu berdepan
dengan Asma dan Nawal sepanjang tiga hari sebelum majlis kahwinnya. Tak
sampai sehari ni pun bukan main penat mahu melayan. Bayangkanlah tiga
hari! Lagi-lagi perlu ikut adat tradisi orang Morocco yang begitu
memenatkan. Minta dijauhkan!
Sebut tentang majlis kahwin, Hari Hammam
dan Hari Berinai, siapa sebenarnya nak kahwin ni? Tak akanlah dia dan
Sharqawi? Mereka kan dah berkahwin, kenapa nak kahwin lagi?
Segala persoalan, syak
wasangka dan telahannya hampir menemui jalan keluar apabila mereka
berhenti ke butik Pronovias, sebuah butik yang menjual pakaian
pengantin. Hilda terkaku di depan butik dengan mulut terbuka dan mata
terbuntang luas. Tidak percaya.
Pronovias Casablanca store
-Kredit gambar: Google Image- |
Terkejut kerana
memikirkan kemungkinan mereka di sini satu. Tapi membuatkan Hilda lebih
terkejut hampir putus nafas apabila melihatkan butik yang mereka masuk
itu ialah PRONOVIAS; sebuah butik pakaian pengantin yang semuanya jenis
berkemban - bateau, crew, sweetheart, draped, tatoo, off shoulder, halter, v-neck - Hilda mahu menangis melihatkan semua rekaan baju pengantin di situ.
Tanpa berfikir panjang,
Asma dan Nawal yang sedang asyik mengenakan pakaian kepadanya terus di
tinggalkan. Pekerja butik dan yang lain terpinga-pinga melihatkan Hilda
sudah berlari keluar butik. Panggilan mereka langsung tidak dihiraukan,
malah tanggannya sedang sibuk mencari Zenfone dan terus menghubungi
gerangan yang dicari. Hatinya panas! Hanya beberapa deringan,
panggilannya bersambut.
"Yes dear?"
"AHMAD SHARQAWI
ABDULLAH." Jeritan Hilda memenuhi kawasan Rue El Kadi lass. Orang ramai
yang tertoleh ke arahnya tidak dipedulikan langsung. Lebih buatkannya
lebih sakit hati, Sharqawi sedang ketawa. Walaupun suaranya agak jauh
mungkin kerana refleksi menjauhkan telefon mendengarkan jeritan Hilda
tadi, tapi.. kenapa dia ketawa? Ketawa!?
"Berhenti ketawa
Sharqawi. Saya sangat-sangat perlukan penjelasan awak sekarang ni Encik
Sharqawi. Kenapa saya di sini? Apa semua ni!? Dan awak ni dah tak betul
ke? Awak nak saya pakai baju macam ni. Seriously Sharqawi. Dah banyak sangat ke pahala awak nak tanggung dosa isteri pakai baju macam tu depan khalayak."
Hilda tak peduli kalau
kata-katanya itu mengguris perasaan Sharqawi. Sekarang ini hatinya
sangat panas. Lagi panas apabila Asma dan Nawal menerpanya dan mahu
mengheretnya masuk semula ke dalam butik tersebut. Matanya dipejam
rapat, mengawal emosi amarah yang mendominasi diri. Spontan lafaz ta'awwuz(6)
meniti bibir, kerusi berdekatan dihampiri lalu melabuhkan duduknya di
situ. Agak lama barulah tenang sikit hatinya sambil menghembus nafas
perlahan. Kalau marah Nabi SAW ajar ubah posisi kita(7) dan ianya
berjaya membuatkan hatinya sedikit sejuk. Sharqawi yang terdiam di
corong telefon dinanti balasan lelaki itu. Diam je, marah ke?
"Awak..?"
"Tu dah lembut suara,
dah sejuk dah? Tak marah dah?" Hilda menggigit bibirnya mendengarkan
balasan Sharqawi. Maknanya dia diam tadi tunggu aku sejuklah. Apakah?
Tapi bagus juga. Kalau tak, memang tak bersudah amarah mereka nanti.
Apatah lagi Hilda merupakan seorang yang keras kepala. Tak suka
mengalah.
"Tak. Saya masih marah
sekarang ni. Awak ni betul-betul ke nak saya pakai baju macam tu. Okey,
saya sangka baik awak nak saya pakai depan perempuan je. Tapi, saya tak
nak. Rekaan baju berkemban, nampak dada saya. Depan kawan-kawan saya pun
saya tak pernah berkemban tahu. Lepas tu, awak nak suruh saya pakai
macam tu depan orang lain. Saya tak nak. Saya malu."
Kali ini suaranya lebih
lembut. Tak meninggi macam tadi. Segala yang terbuku di hati diluahkan
semuanya. Tak ada lagi yang disembunyikan. Dengan Sharqawi, Hilda
menjadi orang yang baru. Selalunya kalau tidak suka, Hilda lebih betah
diamkan diri, dan penolakkan hanya dipaparkan melalui bahasa tubuhnya.
Ringkasnya, faham-faham sendirilah. Tapi dengan Sharqawi, dia mahu isi
hatinya diketahui. Marah, suka, gembira, semuanya mahu diceritakan.
"Berkemban? Eh kejap.
Hilda dekat mana ni?" Hilda kerut hidung. Sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula. Hati yang baru sejuk mula terasa bahangnya
semula. Kalau depan dia ni, memang nak kena!
"Pronovias." Perlahan Hilda menutur. Hendak tak hendak suaranya keluar.
"Dekat mana?" Hish! Dia ni nak menguji ke apa.
"Pro-no-vi-as." Berdecit
suara Hilda sambil mengetapkan gerahamnya kuat menyebut satu-satu suku
kata nama butik itu. Serentak itu ledakan ketawa Sharqawi memenuhi
corong telefon. Semakin berlapis kerutan di dahi Hilda mendengarkan itu.
Sudah kenapa dengan laki aku ni?
"Awak. Jangan main-mainlah."
"Ahaha.. sorry.. haha.. maaf.. haha.."
"Sharqawi!"
"Okey.. okey.. janganlah marah. Sorry dear. Pronovias tu abang main-main je lah. Asma ni, excited sangat. Mesti tak dengar habis waktu abang sembang dengan Sheikh Zakaria. Asma mana? Pas fon ni ke dia."
Lapang dadanya
mendengarkan jawaban Sharqawi. Semudah itu Hilda bertukar emosi.
Penangan Sharqawi kah? Dengan senyuman lebar, Hilda berdiri menghampiri
Asma dan Nawal. Ketawa kecil dia melihatkan riak serba salah pada wajah
dua gadis itu. Tahu takut! Zenphone diserahkan kepada Asma lalu menonong
langkahnya meninggalkan Asma dan Nawal yang terpinga-pinga.
Butik kembali dijejaki. Hehehe. Tadi marah sangat. Ni masuk balik dah kenapa?
Saja cuci mata. Pekerja
yang tersusun berbaris menanti untuk membantu dilemparkan senyuman
manis. Maaflah ye, saya tak nak beli. Nak tengok je. Tengok je? Eh,
tengok je, lepas tu sentuh sikit, kalau boleh cuba pun bagus juga, tapi
dalam fitting room je lah, lepas tu selfie. Eh?
Asma di luar dijelingnya
sekilas. Mencuka gadis itu dengan mulut yang terkumat-kamit. Mesti
Sharqawi dimarahi Asma. Padan muka. Tadi kena dengan aku, sekarang
dengan Asma pula. Terima je lah ye.
Dalam dia sedang asyik
membelek jenis kain dan rekaan baju yang dikeluarkan pekerja di situ,
tiba-tiba sahaja lengannya diheret lagi. Asyik kena heret je hari ni.
"Tadi marah sangat masuk
butik ni. Sekarang, seronok pula Hilda buli pekerja situ layan kerenah
Hilda. Sukalah tu." Nawal mengambil alih giliran Asma bebelkan Hilda.
Hilda hanya memutarkan matanya dan tersenyum sumbing. Dilambai-lambai
lagi pekerja di dalam butik itu sambil menyusun langkah menuruti Nawal
yang terkejar-kejar.
"Nak ke mana pula ni? Balik jom. Saya penat la." Hilda merengek apabila mereka sudah selamat di dalam kereta.
"Eh, baju awak tak
selesai lagi. Jangan harap nak balik!" Asma berkata sambil bercekak
pinggang dengan mata yang sengaja dijegilkan. Kononnya marah la tu!
Hilda mencebik tak puas hati.
"Okey. Bagitahu saya, kita nak ke mana?"
"Tahulah nanti. Nah.
Kekasih gelap Hilda nak cakap." Hilda menjulingkan matanya lagi sambil
menyambut Zenphone yang dihulurkan Asma. Kekasih gelap sangat kan?
"Hurmmm.."
"Eh, lemau je. Semangat la sikit."
"Nak semangat apanya. Penat la. Nak ke mana pula ni?"
"Nanti Hilda tahu juga. Hilda ikut je."
"Tengok. Orang tanya tak
nak jawab. Tahulah awak nak suruh pergi butik pengantin lain kan? Awak
nak suruh saya beli baju pengantin kan?" Hilda menyuarakan terus telahan
hatinya tadi. Geram. Berkias bagai.
"Dah tahu kenapa tanya lagi?"
"Saja nak tunggu awak
cakap. Tapi saya pula yang sakit hati. Awak rancangkan apa ni Sharqawi?
Kenapa kena beli baju pengantin? Awak nak suruh saya kahwin ke? Kan kita
dah kahwin."
"Adalah. Pakai cantik-cantik tau. Tak sabar nak jumpa Hilda."
"Dah kenapa pula?"
"Rindu.."
Erk?
"Dah. Cakap dengan awak, bukan menjawab soalan saya. Balik nanti siaplah awak."
"Abang sentiasa bersiap sedia untuk menyambut kepulangan Hilda ke pangkuan abang."
"Eee.. benci! Bye!"
Terus talian dimatikan. Mulut kata benci, hati kata? Buktinya, muka
Hilda berubah tomato lagi. Hatinya sedang berbunga buatkan senyuman tak
mampu disembunyikan lagi. Apa yang kau dah buat dekat aku ni Sharqawi..
Dalam sedang Hilda
diulit perasaan hangat yang semakin rakus menerokai segenap hatinya,
tiba-tiba sahaja kereta yang dipandu berhenti. Jam dipandang. Baru lima
minit. Cepatnya. Dekat mana ni?
Saat mereka berhenti di
sebuah bangunan besar, bersinar dengan simbahan lampu dari dalam, mata
Hilda sekali lagi membulat besar. Mulut yang terbuka luas ditekup dengan
kedua-dua tapak tangannya bagai tidak percaya. Matanya bergelinangan
mahu menangis.
"Jangan cakap ini pun Hilda tak suka."
Hilda terus melompat
teruja lalu memeluk tubuh dua gadis yang mula berwajah pasrah melihatkan
reaksi Hilda seperti melihat Pronovias tadi. Penat lah tu melayan
kerenah Hilda. Aku lagi penat lah melayan kerenah korang.
"Oh, thank you. Thank you sooo muchh. I really like it. Thank you girls." Pipi Asma dan Nawal dicium berkali-kali sebelum kepalanya ditolak menjauhi mereka berdua.
"Enough girl. Hehehe.. By the way, I think he's the one who deserves this thanks and kisses more than we do. Hot kisses should be. Sharqawi yang suruh kita datang kedai ni. Baju pun dia dah tempah siap untuk Hilda."
Mata Hilda semakin membulat besar teruja. Terus lengan Asma dan Nawal dirangkul erat.
"Then, show me the way, please."
Bergabung ketawa mereka
sambil beriringan masuk ke dalam butik terkenal Nadia Boutaleb, Caftan
Haute Couture! Pereka pakaian Morocco yang sangat terkenal di negara
ini. Rekaannya sangat cantik sememangnya menjadikan Nadia Boutaleb butik
kesukaan Hilda!
You really made my day, Sharqawi.
1) HENNA': Inai Maghribi
digunakan untuk dilukis pada tangan mahupun kaki dengan pelbagai corak.
Tradisi orang Morocco bagi pengantin.
2) ISTIQOMAH: Berterusan. Konsisten dalam melakukan ibadah.
3) HAMMAM: Bathhouse
4) HENNAYA: Seorang
pelukis Henna dari Maghribi, melukis motif simbolik di tangan dan kaki
pengantin sebagai pesona dan tarikan untuk kehidupan barunya.
5) NEKACHA: Seorang
wanita berbakat yang diupah khas oleh keluarga pengantin perempuan untuk
menghiasi putri mereka dengan inai. Lebih kurang sama dengan Hennaya.
6) TA'AWUZ: A'udzu billaahi minasysyaithoonir rojiim. (Aku berlindung dengan-Mu ya Allah dari syaitan yang direjam)
7) UBAH POSISI KALAU
MARAH: Narrated AbuDharr: The Apostle of Allah SAW said to us: When one
of you becomes angry while standing, he should sit down. If the anger
leaves him, well and good; otherwise he should lie down. (Dawud : Book
41 : Hadith 4764)
Comments
Post a Comment