E-Novel: Maroc Love Footprint 2
Laju jari runcing Hilda men'scroll' contact list dalam Zenphonennya, mencari-cari nama yang selayaknya dia hubungi. Tapi, fikiran yang serabut dan tidak rasional membuatkan jarinya ke bawah hingga contact terakhir, jarinya kembali ke atas. Perbuatannya itu dilakukan berkali sehingga terkesan cap jarinya pada screen Zenphone. Arhh, kepada siapa dia harus tanyakan? Dan jika ada, apakah yang seharusnya ditanyakan? Sudahnya Hilda terngadah terkebil-kebil memandang Zenphone yang telah gelap kerana memasuki mode sleep. Jarinya pula telah lama berhenti daripada mencari. Fikirannya kian celaru, hatinya kian galau. Dadanya sesak dengan udara yang terkumpul gara-gara menahan diri daripada menangis. Hidung dan matanya usah dinilai lagi, sudah lama memedih dan merah. Semuanya kerana Hilda sangat-sangat mengawal kedua-dua pancaindranya itu daripada mengalirkan air mata dan air hidung. Kerana Hilda tahu, jika dia turutkan kemahuan hatinya, matanya tak akan dapat berhenti daripada terus mengalirkan air mata. Abah! Umi! kenapa buat Hilda macam ni?
Sharqawi yang sedang memandang permandangan luar dijeling tajam dan geram. Puas Hilda melangkah 1000 langkah untuk menjauhi lelaki itu, tapi berjuta langkah Hilda dikejar. Gerabak train yang lengang tanpa penumpang itu telah menyaksikan beberapa kali cubaan Hilda berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, tapi setiap kali cubaan Hilda itulah Sharqawi semakin galak mengikut. Sudahnya, Hilda pasrah dan mengeluh geram. Ingin sahaja dia marah lelaki itu, tapi Hilda sangat tidak suka meninggikan suara walaupun tinggi manapun skala richter kemarahannya. Bicaranya sentiasa lembut dan sopan serta tergas jika perlu. Sharqawi pula seperti pura-pura tidak mengerti gelojak hati Hilda, malah lagi diuji benteng kesabaran gadis itu. Lihat sahaja tangan si teruna, langsung tidak memberi peluang si dara melepaskan tangan putihnya daripada genggaman Sharqawi. Lebih membuatkan Hilda rasa ingin mendebik lelaki itu, senyuman Sharqawi yang sentiasa meleret dan sumbing, petanda Sharqawi sememangnya berhasrat mengusik Hilda daripada awal pertemuan mereka tadi. Anak siapa umi hantar ni? Kenapa menjengkelkan sangat ni?
Seperti sedar dirinya
diperhati, Sharqawi berpaling serentak membalas pandangan tajam Hilda.
Melihatkan wajah mencuka Hilda membuatkan hati Sharqawi tercuit lagi
memaksa bibirnya tersenyum entah untuk kali ke berapa. Bukan Sharqawi
tidak tahu penyebab wajah manis itu berubah kelat sekelat mangga masam.
Tapi, entah kenapa dia tidak berniat untuk memujuk si dara dek hatinya
begitu terhibur dengan penolakkan Hilda. Membuatkan dia lebih teruja
untuk mengejar. Jika dipujuk sekali pun, Sharqawi sangat berani memotong
jarinya sendiri, pujuknya pasti dipandang sepi. Ada lebih baik dia
mengusik, melayan keletah Hilda yang panas hati. Dia pun pastinya sangat
terhibur hati!
"Awak ada tempah hotel
tak datang sini?" Akhirnya suara emas Hilda yang dinanti menyapa juga
pendengaran Sharqawi. Sharqawi tersenyum lebar, umpan mengena.
"Tak ada." Hilda panas hati.
