Cerpen Bersiri: CINTA dan Lelaki 1
Cinta..?
Sebut pasal cinta mesti
dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak? Jika
yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year.
Sedangkan Cinta..?
Seorang aktivis ditembak
bertalu-talu kerana ingin menyelamatkan anak kecil yang sudah terkulai lemahnya
di tanah mencari seteguk lopak air, secebis roti kering.
Sreettt...!
"Itu bukan cinta! Itu
prikemanusiaan!" Suara siapa di belakang tu?
"Kerana cinta
wujudnya kemanusiaan jadi prikemanusiaan itu juga cinta!" Puas hati dapat
membidas.
Ai Nuo keluar mencapai
gugusan kunci di meja, tas Gucci pasar malam di capai, tombol pintu dibuka
lantas retina matanya menyapa seluas alam yang tidak terjangkau pelusuknya.
Udara pagi yang segar dihirup puas-puas. Nikmat dunia yang satu itu tidak terbayar
harganya!
Kerna cinta juga.. Dunia!
"Lelaki...?"
"Wait,
siapa?"
"Lelaki, boy, man,
guy, abang bestfriend kau, ayah kau, pak cik kau, atuk kawan kau.."
"Okey dah tutup mulut
kau!" Mulut Jannah di sebelah di tutup daripada terus menceceh. Kalau tak
seluruh keturunan disebut.
Lelaki.. hurmmm.. tak ada
kaitan dengan cinta.
Lelaki.. hanya organisma
yang wujud untuk melengkapi dunia ini.
Lelaki.. nahh!
Toin!
Ting! Ting! Bising tin
kosong itu melantun di tar.
"Hey!" Ai Nuo
mencerun tajam pada sang tangan yang sangat patuh pada tuannya. Mata si tuan
dipanah belati irisnya. Buzzz.. bagai arus elektrik mengalir. Kepala aku ni
bukan tong sampah!
Kerna Ai itu cinta, Ai Nou
sangat suka kaitkan setiap perkara dengan cinta. Cintanya juga terlalu banyak
untuk dicurah kepada sesiapa sahaja. Kecuali..
Cinta dan lelaki...?
Maksudnya, Ai dan
lelaki..?
Tak pernah wujud mungkin.
Sebab lelaki yang Ai Nuo jumpa macam dia ni lah! Menjengkelkan..!
"Cinta!" Ai Nou
buat bodoh. Kakinya diatur ke arah bertentangan.
"Cepatlah. Berangan
je kerja." Membelakangi si tukang menjerit, Ai Nuo mengajuk dengan mimik
muka. Ketawa kecil dia dengan lagak sendiri.
Kalau sakit hati dengan
kaum adam pun, tak pula ingin simpan di hati. Hey, berkedut muka Ai kalau
simpan lama-lama. Tak lawa tau! Lagipun mereka itu penghibur hati. Bonus
penyakit hati juga. Lelaki kan pelengkap hidup.
Jannah sudah mendahului
langkah. Tubuh kecil itu pantas memboloskan diri dalam Honda Civic patuh pada
arahan sang abang. Tahu Jannah ni jenis adik yang taat. Baginya, family first
walaupun tahu kawan baik dia ni lebih betul dari keluarga.. ops! lebih spesifik
abang dia yang Jannah sendiri tahu memang menjengkelkan. Ai Nuo melenggang bagai merak kayangan menuju
ke arah Viva kesayangan.
Cinta..
Seperti cinta Ai Nuo pada
baby kesayangan yang menyampaikan dia ke setiap destinasi yang dituju. Hasil
titik peluhnya, kerja kerasnya, baby akhirnya menumpahkan khidmat untuknya.
Kerana cinta..
Berbual dengan baby
pun Ai Nuo sanggup tau. Saksi tangis dan tawanya. Kalau baby hidup mesti baby
pun cintakannya. Jangan risau Ai belum gila.
Kerana cinta..
Buatkan dia bahagia pada
setiap perkara. Even non-living thing pun dia cinta!
Pap!
"Hey!" Sekali
lagi suara halus Ai Nuo berdecit. Balingan pisau belatinya dilipat ganda.
Bersilau irisnya menusuk tepat mata Sang Arjuna. Rosak pintu baby aku
macam dia nak ganti. Ada dia kisah dengan harta orang. Dia kisah harta dia je.
Bukan main baik aku jaga baby aku lima tahun. Sesuka hati keturunan dia
bertindak ditaktor!
"Jangan nak tunjuk
keras kepala sangat. Ikut aku. Jimat minyak." Lengan Ai Nuo diheret menuju
ke Honda Civic. Nama kereta dah penuh sivik dah, tapi sivik dia punya tuan. Ya
Ampun!
"Hey, haram sentuh
anak dara orang!" Nyaring Ai Nuo menjerit. Biar keluar semua jiran
tetangga. Perangai tak semegah. Datang rumah orang tak ada langsung adab dan
tatasusila.
"Cinta!" Marah
si Arjuna apabila tangan digigit. Ha! Buat bodoh lagi. Aku keluarkan hukum
Tuhan pun kau buat tak tahu.
"Pergilah dulu! Awak
tu kena hantar Jannah. Saya nak ke appoinment dengan client la.
Hish! Sehari tak tunjuk batang hidung bukan dia la tu. Cuba bagi keamanan sikit
dekat saya. Dari kecik sampai besar bapak gajah. Mengekor je kerja!"
Gempar semua jenis burung
di langit. Pagi-pagi aman macam ni mestilah nak kedamaian cari rezeki. Kang tak
fasal-fasal terbrek tengah awan tu dengar suara merdu si Cinta ni.
"Eee.. degil! Atuk
dah sampai la."
"Serius!?"
"Cepat Cinta!"
Itu sahaja cara untuk
pancing si Cinta. Membesar mata Ai Nuo yang sedia besar. Belum sempat si Arjuna
menyeret tangan Ai Nuo, gadis itu awal-awal lagi sudah berdesup memboloskan
diri ke dalam Honda Civic. Tinggal asap yang berkepul-kepul ke muka Arjuna.
Perbuatan yang disengajakan, mengekek Ai Nuo ketawa sekongkol dengan Jannah
yang memang sangat sokong kalau Ai Nuo kenakan Arjuna. Depan abang pijak kuman
pun tak mati, belakang abang segala macam haiwan dalam hutan Amazon tu
ditembaknya. Dengan atuk, kena balik sekali. Raja Monarki beraura Sang Nata
mana boleh dibantah arahan. Derhaka namanya!
Eh, atuk kan lelaki..?
Lelaki dan atuk..?
Hurmm.. darjat atuk tinggi untuk jadikan atuk
lelaki definisi Ai Nuo.
Cinta dan lelaki..
"Eh cepatlah Arjuna..
tadi, bukan main lagi awak nak heret anak dara orang. Awak jangan nak
kura-kurakan Honda erk. Cepat!" Ditaktor Arjuna, Ai Nuo mana pernah kalah.
Alih-alih Ai Nuo yang jadi ditaktor.
Lelaki..
Jangan kalah pada dia!
Atuk, I am coming!
-----
Cinta..
Untuk Sang Tua ini, tiada
cinta yang ingin digambarkan. Cintakah artinya?
Sedangkan cinta..
Terlalu banyak pada Ai
Nou. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar alam semesta. Sesuatu yang
menyentuh hati Ai Nou. Itulah cinta.. menggamit Ai Nou untuk menumpahkan
sayangnya tidak mengira siapa dia, apapun dia..
Sang Tua,
Masih gagah tubuhnya
bekerja. Lasak dan lincah seperti usianya masih lagi anak muda trang tang tang!
Jika cinta yang ada dalam diri Ai Nou, dia akur. Pada makna cinta sahaja belum
menjelaskan rasa hatinya pada Sang Tua. Biarpun Sang Tua itu lelaki, Ai Nou
tidak menafikan juga tidak mengiyakan.
Lelaki,
Difinisi kaum ini pada Ai
Nou ada kriterianya sendiri. Manakala Sang Tua. Dia tiada dalam definisi Ai
Nou. Jadi, siapa Sang Tua?
Ai Nou! Kau jangan nak
meng'khunsa'kan atuk kau! Hahaha! Tak senonoh.
Sang Tua,
Dia.. hanya Sang Tua..
"Ainur." Lembut
panggilan itu menyapa telinga Ai Nou. Gadis genit itu, masih begitu. Tiada
tanda-tanda pelukan bakal dilepaskan. Malah, semakin dieratkan pelukan yang
melingkar pada tubuh Sang Tua.
Rindu,
Tiada kata yang mampu
diluahkan. Rindu yang berbuku tetap berpaut di tangkai hatinya. Menyelimuti
hati dengan kehangatan rindu. Hangat yang mengundang sebak yang entah dari mana
datangnya. Sedar sahaja. Mutiara jernih telah membasahi pakaian Sang Tua. Daripada
perlahan, semakin lebat. Daripada tidak bersuara, teresak juga kedengaran.
"Hey, shuu.. shuu..
atuk datang jauh-jauh. Nangis pula dia." Pelukan pada tubuh dirungkai
perlahan. Wajah Sang Cinta diusap. Air mata dikesat. Kemerahan yang menahan
rasa pada wajah mengundang sayu pada hati Sang Tua.
"Rindu.." Suara
yang tenggelam cuba disuarakan. Lebar senyuman si atuk.
"I know my dear. Atuk pun rindu
jugak." Dahi si suli yang dikasihi dikucup penuh kasih. Jantung hatinya
ini. Terasa masa begitu pantas berlalu. Bayi yang dikendong kini sudah besar
panjang menjadi dara sunti. Hai la cucu..
"Dating jom!" Kesedihan
bertukar ketawa. Seri wajah yang suram bersinar cantik menggamit mata-mata
memandang tanpa lepas. Air mata dikesat. Gurauan si atuk disambut ceria. Suka
sekali Ai Nou melingkarkan tangannya pada lengan si atuk sambil melentokkan
kepala di bahu. Manja sekali dia. Mata yang memandang mula mengundang cemburu.
"Amboi dua beranak
ini! Kalau jumpa memang lupa orang lain." Wanita berhijab menyapa Ai Nou dengan
senyuman mesra. Tidak menunggu, tubuh itu pula menjadi sasaran. Wajah yang
sudah berkedut di mamah usia dikucup tanpa henti. Jika tak mendapat ketam batu
di perut Ai Nou, bakal penuhlah air liur basi di wajah Sang Bunda. Lagak Ai Nou
mengundang tawa semua di situ. Kecuali seorang. Mencebik dia. Riak wajah tidak
suka sedangkan hati?
Cinta juga,
Si anak dan si ibu. Sudah
Al tahu lagi Al Makruf! Tidak terpisah kasih anak dan ibu. Biarpun jika diuji
darah mereka, jika diuji kesahihan nasab mereka. Keraguan sangat jelas pada
kata putus kelak. Namun, saat hati itu jatuh kasih. Saat hati itu juga jatuh
sayang. Cinta yang tandus bakal membuak-buak ingin dicurahkan. Sang Bunda.
Wanita berhijab ini mamanya. Biar apapun sejarahnya. Sang Bunda itu mamanya.
Sampai bila-bila!
Tentang sejarah,
Siapa tidak punya sejarah.
Dilahirkan, disusukan, dibesarkan, disekolahkan hingga menjadi manusia ketika
ini. Walau sejarah itu juga ada hitamnya ada putihnya. Begitu juga Ai Nou. Masa
silam Ai Nou. Akal yang waras, tidak pernah sekali kenangan masa lalu
dilupakan. Biarpun pahit melampaui pahitnya hijau hempedu mahupun manis
nikmatnya melebihi madu. Ai Nou tidak pernah lupa. Mengapa perlu lupa? Ai Nou
hari ini kerana sejarah. Yang pahit kekuatan dia hari ini. Yang manis semangatnya
hari ni. Positif! Bahagia itu milik kita!
"Ainur, sini!"
Atuk menggamit. Ai Nou melangkah bersama beg bagasi milik mama apabila
dipanggil.
"Atuk ada urusan ni. Urgent
sangat sayang! Atuk janji. Selesai kerja atuk. Atuk akan cari Ainur atuk. Waktu
itu, I am yours!"
"Atuk!" Senyuman
dan usapan yang selalunya melunturkan rajuk Ai Nou tidak berhasil, hanya
cemberut wajah Ai Nou kelihatan. Sang Koprat yang berdiri tidak jauh dari
mereka dijeling tajam oleh Ai Nou. Sudahlah tujuh tahun Ai Nou tak jumpa atuk.
Jangka masa yang bukan hanya sekelip mata. Baru sahaja kaki itu menjejaki bumi
bukan kelahiran Ai Nou, tenaganya sudah dikerah! Mereka ingin rampas Sang Tua
Ai Nou!
Sang Koprat!
Dua lelaki yang gah nama
mereka di seluruh pelosok bumi Malaysia ini. Sang Arjuna dan daddynya! Mereka
bukan tidak tahu siapa atuk pada Ai Nou. Lelaki, jika kerja menjadi keutamaan
yang pertama. Bahagia dan hasrat insan lain, ada mereka peduli.
Lelaki..
Sudah azalinya dicipta
untuk bekerja untuk menyempurnakan hidup. Tidak dinafikan, di aqal lelaki ada
perut yang perlu diisi di rumah yang sendirian menanti. Jika punya keturunan,
sendirian sibuk juga dengan keletah anak-anak. Juga, sedar tanggungjawab lelaki
itu ketua untuk keluarga.
Ketua keluarga..
Ketua buat rakyat..
Ketua buat umat..
Juga, ketua buat Sang
Hawa!
Arhh,
Lelaki yang Ai Nou kenal
lebih utamakan kemahuan daripada keperluan. Jika lelaki dan wanita bersama, itu
hanya kemahuan. Lelaki kan pelengkap hidup. Bukan kerana cinta! Obses mereka
hanya untuk kerja dan kepuasan diri. Bangunan pencakar langit ingin dibina,
berlumba-lumba ingin menjadi koprat yang memiliki syarikat gergasi. Sedangkan
mereka tidak tahu, banyaknya pencakar langit itu petanda. Petanda kiamat itu
semakin hampir.
Ahh, perampas!
Sang Arjuna yang tersenyum
sinis dijeling tidak puas hati. Pasti itu kerja Arjuna! Lelaki itu, tak pernah
senang dengan bahagia Ai Nou.
"Ainur tinggal dengan
atuk la malam ni." Perhatian Atuk dipancing. Mencari peluang agar Ai Nou
juga keutamaan Atuk.
"Eh, tak boleh! Nanti
kena tangkap basah! Bahaya!" Arjuna! Lelaki itu lagi. Penyibuk dan
penyemak alam semesta Ai Nou. Kenyataan yang melukakan hati Ai Nou. Kenyataan
yang tidak diakui hati Ai Nou. Itu faktanya. Arhh, pedulikan. Sang Tua tetap
milik Ai Nou.
"Mama.." Sang
Bunda dicari. Tergelak kecil wanita berhijab itu. Anak susuan yang dikasihi,
dipujuk dengan pelukan. Pipi cemberut Sang Cinta dicium. Otaknya ligat
berfikir, mencari solusi demi menyenangkan hati Sang Cinta yang diulit rajuk
pada Atuknya. Bukan tidak kasihan. Sebagai setiausaha kepada ahli koprat
antarabangsa itu, dia faham kesibukan yang maha hebatnya. Tapi, anak ini.
Rindunya masih penuh dendam. Pastilah kecil hatinya dipisahkan.
"Atuk kerja Ai Nou.
Ai Nou perlu faham. Nak tinggal dengan Atuk, biar ada keluarga yang lain. Atuk
kan tinggal di hotel. Apa yang Arjuna cakap ada betulnya, wartawan di
mana-mana. Tercemar nama anak mama nanti jika gosip liar tersebar. Ai Nou faham
kan."
Lembut si ibu memujuk. Ai
Nou akur menekur lantai. Air mata yang setitis dikesat perlahan. Rajuk
bertimpa-timpa. Suara-suara yang memujuk hanya dibalas dengan anggukan. Tiada
suara. Tandanya, Ai Nou merajuk besar!
Demi menyejukkan sedikit
hati si suli, cucunya itu dipimpin ke kereta. Diikuti yang lain, menurut arahan
Sang Tua saat veto beraura Sang Natanya memberi arahan. Arjuna menjadi pemandu,
ayah Arjuna di sisi manakala Atuk di belakang menemani sulinya yang masih
merajuk. Ahli keluarga yang lain menaiki kereta berasingan. Dua biji Honda
Civic itu meluncur ke destinasi yang bertentangan.
"Berikan Atuk waktu
sikit lagi, sayang. Janji yang Atuk beri, masih atuk pegang." Dahi si cucu
dikucup lagi sebelum keluar bersama anaknya, daddy Arjuna. Lensa yang menyilau
menyambut Atuknya tidak dihiraukan. Sekurang-kurangnya, kepulangan Atuk tidak
dihidu wartawan. Petanda, Atuk benar-benar inginkan privisi dengan Ai Nou.
Memahamilah Ai Nou. Sang Tua itu cinta.
Cinta itu...
Pengorbanan.
"Lepas lunch!
Jangan lupa. Aku datang ambil."
Laungan dari Honda Civic
tidak disahut. Pintu galeri dibuka. Jam Casio di tangan dilihat. Mujur Ai Nou
teringatkan temu janjinya dengan client hari ini. Demi cintanya pada hobi yang
satu ini, Ai Nou mengumpul kembali semangatnya yang merudum. Hari-hari Ai Nou,
jangan cemarkan rekod positif kau! Positif itu bahagia! Positif itu juga cinta!
Negatif itu.. Lelaki!
"Cinta..!" Suara
negatif itu memanggil lagi. Pembantu Ai Nou yang setia di kaunter di sapa mesra
oleh Ai Nou.
"Cinta..!" Tak putus
asa betul lah. Kaki yang baru ingin melangkah melepasi pintu cermin terhenti.
Keluhan disertai matanya yang berputar menyampah. Malas-malas Ai Nou berpaling
ke belakang. Wajah Sang Arjuna dipandang malas.
"Jangan lupa."
"Ye saya tak lupa.
Kontrak saya dengan syarikat. Saya masih ingat. Tak payah datang ambil. Nanti
saya pergi sendiri."
"Dinner malam
ini.."
"Yeah, saya akan
pastikan segalanya perfecto! Jangan risaulah Arjuna."
"Dinner itu
untuk Atuk."
Khabar yang baru Ai Nou
tahu. Khabar untuk mengubat hatinya kah? Wajah Arjuna yang berdiri di belakang
pintu kereta ditenung mohonkan penjelasan.
"Atuk back for
good. Maksudnya impian kau untuk Atuk menetap di Malaysia buat selamanya
tercapai. Aku tahu kau memang dah lama nak buat dinner party untuk Atuk.
Pastikan ianya sempurna. Jangan kecewakan aku."
".. and one more
thing. Never say no to me! Bila aku cakap aku akan ambil kau, aku AKAN ambil kau."
Pintu kereta ditutup lalu
pacuan itu meluncur pergi dengan bersama tuannya yang mengeluarkan sebelah
tangan dari cermin kereta melambai Ai Nou.
Lelaki.. ditaktor!
dan lelaki itu.. pelik!
-----
Jika ditanya siapa
namanya, akan bangga dijawab.
"Saya Sang Cinta, Ai
Nou." Senyuman manis dengan limpahan gula dan tumpahan madu mengasyikkan
sesiapa yang tertanggap dengan kemanisan itu. Tidak kurang juga ada yang terpukau tidak terkutik.
Jika bersama dengan Atuk,
Ai Nou menjadi seorang Ainur. Atuk, satu-satunya insan yang memanggilnya Ainur.
Jika ditanya mengapa? Senyuman kasih diberi bersama segaris jawaban penyejuk
hati. Ain dan Nur. Mata dan cahaya. Itu bayi kecil yang bercahaya sekali
matanya setiap kali di gendongan Atuk. Hingga menggamit Sang Tua memanggil Sang
Cinta dengan gelaran Ainur. Mana mungkin cinta Ai Nou tidak tertumpah pada Sang
Tua ini. Dia adalah segalanya buat Ai Nou. Kata-katanya sentiasa manis dan
tulus hingga mengajar Ai Nou tentang cinta! Cinta seorang Cinta.
Hidup Ai Nou hari ini
kerana dipungut tangan tua itu. Dia dididik menjadi insan mulia biarpun hina
sekali kelahiran Ai Nou. Tidak sedetik pun Ai Nou lupakan kisah yang dibacakan
semula oleh Atuk bagaimana keadaan ibunya saat melahirkannya. Anak kecil yang
baru berginjak umur lima tahun memasuki alam tadika, tidakkah musnah dan hancur
berkecai hati yang sedia rapuh. Tapi pendekatan atuk dengan cinta dan kasih
sayangnya menerbangkan Ain Nou dari kekecewaan. Ai Nou yang hina dibesarkan
dengan cinta dan kemuliaan. Hingga Ai Nou tidak lagi merasa rendah diri malah
sangat berkeyakinan diri waima sentiasa sedar diri siapa dia. Kata atuk.
"Kebenaran yang pahit
jangan biarkan ianya terus berasa pahit dibibir. Ambillah madu dicampur dengan
perahan lemon. Pasti enak kombinasi masam manis itu! Tidak pula kombinasi itu
mengundang kelat di bibir, malah senyuman manis terukir kerana asyik dengan
keenakkannya. Itu analogi sebuah kehidupan.
Kebenaran perlu kita tahu
agar kita tahu asal usul kita. Sebagai peringatan agar berhati-hati di masa
depan. Pahit yang lalu, mana mungkin mahu diulangi semula menjadikan kepahitan
itu dorongan agar tidak akan berulang lagi perkara yang sama. Kerana itu, Atuk
ajarkan cinta kepada Ai Nou. Balaslah kepahitan dengan madu. Balaslah
kekecewaan dengan cinta. Orang yang penuh cinta, bahagia sentiasa milik dia.
Tidak perlu melupakan. Itu menipu diri sendiri namanya. Tidakkah dikejar ngeri
masa silam jadinya jika terus ingin melarikan diri.
“Jadi, cintailah. Teruskan
bercinta dan mencintai."
Itu Atuk. Insan yang
mengajarkannya Cinta!
"Cinta!"
Namun...
Jika cinta disebut oleh
orang yang betul. Ai Nou terasa disayangi dan dicintai menggamitnya ingin
menyayangi dan mencintai. Tetapi apabila cinta disebut oleh organisma kaum dari
keturunan Adam, hati Ai Nou sakit. Sakit kerana menyeret Ai Nou kepada kisah bagaimana
berlakunya kelahiran hina seorang Ai Nou.
Lelaki..
Meninggalkan benih buat
ibunya. Gadis genit persis Ai Nou yang sekarang.
Lelaki..
Penyebab liarnya gadis
seperti ibu. Keluarga yang porak peranda kerana ayah yang tidak
bertanggungjawab. Dadah, rokok dan arak. Perkara biasa yang menjadi peneman ibu
sedari kecil.
Lelaki..
Bijak mencuri peluang.
Kerana kurangnya kasih dan perhatian seperti gadis senaif ibu. Janji manis
ditabur. Belaian dan pujuk rayu terus-terusan di bisik. Benteng yang rapuh,
terkulai juga ibunya yang kasihan itu. Mengubah keayuan kepada hidupan liar.
Arus negatif terus menghanyutkan tanpa ada yang peduli. Hatta seorang ayah!
Lelaki..
Sudah bosan. Gadis yang
memuaskan nafsu entah berpuluh-puluh lelaki tanpa kenal, kerana benih yang
ditinggalkan entah juga milik siapa, ibu Ai Nou dibiarkan terkapai-kapai tanpa
ada yang sudi menghulur tangan ingin bertanggungjawab. Malah dijeling penuh
hina seolah-olah yang salah itu ibunya!
Mujur ada Atuk, jiran yang
bersebelahan. Sangat tahu luar dan dalam kisah keluarga ibu. Jiran yang baik.
Tapi, tidak disukai ayah kepada ibu biarpun kebaikan sentiasa ingin dihulur.
Ibu dijaga biarpun jijik
dan hina kondisinya dihantar lelaki yang tidak punya cinta dalam dirinya
membiarkan keadaan ibu yang terdedah tubuhnya mengetuk pintu rumah tapi tidak
dibuka. Atuk yang mendengar menghulur kasih Sang Tuanya kepada ibu. Memenuhi
keperluan ibu secukupnya walaupun tahu ibu berbadan dua. Tidak langsung
mengambil kesempatan kerana kemanusiaan yang utuh dalam diri. Kerana kebapaan
yang subur di hati. Malah diminta kepada setiausahnya untuk menjaga ibu, itulah
mama susuan Ai Nou.
Ibu yang naif dengan cinta
lelaki. Tidak tahan, lelaki itu dicari. Ibu menghilangkan diri tanpa
pengetahuan Atuk mahupun mama. Puas dicari tapi tidak ditemui.
Lelaki..
Tidak punya hati dan
kemanusiaan. Setelah berbulan-bulan kehilangan ibu, akhirnya ditemui dalam
keadaan yang sangat menyedihkan. Buncit perutnya berlari tanpa seurat benang
dalam kelam malam jauh dari kota raya. Yang ada cuma sekumpulan lelaki bermotor
bermain-main dengan ibu yang merayu mohon dikasihani. Atuk yang baru pulang
dari mesyuarat dengan pelanggannya hampir melanggar ibu yang sarat. Mengenali
wajah ibu, kumpulan bermotor diusir dengan ugutan kepada Sang Polis.
Tuhan lebih mengetahui
betapa dendam dan benci sangat subur tumbuh di hati Ai Nou mendengarkan semua
itu. Jika tidak kerana kasih sayang dan cinta yang ditanam, iman kepada Tuhan
yang dididik sempurna, pasti Ai Nou sangat keras dan pembenci orangnya. Benci
yang maha dahsyatnya!
Takdir Tuhan.
Keajaiban dan malapetaka
bersatu. Ibu meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Namun, nyawa Ai Nou
terus berdenyut biarpun ibu telah pergi meninggalkan dunia. Rahsia Tuhan.
Mengubah kehidupan insan yang tandus dengan cinta kepada kehidupan insan yang
melimpah dengan cinta. Ibu dan Ai Nou. Pinta Ai Nou pada Tuhan, doa yang tak
pernah putus. Janganlah dihukum ibunya yang naif itu. Tolonglah! Tuhanku! Ibu
tidak salah. Yang salah itu..
Lelaki..
"Cinta!" Arjuna
lagi. Ai Nou yang terasa sangat bosan dengan lelaki, tidak langsung tersentuh
saat dirinya digelar Cinta oleh Arjuna. Dari kecil hingga sekarang. Cinta. Itu
panggilan Arjuna kepada Ai Nou saat mengetahui Ai itu Cinta dan Nou itu gadis.
Gadis Cinta. Tiada yang pernah memanggil Ai Nou dengan panggilan Cinta selain
Arjuna. Namun, tidak sekali Ai Nou berasa dirinya istimewa kerana yang
memanggilnya Cinta itu juga seorang..
Lelaki..
-----
Ai Nou yang suka kaitkan
setiap sesuatu dengan cinta..
Hakikatnya, Ai Nou dan
cinta itu sangat naif. Senaif cinta ibunya yang terjerat dengan pujuk rayu
lelaki. Begitu juga naifnya Ai Nou dengan cinta.
Terutama cinta lelaki..
"Ai Nou!
Tunggu!"
Langkah yang laju diatur
dihalang dengan paksa. Jika tidak bersedia, pasti Ai Nou bakal jatuh ke dalam
pelukan lelaki yang sedang mendepakan tangannya seluas alam. Berdesir suara Ai
Nou menjuihkan bibirnya, mata dipejam rapat dek geram yang amat. Sedetik dia
bernafas panjang cuba mencari aura positif dan ketenangan. Kenapalah lelaki
yang aku jumpa dalam dunia ni macam makhluk sesat seorang ni. Cukuplah bertahun
menghadap Si Arjuna tu. Ni nak menghadap lelaki terlebih hormon ni pula. Aduh!
"Teman saya lunch
jom." Suara yang sengaja dilunakkan dengan penuh menggoda bersama kenyitan
mata. Mahu termuntah pelangi Ai Nou di situ.
"Saya sibuk!"
Sedingin salju jawaban diberi.
"Oh come on,
saya tahu awak punya schedule. Awak free dan sentiasa free.
Betul tak Ara?"
Ara yang ingin mengunci
pintu gallery berpaling apabila mendengar namanya disebut. Wajah yang
terpinga-pinga itu berubah ceria saat terpandangkan Raden yang sedang menabur
umpan buat merpati. Bosnya yang sangat susah didekati lelaki dan sangat
profesional dengan lelaki.
Jelingan tajam diberikan
buat pembantunya yang tidak makan saman itu. Pantang ada lelaki ingin
mengetahui tentang Ai Nou, dengan senang hati dia buka cerita. Takut sekali dia
jika bosnya itu bujang sampai ke tua sedangkan umur semakin pantas bertambah
angka.
"Free tak
bermaksud saya boleh sesenang hati terima pelawaan awak."
Laju Ai Nou memboloskan
diri dari dihalang Raden. Ai Nou lebih rela menghadap perangai Arjuna dari Si
Raden ni. Raja Kota dari negara seberang. Sumatera Tengah. Anak Jowok Kulangsa
teman akrab yang datang berkunjung pada dinner party Atuknya minggu
lalu. Nama sahaja anak sumatera tapi bahasa melayu kota Malaysia sangat fasih
di lidahnya. Tambah-tambah bab mengayat, dialah rajanya.
Baby kesayangan dibuka kuncinya. Kaki
sudah bersedia untuk melangkah masuk. Aura negatif yang masih memanggil
dibiarkan. Biar hilang anak tekak tu. Spesis lelaki ni tak pernah penat kot.
Kalau hati tu tulus tak apa juga. Ni tak, kalau dah dapat apa yang dia nak.
Ditinggalkan umpama pakaian yang ingin dijadikan kain buruk. Lelaki! Nol dengan
cinta!
Pintu yang ditutup
tersekat dek ditahan seseorang. Positif yang dipagar di dalam diri terasa
runtuh berkecai bentengnya. Membuak dadanya kerana amarah yang sengaja
diundang. Baru sahaja Raden Si Raja Kota Sumatera itu ingin disembur, air liur
Ai Nou tertelan apabila wajah lain yang menyapa mata.
Seorang lagi. Mana datang
si Arjuna ni! Sudah! Pening aku dekat sini!
"Cinta?" Ai Nou
yang memandangnya seperti mahu tembus otaknya disebalik tempurung dipanggil.
"Awak buat apa dekat
sini?" Soalan yang sewajarnya ditanya. Profesional Ai Nou. Jangan marah.
Dan jangan menggoda!
"Atuk suruh datang
jemput." Jawaban yang biasa tapi terasa lain pada pendengaran Ai Nou. Nada
suaranyakah? Kenapa lain benar bunyinya? Lembut yang asli. Kenapa aku tak
pernah dengar suara dia versi ini? Hish, kenapa aku nak ambil tahu fasal dia
pula.
"Tak perlu jemput.
Saya memang nak ke sana pun. Dah masuk dalam kereta dah ni. Tepi, nanti
lambat." Tubuh Arjuna ditolak, pemegang pintu segera ditarik. Tapi Arjuna
ni tangan atlit. Laju je dia tahan. Dia kisah apa kalau tangan dia tersepit.
"Ai Nou!" Ha!
Apa pulak aku nak buat ni. Raja kota tu dah datang. Nak pula bakal bersua muka
dengan Arjuna. Dua figura yang tak seharusnya bertemu. Arjuna yang memandangnya
dipandang sekilas. Kenapa aku rasa Arjuna inilah penyelamat aku sekarang ini.
"Hey Arjuna! Lama tak
jumpa. I tak nampak you pun malam lalu." Raden pandang
Arjuna. Arjuna pandang Ai Nou. Ai Nou pandang bumbung kereta. Pandangan Arjuna
yang meminta jawaban. Alasan apa yang harus dirangka. Jika tidak kukuh, masak
Ai Nou perlu menghadap atuk. Ye lah, Arjuna ni reporter terbaik buat atuk.
Segalanya tentang Ai Nou dilapor telus. Sebab itulah mengekor je kerja.
Melihatkan Ai Nou yang
terkunci bibirnya membuatkan Arjuna mengalihkan pandangnya ke arah Raden yang
masih setia berdiri. Raden bersama senyuman sinis. Arjuna yang pemaksa berdehem
lepas. Tanda lelaki itu sedang menukar mood. Mood tenang dan
profesional. Mood yang disenangi Ai Nou. Dia suka!
"Hai! How's life?
Maaflah, aku sibuk minggu lepas. Ada je dekat sana. Cuma tak sempat jumpa. Ye
lah, mata kau melekat dekat merpati kesayangan aku ni. Mana kau perasan aku
yang ke hulu ke hilir." Panjang yang menusuk tepat ke hati. Bertambah
sinis senyuman Raden.
"Oh yeah! Sorry
about that. Serius I tak nampak you. Merpati liar yang gebu
dan cantik ni sangat memikat hati I. Mata yang menggoda ditambah bibir
merah mengiurkan. Mahu I tak lepas pandang." Garam sengaja ditabur
pada luka. Arjuna tidak beriak. Tenang sekali. Ai Nou pula tidak ambil kisah
apa yang dibualkan dua lelaki di depannya ini. Peluang melihat Arjuna beriak
tenang dan profesional dimanfaatkan sepenuhnya. Belakang Ai Nou je Arjuna
besikap macam tu. Kalau depan Ai Nou, kerja nak mengarah dan memaksa. Ditaktor!
Terlalu asyik memerhati,
tidak sedar Arjuna berpaling mata ke arahnya. Kan dah terkena panahan mata
Arjuna yang menikam tu. Berpura-pura tiada apa-apa, kening diangkat isyarat
mengapa? Arjuna pula sudah menukarkan bahasa mulutnya ke bahasa tubuh. Tubuh
direndahkan menghampiri Ai Nou, statik Ai Nou tidak bergerak menanti apa yang
ingin dilakukan Arjuna. Sangka baik dengan prilaku Arjuna mendapat buahnya
dengan ciuman manja di pipi Ai Nou. Melihat sahaja senyuman nakal terkoyak pada
bibir nipis Arjuna, darah Ai Nou naik sampai ke kepala. Lelaki dan peluang!
Arhh, kenapa lelaki semua macam ni!
"I miss you.
Cinta cakap nak lunch dengan abang." Lunak suara penuh menggoda itu
dibisik ke telinga Ai Nou. Ai Nou yang menahan amarah hingga memerah wajahnya
mencerun tajam pada Arjuna versi Raden. Pertama kalinya! Buang tebiat ke lelaki
ni! Raden yang berubah wajah dipandang sekilas. Riak tegang mula terukir, darah
merah memenuhi wajah, urat-urat mula timbul. Tandanya Raden tidak senang dan
ingin marah! Arjuna pula memberikan senyuman puas pada Raden tanda dia yang
menang.
"Oh sorry. Aku
lupa kau ada dekat sini. Biasalah jumpa buah hati, tak tahan. Ada pula saingan,
lagi aku tak tahan. Kau ada apa-apa urusan ke dengan cinta hati aku?"
Tegap Arjuna berdiri berdepan dengan Raden dengan penuh keyakinan setelah pintu
baby Ai Nou ditutup kuat. Isyarat jangan keluar! Kunci kereta pula sengaja
dirampas. Tanda tak mahu Ai Nou melarikan diri!
"I sepatutnya
ada lunch appoinment dengan Miss Ai Nou. You boleh tanya
Ara kalau you tak percaya?"
Ara yang menyaksikan
wayang free sedari tadi takut-takut memandang Arjuna. Ara dengan Arjuna takut
sikit. Sebab Arjuna ni lain. Apa-apa melibatkan Ai Nou dengan lelaki, memang
diberi amaran keras. Arjuna menjeling Ara yang menunduk meminta jawaban.
"Betul Encik Arjuna.
Cik Ai Nou memang ada appointment dengan Encik Raden sepatutnya tengah
hari ini. Tapi Cik Ai Nou refuse. Saya sudah beritahu Encik Raden lebih
awal." Jawaban yang jujur diberi. Daripada sokong Raden, lebih baik dia
jujur dengan Arjuna. Hilang kerjanya nanti kalau ingkar!
"Did't you hear
that?"
Kening Arjuna diangkat, mencabar kelelakian Raden. Bergelatuk gigi Raden
kedengaran tanda diketap kegeraman. Ai Nou yang masih tidak berkutik di dalam
kereta di pandang.
"I'll be back." Mesej diberi sebelum
beransur pergi.
"No! You should
not."
Pesanan ditangkas Arjuna. Mata yang bersabung di alah Raden. Perlahan lelaki
itu mengundur diri dengan pelbagai rasa yang disimpan.
'Ai Nou, you'll be mine!' Itu janji Raja Kota Sumatera saat membacakan
mesej yang baru masuk ke peti pesanan ringkas Ai Nou.
"Jangan nak melayan
lelaki macam tu. Keluar cepat, pergi rumah Atuk dengan aku."
Samsung J5 dirampas. Belum
sempat jawaban diberi, lengan Ai Nou ditarik keluar. Selamba hati batu Arjuna
menolak tubuh Ai Nou ke tempat duduk di sisi pemandu Honda Civic milik Arjuna.
Pintu ditutup kasar. Mahu tersepit kaki Ai Nou jika tidak segera ditarik.
Mengaduh Ai Nou menahan sakit akibat mood Arjuna apabila cemburu buta.
Apa yang dicemburukan pun dia tak tahu. It's just a Raden. Apa yang
tercabar sangat!
Arh lelaki! Aku tak akan maafkan perbuatan
Arjuna curi cium pipi aku!
Kesempatan dan lelaki! Ai
Nou sepatutnya lebih tahu akan hal tu.
Lelaki!
I really want to hate all
of them!
-----
Terkebil-kebil mata Ai Nou
saat mendengarkan kata putus dari Atuk. Bingung sebentar dia cuba mencari titik
pusat realiti di mana dia berada. Benarkah? Dia tidak mimpi? Kalau ini mimpi,
kategori manakah mimpinya ini? Mimpi ngeri atau mimpi indah..? Indah? Mengapa
perlu indah? Ngeri lebih tepat?
Cinta..
dan lelaki..
Di sinikah titik berakhirnya
prinsip cinta Ai Nou dan lelaki? Dua perkara yang tidak boleh bersatu untuk Ai
Nou. Arjuna yang sedang bertikam kata dengan Atuk, Ai Nou pandang tidak
berkutik, tidak berkelip mata Ai Nou buntu untuk menyambung kata pada
pertanyaan Atuk.
"Bulan depan Atuk
akan langsungkan majlis pertunangan korang berdua. Ainur, mama dan mommy
akan bantu untuk buat preparation. Jannah sekali." Mommy dan mama,
itulah padahnya banyak sangat mak. Kalau ibu ada sekali lagi meriah hidup aku
dengan moms. Pastinya indah kerana cinta. Tapi hari ini, hatinya sayu.
Diam seribu kata. Kata tidak, tak terucap apalagi kata ya, tidak terlintas
untuk menuruti kehendak itu.
"Atuk! Please.."
Arjuna sudah hampir putus asa nadanya ingin menongkah arus dengan keputusan
Sang Nata yang tiada siapa pernah menentang. Kalau itu putusnya, semuanya mesti
menurut. Dan untuk kali kedua Ai Nou rasa keberatan dengan Atuk. Semenjak
kepulangan Atuk, Ai Nou semakin rasa jauh hati. Satu-satunya cinta yang
dipertahankan semakin pudar kerna terluka dalam diam. Jika namanya lelaki..
Arhh, Atuk bukan lelaki definisi Ai Nou.
"Keputusan Atuk
muktamad!" Sejurus kata itu, Atuk bangun meninggalkan ruang tamu diikuti
ahli keluarga kecil yang berkumpul kerana pemberitahuan ini. Tiada siapa
membantah dan tiada yang terkejut kecuali dua orang yang duduk di tengah-tengah
dikelilingi yang lain. Seorang membantah dengan suara, seorang membantah dengan
kebisuan. Satu persatu pergi meninggalkan
Arjuna dan Ai Nou. Ai Nou yang tidak beralih matanya memandang Arjuna,
dipandang lelaki itu.
"Cinta..." Ai
Nou tidak membalas panggilan Arjuna. Mata yang bertentang ditunduk memandang
tangannya di riba. Air mata yang ditahan, menitis jua walaupun tidak lebat.
Kebisuan dan titisan air mata, petanda rajuk besar Ai Nou dan sangat terluka
hatinya. Arjuna yang cuba meraih tangan Ai Nou ditepis kasar. Ai Nou bangun,
tas tangannya dicapai lalu pintu utama dituju. Langkah yang dihalang oleh
pegangan pada lengan Ai Nou dilurut perlahan. Ingin marah tiada kuasa lagi
untuk berkata. Arjuna ditinggalkan dengan wajah yang penuh dengan rasa
bersalah.
Ai Nou, cinta dan lelaki
sebenarnya merupakan kenaifan yang sangat utuh pada diri Ai Nou. Kerana dia
seorang wanita. Fitrah yang tidak boleh dipisahkan saat mengaitkan cinta pasti
perlunya lelaki di situ. Lelaki yang sangat dijulung dan diwar-warkan bukan
siapa-siapa, sebenarnya sangat mempengaruhi seorang Ai Nou.
Seperti saat pertama
kalinya Ai Nou berasa sangat mencintai seorang lelaki setelah Atuknya dan
Helmi, ketika usianya baru menjangkau 12 tahun. Kerna lelaki-lelaki yang
ditemui selalunya seperti Arjuna, dan teman-teman lelaki di sekolah rendahnya
dulu semua seperti Arjuna. Nakal, suka mengarah dan kuat mengusik. Ketika dia
berpindah dari China ke Malaysia ketika berusia 12 tahun juga sama sahaja
semuanya. Kecuali seperti seorang itu, Harith namanya. Sudahlah bijak, baik,
suka tersenyum, disenangi oleh semua ustaz dan ustazah di sekolah, suka sangat
menawarkan diri jika ada yang perlukan bantuan dan sudah semestinya disukai
oleh semua pelajar perempuan di sekolah. Sudahlah sering mendapat tempat
pertama di dalam kelas, ketua pengawas sekolah pula itu.
Ai Nou yang tidak sukakan
lelaki.. eh pembetulan. Tidak gemar mempunyai kawan lelaki dan tidak mahu ambil
tahu hal lelaki, diam-diam menyimpan rasa itu pada hatinya. Dia sendiri tidak
sedar tapi diketahui Arjuna, bekas senior Harith. Tua empat tahun dari mereka. Kantoi
kerana banyak buku Harith yang sering dipinjam Ai Nou, dan nama Harith sering
diconteng pada meja belajar Ai Nou. Apabila ditanya Arjuna, puas disanggah Ai
Nou. Arjuna marah besar kalau ada lelaki yang mengganggu hati Ai Nou. Sedari
kecil, ya sedari kecil. Hurmm...
Itu kisahnya jika di
rumah. Jika di sekolah, dek sering bertanyakan soal pelajaran kepada Harith.
Teman-teman perempuan Ai Nou menyimpulkan Ai Nou suka pada Harith. Ai Nou tidak
mengiakan telahan itu. Tapi disanggah keras seperti dia menyanggah pada Arjuna.
Kerana sudah ditanamkan dalam hati biar subur berputik bunga bahawa cinta Ai
Nou dan lelaki tidak boleh bersatu. Dia tidak mengaku semua itu cinta melainkan
rasa sebagai seorang teman. Ya, namanya juga teman lelaki paling akrab yang pertama.
Tak akanlah sudah cinta. Tapi mulut orang, tersebar satu sekolah Ai Nou sukakan
Harith. Jika sudah tersebar, sudah pastilah Harith tahu. Kerana itu Ai Nou
semakin jauhkan diri dari Harith dan semakin menyendiri dari lelaki.
Rasa yang disogok itu cinta
kepada Harith cuba ditepis. Walaupun menangis juga dia apabila ada gosip bahawa
Harith punya perempuan yang disukai. Somaya namanya, anak kacukan Indonesia dan
Bangladesh memanglah cantik dan teman sekelas Ai Nou juga. Setelah itu, lagilah ditekad untuk tidak
ambil tahu soal lelaki. Budak-budak, lagilah naif soal perasaan. Setelah habis
persekolah dan Ai Nou melangkah ke alam remaja di sekolah menengah. Ai Nou dan
Harith hampir tidak langsung pernah terlintas dalam cebisan memori apatah lagi
tiba-tiba terkenang. Tidak pernah! Jadi, Ai Nou simpulkan. Benarlah itu bukan
cinta, hanya rasa yang muncul kerana Harith merupakan seorang bijak pandai yang
disukai semua orang. Orang suka tak akanlah Ai Nou tak boleh kan.
Cerita naif cinta Ai Nou
versi dua pula bersambung di sekolah menengahnya. Soal ini Ai Nou tidak minta,
tak pernah pun rasa nak suka pada mana-mana lelaki di sekolahnya. Tambahan
lagi, sering diawasi Arjuna di sekolah si ketua pelajar itu. Tak sempat
langsung. Tapi, tiba-tiba sahaja muncul gosip ketua kelas Ai Nou, Zaki sukakan
Ai Nou. Mula-mula buat tak tahu, tapi sudah tiap-tiap hari diganggu dengan
ejekan teman-teman ditambah pula semakin menjadi-jadi surat layang dan private
message dari siapa juga tidak tahu sebenarnya terganggu jugalah hati yang
dijaga tu. Sudah tersebar di kalangan teman-teman, tersangkut jugalah pada
pendengaran si Arjuna tu. Mahu dahsyat kena ragging dekat rumah.
Tapi, hati kalau dah
sangkut kena rejam dalam air pun tak kisah kan. Nama juga hati, berbolak-balik
sifatnya. Namun, malu yang membalut diri Ai Nou lebih dipilih buat tak layan
walaupun depan-depan menerima luahan perasaan. Kalau dah suka apa sahaja dengan
Zaki mestilah Ai Nou suka. Sikap remaja yang inginkan freedom hua..
hua.. hua.. prinsip cinta Ai Nou pun dilanggar. Lagi-lagi jawatan penolong
ketua kelas, mestilah kena selalu bertugas bersama kan. Kata positif pada cinta
Zaki tak pernah dibalas walaupun cair habis kena pujuk oleh Zaki, tapi Zaki dan
Ai Nou rapatnya dah macam pasangan kekasih walaupun tiada deklarasi cinta.
Hangat kisah picisan mereka hingga jenuh diusik warden asrama, abang angkat si
Zaki tu.
Lama-kelamaan, gosip
hangat hubungan mereka mulai sepi setelah dua tahun dan mungkin kerana bosan
dengan sikap Ai No yang suka buat tak tahu akhirnya hubungan rapat mereka hanya
terbawa kepada hubungan teman akrab kerana tiba-tiba sahaja Zaki bertanya cara
mengorat teman kelas mereka, Athirah orangnya yang kurus cantik dan bijak.
Terkejut pada awalnya, tapi tidak ditegur langsung oleh Ai Nou malah dibiarkan
hubungan mereka begitu. Walaupun sakit hati tu sangat mengguris hatinya,
sejarah lelaki yang masih kukuh pada sisi Ai Nou lagilah buatkan dia mula rasa
tawar hati dengan lelaki. Tapi, dibiarkan soal itu berlalu tanpa solusinya.
Hati yang sakit melayani kemahuan Zaki agar Ai Nou bantu menyatukan dua hati
itu dilayan separuh hati hinggalah hubungan mereka sepi apabila bersatu juga
dua hati tu. Sedih, usah dicakap hanya hati sahaja yang tahu sakitnya. Mula
pada itulah, Ai Nou mula menilai bagaimana sebenarnya sikap lelaki itu.
Kesimpulan kisah ini, Ai Nou tidak langsung simpulkan bahawa itu cinta. Tetapi
hanya rasa yang terdorong dek pujuk rayu dan bualan teman-teman. Itu bukan
cinta! Kerana itu hati jangan diganggu, lagi-lagi hati senaif Ai Nou. Cinta
lagilah naif!
Cinta naif Ai Nou versi
tiga berlangsung dek mungkin rasa bersalah Zaki tinggalkan Ai Nou, jadi tanpa
rasa bersalah Zaki carikan orang untuk Ai Nou. Kisah ini berlangsung sekitar
PMR around the corner. haha! Cari nahas. Arjuna lagi keras dia kasi amaran.
Yelah, dia pun dah tak wujud dekat sekolah untuk jadi pemantau Ai Nou. Tak
senang duduk la dia dekat Said Business School, Oxfort, UK. Nak belajar bisnes
pun tak diam, banyak duit dia call Ai Nou tiap-tiap hari. Kalah orang bercinta.
Okey, berbalik pada cerita
Ai Nou. Jalan cerita lebih kurang macam apa yang berlaku pada Zaki. Gosip,
surat layang, private message tambah sikit hadiah tiap-tiap hari.
Shafiq, ada darah cina mix indonesia mix melayu dan entah apa-apa
lagilah. Kesimpulannya, memang handsome gila. Ramai peminat tu of
course, bijak dan saingan pertama Ai Nou sebelum Athirah. The three top
students yang famous dekat sekolah. Cumanya Shafiq ni invisible
sikit, low profile dan mungkin bab cinta tu belum arif sangat, sweet
talker tu bukan la. Jauh beza dengan Zaki, Si Pemanis Hati. Nama pun budak nerd.
Pandai si Zaki ni cari peganti dia. Sama-sama pengawas, dan rival.
Dah masak pujuk rayu si
Zaki, Ai Nou memang keraskan hati tak nak dibuka pada mana-mana lelaki. Tak
jalan pujuk rayu belakang tabir, Zaki guna kuasa gosip la. Memang terganggu
habis hati Si Cinta ni. Tambah-tambah lagi sikap Shafiq yang malu-malu setiap
kali bercakap dengan Ai Nou, lagilah kalau bertentang mata gelabah dan gelisah
je Shafiq tu. Tapi, biasanya Shafiq ni sentiasa cool semedang dan gentle
sangat. Lagi-lagi kena sakat setiap kali meeting prefects. Siap
kena label the best prefect sweet couple. Punya nakal kuasa gosip ni,
sampai setiap kali meeting memang dah wajib Ai Nou perlu duduk sebelah
Shafiq. Dan segala macam tugas apa lagi, sah-sahlah pasangan Ai Nou itu Shafiq.
Arhh, semakin menjadi geng pengawas ni. Dulu time Arjuna ada, tak adalah
melampau sangat. Semenjak Arjuna dah tak ada ni, wahh bukan main!
Tapi, misi keraskan hati
memang dilancar habis-habis. Dipagar hati sekukuh yang mungkin. Namun, apabila
Al-Quran itu menyuruh tundukkan pandangan pastilah ada sebabnya. Pandangan yang
tidak dijaga, mengikat dua mata ini dihiasi lagi mantra-mantra zina yang
dibisik Syaitan. Bergegar juga jantung hati Ai Nou. Tersesak nafasnya dikunci
pandangan Shafiq yang kelihatan lain itu. Selepas itulah, jiwa kacau Si Cinta
ini. Hampir setiap malam mimipikan Shafiq. Hingga percayalah pada kata
orang-orang kalau kita mimpi seseorang itu lebih tiga kali maknanya dia jodoh
kita. Bukan main percaya Ai Nou pada cerita dongeng itu.
Apa lagi, makin rapatlah
hubungan dua insan ini. Cumanya untuk mengikat hubungan atas dasar cinta memang
ragu-ragu sentiasa bertapa pada hati Ai Nou. Jadi, seperti Zaki. Hubungan
mereka hanya berlangsung atas nama teman akrab. Lagi-lagi, Shafiq ni tak pandai
tabur umpan memancing hati Ai Nou. Jadi, biasa-biasa sahajalah. Harapan yang
ditanam agar hubungan itu dapat berlangsung hingga umur menjangkau dewasa
ternyata bakal hancur berkecai jugalah. Telahan cinta Ai Nou pada lelaki yang
menjadi prinsip hidupnya sudah hampir mahu dikikis habis. Maknanya, Ai Nou
ingin sangat menerima cinta seorang lelaki. Namun apakan daya, kerana hati
manusia itu berbolak-balik sifatnya. Apakan daya Ai Nou ingin mengunci hati
seorang lelaki. Apatah lagi hubungan mereka bermula atas bisikan dan hasutan
nafsu dihiasi lagi kata-kata manis yang ditabur Syaitan. Lagilah tak boleh
dijamin hati itu miliknya.
Seperti kisahnya dengan
Zaki, begitu juga berlaku padanya dan Shafiq. Bezanya Shafiq tidak bertanyakan
Ai Nou untuk mengikat hubungan dengan perempuan lain. Like I said! He's
invisible. Tiba-tiba sahaja keluar gosip Shafiq bercinta dengan senior
mereka, Aisyah. Malah kisah mereka lagi hangat, sampai terbongkar dalam
mesyuarat sekolah. Apa lagi, kerana dioranglah Ops Cinta dilancarkan. Ai Nou
yang patah hati, memang sukalah kalau nak balas dendam. Dia cari sampai ke
lubang cacing pasangan couple di sekolah. Kawan tak kawan, nama Zaki dan
Shafiq memang naik dalam senarai sasaran. Tahun berikutnya, Shafiq dilucutkan
jawatan pengawas. Hubungan Ai Nou dengan Zaki dan Shafiq hanya berlangsung
seperti biasa, cumanya sedikit hambar. Penyesalan usah dikata, ditanya pada
Zaki bagaimana hubungan Shafiq dan Aisyah. Dengar kata, walaupun lepas insiden
Ops itu. Mereka masih berhubung. Sakit jugalah hati apabila diperli Zaki,
'itulah kau jual mahal sangat! Padan muka, berputih mata.' Kata-kata hampir
sembilan tahun lalu terngiang-ngiang pada telinga Ai Nou yang sedang menghadap
laut. Dengar kata juga, hubungan Shafiq dan Aisyah masih utuh sampai sekarang.
Malah sudah mahu bernikah pasangan itu. Kesimpulan cinta Ai Nou pada Shafiq
hanyalah dorongan nafsu remaja yang inginkan pasangan. Dan itu bukan cinta!
"Cinta.. dan lelaki. Complicated!"
Terluah kata-kata itu
dengan senyuman sinis pada bibir. Kenangan di usia remaja, kadang-kadang
kenangan itu terasa lucu. Ai Nou yang naif dengan cinta lelaki, dia sangat akui
itu. Episod cintanya yang membuatkan Ai Nou membina prinsip-prinsip pelik dia dan
lelaki. Ai Nou dan lelaki, dari lahir hingga sekarang. Ada-ada sahaja kisah
yang terjadi. Membawa kepada kisah Ai Nou dan Arjuna. Kisah yang tak pernah
diimpikan Ai Nou dan sangat dielak oleh Ai Nou. Haruskah aku menerima
pertunangan ini yang tiada dasar cinta padanya.
Ai Nou..
Cinta..
Lelaki..
Ai Nou penat dengan dua
pekataan itu jika keduanya saling berkait. Kerana dia sangat naif dalam soal
ini! Titik!
-----
Episod cinta Ai Nou
sebenarnya tidak bernoktah pada Shafiq. Hati remaja, misteri tentangnya.
Pelbagai janji telah dibina tapi hatinya berputik juga kerana lelaki. Tapi
cumanya untuk dua kali terakhir ini, dia lebih menyukai dari jauh walaupun
terasa seperti tidak bertepuk sebelah tangan. Nama pun belajar dari pengalaman
biarpun tidak pernah couple. Forever alone! Haha! Kisah Ai Nou dengan Firdaus
dan Shauqie. Cinta dua lelaki in the same time? Are you serious?
Psstt.. I said I liked
both of them. Not loved the both of them! Liked and loved was two different
things okey!
Kalau kau nak dua-dua, itu tamak namanya. Again, I said! It was a story
about Ai Nou yang waktu tu dia rasa semuanya cinta padahal bukan!
Cinta monyet la tu.
No! It was not. Tapi, seorang yang naif
dengan cinta.
Masih berada di alam
persekolahan. Berlalunya kisah Shafiq buatkan Ai Nou sangat berhati-hati dengan
lelaki. Itu tak bermaksud dia langsung tidak punya teman dari kalangan lelaki.
Siapa cakap tak ada? Ai Nou bukan anti lelaki lah. Tapi kureng.. reng.. reng..
suka pada lelaki. Lebih tepat sikap lelaki yang semuanya sama. Jadi
konklusinya, lelaki semua sama sahaja. Muehehe... Kawan-kawan lelakinya ramai.
Mesra dan lepas cakap. Semestinya! Tapi tak adalah nak bertepuk tampar sampai
peluk-peluk bagai. Ai Nou tahu hukum hakam. Cuma agak tegas. Tomboy? Mana ada.
I am a normal girl. Cumanya, kalau ada
lelaki yang nak ambil kesempatan tu mendapatlah bekas pensilnya yang seberat
satu tan. Ataupun kena sebat dengan pembaris. Sehingga Ai Nou digelar, the
dangerous shooter! Bercakap boleh nak sentuh jangan!
Okay kembali kepada kisah
cinta Ai Nou. Mari mula dengan Shauqie. Sedari pertama kali menjejakkan kaki di
sekolah itu, Ai Nou tidak pernah satu kelas dengan Shauqie. Tapi memandangkan
setiap kali peperiksaan, pointer pelajar sangat dinilai. Jadi, rombakan
kelas sering berlaku. Pelajar terbaik akan berada di kelas hadapan dan
begitulah sebaliknya. Ketika di tingkatan tiga, setelah melepasi Ujian
Pertengahan Tahun, rombakan kelas berlaku lagi. Dan tiga orang pelajar
berpindah masuk ke kelas Ai Nou yang sentiasa berada di kelas depan. Mereka itu
termasuklah Shauqie. Waktu Shauqie satu kelas dengan Ai Nou, Ai Nou tidak ambil
peduli sangat dengan kewujudan Shauqie. Lagipun waktu itu memang tengah hangat
kisahnya dengan Shafiq, semestinyalah Ai Nou tidak ambil tahu hal lain. Tambahan
pula Shauqie ni jenis stok lelaki alim. Lagilah Ai Nou yang penuh dosa ni duduk
jauh-jauh.
Tetapi, kerana sikapnya
yang alim itulah yang membuatkan Ai Nou mahu mengenali peribadi lelaki itu. Ai
Nou mula menyedari kewujudan Shauqie apabila lelaki itu sering perform
kalau matapelajaran diniah (agama). Pendidikan Quran Sunnah (PQS),
Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) dan lain-lain itu memang adalah muka dia.
Ustaz ustazah pun suka sangat bagi tugas dekat dia untuk buat nota atau presentation.
Lepas tu mulalah misi Ai Nou selidik latar belakang Shauqie. Anak terakhir dari
sepuluh orang adik-beradik, background family memang agamawan semua.
Abang kakak ramai lulusan Mesir. Sangat bertanggungjawab orangnya dan dia
sangat terkenal di kalangan ustaz ustazah di pejabat. Stok budak baik-baik,
selalu jadi imam di surau sekolah dan of course leader kalau baca wirid
pagi-pagi. Pengawas pula tu.
Ha, ni satu perkara Ai Nou
baru sedar Shauqie tu pengawas. Waktu form three lagi, tapi baru sedar
waktu form four apabila pembahagian tugas dilakukan pada awal tahun.
Tahun sebelumnya, Shauqie di dalam Unit Kerohanian. Memang sesuai sangat dengan
watak dia. Tapi tahun itu, Ai Nou dan Shauqie ditugaskan dalam Unit Disiplin.
Waktu itulah baru Ai Nou sedar Shauqie itu pengawas. Ketuanya pula tu. Dalam
kelas selalunya Ai Nou sering jadikan Shauqie sebagai tempat rujukan dalam soal
akademik dan diniah. Lepas Shafiq dan Athirah terlibat hubungan
cintan-cintun ni, prestasi pelajaran mereka jatuh teruk dan prestasi Shauqie
pula naik mendadak terus mengalahkan Ai Nou yang sering mendapat tempat
pertama. Status Shauqie yang sebelum ini invisible pun tiba-tiba famous
apabila namanya selalu disebut di perhimpunan mingguan. Sebab di perhimpunan
mingguan biasanya akan ada Anugerah Kelas Paling Ceria dan Bersih, Anugerah
Pelajar Paling Aktif dan Rajin dan Anugerah Pointer Akademik dan Diniah Terbaik
diberikan mengikut kelas. Memang setiap minggu nama Shauqie lah disebut!
Dari hubungan teman
sekelas semakin lama Ai Nou dan Shauqie semakin rapat. Ai Nou tak pernah
berharap pun mereka rapat. Tetapi disebabkan selalu berurusan, selalulah
bersama. Cumanya tak adalah gosipnya sebab Shauqie ni budak baik, orang nak
usik pun tak berani. Ai Nou pun kenalah tempiasnya. Dan semakin lama sikap
Shauqie terhadap Ai Nou pun semakin berubah. Dengan Ai Nou sahaja, dengan orang
lain tak adalah pula macam tu. Daring dan sweet talker. Bukan
main terkejut Ai Nou tiba-tiba diusik Shauqie. Tapi buat tak tahu sajalah.
Walaupun sebenarnya cair la jugak kena mengayat tiap-tiap hari. Hati perempuan
kan. Seteguh mungkin dibenteng hatinya dari terlalu menunjukkan rasa suka pada
Shauqie. Cukuplah sekadar suka dari jauh atau apa orang cakap? Crush?
Ha, lebih kuranglah.
Setahun berlalu, ketika
mereka di tahun akhir di sekolah menengah Shauqie dilantik sebagai ketua
pelajar dan Ai Nou pembantunya. Apabila dalam skop tugas yang sama, lagi
banyaklah kerja yang perlu buat sama-sama. Si Shauqie ni pula makin
menjadi-jadi dia punya sweet talker. Sayang, cinta, dear, baby..
Apa sahaja yang tak pernah dipanggil Shauqie. Tapi tak pernah pula diluah kata
cinta yang serius. Jadi, Ai Nou lebih menganggap segala laku Shauqie itu hanya
gurauan padahal hati Ai Nou memang jatuh habis la dekat Shauqie ni.
Tambah-tambah lepas Shauqie menang dalam contest Jejaka Idaman yang
memerlukan dia menarik perhatian juri dengan hafazan Al-Quran bertaranum, kisah
sirah nabi dan Q&A agama. Memang dapat ke Shauqie ni lah. Ai Nou pun apa
lagi, lepas tu rasa macam Shauqie ni betul-betul imam mudanya nanti. Hua! Hua!
Hua! Pengaruh drama melayu. Hiks!
Pertama kalinya, Ai Nou
benar-benar punya kawan lelaki yang sangat rapat. Kalau dengan Harith rapat
sebab pelajaran, kalau dengan Zaki sebab tiap-tiap hari Zaki mengayat Ai Nou,
kalau dengan Shafiq sebab satu tugas? Apa-apa sahajalah! Tapi, kalau dengan
Shauqie hampir segala-galanya mereka berkongsi cerita. Hampir tiada rahsia
langsung antara mereka. Tapi tak pernah Ai Nou mengaku suka begitu juga
Shauqie. Kalau suka yang menitir bibirnya hanya gurauan tak matang. Gurauan
orang kurang kasih sayang. Tapi masing-masing macam tahu sama-sama suka. Rasa
sayangnya Ai Nou pada Shauqie sampai dia sanggup menangis depan Shauqie
walaupun dah puas ditahan bila Shauqie cakap dia pindah sekolah hari itu
tiba-tiba. Buatkan Ai Nou percaya kerana ustazahnya tiba-tiba mengucap
kata-kata selamat tinggal, ditambah lagi Shauqie berjabat tangan dengan
rakan-rakan sekelas dan berlalu pergi kerana diambil ayahnya. Tautan mata
mereka tidak pernah lepas saat Shauqie pergi. Menangis? Sudah semestinya!
Pertama kali menangis gila-gila sebab lelaki. Tak seteruk bila dapat tahu
Harith suka dekat Somaya, tak separah bila dapat tahu Zaki nak mengayat Athirah
dan tak sepatah hati bila dapat tahu Shafiq bercinta dengan Aisyah.
Seminggu lepas tu Shauqie
datang sekolah macam biasa. Bukan main terkejutlah Ai Nou. Sia-sia dia menutup
telefonnya seminggu tak mahu berhubung dengan Shauqie rupa-rupanya dia ditipu.
Apa lagi, memang peranglah Ai Nou dengan Shauqie. Marah dan merajuk! Kerja Ai
Nou memarahi Shauqie. Bergaduh tu perkara biasa. Sampai kawan-kawan pun dah
naik pening melayan kerenah Ai Nou dan Shauqie. Shauqie pula bergaduh sebab
sengaja nak panaskan hati Ai Nou. Seronok bertikam lidah katanya kalau dengan
Ai Nou. Selebihnya mengayat! Menjadi-jadi perangai Si Shauqie ni. Pujukan
memang tak lepas la. Tiap-tiap hari beli something sebagai umpan. Ai Nou memang
keras lagilah lepas kena tipu dengan Shauqie. Lebih banyak gaduhnya dari cakap
baik-baik. Walaupun Shauqie bersikap biasa, rapat juga seperti biasa, berkongsi
cerita juga seperti biasa.
Tapi itu baru separuh
tawar hati. Ala, kena prank dengan kawan. Biasalah. Tak payah ambil hati
sangat. Itu pujukan Ai Nou kepada hatinya. Walaupun pernah terlintas di
hatinya, kalau Shauqie sudah berani menipunya apalagi lepas ini? Oh come on
Ai Nou. Why so serious? It was only a joke! A prank! Relax okay! Hurmm..
bila hati dah tenang sikit, dengar pula gosip Shauqie scandal dengan
Aimi kawan sekelas mereka. Cantik dan pandai. Jaguh dalam Bahasa Inggeris.
Bayangkan hati Ai Nou macam mana waktu tu. Bila tanya kawan-kawan, Shauqie
memang suruh rahsiakan dari Ai Nou. Lepas itu, terbongkar lagi. Bukan main
banyak geng-geng pengawas satu kelas dengan Ai Nou memang tengah in
relationship. Aweknya satu kelas pula tu. Ada yang pasangannya sesama
pengawas. Ai Nou pula terasa bagai ditipu semua orang. Dan dipinggirkan.
Apalagi, memang Ai Nou
perang dingin dengan Shauqie. Bila Shauqie tahu dia dah kantoi bukan dia datang
ke Ai Nou explain apa-apa, lagi dia tunjuk dia tengah bermadu asmara
dengan Aimi. Ai Nou memang fikir jauh-jauhlah, lelaki yang dulunya disangka
suci dari dosa dan tidak melayan perempuan dengan bebasnya bermanis kata.
Lelaki yang disangka lelaki melayu terakhir, stok imam muda boleh berubah dalam
sekelip mata. Benarlah hati itu misteri sifatnya. Boleh berbolak-balik dalam
sekelip mata. Semenjak itu rasa percaya Ai Nou pada lelaki memang nol habis.
Walaupun Ai Nou tiada hak sebab hubungan dia dengan Shauqie bukan siapa-siapa.
Cuma Ai Nou hanya kesal manusia boleh berubah sekelip mata. Ditanam dalam hati,
lepas ni takut dan berhati-hati lebih mendahului benteng. Takut sebab manusia
boleh berubah sekelip mata! Tambah-tambah kalau lelaki.
Disebabkan scandal
yang semakin ramai di kalangan pengawas, perkara ini sampai juga di telinga
guru disiplin. Ai Nou sebaik mungkin menutup mulut, demi kawan disimpan semua
rahsia walaupun ikrarnya sebagai seorang pengawas sudah lama dilanggar. Subahat
demi subahat disimpan utuh dalam diri walau tidak diminta. Kerana masih punya
rasa ingin menganggap mereka itu kawan, Ai Nou buat tak tahu saat disoal
siasat. Apa lagi Ops Cinta entah kali ke berapa dilancarkan. Cuma kali ini
tidaklah Ai Nou bersemangat ingin membalas dendam. Ditambah lagi melihat wajah
Shauqie yang sayu riaknya setiap kali memandang Ai Nou yang diam seribu bahasa.
Kesudahannya hubungan mereka berakhir sebagai teman biasa. Tiada lagi kata-kata
mesra apatah lagi gurau senda. Ai Nou dengan lelaki semakin dingin jadinya. Dia
yang tidak pernah menjalin cinta pun terasa sakit berpatah hati, bagaimana
kiranya jika Ai Nou benar-benar pernah menjalin cinta dengan semua itu. Cepat
bosan! Itu yang sebenarnya boleh disimpulkan terhadap lelaki. Dan konklusi
cinta Shauqie lebih banyak dapat dinilai sayang kepada seorang teman akrab.
Sayang itu juga cinta. Tapi sayang itu tak sama cinta kepada lelaki. Jadi
sayang ini bukan cinta!
Cup! Bagaimana pula
kisahnya dengan Firdaus? Oh, lelaki itu. Ai Nou dan Firdaus sebenarnya tak
pernah berkenalan. Apa lagi bertegur sapa. Kisah ini bermula saat teman sekelas
Ai Nou, Anis beritahu ada seorang lelaki berchatting Facebook dengannya.
Bertanya tentang Ai Nou. Semua pasal Ai Nou ditanyakan. Dekat sekolah ada orang
nama Ai Nou kan? Dia pakai cermin mata? Pengawas sekolah? Bla.. bla.. bla.. Dan
semua yang ditanya itu betul. Pada mulanya Ai Nou tidak mahu ambil tahu. Tapi
dua tiga orang juga beritahu perkara yang sama buatkan Ai Nou bertanya siapa
dia. Diberitahu akaun Facebook lelaki itu Firdaus namanya. Oh, rupanya lelaki
itu termasuk dalam senarai friends request yang diminta tetapi belum
diterima. Ya namanya juga tidak kenal, kenapa mahu diterima kan.
Kerana itu jugalah
diselidik siapa Firdaus itu melalui hujung jarinya. Rupanya lelaki itu dari
sekolah seberang. Antara sekolah saingan sekolah Ai Nou. Mungkin mereka pernah
bertemu di kem-kem perkemahan sebelum ini buatkan Firdaus mengenali Ai Nou.
Malah hampir semua teman sekelas Ai Nou mengenali Firdaus. Walaupun friend
request dari Firdaus telah diterima, tetapi Ai Nou mahupun Firdaus sendiri
tidak pernah bertegur sapa walaupun berkata hai! Firdaus lebih banyak
bertanyakan Ai Nou melalui teman-teman sekelas Ai Nou. Malah pernah menggunakan
perantaraan Shafiq untuk meminta nombor telefon Ai Nou. Shafiq pula jenis tak
suka jadi perantara dan mungkin tahu sikap Ai Nou lebih suka dingin dengan
lelaki membuatkan Shafiq memutuskan untuk tidak mahu masuk campur.
Kerana sudah tahu
bagaimana wajah Firdaus, setiap kali kem bengkel teknik menjawab yang kebanyakannya
bercampur sekolah dan berhari-hari. Tidak dapat tidak bertemu muka dan
bertentang matalah juga mereka. Namun, Ai Nou buat-buat tak kenal. Lagipun
memang Ai Nou tak kenal pun kan. Tak akanlah tiba-tiba Ai Nou nak berhai dan
bertanya diakah yang sering mencari Ai Nou dari teman-temannya? Macam mana
kalau dia menafikan? Tidak ke namanya mencari malu. Jadi, lebih baik Ai Nou
buat tak tahu. Kalau dia mahu berkenalan Ai Nou tidak kisah, tapi dialah yang
harus mulakan. Kalau mahu berteman tiada masalah bagi Ai Nou. Kalau mahu lebih
dari itu baru masalah bagi Ai Nou. Lagi pula Ai Nou masih di zon perang dingin
dengan Shauqie dan lelaki ketika ini. Jadi, jangan cari pasal. Kawan boleh,
lebih-lebih sorry to say.
Bila di kem, pelbagai
macam aduan Ai Nou terima. Rupa-rupanya teman-teman sekelasnya sukarela menjadi
mata-mata tidak berbayar. Apa sahaja yang dilakukan Firdaus, sekelip mata
dilapor pada Ai Nou.
Firdaus pandang kaulah!
Firdaus cari kaulah!
Eh kau tengok tu, dia curi
pandang!
Eh, dia sengaja duduk
semeja dengan kaulah!
Ai Nou, Firdaus pandang
kau lama gila tadi!
Weh, korang main mata erk?
Naik pening Ai Nou dengan
kerenah reporter tak berbayar tu. Belanja coklat tu dah selalu! Tukang hantar,
teman-teman Ai Noulah. Tetapi kebanyakkan Ai Nou menolak. Disedekahkan buat
budak-budak kecil yang ditemui. Selalunya ditolak depan mata Firdaus kerana
yakin dipandang dari jauh. Jika mahu berkawan seharusnya beranikan diri
bersuara. Perantaraan coklat, Ai Nou tidak faham maksudnya. Kawan atau
sebaliknya. Ai Nou tak mahu terima kalau lain maksudnya nanti. Lagipun, dalam
zon berhati-hati dengan lelaki. Walaupun Ai Nou pernah ucapkan Selamat Ulang
Tahun dan doakan kejayaan SPM buat lelaki itu di Facebook messanger, itu
hanyalah ucapan pertama dan terakhir buat Firdaus. Kerana hati Ai Nou sangat
yakin, Firdaus tidak serius. Perasaannya main-main seperti lelaki-lelaki lain.
Sukakah Ai Nou pada
Firdaus?
Tidak. Tak pernah
terlintas pun untuk suka. Selepas peristiwa dengan Shauqie, Ai Nou memang jaga
hati betul-betul. Hubungan dengan lelaki memang diawasi sebaik mungkin. Ai Nou
sudah merasa cukup, cukup dengan sikap lelaki. Jadi, untuk Firdaus tiada
harapan langsung untuk diberi. Walaupun tersentuh juga hati Ai Nou dengan usaha
Firdaus selidik tentang Ai Nou melalui teman-temannya. Tapi, apalah sangat
dengan semua itu. Tidak sampai setengah tahun setelah itu, Ai Nou yang friend
dengan Firdaus di Facebook dan follower Firdaus di Twitter sentiasa
mengambil tahu perkembangan lelaki itu. Dan melalui dua medium itu
jugalah Ai Nou dapat tahu Firdaus sudah berkali-kali bertukar perempuan dalam
bercinta. Walaupun tiada harapan diberi, sakit juga hati Ai Nou. Jika sebelum
Firdaus menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan, Firdaus dan Ai Nou
telah bercinta pasti putus hubungan mereka nanti dan bergantian dengan yang
lain.
Lelaki..
Huh!
Cinta..
palsu semata!
Naifnya cinta seorang Ai
Nou menafsirkan jatuh hati pada kepandaian seorang lelaki itu cinta. Juga akur
pada pujuk rayu, surat layang dan gosip itu membawa kepada cinta. Juga
bergegarnya hati kerana tautan mata dan mimpi-mimpi yang hanya mainan tidur itu
petanda bahawa itu cinta. Juga menyangka baiknya sikap seorang lelaki, berkata
manis dan sering berkongsi cerita itu cinta. Juga tersentuh usaha seorang
lelaki ingin mengetahui siapa Ai Nou itu adalah cinta. Ai Nou, apa sahajalah
tentang cinta itu yang dia tahu sebenarnya. Naifnya seorang Ai Nou buatkan dia
sangat ingin menjauhi lelaki. Lagi-lagilah lelaki yang sering ditemui Ai Nou,
sikapnya seperti Arjuna dan juga sering bermanis kata dengan wanita, umpan
dengan hadiah mahal-mahal sudah muak dirasakan Ai Nou. Malah lelaki yang
berkaraktor alim cuba mendekati Ai Nou, lagilah seram dirasa. Kenangan dengan
Shauqie mengejar Ai Nou membuatkan dia serik untuk percaya. Itu semua dusta dan
palsu semata. Naif cintanya menafsir cinta seorang lelaki mendorongnya menjadi
seperti ini. Revolusi? Haha.. sort of!
Dan kenaifan itu tidak
hilang hingga sekarang, cintanya terhadap Atuk buatkan dia ingin menurut pada
kemahuan Sang Tua itu. Janji dan pujuk rayu Arjuna buatkan Ai Nou menerima
pertunangan itu tanpa rasa. Gembira mahupun kecewa. Tiada rasa yang menyentuh
kalbunya. Rantai tangan yang bersalut emas putih diselang seli dengan emas asli
bulat-bulat ukirannya terikat indah di pergelangan tangannya. Juga cincin emas
belah rotan yang tersarung di jari manisnya. Gelang dan cindin itu hanya
dipandang sepi oleh Ai Nou tanpa langsung rasa bahagia. Benarkah keputusannya.
Terlalu asyik memandang gelang, terkejut dia saat tiba-tiba tangannya diraih
Arjuna lalu dibawa ke bibir lelaki itu dan dikucup. Ai Nou yang bengang dengan
Arjuna yang selalu tak jaga batas mereka dengan geram memijak kaki lelaki itu.
Dilenyek-lenyek dengan high heelsnya sekuat hati. Melampau! Peliknya
Arjuna bersikap lepas laku seperti ini dengan Ai Nou saja. Dengan perempuan
lain bukan main stok alim dia.
"Sakitlah!"
"Tunang bukan tiket
untuk awak sesuka hati boleh lepas laku!"
"Okey cinta. Lepas ni
tak buat lagi. Janji!"
Tersenyum lebar dia
membalas herdikan Ai Nou. Wajah Ai Nou yang mencuka memandang Arjuna dibalas
dengan kenyitan mata menggoda. Ai Nou terasa ingin nganga mulut luas-luas.
Arjuna ke ni? Sejak bila ni? Mana pergi sikap Hitler dan ditaktor lelaki itu?
Dah terkena virus si Raden ke? Sudahnya Ai Nou buat tak tahu. Ada baiknya dia
habiskan chicken fingers yang baru dihantar waiter. Makin melayan,
menjadi-jadi gediknya nanti.
Lelaki ni, pelik!
Comments
Post a Comment