Cerpen Bersiri: CINTA dan Lelaki 3
Baju kurung pesak bewarna merah hati milik Hannah
tersarung cantik pada tubuhnya dibelek depan belakang. Selendang halfmoon dibetulkan
sebelum melangkah keluar dari bilik mendapatkan Shauqie, Hannah dan Aniza yang
sudah menanti di Proton Inspira. Sempat dia bersalam dengan Mak Cik Aida
berpamitan pergi sebelum turut hilang di perut kereta.
"Ingatkan dah buat tahi mata tadi. Melaram rupanya
anak dara seorang ni!"
"Diamlah kau! Cepat jalan."
Shauqie menjuihkan bibirnya lantas menekan pedal minyak
memulakan perjalanan. Kalau dah perempuan tu! Ai Nou buat tak tahu melihatkan
wajah bengang Shauqie. Eleh, nak marah pulak. Padahal Ai Nou dan Hannah keluar
serentak kot tadi. Perempuan bersiap biasalah. Bukan nak kejar apa-apa, tak
lari pun kenduri tu. Haish! Cuba memahami sikit. Dah kahwin kan?
Ai Nou pandang sekali lagi kad yang dihulur Hannah. Kata
Shauqie majlis perkahwinan yang mereka hadiri ini merupakan majlis salah satu
teman sekelas mereka dulu. Ai Nou hanya mengangguk sedangkan fikirannya ligat
mencari siapa gerangan teman yang tertulis namanya di kad jemputan itu.
Melihatkan kad itu, Ai Nou teringatkan jemputan yang sama dalam group alumni
sekolah di Facebook. Terasa ada sesuatu pada nama yang tertulis
pada kad tersebut. Tapi apa ya?
Persoalan yang terawang-awangan tanpa jawaban akhirnya
terjawab saat terpandangkan Aimi yang sangat cantik berbusana pengantin. Oh!
Itu sahaja riaksi Ai Nou mengingatkan siapa Aimi dalam kad dan Aimi pemilik
akaun Facebook yang menjemput mereka di group alumni dan
juga Aimi teman sekelas mereka. Lebih tepatnya bekas kekasih Shauqie. Buatkan
Ai Nou lebih terdiam membisu, pasangan Aimi merupakan Badrul. Teman rapat
Shauqie juga. Ai Nou pula yang canggung di situ. Sedangkan Shauqie, mesra
berjabat tangan dengan Badrul. Siap boleh bergurau senda lagi dengan pasangan
pengantin itu. Hannah pun tak kurangnya, mesranya mengusik pengantin macam dia
sudah bertahun makan garam daripada mereka semua. Mentang-mentang dah kahwin,
padahal umurnya lebih muda daripada mereka.
Sekali lagi pandangan Ai Nou jatuh pada Shauqie yang enak
menjamah nasi minyak seperti tiada apa-apa. Ai Nou bersantap dalam diam sambil
berfikir. Mengapa aku pula terbawa-bawa rasa tidak senang hati. Mengapa aku
yang perlu rasa sakit hatinya? Sedangkan yang bercintanya Shauqie. Mengapa
semua ceria sahaja? Akukah yang masih digari pada takuk lama atau hati-hati
manusia di depannya ini terlalu mudah menerima takdir? Kata-kata Hannah soal
takdir terngiang-ngiang di kuping telinganya. Helaan nafas dilepas. Ternyata
hati seorang Ai Nou masih susah untuk sekelip mata menerima takdir itu. Untuk
melepaskan yang lalu itu biarkan berlalu, yang kehadapan terus merancang bukan
sesuatu yang mudah untuk Ai Nou. Hati masih perlu terus diubat agar tiada lagi
yang merantai hatinya.
Kebisuan Ai Nou diganggu suara para lelaki yang memenuhi
khemah sebelah tak jauh dari meja Ai Nou. Walaupun dipisah khemah lelaki dan
perempuan, tapi keriuhan mereka tetap mengganggu. Tidak selesa dengan keriuhan
mereka, segera Ai Nou menghabiskan suapannya. Tangan dibasuh dan Hannah
dikhabarkan dia mahu bertemu dengan pengantin di dalam rumah. Tak mahu
berlama-lama sebenarnya. Lagipun rancanganya, Ai Nou mahu pulang ke Shah Alam
petang nanti. Shauqie sudah diberitahu akan hal itu. Jadi, tak adalah dia
tergesa-gesa nanti.
Selepas bertemu dengan keluarga pengantin dan bergambar
dengan mereka, Ai Nou melangkah keluar. Kelibat Shauqie dicari di khemah
kenduri untuk beritahu dia sudah siap untuk bergerak pergi. Tapi langkah Ai Nou
dihalang sekumpulan lelaki di depan pintu keluar. Ai Nou yang tercari-cari
Shauqie tadi memaku pandang pada sekumpulan lelaki itu. Mahu minta laluan tapi
terbeliak matanya melihatkan mereka. Mereka yang riuh bersembang turut membisu
saat menyedari Ai Nou di situ. Mereka, lelaki yang pernah menjadi sebahagian
dalam memori Ai Nou. Terkebil-kebil matanya memandang para lelaki yang menjadi
penyebab berubahnya seorang Ai Nou. Penyebab kepada anehnya telahan Ai Nou pada
Sang Adam. Bagai tak percaya mereka sedang berdiri di depannya. Ai Nou sudah terkelu
lidah apatah lagi mereka di depannya, terdiam semuanya. Di fikiran
masing-masing terimbau segala kisah zaman sekolah.
Bermula dari Shauqie dari kiri, itu Ai Nou tidak kisah.
Tapi melihatkan Zaki dan Shafiq, Ai Nou memang terbisu kelu. Saat mata menyapa
Firdaus dahi Ai Nou sudah berkerut, terpandangkan wajah Harith lagilah berlapis
kerutan Ai Nou. Sudah, apa kaitan Firdaus dengan Harith di sini. Kalau Firdaus
mungkin boleh diterima, sebab kawan waktu kem dulu. Harith tu? Macam mana boleh
muncul. Ni nak buat reunion cinta naif Ai Nou ke macam mana
ni?
"Haish! dah kenapa semua jadi patung ni?"
Sergahan Shauqie menyedarkan semua daripada terusan
merenung gadis sunti di depan mereka. Tersengih-sengih mereka bagai kerang
busuk kerana terpegun melihat Ai Nou. Memang lain benar teman mereka seorang
ini. Semenjak Ai Nou putuskan hubungannya dengan teman-teman sekolah, tiada
yang tahu perkembangan Ai Nou. Di group Whatsapp kelas tidak
pernahnya aktif, apatah lagi group alumni sekolah tak pernah
muncul namanya. Reunion sekolah juga tak pernahnya datang.
Kalau jumpa pun rezeki sahaja. Itupun di majlis kahwin teman-teman yang pernah
rapat dengan Ai Nou. Aimi pula bukan orang yang rapat dengan Ai Nou, jadi
kemungkinan tidak bertemu Ai Nou sangat besar. Tapi tak sangka, takdir
pertemukan mereka juga.
"Haish! janganlah pandang lama-lama! Tunang orang
ni!" Sekali lagi Shauqie menyergah. Ai Nou pandang Shauqie penuh tanda
tanya. Macam mana dia tahu aku dah tunang? Serasa Ai Nou tak pernah terbongkar
lagi status dia kepada siapa-siapa.
Tiba-tiba mereka ketawa serentak. Ai Nou kerut hidung.
Dah kenapa diorang ni? Tadi diam, tiba-tiba gelak! Sewel
"Laa.. dah bertunang rupanya. Baru aku nak asah
balik skill mengayat kau macam dulu-dulu." Zaki tersengih
mengusik.
"Itulah! Macam tak percaya depan aku ni Ai Nou.
Menyesal pula tak tackle betul-betul dulu." Shafiq yang
dulunya susah untuk mengusik tak teragak-agak menyumbang suara. Ai Nou sudah
membulat matanya.
"Menggegar rusuk kiri aku Ai Nou. Aduh, menyesal ni
tak serius nak berkawan dengan kau dulu. Yelah, patah hati sebab kena reject."
Firdaus menunjuk riak sedih mengenangkan kisah dulu-dulu.
Ai Nou sudah menggeleng kepala. Jantung yang berpalu tadi
mula berentak biasa. Terjungkit senyum nipis dengan sikap jejaka-jejaka di
depannya. Menyampah pun ada juga. Kalau dah lelaki tu, pantang nampak perempuan
dahi licin. Sedangkan bukan Ai Nou tak tahu, Shauqie sudah bercerita dengannya.
Zaki tu, tak lama lagi nak bertunang. Shafiq pula sedang menghitung hari untuk
naik pelamin. Firdaus pula sudah punya kekasih hati, sedang gigih mengumpul
duit untuk membina masjid.
"Serius, aku tak percaya kau ni Ai Nou. Cantik gila
kau. Siapa pengantin ni sebenarnya?" Ai Nou ketawa kecil. Memerah pipinya
mendengar pujian Harith.
"Kau kenal dia Harith?" Serentak empat jejaka
itu bertanya.
"Bestfriend sekolah rendah kot."
"Jadi, dialah budak cina yang kau cerita tu. Yang
pindah ke sekolah kau tu kan." Shafiq memetik jari mengingatkan memori
yang sudah hampir terkubur daripada ingatan. Harith mengangguk laju.
"Shafiq sepupu aku." Harith menjawab tanpa
ditanya seperti memahami riak wajah Ai Nou yang keliru di situ. Ai Nou
mengangguk mula memahami. Kebetulan apakah?
"Ish Ai Nou, tak puas hati ni kau dah tunang. Aku single lagi.
Kau tak nak ke?" Amboi Si Pemanis Hati seorang ni. Sedarlah diri tu dah
nak bertunang. Ai Nou hanya mampu tersengih, masih kekok sebenarnya untuk
bermesra seperti dulu. Walau atas nama kawan.
"Amboi tak mengagak. Sedarlah kau tu dah nak
bertunang. Baik bagi Ai Nou dekat aku. Single lagi ha!"
Harith juga tak kering modal mahu mengusik.
"Dah! Jangan nak mengayat tunang orang. Ha tu, dah
sampai tunang dia! Menjawablah korang." Shauqie mencelah sambil
memuncungkan mulutnya pada satu arah. Serentak kepala mereka berpaling ke arah
yang ditunjukkan Shauqie, sebelum masing-masing terlopong. Tak sangka! Senior
mereka semua!
Ai Nou terkaku!
Mahu larikan diri sebenarnya. Niat mahu pulang ke Shah
Alam pun tak bermaksud mahu munculkan diri depan Atuk mahupun Arjuna melainkan kerja
yang bertimbun.
Tapi lelaki itu sudah berdiri di depannya. Di depan
mereka semua! Tanpa senyum, matanya tajam menikam wajah Ai Nou.
Atuk!
Matilah aku!
-----
"Atuk perlu tinggalkan segala kerja Atuk, tinggalkan
dunia perniagaan Atuk seminggu sebelum Ai Nou bernikah dengan Arjuna! Kalau
tak, Ai Nou tak akan pernah mahu dinikahkan dengan dia!"
Puas hati dapat meluahkan segala terbuku di hatinya.
Sudahlah Ai Nou rela hati tadahkan telinga semenjak menjejakkan kaki ke banglo
mewah keluarga elit ini. Semuanya gara-gara Arjuna. Belum apa-apa mahu heretnya
pulang. Kot ya pun, datang kenduri orang pergilah jumpa tuan rumah dulu, bagi
restu ke pengantin dulu, makan dulu, ini tak! Sikap ditaktor yang telah sekian
lama tak dilihat Ai Nou tiba-tiba ditunjukkan. Di majlis kahwin orang pula tu!
Kalau pulang ke rumah Atuk ni dapat tenangkan fikiran tak apalah juga. Ini tak!
Terkulat-kulat Ai Nou dikerumuni semua orang. Di hadapan Ai Nou, Atuk sedang
membebel marahkan Ai Nou yang hilangkan diri tiba-tiba tanpa beritahu apa-apa.
"Kata cinta! Sayangkan keluarga! Cintakan kami!
Ainur pergi macam tu cintalah? Sayanglah? Mujur Shauqie tu tahu tanggungjawab
dia. Dia bagitahu Arjuna, Ainur ikut Shauqie balik kampung. Cinta ke dekat Atuk
kalau buat Atuk risau macam tu?"
Ha sudah! Mentang-mentanglah Ai Nou dengan cinta tak
boleh dipisahkan, Atuk buat serangan psikologi dekat Ai Nou erk? Shauqie tu pun
satu. Bukannya nak bagitahu awal-awal yang dia ada kaitan dengan keluarga Atuk.
Peguam yang diupah untuk menguruskan wasiat dan harta pusaka Atuk nanti,
Shauqie lah orangnya. Selain itu, Shauqie juga secara rasminya menjadi peguam
syarie peribadi keluarga Atuk. Sudah Shauqie tu bekerja dengan Atuk mestilah
dia tahu fasal Arjuna, senior dia di sekolah menengah dulu. Jadi tak pelik,
serba sikit fasal keluarga Atuk, lebih tepatnya Arjuna dan Ai Nou, Shauqie
tahu. Patutlah bukan main lagi Shauqie pertahankan orang yang 'lamar' Ai Nou
tu. Dia dah tahu awal-awal lagi. Pertunangan Arjuna dan Ai Nou, lagilah Shauqie
tahu. Bertuah punya kawan.
Dalam marahkan Shauqie, Ai Nou tetap kunci mulut menadah
telinga dengar bebelan Atuk. Tapi nak buat macam mana. Nak bantah lebih-lebih
pun salah dia juga. Sesuka hati bertindak, terlalu ikutkan perasaan diri.
Perasaan orang lain Ai Nou tak fikir pula. Atuk tu! Kau yang buat Atuk tak
sihat, lepas tu kau tinggal Atuk macam tu je. Memang kau nak bagi Atuk sakit
jantung lah! Perangai, tak pernahnya nak matang. Nak kahwin ke tak nak ni? Eh?
Hurmm.. Ai Nou mengaku salahnya. Sudahlah luka pada tubuh pun belum kering
habis. Apatah lagi tangannya yang bersimen itu. Tak ke mengamuk Atuk kau yang
tercinta tu? Nasib kaulah Ai Nou. Tadah je telinga!
Awal-awal kena bebel, Ai Nou memang pasrah. Tapi Atuk,
kalau tak sentuh bab jodoh Ai Nou memang tak senang duduklah Sang Tuanya tu.
Dah alang-alang tengah membebel, Atuk tak teragak-agak nak merasmikan Mesyuarat
Agung Perkahwinan Arjuna Ai Nou. Sempurna! Dari tarikh akad, majlis kahwin,
resepsi sampailah bulan madu mereka Atuk tetapkan! Apakah? Tsk! Padan muka kau
Ai Nou! Kalau kau tak cerdik sangat menghuru-harakan kesihatan Atuk dengan
permintaan tak masuk akal kau nak putuskan pertunangan dengan Arjuna hari tu,
Atuk tak akan buka balik isu hangat ni sekarang tau! Rasakan serangan pedas
berapi Atuk!
Jangan nak salahkan aku sangat boleh tak! Ai Nou
berperang dengan canggahan suara hatinya.
Aku ada sebab.
Tak ingat ke betapa tunggang langgangnya emosi Ai Nou
lepas sedar dari pengsan. Kehilangan Helmi bukan suatu yang mudah untuk
diterima hati dengan sekelip mata. Pernah rasa kehilangan? Ya betul, orang
nampak Ai Nou pasrah. Tapi orang tak tahu. Walaupun Ai Nou dah dibenarkan
pulang dari hospital, kehilangan Helmi hampir tak dapat diterima langsung.
