E-novel: Dia Lelaki Itu 4


21 Mei 2006

Aku tersedar dari pengsanku apabila suatu tangan sejuk mengelap wajahku dengan tuala basah. Seorang perempuan layaknya seorang gadis yang muda dariku bertudung tersenyum memandangku. Mungkin perempuan semalam.

“Kakak dah okay?” Lembut suaranya bertanya keadaanku. Aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum lesu.

“Kakak rehat dulu nanti Ika panggilkan Abang Wan dan Crist ye.” Perempuan yang digelar Ika itu bangun dan melangkah keluar dari bilik kecil yang aku diami. Abang Wan? Terasa seperti nama itu sangat familiar denganku. Aku mengerutkan dahiku cuba mengingati seseorang yang mungkin aku kenal. Mungkin kerana kesan dadah yang melampau hampir separuh memoriku tentang masa lalu dilupuskan. Abang Wan? Abang Wan? Abang Wan... Syazwan! Nama itu bergema dan aku terduduk daripada baringku. Aku memegang pipiku tidak percaya. Aku sekarang berada di rumah Abang Wan. Guruku! Benarkah?

Pintu yang terkuak dari luar menarik perhatianku. Crist mendahului masuk menghampiriku sambil tersenyum. Kepalaku tinjaukan ke belakang mencari-cari seseorang yang sangat aku rindui. Dan akhirnya orang yang aku tunggu datang dengan senyuman tenang melangkah sambil memegang dulang kecil yang terhidang mangkuk, air dan ubat. Dia menghampiriku dan meletakkan dulang tersebut di atas kabinet di sisi katil. Aku pegun melihat wajah tenang itu tidak lepas daripada segala gerak gerinya sehingga dia menyerahkan sebuah kerusi untuk Crist dan mereka berdua duduk di sisi katil.

“Kakak tengok apa sampai terpegun macam tu?” Crist menegur apabila menyedari riaksiku yang luar biasa pegunnya. Mataku masih memandang dia yang mulai menunduk memandang ke bawah, wajahnya berubah kemerahan mungkin malu kerana aku yang terlalu lama merenungnya. Baru aku tersedar lakuku yang tidak sepatutnya itu.

“Maaf.” Itu sahaja yang mampu aku lakukan khilaf dengan lakuku. Dia tersenyum lagi dan mulai mengangkat kepalanya.

“Mei Xi macam mana? Dah okey?” Ramah dia memulakan perbualan. Aku tersenyum.

“Better then before.” Terasa duniaku yang kufikir akan gelap gelita selamanya kembali ada sirnanya dengan adanya dia di sisiku. Diakah yang bakal memimpinku di dunia ini? Jika benar Tuhan dekatkanlah kami. Satukanlah kami biarpun aku tahu kami tidak pernah mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan. Aku benar-benar inginkan seseorang yang mampu membantuku berdiri dengan kukuh di dunia ini. Kerana aku tahu ada cabaran besar yang bakal menantiku.

“So, apa yang buatkan dua beradik ni datang rumah Abang Wan? Jauh pula tu dari rumah awak berdua. Puan Sri dan Tan Sri tahu awak berdua di sini? Leo tahu Mei Xi ada dekat sini?”

Persoalan Abang Syazwan membuatkan lidahku kelu untukku berkata. Crist di sisi menunduk tidak bersuara. Abang Syazwan silih berganti memandang kami berdua. Mungkin pelik dengan riaksi kami dia bertanya lagi sekiranya kami mempunyai masalah. Dia siap untuk membantu selagi mampu. Crist memandang Abang Syazwan ragu-ragu untuk bersuara. Tapi, Abang Syazwan yang aku kenal sememangnya sangat memahami. Dia memberi ruang untuk kami berfikir. Sunyi di antara kami. Crist mengambil mangkuk berisi bubur dan menyuapku lembut. Aku hanya patuh mengikut gerak tangannya menyuap. Habis semangkuk segelas air disua dan aku menghabiskannya dengan sekali teguk. Dahaga. Kemudian, layanan terhadapku di sudahi dengan memberiku ubat. Abang Syazwan hanya tersenyum memerhati kami berdua.

“Abang Wan angkat dulu dulang ni nanti abang datang balik.” Baru sahaja Abang Syazwan ingin mengangkat dulang yang penuh segera dihalang oleh Crist. Tubuhnya yang berdiri kembali didudukkan Crist di atas kerusi. Wajahnya terpinga-pinga tapi tetap menurut kata.

“No, it’s okey. Saya akan bawa nanti. But, now I’ve something to tell you. Actually, my sister.. hurm.. Mei Xi already convert to Islam.” Crist berbicara laju menyampaikan kepada Abang Syazwan.

“Really? How?” Ternyata dia terkejut. Tapi terkejutnya berwajah gembira. Abang Syazwan melepaskan nafas lega dan mengucapkan lafaz tahmid. Senang sekali riak wajahnya membuatkan aku turut tersenyum.

“She did it on her wedding. Tapi, untuk membuktikan penyaksiannya berhijrah kepada Islam langsung tidak disaksikan oleh seorang muslim pun. Berita tergempar tentang perlakuan kakak sepatutnya menjadi liputan media yang meluas. But, as you know. My mother will do anything to hided it. Her broken wedding and her convert, dirahsiakan serapat-rapatnya. Orang yang tahu fasal ini disogok mommy supaya menutup mulut. Kerana disebabkan tiada seorang muslim yang tahu tentang ini, mommy cuba mengembalikan kakak kepada asal........”

Crist menceritakan segala-galanya dari A-Z lengkap tiada suatu pun yang tercicir. Sedari kisah aku menghancurkan perkahwinanku sendiri sehingga penderitaan aku berdepan dengan kuasa seorang ibu dan akhirnya keputusan Crist membawa aku lari ke sini. Sebabnya, orang melayu yang satu-satunya mereka kenal hanya Abang Wan. Mereka tahu Abang Wan sekeluarga diusir dan dikerjakan teruk oleh mommy. Melalui Uncle Man merupakan salah satu pekerja bawahan Tao-Holding, Crist dapat tahu di mana Abang Wan dan mereka membuat keputusan ke sini.

“But she will find you here soon.” Abang Syazwan simpulkan kisah yang disampaikan Crist.

“Saya tak akan hantar kakak saya balik ke istana itu. Dia akan menderita.” Crist memujuk.

“I’ll find someone that could help you. I know one place which give a great treatment. You’ll most comfort there. There’re complete, you can learn averything from the basic. They’ll help you.” Abang Syazwan memberi cadangan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya mungkin ingin menelefon tempat yang dikatakan tadi. Aku kecewa dengan kata-katanya. Aku benar-benar berharap dia yang membimbingku bukan orang lain. Aku ingin dia menjadi pelindungku bukan orang lain. Tuhan, tolong sedarkan dia rasa hatiku.

“But I don’t know anyone there. How if there my mother could find me? How if they will send me back to the house?” Aku cemas bersuara.

“Don’t worry Mei Xi. They’ll protect you from everyone. They’ll keep your privacy information. We’re family there. They’re protecting each others. Okay? I promise you’ll safe there.”

“But I won’t. And I want to be here. I want you to protect me. I want you to teach me. I believe nobody in this world. I tired being cheated by peoples who acting good to me but reality they were paid by my mother. Even you said they will be good to me but I still do not have any brave to take it. I don’t believe anyone. There only you that I trust in this world after my brother. Please don’t force me to do this.”

Aku hampir teresak berkata kepadanya. Crist berdiri lalu duduk di sisi katil. Belakangku diusapnya cuba menenangkan aku. Dalam mata yang bergenang aku memandang wajahnya. Dia seperti serba salah dengan permintaanku. Mungkin kasihan dan simpati dengan kehidupan sadisku. Dia hanya menunduk memandang ke bawah. Wajahnya runsing seperti sukar sekali untuk memberi kata putus.

