Karyaku
Bola Berbulu dan Aku (BBnA) -2019-
Ragam Gebu, walaupun figuranya sangat menarik hati untuk dipeluk namun
nakalnya tak pernah hilang. Lagi-lagi aku ini sudah dianggap sebagai musuh
utamanya. Ada sahaja lakunya yang mengundang murkaku. Salah satunya, pantang
larangku jangan diganggu aku saat sedang bersantap mengisi perut yang
berdendang, ketika itulah Gebu bersiap siaga memasang perisai, mengasah kukunya
yang kontot, mengebar megah ekornya yang
berkembang bagai merak lalu membuat
lompatan tinggi memecah rekod kepantasan dunia mencuri ayam goreng masak kicap
dari genggaman tangan aku. Belum sempat lidahku mencicip keenakan masakan umi,
ayamnya sudah dicerna licin di dalam perut Gebu. Lalu untuk entah ke berapa
kalinya, teratak kami digempar dengan segala macam hentakan periuk belanga. Kucing
nakal!
Kucing Paling Kebal (KPK) -2019-
Selamat tinggal kucing paling kebal. Oyen si
nakal.
Tuhan Jadikan Dia Jodohku (TJDJ) -2015-
Sekiranya
Allah kabulkan doa-doa aku. Kita akan bersatu juga. Jika kau ada rasa
seperti yang aku rasakan, doalah agar ianya tidak membawa ke jalan yang
tidak diredhai Ilahi. Doalah agar kita disatukan nanti - Ain Farhani
Assalamualaikum
semua. Alhamdulillah, setelah empat hari berfikir dan memerah idea,
demi mencantikkan lagi plot serta menyunting penulisan aku supaya lebih
teratur, serta memastikan maklumat yang tertulis lebih tepat ilmunya,
akhirnya berjaya juga karya ini dinoktahkan.
Buat
yang pernah membaca cerpen TJDJ sebelum ini, silakan dibaca semula
kalau sudi. Walaupun tidak banyak yang diubah tapi aku jamin. Kalian
akan lebih puas untuk TJDJ versi edited. Semoga! Aminnn..
Buat
yang pertama kali mahu membaca, silakan jangan ragu2. Aku lebih
mencadangkan cerpen TJDJ versi ini. Tidak salah juga mahu membaca yang
versi lama. Masih ada tertampal dalam post yang sebelumnya. Cumanya,
kalau versi lama dimohon agar bersabar banyak2. Aku belum matang saat
karyaku itu ditulis. Harapanku cuma satu, karyaku enak dibaca dan
pembaca semua gembira.
Selamat membaca!
CINTA Dan Lelaki (CDL) -2017-
Cinta..?
Sebut
pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa
minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik
keluar dari list of the year.
Sedangkan Cinta..?
Seorang
aktivis ditembak bertalu-talu kerana ingin menyelamatkan anak kecil
yang sudah terkulai lemahnya di tanah mencari seteguk lopak air, secebis
roti kering.
Lelaki...?
Lelaki.. hurmmm.. tak ada kaitan dengan cinta.
Lelaki.. hanya organisma yang wujud untuk melengkapi dunia ini.
Lelaki.. nahh!
----------------------------
AMARAN:
- Jalan cerita sangat melewah (baca: meleret)
- Susunan penulisan bahasa putar belit dan banyak (mungkin susah nak faham)
- perlu fokus dengan mainan kata kalau mahu faham dan banyakkan bersabar berjaya menoktahkan cerita hingga akhir bab.
- Sekian, selamat membaca!
CDL1 CDL2 CDL3(End) Extra
Baca di Wattpad
----------------------------
AMARAN:
- Jalan cerita sangat melewah (baca: meleret)
- Susunan penulisan bahasa putar belit dan banyak (mungkin susah nak faham)
- perlu fokus dengan mainan kata kalau mahu faham dan banyakkan bersabar berjaya menoktahkan cerita hingga akhir bab.
- Sekian, selamat membaca!
CDL1 CDL2 CDL3(End) Extra
Baca di Wattpad
Comments
Post a Comment