Setiap hari bangun tidur, wajah itu yang dicari, nama itu yang diulang panggil.
Macam mana perasaan yang Ai Nou pernah rasa saat mengetahui dirinya piatu tanpa
ayah. Tak ada ibu kandung, apatah lagi ayah yang tak diketahui siapa. Melainkan
orang asing yang sudi menyumbang kasih untuk Ai Nou. Kehilangan itu tak boleh diganti.
Bertahun-tahun hati Ai Nou dipujuk untuk kuat dengan kepura-puraan dan ceria.
Saat hati makin utuh, mengapa ada lagi orang terpenting dalam hidup Ai Nou
diambil pergi? Lebih buatkan perasaan Ai Nou huru hara bagai mahu gila,
mengenangkan pemergian Helmi dalam keadaan yang amat sadis. Hingga mengunjungi
mimpi dan jaga Ai Nou bagai mimpi ngeri!
Jadi, katakan pada Ai Nou. Apa harus dia buat saat itu?
Perkataan yang paling Ai Nou takut ketika itu hanya, kehilangan! Memikirkan
kehilangan ibu kerana mahu melahirkan Ai Nou dengan selamat, kehilangan Helmi
kerana ingin menyelamatkan Ai Nou. Jadi, salahkah Ai Nou mahu memutuskan
sesuatu untuk melindungi hatinya dari kecewa lagi. Salahkah dia?
Dan memikirkan Arjuna, Ai Nou berulang kali menimbang
rasa ketika itu. Janganlah disogok lagi untuk sesiapa sahaja masuk dalam hidup
Ai Nou. Selama ini, Ai Nou menolak Arjuna kerana Arjuna itu lelaki! Selepas
kehilangan Helmi, bertambah lagi kerisauan Ai Nou. Desakan soalan demi soalan
dalam minta Ai Nou buatkan dia lemas! Bagaimana jika dia sudah jatuh cinta
dengan Arjuna, setelah itu Ai Nou kehilangan lagi kerana ditinggalkan Arjuna!
Cukuplah Ibu! Cukuplah Helmi! Kehilangan Helmi sahaja buatkan Ai Nou hampir
hilang waras. Ai Nou tak mahu kehilangan lagi. Walaupun Arjuna itu bakal suami
Ai Nou tetapi pilihan itu bukan kemahuan Arjuna melainkan desakan Atuk! Kerana
itu peluang untuk kehilangan Arjuna sangat besar!
Jika boleh Ai Nou mahu menjerit apa dia rasa! Ai Nou mahu
luahkan mengapa dia pergi! Tapi, Ai Nou sudah sedar. Sudah mampu memujuk hati.
Pesanan demi pesanan daripada Shauqie dan Hannah menyedarkan Ai Nou. Memujuk
hati Ai Nou. Hidupnya bukan di tangan Ai Nou, melainkan Allah lebih tahu yang
terbaik buatnya. Jadi, Ai Nou tawakkal. Dia siap berdepan dengan
keputusannya ini walaupun separuh hati. Cuma, Ai Nou ada syaratnya! Dek didesak
juga, itulah yang terluah dari bibir Ai Nou. Biarlah orang kata dia hipokrit.
Pergunakan masa depannya untuk menundukkan Sang Nata yang kuat bekerja. Walau
Ai Nou redha, kehilangan tetap satu perkataan ngeri buat Ai Nou. Dalam berusaha
berserah pada takdir, Ai Nou tetap mahu berhati-hati. Kehilangan Atuk mahu
dielakkan. Bukan Ai Nou tak mahu akur pada takdir ajal itu bila-bila masa
sahaja bakal menjemput. Cuma biarlah perginya orang kesayangan Ai Nou dalam
keadaan Ai Nou tenang hati. Bukan seperti ibu mahupun Helmi. Kehilangan Atuk
lebih dirisaukan Ai Nou berbanding masa depan Ai Nou dengan Arjuna yang entah
bagaimana sketsanya nanti.
Syarikat Atuk? Biarlah. Dua orang Sang Koprat itu sudah
lebih daripada mampu menguruskan syarikat gergasi antarabangsa itu. Kehilangan
Atuk tidak menjejaskan dunia. Jadi, Atuk perlu berehat. Habiskan masa tua Atuk
dengan tenang di sisi Ai Nou. Ai Nou tak mahu menyesal. Dia tekad. Ini
keputusannya!
"Atuk!" Atuknya disergah dek terus-terusan
mendiamkan diri.
Atuk menarik nafasnya dalam. Anak cucunya dipandang silih
berganti sebelum perhatiannya terhenti pada gadis yang sedang merayu di depannya.
Dengan senyuman kecil, lengannya di depa luas. "Andai itu sahaja caranya
untuk Atuk melunaskan hajat terakhir Atuk. Baiklah. Atuk setuju."
Mendung guruh berdentum yang menghujaninya tadi terbang
pergi dengan hembusan sinar ceria mentari. Lebar senyuman Ai Nou bangun berdiri
lalu berlari mendakap Atuknya erat. Tiada yang lebih bahagia selain mendengar
persetujuan Sang Nata yang susah untuk dilenturkan itu. Terasa Atuknya kembali.
Atuk yang sudah tujuh tahun tak ditemuinya dulu. Lapang dada Ai Nou selapang-lapangnya.
Para penonton yang sedari tadi menjadi pendengar setia
turut mengukir senyuman kelegaan. Tak perlulah lagi mereka semua perlu
menghadap wajah ketat Sang Nata itu. Percayalah, tiada yang mampu
menghuru-harakan emosi Sang Nata selain Gadis Cinta itu. Pastinya banglo ini
akan lebih meriah selepas ini. Sang Nata sudah mematahkan taringnya. Bersiap
sedia untuk berundur diri dari empayar perniagaan yang diusahakan titik
peluhnya sendiri. Arjuna dan daddynya juga bernafas lega. Lega
kerana keputusan yang pernah dibincangkan Sang Nata dengan mereka tidak lama
dulu terputus kerana Ai Nou.
Terbang sudah kerisauan Ai Nou tentang pernikahannya
dengan Arjuna.
Akhirnya..!
Cinta ini... bahagia dia!
Lelaki ini... senyuman dia!
Atuk. Padanya ada dua. Cinta dan lelaki.
Ibu! Abang Helmi! Tolonglah bahagia di sana untuk Ai Nou.
Allahku, bahagiakan mereka kerana aku juga mahu bahagia di sini.
Allah.. bahagia ini biarlah berkekalan dengan redha-Mu!
Lembutkan hatiku agar mudah menerima segala yang telah Kau
suratkan buatku!
"Assalamualaikum.."
-----
Senyuman yang terukir sampai ke telinga tadi, tiba-tiba
hilang pergi begitu sahaja. Semuanya gara-gara munculnya seorang wanita cantik
bak model tanah air bersama dengan seorang anak kecil perempuan sedang menyorok
di belakang kaki wanita itu. Comel sahaja dia yang bertocang dua malu-malu mahu
menunjukkan wajahnya. Tapi bukan itu yang menghilangkan senyuman Ai No,
melainkan pengakuan wanita tersebut yang bukan sahaja mengejutkan Gadis
Cinta itu, malah mengejutkan seluruh kerabat yang sedang berkumpul di ruang
tamu banglo.
"Saya Salsabila. Isteri Arjuna."
Ternganga semua orang mendengarkan pengakuan wanita asing
itu. Baru sahaja ruang tamu itu menyaksikan sinar bahagia dengan persetujuan
pernikahan Ai Nou Arjuna dan persetujuan Atuk melepaskan jawatannya, tiba-tiba
sahaja mereka semua ditampar dengan kejutan itu. Rangkulan pada tubuh Atuk
sudah terlepas semenjak kemunculan wanita itu lagi. Atuk pula, awal-awal sudah
menerpa Arjuna yang terpinga-pinga. Ai Nou apatah lagi, tidak percaya dengan
hakikat yang didatangkan sebentar tadi. Dadanya dipegang, hatinya sakit.
Kehilangan.. aduh. Ai Nou memejamkan matanya cuba menenangkan diri.
Semua sibuk mendesak Arjuna dengan pelbagai soalan. Mama
sahaja yang tidak seperti yang lain menerkam Arjuna. Tidak mahu campur tangan
dalam urusan keluarga elit itu, langkahnya tenang menjemput tetamu yang tak
diundang itu masuk ke dalam rumah. Diam kedua-duanya menjejaki ruang tamu.
Sang Kecil mencuri pandang Ai Nou yang langsung tidak
beriak. Kosong. Buntu untuk beriaksi bagaimana. Sedih. Eh, kenapa nak bersedih
pula? Cemburu ke? Ai Nou geleng kepala mengusir jauh rasa pelik itu di hatinya.
Ah, Ai Nou bukan siapa-siapa pada Arjuna. Tunang kena paksa saja pun. Jadi,
layakkah dia untuk bersedih? Eh, layak lah aku tunang dia! Kau tu tunang baru.
Ha tu depan kau. Isteri dia. Isteri dan bakal isteri.. ops.. bakal
madu bertemu. Ai Nou mula membayangkan aksi yang bukan-bukan. Di fikirannya
terbayang bakal berlakunya insiden tarik rambut sebentar nanti. Dan Arjuna,
sudah tentulah membela isterinya. Siapa Ai Nou? Hanya bakal isteri, kena paksa
pula tu. Oh, macam mana ni? Perlu aku lari ke?
"She's not my wife!" Terjungkit bahu Ai Nou
mendengarkan jerkahan Arjuna tiba-tiba itu. Terbang sekejap wayang yang
mengganggu jiwanya tadi. Dek penafian daripada Arjuna itu, pandangan semua
mencerun pula pada wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Salsabila tadi.
"Tak! Abang tipu! Sal isteri abang."
"Sal yang menipu!"
"I'm not. Abang menafikan hubungan kita
sebab abang takut dibuang keluarga kan? Sal isteri abang. Sal datang sini nak
minta restu semua. Percayalah."
"Hentikan Sal."
"Sal tak akan berhenti sebelum semua percaya yang
Sal ni isteri abang. Ini buktinya. Ini sijil nikah kita!" Sebuah fail
bewarna hitam dikeluarkan dari beg tangan sebelum menunjukkan pada semua tanpa
teragak-agak. Ai Nou lagi terkaku, bukti sudah depan mata.
"It's fake!"
"Enough!" Atuk mula mencelah.
"Tan Sri. Tan Sri kena percaya Sal. Sal datang sini
untuk tuntut hak Sal sebagai isteri. Abang rahsiakan hubungan kami sebab abang
tahu keluarga abang akan menentang pilihan abang. Tapi, Sal dah puas
bersembunyi. Sal mahu diterima dalam keluarga ini. Lagipun kami sudah sempurna.
Ana. She's his daughter."
"Shut up Sal!"
"I'm not!"
"I said enough!"
Terdiam kedua-duanya. Ha sudah! Siapa yang betul siapa
yang salah ni? Ai Nou sudah seperti tugu rasanya. Rasa apanya, memang dah jadi
tugu pun. Ingin mencelah, tak mahulah insiden tarik rambut yang terbayang tadi
menjadi kenyataan. Ingin terus mendiamkan diri, terasa hatinya terus-terusan
dilumat oleh sandiwara seorang lelaki. Harapan yang baru dibina sebentar tadi,
diruntuh batanya satu persatu. Kehilangan yang menghantui Ai Nou semakin
menggigit-gigit hatinya. Sedangkan akad belum lagi terlafaz. Kehilangan Arjuna,
kenapa sakit sangat rasa ini? Kerana dia cintakan Arjunakah? Mustahil. Ini yang
dia mahu. Tapi kenapa Ai Nou rasa sakit. Dia rasa kecewa dan kehilangan.
Peritnya!
Bagaimana sekiranya drama ini berlaku setelah mereka
sudah sah menjadi suami isteri? Pasti jatuh tersungkur dia nanti. Entah
mampukah Ai Nou berdiri semula andai itu yang terjadi. Ai Nou belum kuat!
Jiwanya masih rapuh. Nasihat Shauqie dan Hannah semakin jauh untuk dijadikan
kekuatan tika ini. Makna takdir itu sendiri sudah dilupakan. Hikmah yang dia
harapkan, arh pedulikan semua itu. Sekarang ini, Ai Nou takut! Bayang wajah
Raden yang sinis pula menerjah minda. Psiko dan tidak berperasaan. Risaunya
jika Ai Nou berubah begitu, perasaan yang tidak terkawal mengubah tekadnya
menjadi kejam dan gila. Tak mustahil dia akan melukakan orang. Sebab dia gila!
Tanpa disedari Ai Nou semakin hanyut dengan bisikan-bisikan negatif di
telinganya. Kepalanya dipegang. Tergeleng-geleng dia membayangkan dia akan
gila! Tidak!
"NO!"
Semua memandang Ai Nou. Tapi Ai Nou tak pedulikan
pandangan mereka semua. Kepalanya ligat berfikir apa yang harus dia buat. Jika
dia pasrah sekarang, dia gila nanti! Jadi Ai Nou harus hentikan semua ini.
Termasuk pernikahan. Ai Nou tak mahu gila. Arjuna dan Atuk dipandang silih
berganti. Ya! Ai Nou nekad. Keputusannya tadi akan ditarik balik. Dia tak mahu
kecewa. Dia tak mahu kehilangan. Dia tak mahu gila! Dia sanggup membujang
sampai mati. Atuk? Banyak lagi cara yang boleh Ai Nou rancangkan. Jika perlu,
jadi jururawat peribadi pun Ai Nou sanggup. Yang penting Arjuna harus
disingkirkan dari kamus hidup. Bukan sahaja Arjuna, mana-mana lelaki sekalipun.
Janji mereka, palsu! Penipu!
"Atuk, Ainur nak..."
"Don't you ever dare to think about it!" Serentak Arjuna dan Atuk
memotong bicara Ai Nou. Terkebil-kebil dia disergah begitu. Sudahnya,
kata-katanya yang tak habis diucap tadi tertelan bersama ludahan pasir. Air
mukanya berubah cemberut. Mencuka! Kenapa pula!?
"Ainur nak juga!"
"Never! Pernikahan ini akan tetap
berlangsung! Titik!" Serentak juga.
Ai Nou menunduk memandang hujung stoking. Bibirnya mula
mencebik dijerkah macam tu. Atuk tak pernah tinggikan suara macam tu
terhadapnya. Haila nasib. Kalau dah sedarah sedaging tu kepala otak pun fikir benda
yang sama. Benda yang Ai Nou tak suka dan tak nak!
Dua lelaki ini..
Apakah sebabnya mereka begini?
Cintakah..?
Andai Atuk, Ai Nou akur. Hatinya terubat walaupun sikit.
Kerana Ai Nou cintakan Atuk.
Tapi..
Kalau lelaki itu?
Apa lagi yang mahu dibuktikan Arjuna. Bukti sudah depan
mata. Dia bebas dan Ai Nou juga bebas. Tapi kenapa?
Ai Nou menggigit bibir. Dia takut. Andai dia akur, dia
akan kehilangan. Rasa itu makin mencengkam dan menghiris urat nafasnya.
Salsabila yang tadinya berdiri kerana bertengkar dengan
Arjuna terduduk tiba-tiba. Ai Nou memandang sayu pada wanita itu. Pasti hatinya
terlalu lumat dikerjakan Arjuna. Ai Nou faham. Dia juga wanita. Riak wajah
Salsabila ditelek. Anehnya, tiada pula riak kecewa terpancar pada air mukanya melainkan
riak gelisah dan serba salah wajahnya perlahan menunduk kebawah. Lengan Ana
ditarik perlahan, rapat ke sisinya.
Ai Nou pelik.
Mengapa harus rasa bersalah!
Kecewa dan benci lebih layak diwatakkan sekarang!
Semuanya kerana lelaki itu!
Dan..
Cinta yang terlalu murah.
-----
Bisu!
Itu sahaja laku kedua-dua teruna dara itu sepanjang
perjalanan yang tiada penghujung. Sedangkan rumah sewa Ai Nou tidaklah jauh
dari banglo keluarga Arjuna. Lelaki di sebelah Ai Nou ini sahaja yang sesuka
hati memandu arah entah ke mana. Semuanya gara-gara Atuk. Dipaksanya Arjuna
untuk menghantar Ai Nou pulang. Isu gegak gempita tadi tiada apa-apa pun yang
terjadi. Keputusan antara Ai Nou, Arjuna dan Salsabila tiada perubahan.
Solusinya begitulah. Pernikahan Ai Nou dan Arjuna akan tetap diteruskan
manakala Salsabila dan Arjuna akan kekal hubungan mereka sebagai suami isteri.
Tiada yang berpisah malah bersatu semuanya. Great plan!
"Pada awak apa itu cinta?" Soalan pertama
daripada Ai Nou setelah kaki mereka berdiri di hadapan Air Terjun Taman
Rimba Komanwel. Bijak! Pandai cari tempat nak berbincang. Tahu-tahu saja alam
merupakan ketenangan bagi Ai Nou.
Marah! Dia sedang marah sekarang ini. Kalau ikutkan rasa
marah, Ai Nou tak mahu buka mulut langsung. Tapi kalau selamanya dia diam,
sampai ke sudah masalah antara mereka tak akan selesai. Arjuna pula semakin
pelik perangainya. Pasrah ke tamak! Arhh lelaki ini, kalau tak nak cakap
sahajalah. Kenapa terima sahaja apa yang Atuk aturkan. Arjuna lebih berkuasa
dalam menyuarakan haknya. Dia sudah punya pilihan. Tapi mengapa!? Kenapa dia
pula yang terhegeh-hegeh mahu pertahankan ikatan yang bukan kehendak mereka!
"Ingatkan cemburu sampai tak nak cakap.
Merajuk!" Erk, lelaki itu tengah bergurau dengan dia ke sekarang ni? Jelingan
tajam diberi. Hello! Sorry to say. Buang masa Ai nak
merajuk bagai. Cemburu apatah lagi. Tak ada dalam kamus hidup. Lagi-lagi kalau
buat lelaki.
"Cinta.. anugerah terindah pernah wujud dalam diri
seorang manusia..
Cinta.. ciptaan terperit buat hati yang ditakdirkan
walang..
Tapi cinta.. akan buta kalau tak dirawat dengan mata
hati..
Sedangkan cinta.. penyuluh hidup andai itu yang menjadi kekuatan..
Seperti mana sesatnya hamba dengan cinta dunia yang melemaskan, disuluh dengan cinta Allah kembali ke jalan yang benar. Cemburunya abang pada mereka yang benar-benar dibimbing cinta Ilahi." Entah mengapa, marah Ai Nou terbang pergi. Perasaan takut dan risaunya tiba-tiba menjadi tenang. Seolah-olah dia sedang dipujuk. Perasaan yang sama hadir ketika mana Shauqie dan Hannah sentiasa berhemah memberi nasihat dan kekuatan buat Ai Nou.
Sedangkan cinta.. penyuluh hidup andai itu yang menjadi kekuatan..
Seperti mana sesatnya hamba dengan cinta dunia yang melemaskan, disuluh dengan cinta Allah kembali ke jalan yang benar. Cemburunya abang pada mereka yang benar-benar dibimbing cinta Ilahi." Entah mengapa, marah Ai Nou terbang pergi. Perasaan takut dan risaunya tiba-tiba menjadi tenang. Seolah-olah dia sedang dipujuk. Perasaan yang sama hadir ketika mana Shauqie dan Hannah sentiasa berhemah memberi nasihat dan kekuatan buat Ai Nou.
"Ceteknya manusia memikirkan cinta itu hanya wujud
antara lelaki dan perempuan. Sedangkan cinta terbesar merupakan cinta Allah
kepada hamba-Nya, cinta nabi buat umatnya, cinta ibu buat anaknya, cinta
seorang muslim buat muslim yang lain, cinta sahabat untuk sahabatnya dan cinta
suami buat isterinya. Semanis-manis cinta, insan itu dapat merasai indahnya
cinta Iman, indahnya cinta Islam dan indahnya cinta Ihsan. Siapa cakap cinta
sesama manusia itu tidak penting? Hingga disebutkan dalam hadis nabi, Daripada
Anas bin Malik daripada Nabi SAW, baginda bersabda: 'Tiga perkara yang apabila
ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah
dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain keduanya. Jika dia mencintai
seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali
kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka.'"
Ai Nou terdiam. Tidak ingin mencelah buah bicara Arjuna
yang dicerna hingga diserap ke dalam hatinya. Lelaki yang tadi dibenci sedang
mengajar Ai Nou tentang cinta! Jarang Arjuna berbicara sebegini serius di
hadapan Ai Nou. Peliknya, dihias dengan senyuman manis yang mahal itu! Tenang
tutur dan gayanya hingga mampu menyejukkan hati Ai Nou yang panas ketika ini.
Apakah Ai Nou? Kenapa lembut sangat hati ni? Kau cair ke? Erk..
"Jika cinta seorang Arjuna buat seorang
Cinta.." Arjuna menghentikan katanya lalu memandang Ai Nou di sisinya lama
sebelum menyambung kembali katanya. "..Seperti mana yang diajarkan Rasul
SAW 'Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai dia mencintai
untuk saudaranya sesuatu yang dia cintai untuk dirinya.' Tapi cinta ini
buatkan abang tamak untuk merasai nikmatnya cinta seorang suami buat isterinya.
'Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." [QS. Ar. Ruum (30):21]. Janji Allah ini buatkan
abang sangat ingin memiliki seorang Cinta. Ketenteraman itu, kasih sayang itu
hanya pada bakal isteri abang. Pada Ai Nou, cinta abang."
Lama pandangan mereka bertaut. Anak mata Arjuna ditenung
Ai Nou mencari ketulusan pada katanya tadi. Jika sandiwara tadi tidak berlaku,
Ai Nou tanpa ragu akan menerima lelaki ini dengan senang hati. Hati yang
sedikit tenang kembali menarik Ai Nou mengingatkan kata-kata Shauqie. Fitrah
dan kemahuan dirinya, Ai Nou tak mungkin menafikan. Ai Nou sangat ingin belajar
mencintai dengan sebenarnya cinta. Tidak lagi cinta naif seorang Cinta. Cinta
remajanya hanya kenangan yang mengajarkan Ai Nou bahawa cinta tulus itu tidak
mudah sebenarnya untuk hadir. Ai Nou mahu berikan cintanya pada Sang Adam yang
ingin dielak selama ini. Tapi.. kenapa? Kenapa saat percaya itu baru mahu
diberi, lelaki ini yang merentapnya pergi?
"Siapa saya pada awak Arjuna?"
"Cinta, cinta hati abang. Bakal isteri abang!"
Jadi siapa Salsabila? Kenapa dia mesti wujud antara kita!?
"Tsk..." Ai Nou tersenyum sinis. Tubuhnya
dipeluk memandang tajam Arjuna di sisi.
"Seorang lelaki budiman tidak memandang cinta sebuah
alat permainan. Apatah lagi wanita yang mudah layu disogok cinta. Kami manusia
rapuh. Jangan permainkan kami seolah-olah kami ni baby doll. Awak
sudah terangkan definisi cinta awak. Jadi tak guna saya bertikam lidah dengan
awak. Awak lebih faham. Sekali awak lafaz akad, belajarlah setia pada satu
cinta. Akad itu janji awak. Kalau macam ni cara awak, awak mungkir janji awak
sendiri. Awak sedar tak awak sedang sakitkan hati seorang isteri. Kecewa
seorang wanita, kaum adam tak akan faham. Kecewa kami mampu terbalikkan dunia.
Jadi tolonglah Arjuna. Jangan paksa lagi. Awak tak perlu akur pada aturan yang
bukan pilihan awak. Ketenteraman, kasih dan sayang hanya ada pada seorang
isteri. Salsabila. Dia isteri awak. Janji Allah itu hanya ada pada dia."
"She's not my wife Cinta..."
"Hentikan sandiwara awak Arjuna. Jangan menipu lagi.
Penipuan itu sangat menyakitkan awak tahu tak? Sudahlah! Kalau awak terus
menipu macam ni, saya takut tiada lagi maaf untuk awak. Tolong jangan paksa
saya bertindak yang bukan-bukan. Keputusan saya tetap sama. Saya tak mahu
hancurkan ketenteraman pada sebuah baitul muslim yang sudah terbina
kukuh. Saya tak nampak kecacatan padanya yang memerlukan awak berpasang dua.
Jika kerana Atuk awak berkeras untuk begini, saya janji. Saya akan pujuk Atuk
untuk lepaskan awak.."
"Listen!"
"Sudahlah Arjuna. Saya penat. Hantar saya
balik."
Ai Nou sudah berpatah balik menuju ke Honda semula.
Tubuhnya sangat letih, ditambah pula keadaan tangannya yang sangat tidak
selesa. Ai Nou mahu pulang. Ingin tenangkan fikiran dan rehatkan diri. Ai Nou
mahu larikan diri.. Tak! Ai Nou tak lari daripada masalah. Shauqie sendiri
pesan, larikan diri tak menyelesaikan apa-apa. Makna takdir semakin
memujuk hati Ai Nou. Andai Arjuna bukan jodohnya, Ai Nou akur. Ai Nou tak
salahkan takdir Allah. Ai Nou yakin Allah sedang siapkan sesuatu untuk Ai Nou. Istighfar
hati Ai Nou kerana terlalu ikutkan perasaan tadi. Itu tadi, tapi sekarang
ini Ai Nou waras. Dia tak mahu putus asa dan terlalu ikutkan hati yang kecewa.
Dia akan terus melangkah dan merancang. Berusaha dan berdoa. Bertawakkal
dan menyerahkan segalanya pada Allah. Esok bangunnya, Ai Nou akan rancang
semula jalan hidupnya. Jalan hidup yang lebih adil. Buat Ai Nou, buat Arjuna,
buat Atuk dan buat semua! Cumanya sekarang, otak Ai Nou penat. Dia hanya mahu
rehat.
"Salsabila..."
Nama itu disebut Arjuna menghentikan langkah Ai Nou.
Mendengarkan tiada sambungan daripada Arjuna, Ai Nou berpaling memandang lelaki
itu. Arjuna membelakangi Ai Nou menghadap air terjun sambil menunduk pandang ke
bawah. Batu-batu sungai di kaki dikuis-kuis sambil tangannya disangkut pada
poket seluar. Santai dan tenang.
"Dia hanya sandiwara untuk membutakan. Tapi bukan
isteri abang..."
Aneh dengan kata-kata Arjuna tapi hanya keluahan yang
keluar dari bibir Ai Nou dengan penafian Arjuna. "Berhenti
menafikan..." Kata-kata Ai Nou tiba-tiba dipotong.
"Dia penyesalan terbesar abang yang pernah abang
wujudkan. Semuanya kerana cinta abang pada Cinta. Sangka abang, abanglah
sebaik-baik perancang. Tapi sungguhlah, Allah itu maha hebatnya dalam
merancang. Buktinya, Allah bongkarkan sandiwara abang di depan Cinta abang.
Menyedarkan abang bahawa abang hanyalah seorang hamba. Tak lari daripada
kesilapan. Apatah lagi penipuan yang sememangnya dilarang Allah. Ciptaan abang
akhirnya menjerat abang sendiri. Senjata makan tuan."
Sebuah keluhan berat dilepaskan Arjuna. Dia hanya
menunduk seperti sedang menerima hukuman. Nadanya sayu penuh penyesalan. Ai Nou
tidak bergerak. Dia tidak faham sebenarnya. Otaknya yang letih ligat dipaksa
bergerak mencerna kata-kata Arjuna. Penipuan? Apa yang dimaksudkan lelaki ini?
"Jika abang pengecut. Sudah lama abang larikan diri
daripada ujian Allah yang datang melalui penipuan yang abang sendiri rancang.
Bodohkan abang? Sendiri cari fasal sendirilah tanggung. Tapi abang tak mahu
lari, abang mahu berdepan dengan Cinta. Andai abang pergi dengan penyesalan
tanpa selesaikan masalah ini, tanpa jelaskan kebenaran yang abang sembunyikan,
maknanya awal-awal abang sudah putus asa dan gagal dengan ujian Allah. Andainya
semua abang tinggalkan tanpa berbuat apa-apa, cinta yang abang impikan akan
terlepas dan tak mungkin abang mampu gapai semula. Abang tahu semuanya salah
abang. Tapi abang tak mahu berputih mata. Abang jelas dengan impian abang.
Abang mahu cinta abang. Ai Nou cinta abang."
"Can you just straight to the point? Kalau
awak mahu bermain kata hanya semata-mata nak pujuk saya. Hentikan! Keputusan
saya tetap sama. Sudah! Saya penat. Saya nak balik."
"Percayalah cinta. Apa yang bakal abang katakan
nanti merupakan kebodohan dan aib abang yang busuk dan melukakan hati-hati
mereka yang mendengar. Cumanya satu abang pinta. Setelah semuanya jelas dan
segala penipuan abang terbongkar, tolong jangan putuskan hubungan kita kerana
dorongan perasaan benci dan marah Cinta. Pulanglah membuat keputusan dengan
tenang tanpa campur aduk perasaan. Berfikirlah dengan sebijaknya. Abang tak
boleh memujuk sekeping hati Cinta yang sudah acap kali dilukakan melainkan
Allah sahajalah sebaik-baik pemujuk dan pelembut hati. Sebaik-baik cara, istikharahlah
Cinta. Minta pada Allah sebaik-baik jawaban. Katakan pada abang, istikharah
abang tak salah memilih Cinta. Abang mohon, istikharahlah dengan
seikhlas hati dan sesuci jiwa. Tentukan jodoh kita dengan jawaban Ilahi. Abang
tunggu.."
Kata Shauqie,
Untuk membuat pilihan yang kita sendiri buntu dan keliru
mana satu betul mana satu salah, caranya hanya satu..
Istikharah!
Padanya ada jawaban yang sangat kita inginkan.
Kepercayaan!
Jodoh!
Cinta!
Semuanya akan ditemui andai istikharah yang
didirikan bukan hanya syarat penyedap hati. Tapi dengan sesuci hati daripada
nafsu amarah dan serakah. Ikhlaskan diri daripada dunia dan isinya tanda istikharah
yang diminta benar-benar mahukan jawaban dari Allah. Jawaban yang akan diterima
dengan lapang dada walaupan apa pun yang perlu menjadi pilihan. Istikharah
yang dibangunkan seperti mana solat taubat seorang hamba memohon ampun daripada
Allah.
Ai Nou muhasabah lagi.
Haruskah kepercayaan yang direntap tadi diikat semula?
Lelaki ini..
Jujurkah?
Kehilangan.. arh, pedihnya hati!
Istikharah, andai itu jalannya..
Allah, aku mengaku kalah dengan egoku terhadap lelaki
ini.
Andai benar, yakinkan aku ya Allah.
-----
Takdir Cinta.
Haha.. macam tajuk novel.
Tapi kerana takdir..
mengikat seorang Cinta dan lelaki.
Kerana jodoh, takdir dan cinta.
Kerana istikharah Ai Nou yang hampir sebulan
dikerjakan tanpa henti, lelaki ini jawaban yang didatangkan padanya.
Majlis yang gilang-gemilang, berseri wajah ceria semua
yang hadir memeriahkan undangan raja sehari. Puas! Hati sekeras Ai Nou,
akhirnya dilembutkan juga kerana lelaki. Kerasnya ia kerana lelaki. Lembutnya
ia juga kerana lelaki. Dan lelaki terpilih itu, Sang Arjuna. Lelaki yang sedang
erat memimpin tangan Ai Nou ke sana dan ke sini menemui para tetamu yang hadir.
Ceria dan bahagia kedua-duanya. Lebih puas! Bersatunya dua cinta ini kerana
pilihan mereka. Bukan lagi paksaan daripada Sang Nata.
Jawaban istikharah Ai Nou, wajah inilah yang
dilihatnya. Puas diusir pergi. Itu jugalah yang kunjung tiba. Menyedarkan Ai
Nou itu jawaban yang Allah tetapkan. Menolak jawaban itu, ertinya menolak
takdir yang Allah tetapkan buatnya juga jodoh yang dituliskan buat Ai Nou. Jadi
Ai Nou redha dan ikhlas menerima takdir ini.
Hakikatnya. Setelah dilapangkan hati menerima keputusan
itu. Ai Nou malu dengan bahagia sendiri. Lelaki yang disangka organisma
pelengkap seorang wanita ternyata lebih daripada itu. Benarlah apa yang
dikatakan Shauqie. Kekosongan yang selama ini dirasa, terisi penuh saat akad
itu dilafaz Arjuna di depannya. Saat diterima hadirnya Arjuna dalam hatinya dan
juga hidupnya, apatah lagi masa depannya dan pastinya kesempurnaan agamanya.
Ruginya Ai Nou menolak rasa dan fitrah ini. Sedangkan amal terbesar dalam
hidupnya dinilai melalui lakunya pada seorang suami. Syurga dan neraka berada
di tapak tangannya, tinggal Ai Nou hanya perlu memilih. Dan Ai Nou, dia memilih
syurga. Apabila syurga dipilih, hanya satu syaratnya. Fitrah diri harus ditunai,
suruhan dan larangan Allah perlu dilaksanakan dan dihindarkan. Itu syarat
bahagia Ai Nou, syarat syurga Ai Nou.
Perampaskah dia?
Tak... Jauh sekali Ai Nou mahu menjadi seorang perampas.
Kerana Ai Nou itu wanita, dia sangat faham keinginan
wanita.
Andai juga dia buta dengan kebenaran petunjuk istikharahnya,
Ini bukan takdirnya.
Andai juga dia bertegas dengan prinsipnya terhadap
lelaki,
Bahagia yang Ai Nou tak pernah tahu kewujudan itu,
Ai Nou tak akan merasainya sekarang.
Kebenaran?
Lucu andai soal itu diungkit semula.
Gara-gara Arjuna yang tertekan dengan desakan kehidupan
elitnya agar dia mempunyai pasangan yang setaraf dengan kehidupannya, rancangan
bodoh itu dicipta. Gara-gara egonya tak mahu mengaku cintanya pada Ai Nou, dia
rela mendatangkan seseorang yang perlu mengaku sebagai isterinya. Bagi Arjuna,
jika dia tak boleh memiliki Ai Nou, jadi tiada wanita lain yang boleh
berganding dengannya.
Perjanjian bodoh itu terikat ketika Arjuna setahun berada
di London manakala Ai Nou pula ketika itu masih dalam tempoh habiskan
pengajiannya. Salsabila, teman rapat sedari sekolah menengah senang hati
menghulurkan bantuan ketika diminta Arjuna. Dengan izin suami lagi. Bertuah!
Tak percaya orang tua tiga orang itu boleh bersetuju dengan rancangan yang sangatlah
tidak matang. Lebih tidak percaya, Arjuna yang sangat bijak mengendalikan
segala-galanya sanggup merangka rancangan sebegitu rupa. Nampak sangat bijak
Arjuna tidak ada pada soal hati. Jika melibatkan perasaan dia juga tewas. Dia
buntu! Dan dua sahabat ini, pertaruhkan cinta dan kepercayaan mereka sebagai
sahabat agar rancangan Arjuna terlaksana dengan jayanya. Pada mereka, Arjuna
perlu bahagia dengan pilihannya. Jadi mereka sanggup.
Kata Arjuna, Salsabila hanya perlu berlakon menjadi
isterinya hanya jika keluarga Arjuna memaksa lelaki itu berkahwin dengan
pilihan keluarga. Tapi Salsabila tidak tahu, pilihan keluarga itu ternyata
pilihan hati Arjuna. Rancangan yang bertahun-tahun tersimpan dek tiada
tanda-tanda Arjuna dipaksa berkahwin, tiba-tiba sahaja berita perkahwinan
Arjuna yang bakal berlangsung sampai ke telinga Salsabila. Siapa lagi tukang
bawa khabar kalau bukan setiausaha Arjuna. Sudahnya, muncullah Salsabila yang
sudah beranak satu menyempurnakan perjanjiannya. Lebih sadisnya lagi, andai
Arjuna menafikan pernikahan palsu mereka, Salsabila perlu serius meyakinkan
keluarga Arjuna. Apa yang penting, rancangan mereka berjaya. Itu cerita Arjuna
diiringi tawa hambar dek menyesal dengan pembohongan sendiri. Patutlah bukan
main bersalah wajah Salsabila apabila Arjuna sendiri bertegas untuk meneruskan
perkahwinannya dan Ai Nou. Sedar langkahnya silap. Terjahannya salah besar.
Menyesal tak sudah kerana tak maklumkan pada Arjuna dahulu sebelum bertindak.
Mengapa setega itu dirancang Arjuna?
Pembohongan..
Bukan hal kecil yang boleh diterima semua orang..
Mudah jawabnya..
Satu, Arjuna tak mahu perkahwinan aturan keluarga. Kerana
keluarganya terlalu tegas! Sang Nata terutamanya. Bukan mudah mahu membangkang
keputusan Atuk mereka itu. Itu sebab Arjuna nekad.
Dua, Arjuna tak mahu kehilangan Ai Nou! Kerana itu sedaya
upaya dicuba mencari jalan untuk memiliki Ai Nou dengan caranya sendiri.
Walaupun memikat perempuan adalah masalah terbesar Arjuna. Arjuna tak tahu
bagaimana? Sudahnya, cara bergaduh sahaja mampu dekatkan Arjuna dan Ai Nou.
Biarlah bagaimana pun nanti, Ai Nou tetap akan dimiliki. Yang penting, Arjuna
tak mahu berputih mata ditinggalkan Ai Nou yang telah lama mencuri hatinya
sedari Arjuna tahu Ai Nou itu Gadis Cinta.
Pelik! Kalau sudah punya isteri –walaupun isteri tipu
sahaja, lagilah susah Arjuna mahu mendapatkan Ai Nou. Tak begitu?
Mudah simpul Arjuna.
Katakan sahaja dia sudah ceraikan isterinya. Mereka tidak
sekufu. Jodoh tidak panjang. Mahupun alasan isteri curang diberi. Andai perlu,
isterinya sudah meninggal juga sanggup Arjuna katakan. Tak kiralah apa sahaja
alasan yang perlu dicipta. Asalkan Arjuna boleh lari dari semuanya.
Lelaki ini, terlalu mudah!
Semuanya gara-gara dia tak tahu bagaimana mahu
mengendalikan perasaannya!
Mujur Arjuna menyesal dengan rancangan sendiri. Mengaku
bodoh lagi! Haha..
Arjuna tak sangka, pilihan keluarga yang sangat dia
takutkan itu ternyata pilihan hatinya. Dia menyesal kerana tidak percaya dengan
rancangan Allah, jawaban istikharahnya sendiri. Sedangkan, jika itu yang
bersungguh diminta hingga mengalir air matanya memohon, merayu dan menyembah,
sudah pastilah Allah punya rancangan sendiri buat Arjuna. Tak sudah kata
menyesal terbit dari bibirnya.
Percayakah Ai Nou akan cerita bak fairytail itu?
Dia lelaki..
Sedangkan lelaki pada Ai Nou penuh dengan tipu helah.
Saat jawaban istikharah sudah diberi. Allah mahu
tunjukkan pada Ai Nou, cerita Arjuna bukan rekaan yang sengaja direka sendiri.
Percaya Ai Nou semakin utuh saat pengakuan daripada bibir Salsabila sendiri
melutut dan memohon kemaafan. Menceritakan kisah yang sama yang diceritakan
Arjuna. Tersentuh hati Ai Nou melihatkan kesungguhan Salsabila dan suaminya
melutut memohon agar diampunkan khilaf mereka di hadapan keluarga Arjuna.
Menangis mereka kerana menyesal dengan tindakan mereka yang terlalu ikutkan
kemahuan Arjuna. Sedangkan sahabat seharusnya menjadi penasihat bukan menyokong
secara semberono.
Arjuna yang berdiri menyesal turut ditarik Ai Nou agar
melutut bersama yang lain. Bebel Sang Cinta ini pada Arjuna agar jangan ego.
Kalau mahu diri dimaafkan, laku Arjuna harus bersungguh ditunjukkan. Selamba
sahaja Ai Nou menekan kepala Arjuna supaya menunduk. Dipaksa lagi Arjuna
mengucap kata maaf 100x. Suasana yang serius pada awalnya diserang gelak tawa.
Mahu tak gelak semua orang, Ai Nou sudah bergaya mak budak marahkan anaknya
main hujan. Ai Nou hanya tersengih tayang giginya yang putih berkilat. Puas
hatinya dapat tundukkan Arjuna pada keluarganya. Buat perangai merepek lagi
dengan keluarga angkat Ai Nou. Keluarganya itu cinta Ai Nou tau! Cinta pertama
Ai Nou yang tertunas saat dia kenal apa itu cinta!
Salsabila, suaminya dan Sang Kecil yang comel diberi
layanan istimewa buat mereka. Kerana mereka juga penyebab Ai Nou yakin untuk
berubah hati. Begitu juga saat teman-teman sekolah Ai Nou serombongan datang
memeriahkan majlisnya, istimewalah layanan diberi dengan penuh ceria.
Tambah-tambah buat lima jejaka masa lalu Ai Nou yang hadir bersama pasangan
masing-masing. Lebih mengejutkan, Aniza dan Harris sudah bersangkut hati
kedua-duanya. Rahsia jodoh, menarik bukan? Kejutan jodoh mampu mengujakan
sesiapa yang yakin dengannya. Bahagia Ai Nou tidak berselindung lagi. Dia
mahu buktikan, Ai Nou yang sekarang bukan lagi Ai Nou yang dulu. Para lelaki, bukan
lagi trauma buat Ai Nou.
Lelaki..
Sekali Ai Nou yakin dengan langkahnya,
Masa lalu tentang lelaki..
Semuanya sudah diusir pergi,
Tiada lagi trauma..
Tiada lagi mimpi ngeri..
Sekarang ini hati Ai Nou sangat penuh dengan adukan
rasa..
Bahagia!
Cinta!
Senyuman yang sangat puas!
Lelaki..
Mereka itu..
Cukuplah hanya menjadi memori seorang Cinta!
Mengajar Cinta untuk belajar tentang cinta!
Kehilangan?
Ai Nou tersenyum sambil mengeratkan lagi rangkulannya
pada lengan Arjuna. Seiring mereka melangkah ke meja kek untuk acara memotong
kek. Majlis semeriah ini tak pernah diinginkan Ai Nou. Kerana Ai Nou sangat
sedar siapa dia. Gadis piatu yang menumpang kasih insan lain. Tapi kerana
cintanya pada Atuk, kerana Ai Nou tahu majlis ini dirancang khas oleh Atuk
untuknya juga kerana cinta, Ai Nou cuba bahagiakan diri di gerbang baru ini.
Kerana Ai Nou tahu, kemewahan bukanlah syarat bahagia mereka melainkan cinta
dan percaya. Jadi, nilai bahagia Ai Nou pada cintanya bukan pada hartanya.
"Saya takut akan kehilangan." Soalan yang sama
terluah setelah selesai sesi suap menyuap kek antara mereka. Genggaman tangan
Arjuna pada isterinya diusap lembut lalu digenggam erat.
"Kehilangan. Saya sangat takut padanya."
Penyata yang sama diucap ketika di Air Terjun Taman Rimba Komanwel.
"Kehilangan. Tiada manusia yang dapat mengelak
daripada melalui kehilangan. Abang tak mahu janji bagaimana sebaik-baik
kehilangan yang sesuai untuk abang dan Ai Nou. Cuma satu abang doa, ajal yang
sebaik-baik pengakhiran. Husnul Khotimah sahaja yang
memisahkan jodoh kita. Dan doa abang lagi, semoga Allah menjodohkan kita lagi
di syurga sana. Kerana setelah kita di sana, tiada lagi kehilangan yang perlu
dirisaukan.."
"..Kehilangan kerana kematian. Redhalah
Cinta. Rahsia Allah pada takdir itu ada hikmahnya. Jika kehilangan yang Cinta
takutkan, janganlah takut pada kehilangan kerana kematian. Takutlah pada
kehilangan kerana asbab lainnya. Tapi, abang tak mahu Cinta tenggelam dengan
rasa takut. Kalau terlalu fikirkan soal itu, hati kita tak tenang. Kenapa perlu
risaukan sesuatu yang bukan pada kuasa kita untuk menghalangnya? Doalah Cinta
agar tidak akan berlaku kehilangan antara kita. Tapi andai kata kehilangan itu
tetap berlaku. Redhalah. Percayalah pada rancangan Ilahi. Andai Allah
sahaja tempat kita bergantung, walaupun kita didatangkan 1001 kehilangan
sekalipun, hati kita akan tetap redha. Kerana kita tahu dan yakin, Allah lebih
tahu segalanya."
Bertuah suaminya tak teragak-agak mahu menyebut fasal
ajal maut di majlis bahagia mereka. Tak sesuai! Jika bukan disebabkan dia yang
mulakan dahulu dan juga kata-kata Arjuna itu sangat mengubat risaunya, sudah
tentu rajuknya ditarik, Arjuna akan ditinggalkan terkulat-kulat di situ. Layan
tetamu lagi baik! Ada ke pula sebut fasal mati depan aku! Ish!
"Boleh saya percayakan abang?"
"Percayalah hanya pada Allah. Percaya abang ada di
situ. Andai abang mungkir percaya itu, ketahuilah abang manusia biasa. Punya
emosi dan nafsu. Terkadang tak betul keputusan daripada fikiran ini. Tapi untuk
sekarang. Percayalah. Percayakan abang Cinta. Janji abang untuk Cinta, seperti
janji abang pada Allah."
Ai Nou percayakan Arjuna.
Cinta tanpa percaya..
Mudah roboh hubungan mereka kelak.
Kerana Cinta dan lelaki ini..
Percaya Ai Nou tak akan goyah..
Selagi percaya Arjuna pada Allah tak goyah..
Dahi Ai Nou dikucup penuh kasih. Hati-hati yang melihat
senang hati mendoakan.
Bahagialah duhai jodoh..
Bahagia hingga syurga..
-THE END-
Comments
Post a Comment