“Don’t you remember your promised that you’ve told me? You promised me if I convert to Islam hidup dan mati Abang Wan akan melindungi saya demi Islam.” Aku mengulang kata-katanya. Dia kelu lidah untuk bersuara.

“Abang Wan ingat. Sentiasa ingat janji yang pernah Abang Wan lafazkan sendiri. Tapi janji itu bukan seperti Mei Xi fikirkan. Ianya ada maksudnya yang tersendiri.” Perlahan bicaranya menjawab desakanku. Aku tahu aku memaksa tetapi untuk pergi mahupun melangkah keluar dari rumah ini tersangat sukar untukku hadapi. Takut untuk menghadapi apa yang bakal mendatang.

“And what is that mean?”

“I’m sorry Mei Xi I cannot tell you. It for our sake. Okey look, as a guest I can accept you here. But, not forever. Dalam Islam kita mempunyai batas yang sangat-sangat perlu dijaga antara lelaki dan perempuan. Saya lelaki ajnabi yang bermaksud orang yang boleh awak kahwini menghalang kita untuk bergaul bebas seperti adik beradik. As you know me before, saya sangat menjaga batas dengan Mei Xi sepanjang kita berkawan. Kita di sini hidup dalam komuniti masyarakat. Mulut manusia sentiasa bercakap dan memerhati. Saya tahu dalam rumah ini ada ramai, adik saya dan adik awak. Macam mana kalau dalam rumah ini hanya kita berdua? It does not matter to me but even so I really take it serious. Saya takut Mei Xi difitnah. Bahana fitnah bukan sedikit kesannya, ia sentiasa disebut sepanjang zaman. Selagi dunia ini ada kebaikan dan kejahatan, selamanya kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan diri kita sendiri dan juga orang lain. I know it really complicated for you to understand all this, but I hope only this simple words please understand what I said.”

“But I afraid to be there alone. Yes, I know there’re many people can take care of me. But it still does not same with you. I can’t help myself to not believe people that I don’t know. Please Abang Wan, don’t send me out from here.”

Aku separuh merayu. Rasa takut yang menguasai aku benar-benar mendebarkan aku. Takut andainya aku benar-benar dihantar ke tempat yang dikatakan Abang Syazwan. Selamat manapun tempat yang dikatakan itu, ia tetap sesuatu yang asing. Aku dah penat ditipu. Aku rasa seolah-olah dunia ini akan sentiasa membuatkan aku menderita. Aku rasa seperti mommy sentiasa berada di mana-mana untuk mengheretku pergi. Aku takut sekiranya rasa sakit diperlakukan seperti bahan ekperimen manusia kembali. Cukup aku dikatakan gila oleh penghuni rumahku sendiri kerana kesan dadah membuatkan emosiku tidak stabil. Rasa sakitnya aku sahaja yang tahu. Jadi, tolong jangan hantar aku pergi dari sini.

“Why Mei Xi? Why you being like this. You’re so afraid. Your body always shaking. Mana dia Mei yang saya kenal selama ini. Seorang yang ceria dan berkeyakinan tinggi. Tidak takut dengan apa-apa. Cara awak macam dunia ini mengejar awak untuk dipenjarakan.” Nyatanya Abang Syazwan pantas menangkap perubahan diriku. Jelasnya dia pantas menilai ketakutanku.

