E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 16 - Tantrum
Nur Husna hanya memerhati
susuk Azam yang menonong pergi tanpa langsung menyapanya seperti kebiasaan
lelaki itu. Malah, senyuman juga tidak lagi menyapanya melainkan figura Azam
yang serupa pertama kali bersua muka. Ketat dan dingin! Hingga dia sendiri
teragak-agak mahu menegur. Qalbi juga hanya diserahkan kepada mana-mana
pengasuh selainnya, lalu buru-buru pergi meninggalkan Darul Sakinah.
‘Sudah kenapa lelaki itu.
Sebelum ni elok je. Aku ada buat salah ke?’
Sudah tiga hari Azam
berkelakuan begitu. Bukan sahaja dia berasa aneh. Malah, pekerja-pekerja Darul
Sakinah juga sibuk bertanyakan Nur Husna mengenai kedinginan Azam yang
tiba-tiba itu.
‘Ke sebab dia marah aku
setuju dengan syarat kembarnya itu? Tak akanlah. Tapi, memang muka dia macam nak
makan orang waktu terima fail yang aku bagi tu. Nak tak nak je dia terima.
Sebab tu ke? Ish, tak boleh jadi ni. Lagipun dia je yang boleh tolong aku
menjayakan syarat Azami Norhakim. Petang ni, aku kejar sampai dapat. Eh?’
Walaupun dibelenggu dengan
pertanyaan yang tak kunjung tiba. Nur Husna tetap menjalankan tanggungjawabnya
sebagai pengasuh di Darul Sakinah sebaik mungkin.
Redup matahari mulai
bertukar ganti. Dari pagi ke tengahari. Dek terlalu ternati-nanti berlalunya
hari dengan cepat, sekejap sahaja terik petang semakin menggigit. Waktu Asar
sudah pun belalu, tidak lama lagi penuhlah rumah banglo itu dengan ibu bapa
yang datang mahu mengambil anak mereka.
Nur Husna juga terlebih
awal menyudahkan kerjayanya petang itu. Selesai sahaja solat asar, buru-buru
dia menyiapkan semua anak asuhannya untuk diambil pulang ibu bapa mereka. Jam
sudah melepasi angka 6 petang, anak asuhannya juga satu persatu sudah dibawa
pulang. Nur Husna masih menunggu kedatangan orang yang dinanti. Mahu tunggu di
luar, Qalbi sedang aktif. Tidak tidur seperti selalu. Bayi itu begitu asyik
mencuba, semakin giat mahu golekkan tubuh kecil moleknya. Jika tidak dipantau,
entah ke mana dia mengesot pergi.
Dalam pada menanti, dari
jauh kereta Azam sudah kelihatan, mencari tempat untuk meletakkan keretanya.
Nur Husna teruja dalam gemuruh. Tak sedar bila bangunnya dia menghampiri muka
pintu. Menanti. Terlalu fokuskan matanya, tidak sedar ada jejaka lain yang
terlebih dahulu melindungi pandangan matanya. Lekas Nur Husna memerhati
gerangan itu.
“Eh, Encik Badrul. Bila
sampai?”
Seperti biasa Nur Husna
menyambut waris yang datang dengan senyuman manis.
“Baru je. Cik Husna yang
tak perasan. Termenungkan siapa?”
Tanya Badrul seraya turut
beralih pandang ke arah yang dilihat Nur Husna. Serentak itu, kedua-dua mereka
disapa dengan kemunculan Azam yang beriak dingin dan tegang. Mukanya merah
seperti menahan marah. Entah kepada siapa yang dimarahkan.
Saat mata Azam menjeling
tajam Nur Husna yang berdiri dan berbual mesra dengan Badrul, rengusan kasarnya
semakin kedengaran. Nur Husna pula terpinga-pinga melihatkan Azam hanya berlalu
melintasinya tanpa menyapa. Dihadiahkan pula dengan jelingan tajam.
‘Tak syak lagi! Dia
marahkan aku.’
Tak mahu berlengah lagi,
Zaki dipanggil mengkhabarkan kedatangan ayahnya. Badrul pula hanya menanti di
muka pintu seperti biasa. Tidak masuk ke dalam untuk mencari Zaki kerana sudah
kebiasaannya Nur Husna membawa Zaki kepada dia. Senyumannya yang manis tadi,
terasa kelat tak terkawal saat melihatkan kemunculan Azam. Saingannya. Tapi
mahu bagaimana lagi, Badrul bukan pilihan Nur Husna. Jadi, dia hanya pasrah
menerima takdir Nur Husna bukan jodohnya. Malah sudah selamat menjadi tunangan
orang kalau mau dicuba lagi sekalipun.
Nur Husna lekas memakaikan
Zaki dengan beg galasnya. Mujur Zaki menurut sahaja langkah Nur Husna
membawanya kepada ayahnya. Tidak seperti selalu. Menangis tidak mahu pulang.
Melihatkan Qalbi sudah di pangkuan Azam dibantu Kak Zaitun segala kelengkapan
bayi itu, Nur Husna semakin kalut mahu mengejar. Setelah menghantar pemergian
Badrul dan anaknya, lelaki itu segera mahu dikejar.
Belum sempat Azam mahu
ditahan pergi, datang pula waris lain yang mahu mengambil anaknya. Mahu tak
mahu, Nur Husna terpaksa mendahulukan yang utama. Atirah, si kecil berumur tiga
tahun dan sedang melayan kartun Upin dan Ipin digamitnya untuk dibawa pulang.
Merumitkan lagi, Atirah tidak mahu! Upin dan Ipin lebih menarik minatnya
daripada pulang ke rumah.
Ah sudah! Nak pujuk ni
bukan sekejap.
Kelibat Azam sudah hilang
dari pandangan. Kecewa rasa hatinya kerana tidak berjaya berkata walau sepatah
dengan lelaki itu.
Ah, esok kan masih ada.
Azam sudah dilupakan. Lebih
penting bagaimana mahu menenangkan anak asuhannya yang seorang ini. Agak nakal
dan kuat memberontak. Nur Husna berdiri di depan Atirah yang sedang menangis
teresak-esak. Emaknya yang datang memujuk juga tidak dipedulikan. Malah Atirah
semakin agresif melontar dan membaling barang berhampiran dengannya saat ibunya
bertindak mematikan televisyen. Semakin kuat raungannya.
Dipujuk dengan mainan
kesukaannya juga tidak mahu. Malah dibaling ke emaknya kerana marah. Nur Husna
sudah menggaru kepala. Buntu kalau tantrum anak kecil menyerang. Mahu tak mahu,
cara itu perlu dilakukan juga. Biasanya, itu sahaja cara yang berjaya menghentikan
tangisan anak-anak asuhannya yang tidak mahu berhenti menangis,
menghentak-hentak atau bergaduh.
Kotak suaranya dibetulkan,
mencari mood yang sesuai. Riak wajahnya berubah sedih mahu menangis.
Matanya dibuka luas-luas, biar pedih. Kelak mudah air mata bergenang lalu
mengalir. Setelah usahanya hampir berjaya, Nur Husna duduk menghempas punggung
tiba-tiba di depan Atirah. Lalu tangisan tanpa bunyi mulai kedengaran, disusuli
ranungan kuat yang tiba-tiba.
“Nak tengok Upin Ipin juga. Huarrrr.”
Kaki ditendang-tendang
tikar biar berkecamuk. Tangan dihentak-hentak ke lantai dengan tangisan kuat.
Atirah yang tadinya meraung terus terdiam melihatkan Nur Husna yang menangis
teresak-esak.
“Tirah, kenapa mommy
tutup tv. Kita nak tengok Upin Ipin sama-sama. Huhu.. Huarr.. nak tengok! Nak
tengok!”
Kalau sekali pandang, macam
Nur Husna itulah yang diserang angin tantrum. Atirah mula pandang emaknya.
“Mommy, ibu nak
tengok Upin Ipin juga. Mommy bukalah tv tu. Kesian ibu, dia sedih, dia
nangis.”
“Cakap dekat ibu. Tv dekat
sini dah kena tutup. Nanti kena marah. Kena balik tengok dekat rumah.”
“Tapi ibu nangis. Sedih.”
“Tirah pergilah pujuk ibu.
Ajak ibu balik rumah, kita tengok Upin Ipin dekat rumah.”
Sekejap sahaja Atirah
menurut kata emaknya. Terkedek-kedek menghampiri Nur Husna yang hanya
tersedu-sedu menangis. Tidak lagi menghentak-hentak. Tapi masih tetap
berpura-pura menangis apabila melihat Atirah menghampirinya.
“Ibu, mommy cakap
kena balik tengok dekat rumah. Nanti kena marah.”
“Atirah nak balik tengok
dekat rumah?”
Dengan nada sedihnya Nur
Husna bertanya. Pantas sahaja Atirah mengangguk laju.
“Jom balik tengok dekat
rumah.”
“Okey, jom.”
Laju Nur Husna bangun
berdiri lalu berpimpin tangan dengan gembiranya keluar dari rumah bersama
Atirah. Macam-macam kisah Upin dan Ipin dibualkan mereka berdua. Tengok dari
muka, macam tak pernah kena tantrum pun gayanya. Masing-masing di rumah itu
hanya mampu tergelak dan geleng kepala. Tahu sangat taktik Nur Husna. Sama naik
dengan budak-budak.
Nur Husna menghembuskan
nafas lega apabila kereta yang dinaiki Atirah dan emaknya semakin jauh dari
pandangan. Mujur sahaja itu yang terakhir. Mujur juga tak ada mana-mana lelaki
melihat dia diserang tantrum tadi.
“Gasaklah Husna. Itu je
cara yang 99% berjaya. Walaupun tak bagus sebenarnya, takut budak-budak
terikut. Tak apalah, sementara ni itu je caranya. Nanti aku cari cara lain
pulak. Nanyi sambil menari tiang ke.”
“Menari tiang? Manarik.
Nanti tunjuk dekat I, I nak tengok.”
Terlompat Nur Husna bersama
kuda-kuda silatnya dipasang. Saat terpandangkan senyuman jahat Azam yang sedang
elok bersandar pada keretanya, Nur Husna mendengus kasar. Merah wajahnya dek
ditangkap sedang berdialog sendiri.
Dengar pula tu tang aku nak
menari tiang!
“Ingatkan Encik Azam dah
balik.”
Tanya Nur Husna sambil
menahan sakit hati melihatkan Azam yang masih seronok ketawakannya. Walaupun
tak kuat, tapi jengkel dengar suara ejekannya itu. Kalau tak kenangnya lelaki
ini yang dia tunggu dari pagi, ditinggalkan terus di sini. Gelak sorang-sorang.
Entah macam mana boleh tak perasan, rupanya dia sedang diperhatikan.
“Dah habis dah you
punya tantrum. Hari ni Upin Ipin cerita pasal apa. Apa tadi? You nak
jadi nenek kebayan?”
Semakin merah wajah Nur
Husna apabila diusik tentang perbualannya dengan Atirah tadi. Lebih memalukan,
Azam melihat lakonan tantrumnya tadi. Arhhhh! Kenapa dalam banyak-banyak orang
dalam dunia ni, mesti dia! Kenapa? Kenapa?
“Encik Azam!”
“Okey, okey. Shhh, I diam.”
Kata je diam, tapi bahunya
masih bergegar menahan tawa. Nur Husna mengecilkan matanya memandang Azam.
Eee, kecik besar je aku
tengok. Geram!
“Encik Azam, dahlah! Qalbi
mana?”
“Dah tidur lepas I
bagi susu botol tadi.”
“Saya ingatkan Encik Azam
dah balik.”
“I tunggu you.”
“Tunggu saya, kenapa?”
Pelik Nur Husna. Tadi bukan
main ketat muka macam tak mahu bercakap langsung. Tapi bagus juga, tak adalah
aku kena tunggu esok nak bercakap dengan dia.
“You dah habis
kerja? Ada apa-apa lagi nak dibuat.”
Tanpa menjawab pertanyaan
Nur Husna, Azam bertanya kembali. Jam di tangannya di pandang sekilas lalu
kembali memandang wajah Nur Husna yang bingung.
“Arr, dah habis. Anak
asuhan saya pun semua dah balik. Cumanya saya kena kemas sikit lepas tu baru
balik.”
Nur Husna khabarkan
tugasnya yang masih perlu diselesaikan. Azam mengangguk dan sekali lagi jam
tangannya dipandang.
“15 minit I bagi you
settle down kerja you. Lepas tu you ikut I. I ada buat
appoinment dengan doktor untuk you. Okey?”
“Huh? Doktor? Nak buat
apa?”
“Nanti kita sembang.
Sekarang you pergi masuk dalam. Selesaikan kerja you. Masa
berjalan. Appoinment you pukul 7.”
“Eh, tapi saya tak bagitahu
mak saya lagi. Lepas tu, kalau saya ikut encik, basikal saya macam mana.”
“Itu kita fikir kemudian.
Emak you jangan risau. I dah call Mak Senah tadi. Dia
cakap okey. Jadi, you masuk sekarang.”
Kata Azam sambil menolak
Husna ke dalam tanpa pedulikan gadis itu yang masih mahu bertanya.
Comments
Post a Comment