E-novel: Dia Lelaki Itu 5
21 Mei
2006
“Then
marry me!” Aku yang sedari tadi menangis mencelah dengan suara yang tegas.
Terpaku semua orang dengan permintaan beraniku. Abang Syazwan juga terkejut
dengan kata-kataku itu. Tapi dia tidak cepat mengikut. Sekejap sahaja dia
kembali tersenyum nipis.
“Saya
memang ada terfikir. Tapi menikahi Mei Xi bukan satu penyelesaian yang mudah.
Memang masalah saya terlepas. Tapi tidak dengan Puan Sri. Saya lebih rela
berdepan dengan masalah saya sekarang daripada terlibat dengan Puan Sri. Maaf
sekali lagi, saya sememangnya ingin sangat membantu Mei Xi. Saya ingin sangat
menunaikan janji yang pernah saya buat dulu. Tapi, saya mempunyai keluarga
untuk dilindungi. Sorry if I say something bad about your mother. Even so,
she’ll do anything to get you back. It okey if only me hurting by your mother.
But, when my family involve in this situation. I can’t consider it for more.
I’m sorry.”
Abang
Syazwan menjelaskan alasannya. Dia sememangnya sangat melindungi. Aku hanya
seorang kawan baginya, apalah sangat diriku bagi dia sedangnya keluargnya
diancam bahaya. Aku tahu dan tak perlu untuk aku marah Abang Syazwan mengatakan
demikian tentang mommy kerana aku tahu bagaimana kejamnya dia. Aku menunduk
sayu tidak tahu apalagi yang perluku buat. Apabila keluarganya terlibat aku
juga tiada kuasa untuk memaksa.
“Abang...”
Ika yang baru masuk memanggil Abang Syazwan. Dia mendekati Abang Syazwan yang
sedang runsing dalam duduknya. Bahu abangnya itu dipegang kemudian tersenyum.
Abang Syazwan pandang Ika yang berdiri di sampingnya.
“Terimalah
kakak bang. Dia saudara baru kita yang sangat perlukan bimbingan. Hidupnya
kesempitan dengan nasib yang menimpa. Dia tak kenal siapa-siapa yang mampu
membimbingnya kecuali abang. Dia tak percayakan siapa-siapa kecuali abang.
Sanggupkah abang mengecewakan permintaannya? Abang sudah janji untuk melindunginya
dengan nyawa abang sendiri jadi jangan lari dengan janji itu. Abang yang Ika
kenal seorang lelaki yang sangat berani dengan segalanya. Apalah sangat dengan
tohmahan buah mulut manusia, apalah sangat dengan sakit hati manusia. Kita
tidak melakukan sebarang kesilapan abang. Gadis ini sangat memerlukan abang.
Terimalah dia.” Ika menghampiriku dengan senyuman manisnya. Crist bangun
memberi ruang kepadanya. Sisi katil tenggelam ditenggeknya. Wajahku yang basah
dengan air mata dikesatnya lembut. Abang Syazwan terdiam dengan kata-kata
adiknya itu.
“Kakak
memerlukan bimbingan dari seorang insan yang sangat dipercayainya. Apalagi yang
ada padanya apabila orang yang dipercayai menolak untuk membantunya. Abang
sanggupkan menghantarnya pergi ke tempat yang tidak diketahuinya. Bagaimana
sekiranya ibunya menjumpainya di sana dan kakak dipaksa pulang? Bagaimana kalau
kakak benar-benar dipaksa untuk kembali kepada agama asalnya? Tidak menyesalkan
abang sekiranya perkara ini terjadi? Kita akan kehilangan salah satu mutiara
Islam. Kita akan kehilangan salah seorang yang bakal menjadi jiran kita di
syurga. Tidak mahukah abang menjadikan dia sebagai salah satu penghuni syurga.”
Pipi aku diusapnya. Matanya lunak memerhati wajahku sebelum memandang Abang
Syazwan yang ingin mengatakan sesuatu.
“Abang
risaukan keadaan kita sekeluarga. Abang tak mahu mak critical macam hari itu
lagi. Keluarga abang segalanya bagi abang.” Kenyataannya keputusan Abang
Syazwan tegas ingin melindungi keluarganya. Aku dan Crist tersentak apabila
mendengarkan apa yang dikatakan Abang Syazwan. Adakah itu perbuatan mommy? Ya
Allah..
“Abang...
kami tahu abang sangat melindungi kami. Tapi, kakak lebih memerlukan abang. Ini
satu pengorbanan untuk abang dan untuk keluarga kita. Sekiranya kita
sememangnya ditakdir berdepan dengan ancaman macam itu, anggaplah ianya sebagai
jihad melindungi sebuah mutiara Islam. Andainya kita terkorban kerana
melindunginya daripada dirampas daripada agama kita. Insya-Allah, Allah ada
ganjaran untuk kita. Kami akan sama-sama dengan abang. Abang terimalah kakak.
Bimbinglah dia macam mana abang bimbing keluarga kita setelah kepergian ayah.
Andainya benar dia menjadi keluarga kita, kita akan melindunginya sepertimana
keluarga yang saling melindungi antara satu sama lain. Kakak benar-benar
perlukan perhatian bang. Lihatlah dia, ketandusan kasih sayang seorang ibu dan
ayah. Tidak mahukah abang menjadi salah seorang yang menyayanginya? Mak pasti
sependapat dengan Ika. Abang terima dia ye?”
Ika sudah
berdiri berdepan dengan Abang Syazwan. Aku kelu tidak tahu ingin berkata apa.
Sebak melihat keperihatianan seorang adik terhadap insan asing seperti aku
untuk dilindungi. Subhanallah, indahnya ukhwah Islam ini. Mereka sanggup
berdepan dengan bahaya demi aku. Tuhan, jangan kau sia-siakan pengorbanan
mereka.
“Abang
akan bincangkan dengan mak. Insya-Allah, dengan izin mak abang akan menikahi
Mei Xi. Terima kasih Ika sebab percayakan abang.”
Tidak tahu
untuk berkata apa, sebakku tidak dapatku tahan. Air mataku mengalir tanpa suara
melihat dua beradik itu saling berpelukan berterima kasih di antara satu sama
lain. Aku memandang Crist yang mungkin juga tersentuh melihat semua ini. Abang
Syazwan memandangku dengan penuh makna yang tidak dapat aku fahami maksudnya.
Tapi senyumannya sangat menyenangkanku.
“Beautiful.
It make me fall in love with this family. It make me fall in love with this
peach religion. Betapa kasih sayang di antara saudara sangat utuh walaupun
kalian tidak mengenali antara satu sama lain. Walaupun kakak saya merupakan
seorang yang berbangsa lain. Walaupun keluarga kami mendatangkan bencana
terhadap kalian. Saya tertanya apakah yang menyebabkan lembutnya hati seorang
insan ini untuk menerima seseorang yang asing baginya. Adakah agamanya
menjadikannya begitu?” Kata-kata
kekaguman Crist menarik perhatian semua orang untuk melihatnya. Aku mengerutkan
dahi mendengarkan bahasa luar biasanya itu. Ika tersenyum dan menunduk sedikit
sebelum menjawab.
“Ya,
kerana agama ini kami bersatu. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain,
agama Islam menyatukan kami. Islam tidak membezakan warna kulit, bangsa mahupun
bahasa. Hatta agama asing sekalipun, Islam sangat melarang bermusuhan. Biarlah
sejahat manapun mereka, persembahkan Islam sebagai seindah agama. Kami tiada
hak untuk membenci dan bermusuhan malahan untuk membalas dendam bukan kuasa
kami. Sekirang diberi satu kejahatan kepada kami, kami akan membalasnya dengan
10 kebaikan kerana perilaku buruk seseorang hanya Tuhan yang layak membalasnya.
Islam sendiri bermaksud sejahtera, jadi tiada yang lain melainkan keamanan yang
kami inginkan.”
Kali ini
mereka benar-benar mengelukan aku dengan keindahan bahasa mereka. Begitu sopan
memberi jawapan berlandaskan ciri-ciri seorang muslim. Ika tersenyum tenang
memberi jawapan.
“Saya juga
tahu setiapa agama menekankan keamanan. Sepanjang saya hidup bermacam jenis
agama sudah saya kenali. Apatah lagi agama yang saya anuti, namun keindahannya
tidak mampu saya bandingi dengan apa yang saya pelajari dari Islam. Sudah lama
saya begitu tertarik dengan hidup orang Islam yang mempunyai sebab tersendiri
bagi setiap apa yang mereka lakukan. Pastinya, tidak lari dari garis panduan
Islam untuk setiap perkara. Kerana agama ini benar-benar membuatkan saya jatuh
cinta, izinkan saya menjadi salah seorang daripadanya.”
Crist melutut
di hadapan Abang Syazwan. Nyatanya kami semua terkejut dengan lakunya itu. Laju
sahaja Abang Syazwan memintanya berdiri. Bahu Crist dipegang Abang Syazwan lalu
diangkatnya.
“Saya
ingin sekali melindungi kakak saya setelah dia memeluk Islam. Penderitaan yang
dialaminya membuatkan saya benci dengan agama saya sendiri kerana mereka
melakukan apa sahaja kepada kakak termasuk kesakitan. Saya tak mahu dia
sendirian. Sekali lagi, izinkan saya menjadi salah seorang daripada kalian.
Berilah tunjuk ajar kepada saya, bimbinglah saya. Bersaksikan Tuhan, alam
sekeliling dan kalian. Saya Tao Crist Zi mengangkat syahadah Ashadu alla ilaha
illa allah, wa ashadu anna muhammadar rasulul allah.”
Aku
menekup mulutku tidak percaya melihatkan saat indah ini. Wajah Abang Syazwan
keriangan. Seri wajah gembira terpancar pada riak Abang Syazwan dan Ika. Mereka
tersenyum bahagia mengucapkan tahmid. Tubuh Crist ditarik dan dipeluk Abang
Syazwan erat. Aku tersenyum bahagia terharu dengan penghijrahan adikku sendiri.
Crist menghampiriku dan tidak menunggu aku memelukanya erat seeratnya sehingga
dia mengadu sesak nafas melucukan semua orang. Aku pedulikan aduannya terus
memeluknya erat.
“I love
you brother. Thanks for everything.”
“I love
you too.”
Saat indah
itu dirakam oleh kotak memoriku. Bermula dari itu, sesi pembelajan kami
bermula. Abang Syazwan dan Ika membawa kami ke PERKIM untuk menguruskan
pengislaman kami. Rasa bahagia dirai oleh penghuni PERKIM sememangnya
mengharukan. Terasa diri ini diterima oleh dunia dan disayangi oleh semua
orang.
*****
16 Jun
2006
Kami
dibawa pulang ke kampung Abang Syazwan menemui maknya. Sudah uzur dan kakinya
lumpuh kerana kemalangan yang dirancang oleh mommy. Aku bersujud padanya
memohon maaf atas apa yang telah mommy lakukan terhadap keluarga mereka. Rumah
mereka yang dahulu juga sudah dirobohkan kerana tanahnya dibeli oleh mommy.
Mereka diusir oleh mommy dan dua orang adik perempuan kembar Abang Syazwan
tinggal dengan mak mereka, Salmah atau Mak Mah. Abang Syazwan tinggal di rumah
sederhana peninggalan keluarga belah ayah mereka dan rumah itu menjadi milik
Abang Syazwan kini yang aku kunjungi bersama Crist baru-baru ini. Ika dan Abang
Syazwan lebih banyak gunakan rumah itu kerana maknya dan adiknya lebih banyak
habiskan masa di kampung.
Aku
dipeluk Mak Mah erat dengan penuh kasih sayang. Dia sudah lama memaafkan aku
dan mommy. Aku senang dengan layanannya. Aku bukan sahaja tidak dimarahi, malah
aku dialu-alukan dan dilayannya bagai puteri raja. Tambahan pula menerima
berita penghijaranku dan Abang Syazwan memberitahu hasratnya ingin menikahi
aku. Bertambah gembira wajah tua itu memeluk aku seperti tidak mahu dilepasnya.
Aku hanya biarkan. Rasa benar-benar disayangi. Ya Allah, terima kasih kerana
menghadirkan keluaga yang melimpah kasih sayang mereka.
Hajat
Abang Syazwan direstui dan aku dinikahinya dua minggu kemudian. Atas permintaan
Abang Syazwan, aku dimintanya menghantar surat kepada mommy mengkhabarkan
keadaanku dan beritahu yang aku sudah berkahwin. Walaupun pada mulanya aku
enggan, tapi setelah menerima pujukan daripada Abang Syazwan aku akur. Katanya
seburuk manapun mereka, jangan nafikan hak mereka untuk mengetahui keadaan anak
mereka sendiri. Dan aku hanya mampu mendengarnya.
Terasa
dunia di sini sangat-sangat indah. Walaupun adakalanya menerima duka tapi Abang
Syazwan tidak cepat melatah dan tenang menghadapinya. Aku dididiknya dengan
penuh kasih sayang, dia membentuk aku menjadi muslimah yang sebenar. Aku
diajarnya menutup aurat dengan sempurna. Dia juga tidak menghalangku berfesyen
mengikut keselesaanku, asalkan tidak tabarruj dan bertentangan dengan syariat.
Dia melengkapi hidupku yang penuh kekurangan. Dia banyak memberikanku kata-kata
semangat. Trauma ketakutanku juga diusahanya agar aku dapat menghadapinya. Dia
banyak mencari penawar untuk menyembuhkan aku dengan sepenuhnya. Apa yang aku
tahu keputusanku bukan sesuatu yang salah dan aku bahagia dengannya.
Comments
Post a Comment