“Memang pun. Saya takut. Saya takut nak keluar melihat dunia. Abang Wan tak tahu betapa gementarnya saya sepanjang saya ke sini. Saya rasa diri saya diburu. Disebabkan Crist ada dengan saya, saya cuba untuk beranikan diri. Sedangkan hati saya hanya tuhan saja yang tahu. Hampir setahun diri saya disuntik dengan benda kotor untuk menunduk pada kehendak manusia lain. Tubuh saya dikawal seperti saya sebuah robot. Mereka perlakukan saya macam saya dilahirkan tidak mempunyai hati. Setiap malam saya menjerit dan meraung disebabkan rasa sakit yang tidak mampu saya tanggung. Tapi, mereka langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku kepada saya malah saya dilabel sebagai gila!”

Aku menangis sambil menceritakan keperitan hidup yang aku alami. Aku tak tahu kenapa aku melepaskan semua ini untuk Abang Syazwan tahu. Aku hanya ingin dia tahu segalanya. Aku nak dia faham.

“Why she being like this Crist? She’s to emosional. She really lost herself. Why Crist?” Abang Syazwan cemas bertanya. Bertambah cemas dia melihat aku meraung tidak menentu. Aku tidak tahu kenapa aku menangis dan meraung. Aku tidak mampu mengawal diri aku sendiri. Rasa sakit yang mencengkam dalam tubuhku membuatkan aku bertindak demikian.

“Maybe because of the drugs. It not a typical drug. It made by a professional one. Kesannya masih ada dalam tubuh kakak menyebabkan emosinya tidak menentu. Mungkin sakit yang ditanggung masih bersisa dalam diri kakak walaupun sudah seminggu dos dadah tidak diberi. Selalunya kakak akan menggelupur tapi mungkin hanya kesan jangka panjang sahaja.” Crist menerangkan kepada Abang Syazwan yang terpinga-pinga tidak tahu ingin melakukan apa.

“Then bring her to the hospital. Or I’ll call a doctor to check her up.” Abang Syazwan mula kelam-kabut mencari telefon bimbitnya di dalam poket seluar. Perilakunya itu segera ditegah Crist.

“No, please! Don’t do that. Kalau kakak dapat rawatan kakak akan dipenjarakan kemudiannya. Dadah ini diharamkan dan kemungkinan besar kakak akan diserahkan kepada polis atau kita semua di sini akan diserahkan kepada polis.” Laju Crist beritahu. Takut benar dia andai perkara ini terjadi. Abang Syazwan yang berdiri kembali duduk. Wajahnya yang sentiasa tenang selama ini agak terusik hari ini. Timbul urat-urat di wajahnya mungkin kerana cemas dengan keadaanku.

“Apa yang patut kita buat Crist? She looks hurt.”

“She’ll be okey soon. It just for awhile. Kakak tak menentu. Dia sentiasa takut buatkan dia jadi macam ni. But, don’t worry. Dia akan baik-baik sahaja. Abang Wan.. please don’t force her to go from here. Kami tak ada tempat lagi untuk pergi. Kakak sangat penakut dan susah serasikan diri dengan orang lain. Sebelum ini dadah tu sahaja yang mengawal kakak di khalayak ramai. Tapi apabila dosnya habis, dia akan mulai ketakutan. Let her stay here. Please Abang Wan, for her sake.” Kali ini Crist pula mencuba nasib. Mana tahu pujukannya mengena.

“Membuat keputusan sangat susah Crist. Abang di aim oleh masyarakat di sini. Abang takut nanti Mei Xi terkena tempiasnya. Abang takut nanti diorang ambil kesempatan untuk jatuhkan fitnah sebab selama ini abang cukup menjaga tetamu abang yang datang sama ada lelaki mahupun perempuan. Mereka pernah cuba membuatkan abang diserang oleh pejabat agama kerana cuba menjatuhkan abang dengan rancangan abang dikena tangkap basah sebab kawan Ika datang time dia tak ada. Mujur sahaja waktu itu Ika sudah sampai rumah. Abang risau tak dapat nak lindungi Mei Xi dalam jangka masa yang panjang di sini tanpa ada ikatan yang sah. Hanya satu sahaja jalannya, iaitu kahwin.”

“Then marry me!”

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan