E-novel: Dia Lelaki Itu 8


1 Oktober 2007 

Aku membuka lembaran album perlahan. Setiap lembaran yang aku alih aku perhatikan foto yang dilekat di situ lama. Menggamit kembali layaran kenangan yang difotokan di situ. Adakala aku tersenyum sendiri, ketawa sendiri mengingatkan kehidupan yang penuh warna-warni, ceria dan lucu. Walaupun air mataku bertakung di tubir mata, namun apabila layaran nostalgia yang bermain di minda kebahagiaan itu masih aku rasai. Sungguh, aku sangat merindui mereka.

Tanganku terus menyelak dan menyelak, album yang ditanda tahun demi tahun aku belek tanpa jemu sehingga tahun yang penuh duka ini. Masih banyak ruang kosong yang boleh dimasukkan gambar lagi. Seharusnya kami penuhkan ruang foto itu. Namun, serasa aku ruang itu hanya akan terus dibiar kosong tanpa diisi.

Keasyikanku terkaku saat melihat satu foto besar yang memenuhi satu ruang muka itu. Tarikhnya aku lihat, 25 April 2007. Hari bersejarah aku memiliki si kecil yang sangat comel. Foto merakamkan kegembiraan mak menyambut cucu sulungnya. Jariku lembut menyentuh permukaan gambar, bermain-main pada senyuman senyuman mereka. Ukiran senyuman dibibirkan diselangi dengan air putih yang mengalir dari tubir mata. Setitik ianya jatuh membasahi permukaan gambar. Dua titik, tiga titik dan hampir seluruh gambar itu tidak lagi kelihatan.

Satu tangan lembut mengelap air yang mengalir di pipi. Album ditanganku ditariknya lalu dilap gambar yang basah dengan kain lalu diletakkan di tepi. Aku hanya membiar duduk bersimpuh dalam kebisuan air mata yang kian melebat. Dia duduk bersila di hadapanku. Tangan kirinya menarik tangan yang menutupi muka. Tangan kanannya lembut menghilangkan air mataku. Senyuman manis masih setia di bibirnya. Sememangnya dari dulu sehingga sekarang saat terpandangkan wajah tenang ini aku juga terpanggil untuk tenang. Air mata mulai kering melihat dia yang tinggal hanya sentapan sendu bersuara. Setelah melihatku agak tenang dia menghampiriku.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya."  -(Riwayat Abu Daud)-

Lantas dia mencium umbun-umbunku lembut. Agak lama daripada kebiasaan sebelum ini. Inilah tabiatnya yang sering dilakukan dikalaku gundah mahupun gelisah, sebelum pergi mahupun pulang. Bermulanya di saat kami diakadkan dia melakukannya. Katanya itu sunnah Rasulullah yang jarang orang amalkan di majlis pernikahan kini. Sehingga kini dia tetap melakukannya malahan inilah salah satu caranya dia menenangkan aku. Aku genggam erat tangannya harapkan kekuatan untuk terlepas daripada belenggu kesedihan ini. Sendu yang bermain akhirnya hilang bersama hati yang tenang dengan menyebut subhanallhiwabihamdih..

Terbuka sahaja mataku dia tersenyum manis. Aku turut tersenyum melihat dia yang sentiasa cuba tenangkan aku. Ya Rabb, bagaimana hidupku kiranya lelaki ini juga kau bawa pergi jauh daripada hidup hamba. Ya Rahim, kuatkanlah hamba sekuatkuatnya  sebelum kau bawanya pergi kerana hamba tahu ajal maut semua di tangan-Mu. Jadi, berilah hamba waktu untuk terus bersama dia kuat dengan dunia-Mu yang penuh fitnah ini.

“Kenapa Humaira’ tak tidur lagi? Dah lewat malam sangat ni?” Dia betanya lembut.

“Tak boleh tidur walaupun letih sangat. Tak boleh nak kawal emosi, asyik nak nangis sahaja.” Dia senyum lagi mendengar aduanku.

“Sini...” Dia menggamitku menghampirinya. Aku menurut tanpa kata. Lalu dia menarikku baring atas ribanya. Walaupun rasa kurang senang tapi melihat dia tenang menyelesakan baringku aku menurut. Seharusnya aku menyambutnya dengan senyuman bukan menambahkan kedukaannya melihatku dirundung kedukaan.

“Maafkan Humaira’ abang. Humaira’ rapuh sangat sekarang. Humaira’ jarang layan makan minum abang. Humaira’ bangun sahaja abang dah keluar abang balik kadang-kadang Humaira’ dah tertidur. Abang call pun kalau Humaira’ sedar Humaira’ angkat itupun hambar sahaja. Tapi, abang tak pernah marahkan Humaira’.” Tangan kanannya aku tarik laluku cium. Aku memandang dia yang tersenyum sambil menepuk lembut tubuhku.

“Abang faham Humaira’ sedang dirundum kesedihan. Abang nak beri Humaira’ ruang untuk Humaira’ sendirian. Tapi, abang rasa dah terlalu lama Humaira’ ambil masa untuk bangun. Masa yang abang beri Humaira’ hanya isi dengan layanan emosi dan tangisan. Sampai bilakah Humaira’ ingin meratapi orang yang telah pergi.  Yang pergi biarkan mereka pergi.Kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup.” Dia menasihatiku penuh kelembutan dan berhemah. Air mataku bergenang mendengarkan kata-katanya. Sungguh kesedihanku terhadap apa yang menimpa aku masih terus-terusan mengganggu emosi ini.

“Humaira’ rasa penat dan bersalah. Rasa bersalah dengan keluarga abang. Rasa bersalah dengan setiap yang berlaku terhadap keluarga mulia ini. Andainya Humaira’ tak hadir dalam keluarga ini. Pasti kehilangan yang Humaira’ rasa ini tak sesakit ini. Sakit kehilangan bayi sendiri. Sakit kehilangan keluarga ini. Lebih sakit melihat kuatnya abang menempuhi ujian ini. Sakit kerana Humaira’ tak mampu menjadi sekuat dan setabah abang.”

Air mata terlalu murah untuk mengalir. Dia terdiam sehingga mungkin terasa seluarnya yang basah kerana air mataku, tidak jemu melakukan perkara yang sama dia mengeringkannya. Aku memejamkan mata kerana melihat dia masih setia dengan senyumannya. Rabbi.. tak terkata aku melihat insan ini.

“Syukurlah diberi ujian ini Humaira’. Kadang-kadang sakit dan ujian yang kita tanggung inilah kafarah iaitu penghapus dosa kita. Bersyukurlah kerana Allah sedang menghapuskan dosa kita yang mungkin kita tak sedari. Bersabarlah jangan bersedih, jangan merungut. Ucapkanlah Alhamdulillah. Sakit di hati yang kita tanggung ini ucapkanlah Alhamdulillah. Belajar redha, redha dan redha. Itu kunci ketenangan. Jangan salahkan apa yang telah Allah tuliskan dalam jalan hidup kita.”
“Sebenarnya beratnya yang kita rasa terhadap ujian ini bukan kerana beratnya ujian yang Allah beri tetapi rapuhnya hubungan kita dengan Allah buatkan kita rasa tak tertanggung ujian yang diberi. Sedangkan Allah dah cakap dalam Surah Al-Baqorah:286 ‘Allah tidak menguji hamba-Nya melainkan sesuai dengan kemampuannya.’”

Dia diam lagi setelah berkata. Rambutku diusapnya dengan lembut. Nafasnya dihela perlahan. Aku memikirkan apa yang dikatakannya. Adakah aku terlalu jauh dengan Tuhanku membuatkan aku terasa berat dengan ujian ini. Benarkah Allah ingin menyucikan aku daripada dosaku kerana jauhnya aku daripada Dia. Andai benar besarnya kasih sayang-Nya terhadap aku.

“Abang pun tak sekuat mana. Kadang abang tewas juga, tewas dengan emosi, tewas dengan ujian, tewas dengan rasa amarah. Tewas tidak mampu memimpin Humaira’ berdepan dengan ujian dunia ini. Tapi, ketewasan itu abang tak akan biarkan syaitan berpeluang membisikkan dan menghasut abang untuk menyalahkan takdir. Kerana itu abang berpegang pada kata-kata ini, apabila sedih atau ada masalah, jadikan Allah sebagai sandaran tempat utama mengadu. Dia ada bersama kita, Dia sudi dengar segalanya. Jangan lupa Dia ya. Ala bizikrillahi tath’mainnul qulub. Dengan mengingati Allah hati ini akan menjadi tenang. Surah Ar-Radh: 28.” 

Diam..

“Benar Humaira’ janji Allah tiada yang palsu dengan mengingati-Nya selalu hati ini akan tenang. Abang serahkan pada Allah hidup dan mati abang hanya untuk Allah, inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a’lamin. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.  Abang adukan segalanya pada Allah melalui bangun malam. Abang tak mahu tinggal walaupun sekali. Kerana Abang tak boleh teruskan hidup tanpa Ilahi. Dah lama abang tak tengok Humaira’ bangun malam?”

Aku tersentak mendengar pertanyaannya itu. Namun, hanya kebisuan yang mengunci bibirku daripada bersuara. Hatiku yang rapuh tersentuh mendengar pertanyaannya itu. Terlalu jauhkah aku dengan Allah sehingga terlalu berat bagiku meredhai apa yang telah tersurat dalam liku hidupku sebagai muslimah. Rabbi.. ampunkan aku. Usapan lembut di pipi menyedarkan aku. Aku memandangnya yang memerhatikan aku besama senyuman manisnya.

“Tahajudlah Humaira’. Bangunlah malam sekurang-kurangnya dua rakaat sahaja. Serahkan diri ini kepada Sang Pencipta. Kita bukan siapa-siapa dekat dunia ini untuk menjadi terlalu sombong dengan-Nya. Jangan kerana ujian yang kita tanggung terasa berat, diri kita ini juga berat untuk sujud menyerah kepada itu. Tahajjud hanya untuk org yg lemah, yang berasa dirinya cuma hamba. Kerana kita ini lemah kerana kita ini hamba kita yang sentiasa memerlukan Tuhan di sisi. Jadi bangunlah tahajjud ya Humaira’?”

Aku mengangguk mendengar kata-katanya. Jika dia tak menyuruh juga aku akan bangun. Aku ingin kembali kepada Tuhanku. Inilah sebabnya aku memilih untuk berteguh kepada agama ini. Agar aku sentiasa merasakan Allah itu sentiasa ada saat aku memerlukannya. Hanya aku sahaja yang memilih untuk melaksanakannya atau meninggalkannya.

 “Abang hanya mampu memberi melalui kata-kata. Abang tak ada kuasa untuk memaksa. Semuanya bergantung kepada Humaira’ sendiri. Humaira’.....”  Lembut panggilannya itu membuatkan aku tergerak untuk bangun menghadapnya. Dia menggenggam lembut tanganku.

“Abang tak tahu sampai bila abang boleh terusan mengjadi tulang belakang Humaira’. Abang tak tahu selama mana abang mampu bertahan dan mengelak dengan ancaman yang mendatang....” Aku tersentak mendengar kata-katanya. Adakah mommy mengancamnya tanpa aku tahu? Adakah dia sembunyikan sesuatu daripadaku? Adakah itu petandanya dia bakal pergi. Ya Karim, adakah Engkau akan membawanya pergi juga daripadaku?

“Abang... kenapa abang cakap macam ni? Abang tak boleh tinggalkan Humaira’.” Aku mula sebak. Suaraku serak berkata padanya. Dia.. tetap dengan senyumannya. Kepalaku diusapnya.

“Humaira’ kena ingat janji Allah. Setiap yang hidup itu pasti menemui mati. Ajal tak semestinya menjemput di kala tua. Bila-bila masa dia datang tidak cepat mahupun lambat walau sesaat. Jadi, Humaira’ perlu bersedia dengan apa yang bakal mendatang. Abang tak mampu nak janji andai esok lusa abang masih mampu bersama Humaira’. Humaira’ tak boleh lagi bergantung pada abang. Walaupun abang dah tak ada Allah tetap ada di sisi Humaira’. Bergantunglah pada-Nya.” Sudahlah emosiku belum stabil. Kali ini suamiku ini menyentuh isu-isu sensitif meninggalkan wasiat pula. Berderailah air mataku bagai air terjun. Sampai hati abang cakap macam ni dekat Humaira’. Rabbi jangan kau jadikan kata-katanya ini kenyataan. Hamba masih memerlukan dia. Hamba tak kuat tanpa dia Rabb.

“Pernahkah abang bahagia menikahi Humaira’? Apakah abang terlalu menderita sehingga tak sanggup lagi hidup di samping Humaira’?” Aku bertanya dengan teresak-esak.

“Apabila abang menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kerana Allah dan bersabar kerana Allah, Itulah bahagia yang sebenar. Abang tak pernah menyesal menikahi Humaira’. Ujian itulah kebahagiaan. Kerana jika abang mampu berdepan dengan ujian ini. Kebahagiaan hakiki di akhirat sedang menanti. Dan abang nak Humaira’ pun menikmati kebahagiaan itu bersama abang.”

“Jadi jangan pergi. Abang mesti janji sehidup semati dengan Humaira’. Humaira’ tak boleh teruskan hidup ini tanpa abang. Tolonglah abang. Jangan tinggalkan Humaira’.” Tubuhnya sudahku peluk erat. Dia bernafas keras. Sesungguhnya ada sesuatu yang disimpannya sehingga tega dia mengucapkan kata-kata seperti ini. Beratkah dia ingin meluahkan itu.

“Humaira’... abang bukan tempat bergantung. Allahlah yang selayaknya menjadi tempat Humaira’ bergantung. Sepertimana, kisah Rasulullah. Saat orang-orang yang menjadi penguat semangatnya Saidatia Khadijah dan bapa saudaranya diambil pergi pada tahun yang sama. Semua itu kerana Allah nak Rasulullah bergantung penuh kepada Allah. Begitu juga kita sebagai manusia. Jangan jadikan manusia lain sebagai tempat bergantung melainkan Allah yang selayaknya. Bolehkan Humaira’?”

“Tak! Humaira’ tak nak! Humaira’ nak abang jugak! Abang tak boleh pergi!” Aku sudah mengongoi dan meraung. Tubuhnya aku erat seeratnya takut melepaskan lelaki ini. Takut diri ini sendirian.

“Allahu rabbi... Humaira’....” Dia tak terkata lagi melihat aku yang tidak terkawal. Tangisan aku terus-terusan bergema di bilik itu. Cubaannya melepaskan aku daripada pelukannya tidak berjaya kerana kedegilanku. Pujukkannya tidak mampu menenangkanku. Akhirnya aku dibiarkan aku memeluknya sehingga terlelap di atasnya.





Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan