E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 13 - Jangan Tinggalkan Saya



13: JANGAN TINGGALKAN SAYA

Pang!

Semua terdiam saat tangan kecil itu laju bertindak menampar lelaki yang lancang bicaranya mengguris hati seorang wanita. Air mata yang dipaksa tahan, tidak terhalang lagi mencurah-curah bagai air terjun. Bella semakin serba salah, tak tahu yang mana harus diterpa dahulu. Siapa yang harus dipujuk. Jujurnya hatinya turut terkesan apabila abangnya terlalu kejam menutur kata hina, setega itu sikap abangnya yang dijulang selama ini kepada seorang gadis yang sudah digelar tunangnya. Tapi kakinya berakar ke tanah mahu memujuk saat melihat abangnya pula dilempang keras gadis itu. Dia serba salah!

Langit dipandang gelisah, bintang dan bulan yang tadinya cantik bercahaya di dada langit mulai kelam dilindung arakan awan hitam. Dentuman guruh sayup-sayup dari jauh. Patutlah angin malam ini sejuk lain macam. Anginnya pula kuat menghantar petanda sedari petang. Rupanya isyarat daripada langit mahu memuntahkan isinya bila-bila masa sahaja lagi. Seolah-olah alam sangat tahu, ada hati sedang disakiti. Bercucuran tangisnya disertai alam tidak lama lagi. Kelak basah kuyup mereka jika tidak segera dicari tempat perlindungan.

“Err.. abang, kak Husna. Jom kita balik. Nak hujan ni.”

Bella memecahkan kesunyian yang berdetik lamanya dengan kekeliruan dan ketegangan menyelubungi mereka. Tangan Nur Husna dicapai, menarik tubuh gadis itu untuk dekat dengannya. Nur Husna tak berpaling lagi. Mahu pandang mereka pun dia tak mahu. Hatinya terlalu sakit. Sakit umpama racun berbisa sedang merobek-robek hatinya. Crocs disarung, lampu pelita dicapai, tanpa pandangan kedua menonong langkah Nur Husna meninggalkan Azam Norhakim malah huluran Bella juga tidak disambut.

Langkahnya semakin laju meninggalkan mereka yang masih statik di belakang. Bibirnya digigit kuat menghalang esakan yang semakin kuat berbunyi. Mata semakin kabur dengan limpahan air mata. Dibiarkan bertali arus tanpa ada rasa mahu mengesatnya. Panggilan keras yang menyeru namanya dari belakang, ditulikan deria telinganya tanpa berhentikan langkah. Derapan kaki yang mengejar juga tidak diendahkan, malah kakinya semakin laju melangkah. Rangkulan pada lengannya ditepis kasar. Hampir terpelecok kakinya dek ditahan berkali-kali tapi semuanya ditepis. Hinggalah Azami Norhakim mendahului langkah, berhenti di depannya lalu mencengkam dua bahunya. Rontaannya tidak membantu kali ini. Nur Husna terkunci tapi terus membuang pandang ke sisi. Dia benci mahu melihatwajah itu. Dia benci! Sangat!

“Hey! Hey! I’m sorry. I crossed the line. Shh.. Shh.. oh please. Jangan menangis. I tak tahu nak pujuk perempuan.”

Kata sinisnya sudah berubah. Lembut nadanya tapi penuh dengan resah entah mengapa. Mungkin menyesal dengan kelancangan mulutnya. Dia meraup wajahnya apabila Nur Husna masih dengan tangisannya tapi tidak mahu langsung memandang wajah Azami Norhakim. Kecewa benar sisi wajah itu. Kedengaran bisikan sumpah seranah berkali-kali meniti di bibir Azami Norhakim, marah dengan diri sendiri. Ada sedikit rasa sesal.

Dia lupa, dia berurusan dengan seorang wanita yang sangat lembut hatinya. Yang sangat sensitif jika disentuh kekurangan dirinya. Dek terlalu jengkel dengan kaum itu, hidupnya lebih sering dihabiskan dengan lelaki. Malah urusan kerjanya lebih disibukan kerjasama dengan lelaki. Jadi dia lepas laku. Mulutnya sudah biasa berbicara nista jika dengan lelaki. Berdepan dengan Nur Husna, dia lupa. Kerana tidak suka dengan perempuan, hamburan rasa jengkelnya dilepaskan kepada Nur Husna tanpa rasa bersalah. Jika dia tidak suka, dia jujur nyatakan terus tanpa ada lapik bahasanya. Jika dia mahukan sesuatu, dia lakukan sesuai dengan kemahuan dan rancangannya tanpa peduli pendapat yang lain. Asalkan hasratnya tercapai. Itu dia, Azami Norhakim. Dia buat apa yang dia rasa berfaedah untuk dirinya. Soal hati? Dia tak pernah kisah akan semua itu.