"Sudahnya, apa rancangan
awak lepas ni?" Ikutkan hati, Hilda tidak mahu bertanya. Tapi, jika
tidak ditanya apa jawapan harus diberi kepada umi dan abah jika keduanya
itu menyoal keadaan Sharqawi. Ingin menipu umi dan abah? Itu perkara
terakhir akan dia putuskan jika perlu sekalipun. Dia benci menipu,
penipu dan penipuan. Sifat mazmumah(1) yang
satu itu boleh merosakkan segala-galanya walaupun kecil. Dengan manusia
boleh rosak, apatah lagi dengan Tuhan. Kelak ketenangan hati daripada
mana lagi boleh dimilik jika bukan daripada Tuhan.
"Eh, isteri Abang kan
ada dekat sini. Sia-sialah Abang datang sini tapi tak ada yang temankan.
Berjalan seorang diri." Sharqawi jawab memberi isyarat, ada maksud yang
tersirat. Hilda bertambah geram. Soalannya tidak dijawab lain pula yang
dijawab! Dan Hilda tidak mahu faham apa yang lelaki itu cuba katakan.
Hilda tak kenal dia dan tak mahu kenal! Langsung!
Akhirnya, tanpa bertanya
lagi Hilda membuat keputusan sendiri. Nombor Hakim, Penghulu Wilayah
Casablanca dihubungi. Ingin memaklumkan kepada Hakim akan kehadiran
tetamu yang tidak diundang itu. Sememangnya, setiap wilayah yang
mempunyai anak-anak Malaysia di Morocco dilantik seorang masuul(2) atau penghulu bagi menjaga kemaslahatan student Malaysia walaupun bilangan student bagi
setiap wilayah tidaklah begitu ramai seperti pelajar Malaysia di Mesir
dan Jordan. Tidak sampai 50 orang pun dan ada wilayah yang 1 orang
sahaja. Jeda beberapa detik, panggilannya bersambut. Hilda senyum lebar,
ceria memberi salam dan bertanya keberadaan Hakim ketika itu. Ingin
menutup gelisah di hati sebenarnya tapi lain pula tafsir jejaka di depan
Hilda. Tidak senang duduk Sharqawi melihatkan perubahan wajah Hilda
yang cerianya luar biasa sekali. Ada bibit cemburu bergayut dihati.
Sharqawi memasang telinga, mendengar butir bicara Hilda.
"Saya nak beritahu ni, ada saudara saya datang dari Malaysia. Katanya ingin melancong di Morocco. Tapi, datangnya gamble. Trip
perjalanan pula belum dirancang lagi. Hotel pun belum ditempah."
Sharqawi jungkit kening. Diperli depan-depan nampak. Jelas-jelas dirinya
dikritik tidak puas hati oleh Hilda. Tapi, Sharqawi buat tak endah.
Tidak makan saman dengan sindiran Hilda. Lagi ditambah lebar inci
senyumannya kerana Hilda ambil tahu tentangnya. Perasan!
"Oh yeke, berapa orang yang datang?"
"Seorang saja, ustaz."
"Sekarang Hilda dekat mana?"
"Sudah dalam train. Rasanya 10 minit lagi sampai." Hilda beritahu sambil meninjau saujana di luar. Memastikan navigasi mereka sekarang.
"Hilda nak saya ambil dia dekat L'Oasis ke? Banyak tak barang yang saudara awak bawa tu?"
"Eh, tak perlu. Tak banyak pun barang dia. Dia boleh angkat sorang-sorang." Perli lagi.
"Jadi, Hilda nak suruh dia tumpang rumah kitaorang ke?"
"Eh, lupa pula saya. Itu
tujuan saya telefon ni. Cadang saya macam itulah ustaz. Dia pun tak
tempah mana-mana hotel lagi. Itulah saya nak tanya, boleh ke tidak dia
tumpang di rumah ikhwan(3)? Berapa lama saya pun tak pasti. Nanti ustaz bincang la dengan dia."
"Saya marhaban(4) je. Nanti saya maklumkan dekat ahli rumah. Oh ye, siapa nama saudara awak tu?"
"Ahmad Sharqawi Bin Abdullah, ustaz."
Hakim terdiam.
