Posts

Showing posts from November, 2019

Cerpen Bersiri: CINTA dan Lelaki Extra!

Image
 Ai Nou kena diabetes ! "Setiap kali memikirkan cinta, wajahmu yang menyapa mindaku. Kernamu cinta, rinduku tak puas untukku sandarkan padamu. Ketahuilah cinta, aku hanya ingin bersamamu hanya pada dua waktu. Sekarang dan selamanya. Abang cintakan Cinta." Jantungnya yang berdegup kencang cuba ditenangkan agar berdetak seperti biasa. Gara-gara sering mendengar kata manis mengalahkan berguni gula daripada bisikan Arjuna, mahunya Ai Nou tak diserang kencing manis. Setiap kali Arjuna bisik kata cinta pada Ai Nou, Ai Nou sudah tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Ai Nou rasa terbang dan berada di awang-awangan. Hatinya sudah hilang! Arjuna yang curi tanpa izin! Itu baru kata-kata, tak masuk lagi laku romatik Arjuna yang tak tahulah. Yang pastinya Ai Nou memang jatuh cinta habis buat suaminya seorang itu. Saat pertama kali berhadapan dengan Arjuna versi kucing parsi ini, banyak kali Ai Nou fikir dia tersalah kahwin dengan orang lain. Mahunya tidak. Karakter Arjuna sebel

Cerpen Bersiri: CINTA dan Lelaki 3

Image
Baju kurung pesak bewarna merah hati milik Hannah tersarung cantik pada tubuhnya dibelek depan belakang. Selendang halfmoon dibetulkan sebelum melangkah keluar dari bilik mendapatkan Shauqie, Hannah dan Aniza yang sudah menanti di Proton Inspira. Sempat dia bersalam dengan Mak Cik Aida berpamitan pergi sebelum turut hilang di perut kereta. "Ingatkan dah buat tahi mata tadi. Melaram rupanya anak dara seorang ni!" "Diamlah kau! Cepat jalan." Shauqie menjuihkan bibirnya lantas menekan pedal minyak memulakan perjalanan. Kalau dah perempuan tu! Ai Nou buat tak tahu melihatkan wajah bengang Shauqie. Eleh, nak marah pulak. Padahal Ai Nou dan Hannah keluar serentak kot tadi. Perempuan bersiap biasalah. Bukan nak kejar apa-apa, tak lari pun kenduri tu. Haish! Cuba memahami sikit. Dah kahwin kan? Ai Nou pandang sekali lagi kad yang dihulur Hannah. Kata Shauqie majlis perkahwinan yang mereka hadiri ini merupakan majlis salah satu teman sekelas mereka dulu. Ai