Cerpen Bersiri: CINTA dan Lelaki Extra!





 Ai Nou kena diabetes!
"Setiap kali memikirkan cinta, wajahmu yang menyapa mindaku. Kernamu cinta, rinduku tak puas untukku sandarkan padamu. Ketahuilah cinta, aku hanya ingin bersamamu hanya pada dua waktu. Sekarang dan selamanya. Abang cintakan Cinta."
Jantungnya yang berdegup kencang cuba ditenangkan agar berdetak seperti biasa. Gara-gara sering mendengar kata manis mengalahkan berguni gula daripada bisikan Arjuna, mahunya Ai Nou tak diserang kencing manis. Setiap kali Arjuna bisik kata cinta pada Ai Nou, Ai Nou sudah tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Ai Nou rasa terbang dan berada di awang-awangan. Hatinya sudah hilang! Arjuna yang curi tanpa izin! Itu baru kata-kata, tak masuk lagi laku romatik Arjuna yang tak tahulah. Yang pastinya Ai Nou memang jatuh cinta habis buat suaminya seorang itu.
Saat pertama kali berhadapan dengan Arjuna versi kucing parsi ini, banyak kali Ai Nou fikir dia tersalah kahwin dengan orang lain. Mahunya tidak. Karakter Arjuna sebelum dan selepas kahwin sangatlah kontra. Awal-awal dulu, seringkali Ai Nou menekapkan belakang tangannya ke dahi Arjuna setiap kali Arjuna membisik cinta pada Ai Nou. Mana tahu Arjuna buang tabiat sebab demam ke. Perangai Arjuna yang satu ini lebih dahsyat daripada Raden. Tak percaya Ai Nou hingga Ai Nou sanggup bertanya siapa Arjuna jika Arjuna berkelakuan luar alam. Ai Nou dah tak kenal Arjuna! Arjuna pula hanya mampu ketawa dan tak bosan mengulang laku yang sama mengenalkan nama penuhnya.
"Abang Shaharjuna Bin Shahir Aman Bin Azlan Shah. Suami Gadis Cinta. Sang Arjuna yang hanya ditakdirkan buat Sang Cinta."
Ha macam itulah jawaban Arjuna setiap kali ditanya siapa namanya. Kalau bukan sebab suami, Ai Nou sudah lama melarikan diri. Seriau dengar ayat manis-manis ni. Nanti dia bersemut. Tapi itulah Arjuna yang sebenar. Luahan Arjuna diawal pernikahan mereka dulu masih Ai Nou ingat. Sememangnya, Ai Nou lah gadis pertama yang berjaya mencuri hati Arjuna hingga buatkan dia hilang punca. Kerana terlalu sayangkan Ai Nou, Arjuna tak suka andai ada lelaki lain mendekati Ai Nou. Kerana itulah Arjuna akan mengamuk kalau dapat tahu hati Ai Nou tersangkut pada orang lain. 
Puas Arjuna cuba mengawal hatinya daripada menzahirkan perasaannya pada Ai Nou. Kerana tak mahu melampaui batas, cara menyakitkan hati Ai Nou sahaja yang dapat dilakukan Arjuna demi melindungi Ai Nou. Impian Arjuna mahu memiliki Ai Nou ditanam semenjak dia melanjutkan pelajarannya ke luar negara lagi. Ketika berjauhan dengan Ai Nou, rasa sayang yang dipertahan hanya sayang seorang abang kepada adiknya ternyata lebih daripada apa yang dia sangkakan. Mahu sahaja Arjuna terbang ke Malaysia kerana rindu yang tak tertanggung terhadap Ai Nou. Kerana itulah Arjuna sanggup menghubungi Ai Nou hampir setiap hari. 
Sayangnya Arjuna tak pandai memancing hati Ai Nou agar terpikat dengannya. Sebenarnya bukan Arjuna tidak mahu mencuba, tapi Arjuna takut. Takut sekiranya perasaan cintanya diluah pada Ai Nou, Ai Nou akan menolak dan hubungan mereka akan semakin dingin. Sudahnya, Arjuna bertekad mahu menyembunyikan perasaannya. Biarlah, dia lebih rela menjadi lelaki yang dibenci Ai Nou. Sekurang-kurangnya Arjuna masih dekat dengan Ai Nou. Ketika mana usia mereka semakin berganjak angka, perasaan Arjuna semakin teruji melihat kewanitaan seorang gadis cintanya. Jika tak ditahan perasaannya, sudah lama Ai Nou diajak kahwin lari. 
Rasa hati Arjuna hanya Allah sahaja yang tahu. Diminta dengan tangis dan rayuan, andai benar Ai Nou itu jodohnya. Maka dekatkanlah mereka. Andai bukan, jauhkan Ai Nou daripadanya. Istikharah dan solat hajat tidak pernah berhenti dilakukan. Sudahlah diuji dengan perasaan sendiri, desakan soal pasangan hidup yang tak pernah diutarakan Arjuna pula sering disebut keluarganya semakin merisaukan Arjuna. Dia tak mahu wanita lain. Arjuna hanya mahukan Ai Nou. Tapi untuk meluahkan rasa hatinya itu juga Arjuna risau. Risau sekiranya keluarganya tidak setuju dengan pilihannya itu. Tambahan lagi Ai Nou cucu kesayangan yang sangat istimewa pada Atuk. Pastilah Atuknya sudah siapkan seseorang yang lebih baik buat Ai Nou. Sedangkan Arjuna bukan siapa-siapa. Hanya salah seorang daripada cucu Atuknya yang ramai. 
Kerana itulah nekad Arjuna merangka rancangan tak masuk akal dilaksanakan. Di fikirannya hanya satu. Jika Ai Nou tak dimiliki, tiada wanita lain yang akan jadi pasangan hidupnya. Walaupun diri cuba ditahan, tapi Arjuna tak berjaya menghalang dirinya daripada terus-terusan mengambil tahu segalanya tentang Ai Nou. Arjuna tak akan mampu senang duduk andai tidak berjumpa Ai Nou walau untuk sehari. Tapi apabila berjumpa, pasti jantungnya bagai mahu pecah setiap kali wajah Ai Nou menyapa retinanya. Untuk melindungi dirinya dan juga Ai Nou, sikap kasar Arjuna sahaja yang mampu menjadi perisai mereka berdua. Takut tersilap langkah, rosak gadis yang sangat dia cintai. Tidakkah semakin benci Ai Nou pada Arjuna nanti. Walaupun kadang-kadang tu Arjuna tak mampu menahan diri dari menyentuh Ai Nou. Mengaku yang dirinya lelaki. Nafsunya cuma wanita. Dan wanita yang paling dia cintai hanya Ai Nou.
Ai Nou terdiam lama mendengar luahan Arjuna yang terlalu bahagia membaringkan kapalanya di paha Ai Nou yang sedang berlunjur menikmati angin laut Pulau Tahiti, destinasi bulan madu mereka. Bahagia sekali air muka Arjuna menikmati saat-saat yang dinantikan untuk diluang bersama Ai Nou. Angan-angan yang pernah dimimpikan menjadi nyata. Ai Nou kini sah menjadi isterinya. Menjadi hak mutlak Arjuna. Ai Nou hanya tersenyum nipis mengenangkan semula liku-liku hidupnya bersama Arjuna. Sedari kecil hingga dewasa. Tak sangka lelaki yang paling dekat dengannya itulah jodohnya. Musuhnya itu ditakdirkan Allah menjadi suaminya. Ai Nou tak tahu. Tak pernah sedar pun akan kepentingan wujudnya Arjuna dalam hidupnya. Iyalah, hidupnya dulu hanya disibukkan dengan rasa benci terhadap lelaki. Jadi, sangat mustahil untuk Ai Nou menyedari akan hal itu. Ai Nou pula sangat polos dengan cinta. Tidak pernah langsung dia menyangka lelaki yang disangka membencinya selama ini menyimpan cinta yang sangat dalam buatnya. 
"You know what Cinta?" Ai Nou memandang wajah Arjuna. Usai menyalami tangan suaminya yang baru pulang dari kerja, beg bimbit Arjuna diambil lalu diletakkan di meja kerja Arjuna. Arjuna yang sedang melepaskan lelahnya di sofa kembali didekati.
"What?"
"Please hug me." Rengek si Suami. Ha dah kenapa balik kerja buang tebiat minta peluk ni. Dalam menjuihkan bibir mengenangkan sikap suaminya yang mengada-ngada itu, Ai Nou menuruti juga kehendak Arjuna. Tubuhnya disandar pada sofa lalu bersimpuh di sisi Arjuna. Kepala Arjuna ditarik rapat ke dadanya, lengan dilingkarkan pada leher suaminya dipeluk menyalurkan kehangatan buat Arjuna. Arjuna tersenyum lebar. Tiada kepuasan yang paling indah, dikala penat dengan urusan kerja pulangnya disambut kehangatan layanan seorang isteri. Tubuh Ai Nou juga ditarik rapat ke tubuhnya, memeluk isterinya erat.
"My favouriter place is inside you hug Cinta."
Rasa hangat yang menyelinap masuk ke hatinya mengembangkan perasaan Ai Nou hingga memaksa senyuman bahagia terukir indah. Jantungnya mula bernada rentak irama cintanya semakin memekar buat Arjuna. Ah, Arjuna tak pernahnya bosan meluah kata cinta buat Ai Nou. Mahu tak bertimpa sayangnya pada Arjuna. Ai Nou malu sendiri. Pengakuan hatinya yang tak mampu dibendung lagi. Sungguhlah, bezanya perasaan cinta buat seorang lelaki bernama suami. Sangat beza rasanya seperti rasa yang hadir buat lima jejaka itu, juga berbeza manisnya cinta seperti cintanya pada Atuk dan Helmi. Cinta suami punya satu tempat yang sangat istimewa dalam hati Ai Nou yang dia tidak pernah tahu rasa itu akan wujud di situ.
Tapi, Ai Nou tak pernah mengaku cinta pada Arjuna. Dia malu! Setiap kali mahu meluah cinta, lidahnya kelu. Wajahnya hangat, pipinya memerah. Ai Nou sangat malu dengan satu jawaban hakikat hatinya. Cinta. Tiba-tiba terasa pipinya ditarik menyedarkan lamunan Ai Nou. Wajah Arjuna dipandang. Suaminya itu sudah berubah duduk berbaring di atas ribanya melunjur di atas sofa.
"Fikir apa sampai blushing habis pipi ni?" Lidah Ai Nou tergigit. Aduh, dia perasan la pula. Mata Arjuna yang sentiasa bersabung pandang dengannya setiap kali bertemu, kini redup dengan gelora rasa cinta. Cinta seorang Cinta yang sudah lama berputik buat Si dia yang disangka jauh untuk digapai, ternyata terlalu dekat untuk digenggam.
"Can I say I love you?" Soal Ai Nou tiba-tiba. Aduh Ai Nou, kenapa mesti soalan. Kalau kau cakap straight terus tak boleh ke? Ke kau masih ragu-ragu sebenarnya? Ragu-ragu sebab Arjuna merupakan lelaki? Arh pedulikan. Yang penting, jantung aku dah tercabut. Pertama kali meluah cinta! Arjuna yang pada mula terpegun kerana pertama kali mendengar lafaz cinta daripada isterinya perlahan-lahan mengukir senyuman lebar. Senyuman bertukar sengih. Tanda mahu mengusik.
"Are you sure?" Uji Arjuna akan isterinya itu.
"Ragu-ragukah? Mahal cinta Ai Nou untuk diluah." Ai Nou semakin berani berkata.
"Benarkah Cinta? Benarkah cinta ini tak seperti rasa yang hadir untuk sepintar seorang Harith? Atau seromeo seorang Zaki? Atau setaraf seorang Shafiq? Atau sealim seorang Shauqie? Atau sejujur seorang Firdaus?" Mulut Ai Nou ternganga luas serentak matanya yang besar membulat mendengar butir kata Arjuna. Tak percaya rahsianya terbongkar!