Azami menunduk sebentar, berfikir tanpa melepaskan cengkaman pada bahu Nur Husna. Gadis itu masih begitu, tak mahu memandang dan semakin hanyut dengan esakkannya. Perlahan dia mendongak, mencari wajah si gadis yang dirundung duka. Keluhan perlahan dilepaskan sebelum mencari nafas untuk berkata lanjut.

You nak putuskan pertunangan ni?”

Seperti tersedar, wajah itu berpaling. Matanya semakin mengecil, bibirnya semakin melorot ke bawah; mencebik mahu menangis lagi. Jemari kecilnya dibawa ke mulut, tangisannya mula berbunyi nyaring. Kakinya tegak dipasak, tiba-tiba terjelepok ke tanah. Terhinjut-hinjut bahunya menangis. Terluka benar dia dengan kelancangan Azami Norhakim.

“Nur Husna!”

Azami Norhakim turut cemas mencangkung apabila gadis itu sudah terduduk di tanah tiba-tiba.

“Apa awak buat dekat saya ni Azami. Tsk.. tsk..”

Azami Norhakim diam. Menanti bicara Nur Husna yang seperti mahu berkata lanjut.

“Kita baru bertunang petang tadi. Tsk.. tsk.. Tapi kenapa baru sekarang awak cakap awak tak suka saya tsk.. tsk.. Kalau ikutkan hati saya tsk.. tsk.. Sekarang juga saya bagitahu keluarga saya dan keluarga awak tsk.. tsk.. Kita putus tunang tsk.. tsk.. Tapi.. tapi.. huarr...”

Nur Husna semakin meraung. Matanya terbayang-bayang segala jerih payah Puan Senah, Rozaimah, Maisarah mempersiapkan segalanya hanya untuk Nur Husna. Perancangan yang sempurna, persiapan yang gah mengjangkau kemampuan mereka yang sederhana. Duit yang begitu banyak dibazirkan, semuanya hanya untuk Nur Husna. Janji antara dua keluarga yang baru disimpul siang tadi, disaksikan satu kampung yang datang memeriahkan majlis. Kenduri arwah dan kesyukuran yang dilangsungkan sekali, mengalahkan majlis kahwin secara besar-besaran. Dimeriahkan jiran tetangga dan sanak saudara, mendoakan mereka menunai janji hingga ke jinjing pelamin. Bahagia hingga ke anak cucu. Hingga syurga.

Tapi, memikirkan jika keputusan memutuskan pertunangan ini diambil, pastilah bertahun-tahun berita aib ini melata di bibir-bibir kampungnya. Malu dan aib sudah tentu terpalit arangnya ke keluarganya. Pulauan dan hinaan apatah lagi. Majlis tunang yang gah dilangsungkan, julung-julung mewahnya malah pertama kali meriahnya di kampung mereka. Pasti macam-macam kata orang terhadapnya dan keluarganya. Kekecewaan ibu dan Alongnya apatah lagi. Sudahlah mereka itu manusia paling bersemangat menguruskan segala-galanya.

Nur Husna tersepit. Sangat buntu mahu bagaimana. Ketidaksudian Azami Norhakim untuk peristerikannya, terpaksa hatinya hingga tega merancang syarat umpama Nur Husna itu boneka hanya kerana mahu kemahuannya tercapai. Dia mahu membentuk Nur Husna menjadi wanita sempurna sesuai dengan cita rasanya. Nur Husna benci dengan keadaannya. Dia tak sanggup dipandang hina sebegini rupa. Daripada terus-terus dihina, Nur Husna lebih rela memutuskan pertunangan mereka. Tapi sekali lagi, Nur Husna tersepit. Kemahuan hatinya tak mungkin semberono disuarakan. Hati keluarganya juga perlu dijaga. Air muka mereka sangat mulia dipandang masyarakat kampungnya. Tegakah dia mahu memaksa kemahuan hatinya?

Baru sekarang Nur Husna sangat faham hikmahnya. Mengapa Nabi SAW itu mengajarkan umatnya, sembunyikan pertunangan dan war-warkan perkahwinan. Pertunangan hanya tempoh berkenalan dan suai kenal hati budi antara dua pihak. Jika tidak sekata dan sehati sejiwa, ikatan boleh diputuskan dengan cara baik. Tanpa libatkan pihak lain, melainkan dua buah keluarga. Aib terjaga, mulut orang juga terjaga. Yang tak tahu, tetap tak tahu. Yang tahu, meraikan perpisahan tanpa memutuskan silaturrahim persaudaraan. Nabi SAW sudah ajar, umatnya saja jahil mahu belajar. Seperti dia, Nur Husna. Hingga dirasakan semuanya betul belaka memandangkan segalanya sudah sebati dengan masyarakat kini.

“Nur Husna...”

“Benci sangat ke awak dekat saya? Tak boleh ke awak terima saya seadanya tsk.. tsk.. Saya tak sanggup nak kecewakan mak tsk.. tsk.. Along dan Angah tsk.. tsk.. Walaupun saya nak sangat putuskan pertunangan ni. Tapi, saya tak boleh tsk.. tsk.. Hina sangat ke saya ni pada awak? Sampai awak sanggup letak syarat yang bukan-bukan Azami..”

Rayu si gadis, matanya sembabnya sayu mencari anak mata coklat itu. Berharap lembut hati lelaki di depannya ini. Azami Norhakim lama mengunci bibirnya, diam berfikir sebelum perlahan bersuara.

“Tak boleh Nur Husna. I tak boleh nak terima kekurangan pasangan I. I need you to be perfect. Untuk I banggakan dan untuk I tunjukkan kepada semua orang. I nak isteri I dipandang tinggi walaupun hanya seorang gadis kampung. I sanggup terima penjodohan ni, tak boleh ke you terima syarat I? Tak banyak pun. Just prepare yourself to be a perfect wife to me.”

Ego dan sombong yang sudah menjadi darah daging sebati dalam dirinya, membuatkan dia tetap mahu apa yang diinginkan. Tidak difikirkan situasi gadis yang serba-serbi kurang dalam dirinya. Nur Husna sangat jauh mahu berlari mengejar untuk berdiri sama tinggi dengannya yang sudah berdiri di puncak. Nur Husna semakin menunduk, hatinya semakin kecewa.

“Saya boleh ikut syarat awak untuk jadi ibu susuan Qalbi walaupun saya tak tahu apa kaitannya dengan awak. Tsk.. tsk.. saya tak kisah sebab saya sayangkan Qalbi tsk.. tsk.. tapi syarat lain.. saya tak tahu.. saya tak yakin.. tsk.. tsk.. Saya tak boleh nak kuasai semua kemahiran yang awak tetapkan dalam masa dua bulan. Tsk.. tsk.. Saya tak boleh Azami. Tsk.. tsk.. saya ni bakal isteri awak, bukan kuli awak. Untuk belajar selok-belok dunia awak, saya lagi tak tahu Azami. Dan.. kenapa awak kejam.. tsk.. tsk..”

Nur Husna semakin mencengkam t-shirt hijau tua yang dipakai Azami di sebalik hoodie. Ditarik sebelum ditumbuk-tumbuk dada lelaki itu.

“Kenapa awak kejam sangat tsk..tsk.. Dua bulan awak bagi masa tsk.. tsk.. Dan awak bagi syarat yang saya tak boleh terima langsung. Awak nak nilai pengetahuan dan kemahiran saya tsk.. tsk.. seminggu sebelum tarikh akad nikah kita tsk.. tsk.. awak ingat saya ni pelajar awak ke? Tsk.. tsk.. Awak lebih kejam tsk.. sk.. sebab awak sanggup nak putuskan pertunangan kita kalau pencapaian saya tak menepati apa yang awak mahukan! Awak kejam! Awak kejam Azami! Tsk.. tsk..”

Penumbuk semakin laju bekerja, menghentam dada bidang lelaki itu. Dia mahu melepaskan rasa kecewa dan tidak percayanya apabila mengingatkan semula segala syarat tak masuk akal yang ditetapkan Azami Norhakim

“Awak ingat saya ni perempuan murah ke? Awak ingat saya ni patung ke? Tsk.. tsk.. saya tak peduli langsung dengan duit awak walaupun awak cakap awak nak gantikan kerugian persiapan majlis pertunangan dan perkahwinan kita yang tak jadi. Tsk.. tsk.. Saya tak nak semua tu Azami. Awak kejam! Sebab awak sanggup nak batalkan pertunangan kita tanpa ragu-ragu kalau saya gagal. Tsk.. tsk.. Awak tak pedulikan perasaan keluarga saya tsk.. tsk.. Awak tak pedulikan pandangan serong masyarakat terhadap kami. Tsk.. tsk.. awak tak pernah terfikirkan semua tu ke Azami? Huarrr..”

Semakin kuat raungan Nur Husna. Langit yang memang sarat memberat, memuntahkan segala isinya tanpa sempat sebahagian penghuni bumi untuk mencari tempat berlindung. Nur Husna tidak ambil kisah dengan hujan lebat yang semakin menggila. Selebat air matanya yang turun mencurah-curah. Tersedu-sedan dia menangis meluahkan rasa hatinya. Dia sangat kecewa.

“Jom balik. Nanti kita sambung bincang.”

Azami Norhakim mengajak lembut dan cuba membangunkan Nur Husna yang terkulai tidak mahu bergerak. Gadis itu terus menangis dan menangis. Seolah-olah itu kekecewaan terbesar yang dia pernah alami. Usahanya untuk membangunkan Nur Husna juga ditolak kasar oleh gadis itu. Berkali-kali tangannya ditepis, malah ditumbuk, ditampar dan semakin meronta-ronta apabila Azami Norhakim bertindak untuk mencempungnya.

“Bella jalan dulu. Cepat nanti demam!”

Sergah Azami Norhakim apabila melihatkan Bella masih setia berdiri di situ. Tubuh mereka sudah basah kuyup ditimpa hujan lebat yang mencurah-curah.

“Lari Bella!”

Azami Norhakim semakin mendesak apabila Bella teragak-agak mahu meninggalkan Azami Norhakim dan Nur Husna. Tidak mahu dimarahi abangnya lagi, laju langkahnya berlari ke arah rumah Puan Senah yang tidak jauh dari situ. Sekurang-kurangnya dia boleh dapatkan payung untuk mereka.

“Lepaslah! Turunkan saya!”

Nur Husna semakin meronta dalam dukungan Azami Norhakim. Penumbuk kecilnya semakin laju memukul dada Azami Norhakim. Nafasnya tersekat-sekat, tangisannya tersedu-sedan, tersentap-sentap suaranya dek amukan tangisnya yang kecewa. Azami Norhakim semakin mengeratkan pelukannya.

“Shh.. shh.. It’s okay.. shh..”

Lembut suaranya memujuk. Berbisik di telinga Nur Husna disusuli kucupan lembut di dahi gadisnya. Hatinya meronta mahu menyatakan hal yang sebenarnya tapi dia tak boleh selain memilih untuk berdiam kata. Sayu dan sedih turut mencengkam hatinya, perit melihat kekecewaan Nur Husna yang hingga begitu sekali kesannya.

“Saya benci awak!”

“Shh.. I know. Dah, jangan nangis. You can hate me as you want, my dear. But please, stop crying. Shh..”

“Kenapa awak kejam dengan saya? Saya benci awak!

Nur Husna semakin merepek diluar sedarnya. Tumbukan semakin bertalu namun sudah perlahan temponya. Kepalanya semakin dirapat ke dada Azami Norhakim.

“Shh.. I know..”

Dahi Nur Husna dikucup lagi. Dan tanpa sedar, tangan Nur Husna semakin tinggi merangkul leher Azami Norhakim seeratnya. Seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Wajahnya semakin hilang disebalik dada Azami Norhakim. Benar-benar berharap agar dirinya akan terus berada dalam kehangatan dakapan lelaki itu. Dia mahu tetap begitu. Kerana lelaki ini, namanya yang pertama kali disimpan jauh untuk bertakhta dalam hatinya. Lelaki ini, hatinya memilih dia tanpa syarat.

“Jangan tinggalkan saya.. saya takut..”

Bisik Nur Husna perlahan.

“No. I’m not, dear. Shh.. I’m here. Don’t worry.”

Suara itu semakin tenggelam dan tanpa sedar Nur Husna tersenyum dalam dukanya. Kalau itu hanya sekadar ilusinya, dia akur. Betapa dia berharap, dia akan terus tetap dalam impian ilusinya. Jemari semakin kuat berpaut pada baju si dia, tidak mahu melepaskan lagi.



Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan