E-novel: Dia Lelaki Itu 2
PANG!!
Terima kasih | Jangan lupa komen :D
Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!
Salam Sayang | AinuoMZ
Perit
sekali rasa tamparan yang mendarat di pipiku. Aku melekapkan telapak tangan
kananku ke pipi lalu mengusapnya lembut. Cuba mengurangkan rasa sakit. Mataku
pandang ke bawah tidak berani bertentang mata dengan mommy yang sedang menyinga
ketika itu. Sedar sahaja dari pengsan aku terus dibawa menghadap mommy di bilik
kerjanya yang luas. Dan setelah berdiri lama di sini masing-masing membisu
akhirnya tamparan mommy memecah kesunyian di antara kami.
“Did you
know what you have done Mei Xi?” Suara mommy ditekan bertanyakan soalan itu.
Aku diam menunduk ke bawah, tiada kuasa untuk menjawab mahupun membalas.
“I’m
asking you, my dear!” Terjungkit bahuku mendengar sentakan suara lantang mommy.
Aku mengangkat kepalaku sedikit sebelum kembali memandang ke lantai.
“Answer
me!” Bertambah meradang mommy apabila aku tidak menjawab.
“It’s
better if I don’t answer it. It’ll hurting you. Just enough I said it for once
and you already know it.” Dalam keadaan gentar berhadapan amukan seorang ibu,
aku cuba berkata. Dalam nada yang perlahan namun ada ketegasan yang tersirat.
Aku benar-benar berharap mommy faham.
PANG!
Sekali
lagi tamparan mommy membuatkan pipiku menjadi mangsa tangannya. Perit yang
terasa berganda membuatkan aku hampir mengalirkan air mata. Namun, aku tahan.
Aku bertahan selagi aku mampu.
“Kau
benar-benar nak memalukan mommy ke ha? Don’t you know what would be happen to
our company? Don’t you know our others family will insult me and your daddy
because of you? Don’t you relise who you’re in Tao’s descent? Don’t you know
that!?”
Satu
persatu soalan ditanyakan mommy kepadaku seperti cuba menyedarkanku siapa aku
sebenarnya di mata dunia, di matanya. Rambutku ditariknya kasar ke belakang
memaksaku bertentang mata dengannya. Aku tidak melawan, hanya terus membiarkan
dia melakukan apa yang di mahunya.
“Answer
me!”
“I know
that. I know who am I. I remember every single words that you had told me
everydays. I am Tao Mei Xi. The main descent of Tao. The legend of ancestry of
Tao’s descent. Who will bring Tao’s name pompous, conceit, famous, powerful,
influence and mighty in front of the eyes of the world. What had been wrote in
the history that one day, there will be a first born after fifth generation a
son or a daughter will monopolise this world as Tao’s legend. And the first
born after fifth generation is me. I know that! Satisfied?”
Aku
mengulang semula kata-kata mommy yang hampir setiap hari menyapa pendengaranku
semenjak mataku mencelik melihat dunia ini. Mommy tersenyum sinis mendengar
setiap kata-kataku. Dia melepaskan cengkamannya di kepalaku.
“Satisfied?
How if I said no? If you know that miracle sentence. Why don’t you just follow
the rules? Make the forecast become true. Simple! Just follow what I’ve arrange
for you. Not bring the disaster to this family! Not destroy it just because of
your stupid manners!”
“Make the
forecast become true? Or make your desires become true?” Terasa sinis
pertanyaanku menyebabkan matanya mencerlung ke arahku.
“What are
you trying to say Mei Xi? I did all this for your benifits. I want make you
future become glorious. People will give their obeys to you. All this for your
kindness. I try to help you progressive in your own ways. I try to help you
creat your own empire.”
“No! Not
my own ways! That is your ways! What do you want to do is not creating my
empire but your empire. I’m just your puppet to make your dreams become true.
That all!”
“It’s
better you shut your mouth or....”
“Or what
you want to kill me?! Huh, just do what do you want. But start from now. I’ll
never follows your instructions.”
Aku dah
penat ingin mendengar basuhannya. Aku tahu walaupun dia masih belum menyebut
tentang agamaku tapi kata-katanya sangat tersirat. Descent yang diulangnya cuba
mengingatkannya aku siapa asal-usulku, siapa keturunanku, apa pegangan nenek
moyangku dan aku tahu itu caranya. Sekarang aku dah malas ingin mendengar sebab
tiada yang berubah tentang diriku. Keputusanku telah aku putuskan. Sekali aku
bertindak selamanya aku akan berpegang padanya.
“Come back
to your real religion right now?!” Mungkin kerana bengang dengan riaksi
selambaku mommy berteriak lantang.
Langkahku
yang ingin diatur pergi dihentikannya. Tanganku direntapnya kasar mengheretku ke
depan pasungan patung besar yang dikatakan Jesus. Ukiran timbul yang melekat di
dinding bilik itu sudah lama diukir semenjak rumah agam ini dibina. Aku dipaksa
melutut di hadapan pasungan itu. Aku memandang pasungan tersebut tanpa ada rasa
di hati. Pandanganku kaku dan rasa kosong di hati kembali menyapa. Apa yang
dikatakan mommy tidak lagi aku dengar. Kata-katanya hanya berlalu seperti air
langsung tidak menyapa ke hati. Hatiku tetap teguh, keputusanku tetap satu.
Buatlah apa yang mommy mahu, aku tidak akan berganjak walau seinci.
Tidak
beberapa minit masuk dua orang paderi berpakaian rasmi agama kristien yang aku
agak mungkin dijemput mommy. Aku tersenyum sinis, usaha yang gigih tapi maaf
Mei Xi sekarang bukan lagi Mei Xi yang dulu. Segala yang diucap mereka aku
hanya dengar, pertanyaan mereka langsung tidakku jawab. Aku hanya pegun melutut
kerana dipaksa tidak langsung memberi riaksi. Satu jam.. dua jam.. tiga jam..
ianya berlalu tanpa ada rasa. Hatiku tetap basah menyebut nama tuhanku yang
satu, Allah... Allah... Allah...
“Mommy...”
Aku menggamitnya perlahan. Mata yang ku pejam aku buka. Ucapan yang dikatakan
paderi itu juga terhenti apabila mendengarku bersuara. Aku beralih memandang
mommy di sisi kiriku.
“Yes
darling! Did you already relise that your choice was wrong? Ready to back.
Don’t worry, I’m here for you.” Aku tersenyum sinis dengan kata-katanya.
Tubuhku yang melutut aku angkat berdiri di hadapannya.
“Mommy,
don’t you remember one thing? I think you escape it. I know you tried to hide
it from me. But, you loosed it. Remember, the history also said that the first
born maybe will change the principle of Tao. He or she will bring a new
behaviour that will change this family. And for the rest of my live, you avoid
everything that will brings me to there. You never let me mix with peoples that
have different religion especially Malay peoples. You even drop every subjects
that have characterized about religion since I was in secondary school until I
was graduate. Am I right?”
Dengan
nada yang sinis aku berkata, mommy terkaku mendengar kata-kataku. Nyatanya dia
terkejut dengan kenyataan yang aku bawakan sebentar tadi. Mulutnya terbuka
tetapi kelu untuk berkata.
“How did
you knew that?” Akhirnya dia bersuara.
“Nothing
important how I can knew that... but mommy.” Aku menghampiri mommy. Tangannyaku
raih dan ku genggamnya erat. Matanya aku pandang tepat berharap apa yang
inginku sampaikan ini benar-benar difahaminya.
“If you
want your Mei Xi still in this family, please let her go. Enough with all you
conquer to make your empirer. Do you think even once about her happiness? Do
you know how suffered she is? I know you try to make the forecast become true.
But, please. Don’t lets the history control your way. This make you abandon
others happiness, mother. There would not change if I’m not on the CEO’s chair.
You can do it by your own hands. What you want to creat is your empire not my
empire. So, let me free from here. Let me go. I want make my own live. Please
mother. Understand me. Please...”
Usai
berkata itu aku mengatur langkahku untuk pergi. Kali ini aku benar-benar
berharap mommy akan lepaskan aku. Namun, jeritan mommy memusnahkan impianku
yang menggunung. Aku lupa betapa kerasnya mommy. Betapa degilnya dia. Dia tak
akan berputus asa denganku. Hatinya tak akan terlokek hanya kerana kata-kataku.
Aku bukan siapa-siapa baginya.
“Stay
where you’re. Don’t move even an inch. I would not let you go. Forget about
your happiness. Rubbish that! If we want to get what we want there must have
someone who need to give their sacrifice. I already tried to communicate in
simple words with you. But you make me take this way. I think, you should get
something hard to bring you in reality, to make you follow every single things
I ask you to do. Let try it, maybe it could wake you up.”
Dan
kata-kata penuh ancaman itu membuatkan dunia di sekelilingku gelap apabila
sesuatu yang keras sengaja dipukul di belakang leherku.
*******
10 March
2006
Setelah
berlakunya pergaduhan besar antara mommy dan aku tempoh hari, masuk hari ini sudah
setahun berlalu. Ternyata mommy sememangnya tidak peduli sama ada aku ini
anaknya mahupun tidak. Dalam dirinya hanya mahupun segala yang dirancangnya
berjaya. Segala yang diaturnya tidak gagal. Dia akan melakukan apa sahaja
asalkan tiada siapa yang menghalangnya untuk jatuh. Termasuk aku, anaknya
sendiri.
“How’re
you today my dear?” Mommy menghampiriku yang lesu di atas katil dengan
senyumannya yang menjengkelkan. Aku hanya mampu memandangnya dengan mata yang
separuh terbuka. Tenagaku hilang, tubuhku sakit-sakit akibat perbuatan mommy.
Sememangnya
aku dipukul teruk oleh orang suruhannya. Biarpun dia mengatakan usahanya itu
untuk menyedarkan aku. Aku cuba dikembalikan melalui kelembutan tetapi dengan
tegas aku menentang, akhirnya mommy membuat keputusan untuk menggunakan
kekerasan. Dua minggu. aku dikurung di dalam sebuah bilik stor. Setiap hari
mommy akan datang dengan dua orang paderi. Memaksa aku kembali kepada agamaku
yang lalu. Sekiranya aku melawan tubuhku dipukulnya dengan cemati. Sakit yang
aku tanggung sememangnya tersangat perit, sekiranya aku ragu-ragu dengan agama
baruku ini sudah lama aku kembali mengikut telunjuk mommy. Tapi teringatkan
kisah-kisah tokoh Islam yang pernah diceritakan Abang Syazwan yang kehidupan
mereka lebih menderita daripada aku membuatkan aku kuat dengan semua ini.
Sekiranya perlu aku mati sekalipun aku sanggup.
Mujur
kerana kepentingan perniagaan Tao yang disanjung tinggi oleh mommy mengalami
masalah. Aku dikeluarkan daripada bilik usang itu dan dirawat melalui doktor
peribadi keluarga mereka. Hampir sebulan juga mengambil masa untuk aku
benar-benar sembuh. Namun, usahanya untuk kembalikan aku kepada Kristien tiada
erti putus asa. Dalam tempoh menyembuhkan diri aku, setiap hari mommy datang
memujuk. Aku dipaksanya meminum air ‘Holy’ yang aku tahu benar bagaimana proses
menjadikan air itu. Disebabkan sesuatu yang kotor mampu menggelapkan sekeping
hati, aku enggan. Aku rela mogok makan daripada menghidangkan sesuatu yang
mampu merosakkan hati aku.
Mungkin
kerana terdesak untuk aku kembali sebagai CEO sebelum kejatuhan Tao-Holding.
Mommy menggunakan strategi licik dengan menempah satu set dadah. Mahalnya usah
ditanya kalau tak lebih daripada 10 angka jangan harap dapat. Dibuat oleh orang
yang sangat professional yang diseludup dari Negara luar. Fungsinya dipercayai
dapat menundukkan orang lain. Maksudnya membolehkan mommy membuatkan aku
mengikut segala telunjuk mommy. Dan dia berjaya.
Setiap
hari tubuhku akan diinject dengan ‘controlable drug’ dan hari aku akan
bertenaga sekali melakukan rutin harian. Sebagai back up satu lagi alat
diletakkan ditubuhku tepatnya gelang yang bukan hanya gelang biasa. Luarannya
cantik memukau tetapi fungsinya of course demi kepentingan mommy. Kalis air dan
tak boleh dibuka kecuali dengan kod rahsia. Apabila aku cuba membantah, mommy
yang memegang alat kawalannya akan menekan satu butang dan satu aliran
current akan beri tindak balas terhadap dadah dalam tubuhku. Rasa sakit sebagai
sampingan, dan otakku diset untuk mendengar arahan mommy. Dan sekarang aku
bukan lagi boneka tapi robot.
Tiga bulan
berlalu dan perniagaan Tao-Holding melonjak naik dengan jayanya. Aku lebih
terkenal dari sebelumnya. Aku tidak bercakap tanpa arahan daripada mommy begitu
juga sebaliknya. Kerja sebagai CEO sememangnya usah dicerita sibuknya,
bertimbun-timbun dari pagi sampai petang belum tentu habis. Pergerakan fizikal
dan mentalku sememangnya dikawal rapi oleh mommy. Setiap hujung minggu aku akan
dibawa ke makmal untuk melihat keadaan diri aku. Senang ceritaaku ini dibaratkan
sebagai sebuah figura eksperimen tangan manusia.
Hari
berganti hari, tanggungjawabku semakin memberat. Walaupun, Tao-Holding bersih
dari rekod jenayah namun batinnya empire ini layak berada rekod jenayah
teratas. Selain terlibat dalam menyeludupan dadah professional antarabangsa,
pusat judi terbesar dunia milik Tao-Holding turut berkembang pesat. Aktiviti
haram terlalu banyak dilakukan oleh Tao-Holding salah satunya seperti menerima
upahan menjatuhkan syarikat-syarikat tertentu juga dilaksanakan oleh Tao-Holding
secara sulit. Tao-Holding yang terkenal sebagai pengeluar emas, berlian dan
jewels serta tekstil sutra terbaik dunia hanya sekadar perisai luaran. Juga
sebuah kilang arak terbesak di luar Negara diedar pesat ke seluruh dunia
menggahkan lagi nama Tao. 10 buah sekolah elit Tao’s secondary school terbesar
di Malaysia ditubuhkan bagi menggaburi mata yang memerhati dengan jasa yang
ditaburkan kepada Negara. Kenyataannya Tao-Holding lebih daripada pengeluar
perhiasan dan tekstil. Rahsia dalaman ini sememangnya disimpan rapi dengan
sogokan wang jutaan ringgit. Hanya orang-orang tertentu dan berdarjat tinggi
tertentu sahaja mengetahui nya.
Aku sudah
lama memikirkan hal ini sebelum bertindak memeluk Islam. Kerana semua ini juga
aku tidak mahu lagi memegang jawatan ini. Aku penat bersubahat jadi aku lebih
memilih melepaskan semua kekayaan ini. Tapi sekarang, kelicikan Puan Sri Siew
Ming membelenggukan aku dalam sangkar emas ini. Setiap hari aku dikawalnya
seperti robot. Aku melakukan semua kerja haram ini tanpa kerelaan hati aku
sendiri. Hati aku sakit melihat syarikat-syarikat yang baru ingin membangun
jatuh tersungkur kerana tanganku sendiri tanpa kerelaan hati aku. Tapi demi
kemegahan, mommy memaksaku. Bertambah sakit apabila aku mengkhianati negaraku
sendiri melakukan kerja makan rasuah, melakukan kegiatan dadah antarabangsa.
Tangan aku sendiri menghancurkan nama baik tanah tumpah darahku. Namun, apa
kuasaku. Sedangkan tubuhku dikawal oleh tangan manusia lain.
Selain
melakukan kegiatan perniagaan yang melibatkan jenayah melampau. Mommy tak lupa
kembalikan aku kepada asal. Ada sahaja aktiviti keagamaan yang dilakukan mommy.
Aku tak mampu membantah hanya menurut. Aku semakin lali dengan semua ini. Apa
yang aku mampu lakukan hanya cuba bepegang teguh dengan peganganku. Biarlah
tiada seorang muslim sekalipun menjadi saksi penghijrahanku. Cukup sekadar
Tuhan yang tahu siapa aku disisi-Nya. Walaupun dikawal, aku sentiasa mencari
ruang untuk melatih diriku terbiasa dengan ibadah wajib dalam Islam. Akalku
sentiasa cuba mengingat segala gerak-geri yang pernah diajar Abang Syazwan
tentang solat. Cara mengambil wuduk juga sering kali aku cuba praktikkan.
Bacaan dalam solat juga aku cuba ingat melalui kaset yang sering aku dengarkan
sebelum mommy membakarnya. Walaupun tidak sempurna tapi aku benar berharap
usahaku ini diterima. Mungkin sekarang nasibku tidak terbela, tapi aku yakin
dengan janji Tuhanku. Dia ada dan sentiasa ada untukku selamanya.
Namun,
kadang-kadang perbuatanku ini dihidu oleh mommy dan impaknya azab menimpa
tubuhku. Kesan lebihan dadah yang diinject ke tubuhku memberi kesan sampingan
pada otak menyebabkan hampir separuh apa yang aku praktikkan lupa. Aku tidak
lagi bebas untuk bersolat di dalam bilikku sendiri apabila mommy memasang CCTV
dan menyediakan pengawal wanita untuk berjaga apabila aku bersendirian di dalam
bilik. Pokoknya aku tidak mampu berbuat apa selain berniat untuk solat.
‘Controlable
drug’ memberi kesan yang bukan biasa-biasa terhadap tubuhku. Siangnya
sememangnya aku bertenaga namun apabila dosnya sudah habis, tubuhku akan
menjadi tersangat lemah sehingga tidak mampu berdiri. Mataku tidak mampuku
buka. Badanku lesu kehabisan tenaga. Bibirku kering sentiasa ingin meneguk air.
Dahagaku melampau seperti berada di padang pasir yang tandus. Setiap hari aku
lalui dengan derita seperti sentiasa ingin meminta nyawa. Dan penyakit lelahku
semakin teruk daripada sebelumnya. Keperitan dan kesedihan dalam hati hanya
mampu aku pendam melihat mommy langsung tidak bertimbang rasa melihat keadaan
anak gadisnya. Setiap malam aku ditemani air mata bukan kerana nasib diriku
tetapi sedih melihat seorang ibu yang tidak mempunyai sekeping hati.
“Mommy,
please stop this. I can’t endure it anymore.” Aku mengumpul sedikit kekuatan
berbicara terhadap mommy. Mommy berdiri angkuh di sisi katil memandang aku yang
lesu tidak bermaya di atas katil. Senyuman puasnya terukir.
“Not until
you convert to your original religion.” Aku melepaskan nafas berat mendengar
jawapan tidak berhatinya.
Aku tahu
mommy masih tidak berpuas hati dengan aku kerana hal yang satu ini. Biarpun
daripada luar hingga dalamanku, daripada fizikal hingga mentalku mommy mampu
kawal hatta bicaraku juga mampu dikawalnya tapi tidak apabila aku dipaksa
mengangkat sumpah kembali kepada agama asalku. Sememangnya aku juga terkejut
apabila bibirku menjadi kaku apabila tiba upacara tersebut. Walaupun dipukul
berkali-kali bibirku sentiasa mengikut kehendak hatiku untuk tidak berbicara
hanya ketika itu. Ajaibkan, dan aku lega. Kerana itu aku sentiasa merasai
bahawa Allah sentiasa memeliharaku. Sakitnya usah dikata, azab yang kutanggung
berganda apabila setiap kali paksaan supaya aku mengangkat sumpah ditentang
dengan kebisuanku, mommy akan menekan butang kawalan gelangku berpuluh-puluh
kali. Sehinggakan aku menggelubur di atas lantai akibat kesan current yang
melampau kerana perit menanggung perbuatan seorang ibu.
“But
mommy, saya akan mati kalau mommy siksa saya macam ni.” Aku cuba memujuknya.
Dia membongkok merapatkan wajahnya ke wajahku. Matanya bulat memerhati
keadaanku. Namun, senyuman sinis tetap terukir di bibirnya.
“Sakit?
Siksa? So, apa kata Mei Xi convert sahaja dan kesakitan Mei Xi akan lenyap.”
Mommy mengumpanku.
“I can’t
mommy... can.. you... please... for... once... consider... about... this...
body? Can... you... please... remind... yourself... that... you... have... a..
daughter?” Tersekat-sekat aku bersuara kerana lelah yang tidak menentu sentiasa
menyerang tanpa sebab. Kesan sampingan dadah yang teruk menyebabkan hal ini
terjadi.
“I always
know that I’ve a daughter. But, your manners make me did all this to you. I
just want to get back my daughter. That all. Since you’re to stubborn stay with
your princip. So, I’ll never give up. I’ll make sure I get what I want.”
“But
mom...”
“Inject
her!”
Dengan
arahan itu, mommy pergi meninggalkan bilikku tanpa langsung memandang wajahku.
Seorang pembantu yang sedari tadi setia di samping mommy menghampiri. Dulang
yang dipegangnya diletakkan di atas kabinet. Aku hanya mampu memandang.
Kudratku terlalu lemah untuk melawan. Aku tahu apa ingin dilakukannya. Dia
mengambil picagari yang telah diisi penuh dengan dadah yang setiap hari tubuh
aku menerimanya lalu disuntiknya di tepi leherku. Hanya beberapa saat sahaja
tubuhku mula menerima tindak balas. Seperti hari-hari sebelumnya, tubuhku
menggelepar di atas katil ke sana dan ke sini. Peluh memercik hebat membasahi
tubuhku. Aku mengerang melepaskan rasa sakit seluruh badan dan akhirnya aku
terlelap. Setengah jam kemudian aku akan bangun dan bersedia memulakan hariku
dengan penuh tenaga yang luar biasa.
Comments
Post a Comment