"Stalker! Pervert! Pencuri!" Selamba badak Ai Nou melabel suaminya itu. Ah tak kira. Kalau dah lelaki tu kan, sesuka hati sahaja mengorek rahsia Ai Nou tanpa diberitahu. Ai Nou tak pernah ceritakan kepada siapa-siapa rahsia hatinya selain pada diarinya yang satu itu. Kalau soal Shauqie tu dia yang kantoi sendiri. Tapi ini lain, ayat yang ditutur Arjuna itu sebijik apa yang ditulis Ai Nou dalam diarinya.
"Ewah! Sedap mulut mengata abang. Nak kena cubit ke?" Pipi Ai Nou ditarik lebar-lebar. Puas dapat kenakan isterinya.
"Abang! Ai Nou tak nak kawan dengan abang!" Ai Nou yang selama ini sekerek manusia bila berdepan dengan lelaki, sedang berpaling wajah daripada Arjuna membuang pandang ke arah lain sambil memeluk tubuh sendiri. Pipinya dipam tanda geram. Merajuk! Arjuna pula semakin lebar senyumannya.
"Cinta abang. Jika Cinta mengharapkan kesempurnaan pada seorang lelaki bernama Arjuna, tiada yang maha sempurna selain Sang Pemilik nyawa ini. Jika kehilangan yang Cinta takutkan, tiada janji yang mampu  seorang lelaki ini tunaikan selain rasa takut ketidaksempurnaan diri ini menoda janji. Janji yang hanya ditulis pada liur yang akhirnya kering tiada bukti. Tetapi cinta, percayalah selagi mana Sang Adam ini mengaku Tuhan itu hanya Allah, Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah, akad ini bukan tiket untuk Arjuna memainkan sekeping hati seorang isteri. Tanggungjawab suami selayaknya untuk isteri akan sebaiknya abang laksanakan. Kehilangan Arjuna jangan dirisaukan Cinta, ianya hanya akan terjadi andai telah ditetapkan sampai di situ nyawa ini bernafas. Selain dari itu, tiada yang abang harapkan melainkan cinta seorang Cinta dan lelaki yang ditakdirkan bernama Arjuna." 
Dahi dan pipi Ai Nou dikucup lembut. Ai Nou tersenyum lebar. Hatinya entah untuk kali keberapa terbang ke langit ke tujuh. Lelaki ini, bukan sekadar manis menutur kata. Tapi tulus bicaranya sangat memeluk erat jantung hatinya. Semenjak nikah, sesuatu yang paling Ai Nou jatuh cinta pada Arjuna. Kata-kata puitisnya yang tak pernah kering dengan kata cinta. Leher Arjuna kembali dirangkul.
"Now I really want to say. I love you. Cinta sangat cintakan lelaki ini. Arjunaku!"
"I love you more, Cintaku!"
"Dan abang.."
“Ya Cinta."
"Tolong pimpin langkah isteri abang agar sentiasa berada di jalan yang lurus. Bimbinglah diri ini agar tidak lupa dalam mentaati Allah, Rasul dan suami. Dan juga, didiklah anak kita dalam kandungan Ai Nou ini agar menjadi anak yang soleh dan khalifah hebat dalam perjuangkan agama ini."
Tegak Arjuna bangun dari baringnya. Wajah Ai Nou dipandang tidak percaya.
"Benarkah?"
Melihat anggukan Ai Nou, laju sahaja Arjuna menarik Ai Nou jatuh ke pelukannya erat. Wajah Ai Nou dicium bertalu-talu. Ai Nou hanya ketawa geli. Ingin menepis, Arjuna seperti tiada tanda mahu berhenti.
"Oh cinta. Abang sangat sangat cintakan Cinta. Terima kasih. Terima kasih untuk hadiah seindah ini. Demi Allah, demi agamaku. Keluarga ini akan abang didik agar sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah. Insya-Allah. Terima kasih sayang."
"Amin. Bahagiakah abang?"
"Sangat bahagia."

-TAMAT-

*Kredit pujangga puitis di bab ini: Google Image



Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan