E-novel: Dia Lelaki Itu 11
29 March
2010
Aku
tersedar daripada lenaku apabila terasa bahuku disentuh seseorang. Dek
terjaga dalam keadaan terkejut, kepalaku sedikit berpijar dan
berpusing-pusing. Realiti di sekelilingku masih samar-samar. Aku memejamkan
mata sambil beristighfar, cuba mencari titik fokus ingatanku di mana aku buat
kali terakhir. Di hospital, mataku terbuka. Gerangan yang sedang nyenyak
terbaring aku pandang. Nafasnya teratur dibantu alatan bantuan pernafasan. Aku
menghembus nafas lega dan berpaling mencari gerangan yang
mengejutkan tadi. Seorang jururawat sedang tersenyum manis memandangku.
"Ada
apa nurse?"
"Maaf
saya ganggu puan. Ini, saya nak serahkan form yang puan perlu isi. Dan
puan belum daftar pesakit lagi untuk urusan pembayaran." Usai
menjelaskan tujuannya ke situ, jururawat yang bertag nama Sara itu
menyerahkan beberapa keing kertas yang dikepilkan bersama sebatang pen. Aku
menyambut hulurannya lalu memerhati sekilas butiran-butiran yang perlu aku
penuhkan. Saat melihat pada ruang kosong yang meminta maklumat pesakit.
Aku termenung seketika sambil memandang gerangan yang masih terbaring kaku di
katil.
"Puan?”
"Ye?"
Aku berpaling apabila dipanggil lagi, tersedar dari lamunan sebentar cuma.
"Kalau
puan sudah selesai. Puan boleh hantar ke kaunter depan ye."
Tanpa
menyahut, aku sekadar menyangguk sebagai isyarat. Jururawat itu tersenyum dan
mula melangkah pergi. Namun, belum sempat langkahnya jauh, lelaki yang
terbaring di depanku tiba-tiba menggilgil hebat. Tangannya
menggeletar dan mula meronta-ronta. Nafas yang tadinya teratur, dihembus
kasar dan tercungap-cungap. Bola matanya kelihatan meliar gerlisah
walaupun tertutup rapat. Aku yang tadinya tenang menjadi cemas melihatkan
keadaan lelaki itu lantas segera memanggil nurse yang terhenti langkahnya
dengan beriak wajah yang sama seperti aku. Seperti memahami akan apa yang
perlu dibuat, jururawat itu pantas menekan butang kecemasan dan cekap memeriksa
lelaki itu tanpa putus memanggil pesakit. Tindakannya tangkas dan cekap sekali
seprti sudah terbiasa dengan situasi seperti itu.
"Encik..."
"Encik
dengar suara saya..?"
"Encik..”
Pesakit
yang tidak diketahui namanya itu terus-terusan dipanggil berharap agar ada
tindak-balas daripada pesakit sehinggalah doktor yang bertugas bersama beberapa
orang jururawat yang lain datang dengan tergesa-gesa beberapa minit kemudian.
Masing-masing cekap bertindak cuba menenangkan pesakit. Bacaan pada
tekanan darah dan degupan jantung meningkat mendadak membuatkan aku
semakin resah di tempat aku berdiri. Hati terus-terusan berbicara dan merayu
agar semuanya baik-baik sahaja. Melihatkan keadaan semakin cemas, seorang
jururawat segera menarik tirai untuk meutupi pesakit daripada pandangan umum.
Aku digesa untuk menunggu di ruang yang disediakan agar kerja mereka tidak
diganggu. Gelisah yang semakin mencengkam, kegawatan yang semakin kelam-kabut,
suara arahan daripada doktor tegas diberi, bunyi bip yang semakin pantas
semakin mencemaskan semua orang di situ. Namun, segala kekalutan
itu terhenti tiba-tiba apabila insan yang sepertinya sedang bertarung
nyawa sebentar tadi membuka matanya dan segalanya kembali seperti sedia kala.
Mesin yang tadinya pantas berbunyi mula bernada perlahan dan bacaannya kembali
bernada normal. Melihatkan itu dicelah tirai yang tidak ditutup dengan sempurna
terburu-buru aku menghampiri sambil cuba menggambarkan situasi di sebalik kain
itu. Mendengarkan suara jururawat yang masih belum berhenti memanggil disahut
si empunya diri membuatkan aku semakin tidak sabar ingin melihat apa yang
terjadi.
"Encik..."
"Encik..."
"Sa..
sa.. ya.." Sahutan yang lemah menyebabkan aku nekad menyelak tirai yang
tidak ditutup dengan sempurna itu.
"Encik
nampak saya..?" Pertanyaan diganti doktor yang bertugas. Lelaki itu
mengangguk perlahan sebagai riaksi.
"Boleh
saya tahu nama encik?"
"Fa..
fa.. qir.."
Jawapan
yang sangat perlahan tapi sangat jelas butir katanya pada pendengaranku. Kerana
memikirkan satu nama itu, aku sudah ditarik daripada mempedulikan apa yang
berlaku selepas itu. Perlahan-lahan aku melangkah menjauhi situ. Fikiran sesak
memikirkan setiap yang berlaku belakangan ini. Adakah kebetulan? Mengapa
terlalu banyak kebetulannya? Mana mungkin orang yang mati boleh hidup semula.
Aku duduk di kerusi yang disediakan sambil menghela nafas berat. Benarkah dia
lelaki itu? Lelaki yang aku tidak pernah harapkan pemergiannya. Oh Allah,
takdir apakah ini? Benarkah ini semua hanya kebetulan? Raut wajahnya yang
sangat persis dia. Peristiwa mommy menyerangnya tempoh hari tanpa tahu
penjelasan dan muslihatnya. Sesuatu yang semakin mendesak untuk aku
kembali mengenangkan insan yang tidak mungkin aku temui lagi. Dan sekarang
namanya. Mengapa harus sama?
Faqir.
Nama yang menjadi kebiasaan Abang Syazwan mengenalkan dirinya apabila ditanya
siapa namanya. Nama Syazwan lebih sering digunakan oleh ahli keluarganya
sahaja. Dan hakikatnya Abang Syazwan lebih dikenali sebagai Faqir. Adakah dia
adalah dia? Allah, ingin sekali aku membenarkan telahan hati aku. Tapi aku
masih waras. Aku masih ingat. Suamiku telah tiada. Aku masih ingat bagaiman
kejamnya suamiku diambil. Api yang menjulang masih terasa hangatnya. Tubuh yang
rentung masih terbau hangitnya. Semuanya masih terlalu segar di dalam
kotak memoriku. Sedarkanlah aku, ini semua hanya kebetulan. Kebetulan bahawa
Faqir itu hanya sebuah nama yang bukan sahaja milik Abang Syazwan.
Aku
bersandar ke dinding sambil memejamkan mata rapat. Segala spekulasi yang tak
mungkin benar itu aku tepis jauh. Fikiranku kembali aku pusatkan akan keadaan
lelaki yang baru seminggu aku kenali itu. Lelaki yang sudah puas aku tanyakan
namanya kini terjawab. Faqir. Sepanjang seminggu aku menguruskan pakai
minumnya, ada sesuatu yang aku sedar terntang Faqir yang mengaitkannya dengan
mommy. Sepanjang satu minggu ini jugalah, kedaannya sangat mengingatkan aku
yang dulu. Ketika aku dikuasai kesan injekan dadah yang diberikan mommy. Adakah
mommy turut melakukan perkara yang sama terhadap Faqir? Jika ya, mengapa? Apa
hubungannya dengan mommy? Adakah Faqir benar-benar... Arhh, sudahlah Ainul.
Faqir adalah Faqir. Abang Syazwan telah tiada. Pasti ada sebab mengapa mommy
jadikan Faqir sebagai mangsanya. Dan buat masa sekarang, aku tidak mahu
tahu sebabnya. Apatah lagi segala yang berkaitan dengan mommy, sebolehnya aku
ingin jauh daripada segala yang berkaitan dengannya. Apa yang aku risaukan
sekarang kesihatan Faqir. Semoga lelaki misteri itu segera sembuh hendaknya.
Aku
memandang jam di tangan. Sudah hampir angka 6 petang. Ruang wad yang agak
lengang itu aku perhati sekilas ke kiri dan ke kanan. Sepertinya Qawie tiada
tanda-tanda akan menunjukkan diri. Sudah pastinya sibuk sekali adikku itu
sementelah jawatannya sekarang sebagai houseman di hospital yang sama. Dan
pastinya amarahnya belum berkurang apabila aku khabarkan kepadanya keputusan
doktor tentang Faqir bahawa lelaki itu positif dadah ketika waktu makan tengah
hari tadi. Marahnya bukan kepalang hingga menggesa aku segera pulang. Malah
turut memaksa aku untuk tidak lagi mempedulikan tentang Faqir. Entah
siapa-siapa lelaki itu. Mungkin sahaja pencuri, perompak, penagih dan mungkin
juga pembunuh upahan atau orang suruhan mommy. Begitu telahan Qowie apabila
sisi negatif Faqir terbongkar. Puas juga aku berperang mulut dengan Qowie demi
mempertahankan keputusan aku untuk terus menjaga Faqir. Tidak puas hati dengan
kedegilan aku, Qowie pergi meninggalkan aku tanpa menghabiskan makanan yang dipesan.
Walaupun
amarah Qowie ada sebabnya, tapi ini keputusan aku. Aku yang membawanya pulang
dan sudah tentu aku akan menjaganya hingga sembuh. Setidaknya, jika lelaki itu
sudah keluar dari rumahku nanti, kesihatannya lebih terjamin. Kudratnya juga
kembali pulih untuk terus bekerja demi menyara hidupnya. Bukankah memudahkan
urusan muslim yang memerlukan sangat digalakkan nabi. Selain asbab gerak
hatiku terlalu kuat untuk membantunya, tetapi hadis ini aku jadikan tonggak
amalanku untuk terus membantunya dalam waktu yang sama demi menjaga niatku agar
tidak salah tingkah. Risau juga sekiranya ada yang tidak redha dengan segala
yang aku kerjakan. Kerana aku menganggapnya muslimlah aku sangat ingin
membantunya. Ia menjadi tanggungjawabku untuk memudahkan urusannya. Walaupun
tidak semua muslim di dunia ini aku mampu melakukan perkara yang sama,
sekurang-kurangnya aku cuba walaupun seorang. Waima aku juga tidak pasti benar
atau salah perbuatanku.
Setelah
seminggu menguruskan Faqir, kondisi kesihatannya yang tiada tanda akan sembuh
merisaukan aku. Suhu tubuhnya tetap panas sehinggalah pagi tadi. Faqir
tiba-tiba pengsan. Kemudiannya sedarkan diri tapi tubuhnya meronta-ronta
walaupun matanya tertutup, tangannya menggigil digawang ke udara tanpa arah
tujuan, Betapa cemasnya aku melihatkan dia berguling-guling di atas lantai
seperti kelemasan. Kerana aku mahupun Qowie tidak punya kudrat untuk
menenangkan Faqir, lelaki itu segera dikejarkan ke hospital dan inilah
keputusannya. Mujur sahaja doktor yang bertugas memeriksa keadaan Faqir tidak
melaporkan hal itu kepada polis. Jika tidak, entah bagaimanalah seharusnya aku
lakukan.
Aku
kembali memandang borang yang masih di tangan. Sedikit renyuk bentuknya dek
perbuatanku tanpa sedar tadi. Mungkin kerana cemas, tidak sedar laku tanganku
sedang merenyukkan kertas itu. Butir-butir yang perlu aku isi kembaliku
perhatikan . Dan tanpa rancang, terlintas di fikiranku untuk menjadikan Abang
Syazwan sebagai identiti Faqir. Aku tidak mahu Faqir dikenali sebagai
gelendangan yang aku temui di tepi jalan. Aku mahu dia dikenali sebagai insan
berkeluarga. Biarpun harus menipu. Bagaimana Qowie, pasti dia tidak setuju?
Pedulikanlah dia. Jika aku selesai mengisi maklumat dan terus
menghantarnya nanti, tidak ada apa yang boleh dilakukan Qowie. Paling kurang
aku akan dimarahi dan dia tidak akan bercakap denganku setelah itu. Rajuk Qowie
tidak lama selalunya, sakit hatinya pasti cuma sebentar. Tanpa memikirkan lebih
panjang, aku memenuhkan ruang-ruang kosong pada kertas itu hingga selesai lalu
menghantarnya ke kaunter sekaligus membayar apa yang patut. Setelah itu, aku
kembali mendapatkan doktor yang kelihatan kelibatnya seperti baru selesai
memeriksa keadaan Faqir.
Seperti
telahanku, Qowie marah besar saat mengetahui bahawa aku menjadikan Faqir sebagai
Abang Syazwan. Malam yang hening ditemani suara televisyen yang dibiarkan
terbuka, tajam pandangan Qowie memandang aku. Nafasnya turun naik menahan
amukan.
"Kak..
kau tak kesian ke dekat aku?" Amarah yang mengusai ditepis lantas berkata
dengan suara yang sayu.
"Aku
buat apa yang aku rasa betul Qowie. Dia harus dibantu."
"Tapi
dia penagih. Homeless!" Suaranya ditinggikan tidak puas hati.
"Kerana
dia homeless la kita kena tolong. Kerana dia seorang penagih la kita kena
tolong. Tak akanlah sampai bila-bila kita nak biarkan dia macam ni. Aku yang
jumpa dia. Tanggungjawab aku untuk membantunya. Kau sanggup biarkan aku
lemparkan dia kembali ke jalanan seperti longgokan sampah. Tanpa ada hati dan
kemanusiaan. Jika aku ditanya Allah, apa yang seharusnya aku jawab?"
"Banyak
pusat pemulihan yang boleh membantunya."
"Aku
nak dia sembuh dengan cara aku. Aku tahu dia akan sembuh."
"Kak..
tolonglah! Aku risaukan keselamatan kau."
"Aku
tidak rasa terancam. Aku sanggup menghadapi apa sahaja yang mendatang. Aku
nekad, dia tidak akan aku biarkan pergi sebelum benar-benar sembuh.”
"Tapi
dia bukan mahram. Fitnah nanti!"
"Kau
ada dengan aku. Aku tidak berdua-duaan dengan dia. Jika kau ke hospital. aku
sering mengajak Kak Mona jiran sebelah untuk menemani aku."
"Kak..."
Hampir putus asa Qowie ingin memujuk aku. Rambutnya dielus kasar hingga
bersepah. Serabut benar adikku seorang ini. Belum sempat mandi dan bersihkan
diri, langkahnya terburu-buru menghadap aku yang sedang menonton televisyen.
Tegang wajahnya memandang aku tajam. Dalam keadaan berkot putih dan masih
berbau ubat-ubatan pada tubuhnya, Qowie duduk di sebelah aku kasar. Tanpa
sembat bertanya mengapa, laju mulutnya menyoal seperti pegawai polis.
Bengangnya terhadap aku hanya kerana dua perkara. Pertama, kerana nama Abang
Syazwan yang aku daftarkan sebagai Faqir dan kedua, aku menuruti kemahuan Faqir
untuk pulang kerana dia tidak betah berlama-lama di hospital. Baki amarahnya
kerana dia tidak suka hakikat bahawa Faqir positif dadah.
"Kak...
dia penagih kak. Kau sedar tak. Kita tak punya ilmu dalam mengendalikan seorang
penagih. Jika tak terkawal, keselamatan kau akan terancam nanti. Aku risau,
kak." Qowie memjuk lagi dengan alasan yang sama. Aku menghelas nafas
perlahan. Wajah Qowie yang tegang dan penuh kerisauan aku pandang. Rambutnya
yang serabut aku sikat dengan jemariku biar sedikit kemas. Wajahnya aku
usap cuba membersihkan kesan-kesan kotor yang melekat pada wajahnya. Kot di
tubuhnya aku tarik dan aku lipat kemudiannya aku sisihkan di tepi untuk aku
basuh nanti. Tangannya aku tarik ke genggaman laluku cium. Matanya kembali ku
pandnag lembut. Semoga dengan caraku ini sedikit mengurangkan kerisauannya. Aku
tahu amarahnya bukan kerana benci tapi kerana sayang. Marahnya bukan tidak suka
tapi kerana risaukan aku. Kerana dia sangat mengenali aku, memahami aku lebih
daripada prihatinnya seroang ibu yang beku hatinya. Kasihnya tak pernah lokek,
dia muliakan aku sepantasnya seorang kakak. Hasil didikan suamiku, sikapnya
saling tidak tumpah dengan perilaku Abang Syazwan. Aku faham akan kerisauannya,
tapi ini keputusan aku.
"Aku
sayang kau Qowie." Aku cuba memujuk.
"Kalau
sayang aku. Tolonglah dengar cakap aku."
"Tapi
aku nak jaga dia."
"Eee..
degil!" Bibir yang diketapnya dan lontaran rasa tidak puas hati membuatkan
aku ketawa lucu.
"Kak, kalau
kau tak nak dengar cakap aku. Sekurang-kurangnya fikirkanlah Abang
Syazwan." Tawaku mati saat mendneenarkan pujukan Qowie untuk kali ini.
"Kau
tak kesian ke dekat Abang Wan." Aku diam tidak bersuara.
"Sekurang-kurangnya
fikirlah Abang Wan. Mesti dia sedih tengok kau macam ni."
"Abang
Wan akan melakukan perkara yang sama seperti aku."
"Kak...
aku merayu ni kak."
"Qowie,
pernah tak walau sekali kau cuba bandingkan keadan Faqir sekarang dengan
keadaan aku yang dulu? Kau rasa kitaorang sama tak?"
"Maksud
kau?" Syarqawi bertanya hairan.
"Waktu
pertama kali aku tahu keadaan dia, aku sedar dia cermin aku, dik. Cermin masa
lalu aku. Aku pasti kau tak lupa betapa teruknya sakit yang aku lalui dulu, aku
yakin jeritan aku setiap malam seperti orang gila masih menjadi mimpi ngeri
setiap malam kau, Aku yang sering menangis tiba-tiba kau pun pusing bagaimana
mahu tenangkan aku. Kau yang menangis peluk aku setiap kali aku sesak nafas.
Air yang sentiasa kering setiap kali kau cuba kurangkan demam panas aku yang
tiada kesudahan dengan kain lembab. Kau yang selalu ikat aku setiap kali
agresifnya aku meronta-ronta sebab panas yang tak tertanggung. Tubuh yang
sentiasa lemah, tak berdaya, aku yang sentiasa menjerit melolong sesuka hati.
Aku rasa mimpi ngeri yang kau alami setiap malam di rumah agam dulu, serasa aku
tak mudah untuk kau lupakan semua itu. Dan, keadan Faqir. Kehadirannya,
bukankah mimpi ngeri berulang?" Aku memandang Qowie cuba melihat
riaksinya. Seperti agakanku, riak wajahnya berubah. Risaunya bertambah. Resah
usah dikata, dapat dibaca pada lakunya.
"Aku
tahu Qowie, kau sebenarnya bukan risau sebab dia seorang penagih. Itu hanya
alasan kau. Aku sangat kenal siapa adik aku. Kau risau trauma aku jadi balik
dekat aku kan? Kau risau dia menjadi penyebab aku kembali berjumpa mommy
kan?" Qowie membuang pandang ke arah lain. Aku menarik lengan bajunya cuba
mengesahkan telahanku. Aku tersenyum melihatkan tiada riaksi darinya.
"Qowie,
percayalah. Aku lakukan semua ini sebab aku sangat fikirkan Abang Wan. Aku
lakukan apa yang dia buat apabila aku meminta padanya. Dia ambil aku dan
sembuhkan aku. Kau juga akan lakukan perkara yang sama terhadap aku. Apakah
kerana aku ini kakak, kau bertindak demikian? Aku tak nafikan, aku sedarah
daging dengan kau, jadi tidak hairan kau bertindak sedemikian. Tapi, dia juga
sedarah daging dengan kita dalam aspek akidah. Bukankah kau boleh lakukan
perkara yang sama? Aku ingin sekali berdiri di tempat Abang Wan sekarang.
Aku ingin melakukan perkara yang sama Abang Wan lakukan. Dia pulihkan aku
dengan caranya tanpa biarkan aku sendirian. Itu yang ingin aku lakukan kepada
Faqir. Aku ingin membantunya seperti mana Abang Syazwan membantu aku. Aku
sangat yakin. Faqir ada kaitannya dengan mommy. Dan aku sangat yakin dadah yang
diberikan kepada Faqir adalah dadah yang sama mommy berikan kepada aku. Dia
bukan penagih Qowie. Dia cuma mangsa eksperimen seperti aku. Tolonglah faham
Qowie. Aku tak lakukan semua ini kerana kepentingan aku, tiada langsung
untungnya kepada aku. Aku lakukan semua ini sebab Abang Wan, sebab dia seorang
muslim."
"Tapi..."
"Aku
janji. Aku janji dengan kau. Sembuh sahaja dia, aku akan pastikan dia pergi.
Tapi bukan tempat gelendangan. Tapi, tempat yang boleh dia mulakan hidup baru.
Dia lelaki. Pasti kudratnya sangat mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Setidaknya dia tidak lagi mengemis. Boleh ye Qowie? Bagi aku peluang, bagi dia
peluang. Dan aku sangat perlukan kau untuk dia segera sembuh. Boleh ye?"
Aku melipat kedua-dua kakiku lalu aku duduk di atasnya seperti duduk di antara
dua sujud. Kedua-dua tapak tanganku dirapatkan lagak merayu. Wajahku manjakan
sambil mengerdipkan mataku berulang kali. Wajah yang serius mula tenang sambil
mengjungkitkan hujung bibirnya, tersenyum senget. Matanya diliar ke kiri ke
kanan sambil mengusap dagunya yang berjanggut sejemput, pura-pura berfikir.
"Sampai
sembuh?"
"Sampai
sembuh." Jawabku meleret.
"Baik
hantar hospital. Lagi cepat sembuh." Jawab Qowie menguji.
"Qowie!
Kau faham kan? Kau saja buat-buat tak faham kan?" Qowie menjungkit
bahunya, mengelak.
"Ala,
Qowie..." Suaraku sudah layu, merengek. Selalunya kuasa wanita di situ.
Lebih pas jika beserta air mata.
"Betul
ni sampai sembuh?"
"Sammmppaaiii
semmmbuhhhh!" Aku menjawab semangat sambil mengangkat tangan kananku
separas bahu gaya berikrar.
"Janji?"
"Jannnjiiiii!!"
Tawanya terletus. Dia membetulkan duduknya lalu memandang aku. Senyumannya
dilebar lantas menyusap rambutku kasar, sengaja sepahkan biar serabut.
"Okey..."
Dan aku
seperti ditimpa hujan pelangi. Gembiraku bukan kepalang hingga menjerit
kesukaan. Qowie yang seperti ingin melarikan diri diserang aku. Dia segera aku
kejar dan kupeluknya erat dari belakang. Ketawa besar kami berdua. Terima kasih
Qowie. Kaulah daddy, kaulah mommy. Aku sayang kau.
Comments
Post a Comment