Kedengaran seperti Hakim katakan sesuatu separuh berbisik. 'Macam pernah
dengar je nama?' Monolog tanpa jawapan itu jelas pada pendengaran
Hilda. Hilda mula pelik dengan desus Hakim. Serentak itu bola matanya
memandang Sharqawi yang setia mendengar bicaranya. Persoalan tanpa
jawapan itu segera ditanyakan kepada Hakim.
"Ustaz kenal dia ke?"
Sharqawi berubah wajah. Anak matanya yang bertembung dengan Hilda
dilarikan ke luar tingkap. Menyembunyikan sesuatu.
"Tak tahulah saya kenal ke tidak. Tapi nama tu macam familiar."
"Oh, Apa-apapun terima kasih ustaz. Nanti saya hantar dia ke sana."
"Okey, Assalamualaikum."
Salam dijawab dan pantas
matanya kembali melekat pada wajah Sharqawi yang masih setia dengan
senyuman menjengkelkan itu. Hilda perasan perubahan Sharqawi sebentar
tadi. Sepertinya, terlalu banyak persoalan tentang Sharqawi berpusu-pusu
menyesakkan benaknya tentang lelaki misteri yang tiba-tiba dikenali
sebagai suami itu. Ikutkan kata hati Hilda, ingin sahaja dia tidak
mengendahkan kewujudan Sharqawi. Jika dia bersuara, seperti ingin
memuntahkan lahar. Tapi, berdiam diri tidak menyelesaikan apa-apa. Jika
berdiamkan diri itu dapat melepaskan diri daripada Sharqawi, Hilda
sanggup. Tetapi hakikatnya mereka terikat! Arhh, serabut betul. Hilda
menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan matanya rapat, lalu dihembus
perlahan. Tenang Hilda, tenang. Cuba kau komunikasi baik-baik dengan
dia. Jangan emo! Hilda meyakinkan diri.
"Kenapa datang Morocco?" Hilda memulakan bicara tapi masih dalam nada yang serius.
"Jumpa isteri Abang." Dia sengaja!
"Pernah datang sini sebelum ini?"
"Per... hurmm..." Tanpa menghabiskan jawapannya, Sharqawi diam. There's something fishy.
"Pernah?" Hilda bertanya semula. Mendesak.
"Tak." Ringkas tapi tersirat. Hilda tidak puas hati. I know he's something.
"Tak nak tempah hotel?"
"Abang nak tinggal dengan isteri Abang." Hilda menahan hati.
"Saya sudah beritahu
penghulu wilayah Casa tentang kehadiran awak. Apa-apa rancangan trip
awak nanti awak bincanglah dengan Hakim. Dia boleh kenalkan kepada
mana-mana ikhwan yang memang kerja bawa orang travel. Tugas saya hanya jemput awak di airport sahaja. Jadi, saya harap awak tersangat maklum dengan pendirian saya. Mohon sangat awak memahami." Hilda beri isyarat.
"Abang tak faham." Dia memang sengaja!
"Jangan pura-pura!" Panas hati, tangannya dalam genggaman Sharqawi cuba disentak kasar.
"Abang tak faham dan tak
mahu faham. Apa yang abang tahu, selepas ini abang serumah dengan
isteri abang. Kalau perlu abang guna kuasa abang untuk dapatkan
pertolongan penghulu Hilda."
"Got it, my dearest Hilda?"
Hilda tidak mahu membuka
matanya dek perubahan emosinya mendengarkan pertanyaan Sharqawi.
Matanya tertutup lebih rapat menahan nafas panas yang begitu hebat dipam
keluar daripada telinga dan hidungnya. Panas hati kerana amarah yang
memuncak. Berani betul lelaki ini? Siapa dia? Train pula langsung
tidak memberi kerjasama. Perjalanan yang seharusnya baki 10 minit
terlalu perlahan pergerakannya. 10 minit rasanya seperti 10 tahun!
Cepatlah sampai!
"I'm asking you Farahilda?"
Arhh.. aku dah mula benci dia! Dan benci sangat!
1) MAZMUMAH: Sifat buruk
2) MASUUL: orang yang dipertanggungjawabkan
3) IKHWAN: saudara-saudara lelaki
4) MARHABAN: dialu-alaukan, selamat datang
Comments
Post a Comment