E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 8 - Pujuk


8: PUJUK


“Nur Husna.”

Panggilan suara itu menyentakkan Nur Husna untuk kembali pada realitinya dia berpijak. Hati yang tinggi memanjat puncak harapan tadi, perit rasanya apabila jatuh ke dasar tanpa pautan untuk diselamatkan. Kecewa? Entahlah. Nur Husna sendiri tidak tahu apa rasa hatinya tika ini. Mengapa rasa ini lebih tepatnya, kecewa dan tertipu...

Segera Nur Husna memandang tepat pada anak mata coklat itu. Yang tadinya tajam menikam kini sudah berubah redup dan berkocak rasa kasih yang disalurkan. Hanya melihat anak mata itu, seolah Nur Husna sangat faham akan gelodak dasar hati yang terhijab zahirnya. Juga pancaran dingin dan kesedihan terpalit pada sinar kolam mata itu, tapi sangat bijak disembunyikan saat senyuman menawannya tertampal pada wajah. Menggantikan jungkitan sinis tadi, menghilangkan riak dingin tadi. Matanya sepet kerana lebarnya senyuman diukir pada bibir itu.

Terasa tangannya ringan saat beg kertas yang dipegang sudah mulai beralih tangan. Barulah Nur Husna sedar akan kelekaannya dalam mencari dan mencari pada wajah itu. Kalau-kalau, ada kejujuran, mahupun dusta yang sedang dilakonkan. Pelbagai spekulasi yang menjadi telahan hati, sedaya upaya diusir pergi.

“Arr.. Sorry. Nah. Umi bagi buat bekal nak ke sana. Have a safe trip, Encik Azam. Saya pergi dulu, nak tengok umi.”

Nur Husna berpaling mengatur langkah cepat. Menyelamatkan diri entah dari siapa. Mungkin dari diri sendiri kerana terlalu cepat mencipta harapan, kerana terlalu cepat membuat telahan, kerana cuba menafikan segala kemungkin bahawa Azam itu adalah Azami Norhakim. Atau Azam itu hanya Encik Azam. Atau telinganya salah dengar nama Azami yang disebut kerana terlalu acap kali lelaki itu yang dinanti sedari mula.

“Nur Husna...”

Terasa hujung baju kurungnya ditarik seseorang membuatkan Nur Husna berhenti melangkah lantas berpaling memandang gerangan tersebut. Riak wajahnya sudah berubah serba-salah.

“I’m sorry.”

“Err.. kenapa Encik Azam minta maaf? Encik Azam tak ada buat salah apa-apa pun dengan saya.”

Gugup Nur Husna bersuara. Matanya meliar ke arah lain tidak mahu bertemu mata dengan mata coklat itu. Lafaznya berdalih, sedangkan dasar hatinya melonjak mahu tahu mengapa lelaki ini memohon maaf daripadanya. Dia mahu mengaku segala dustanya atau alasan baru apa lagi yang mahu dicipta demi menutup segala hal tentang lelaki misteri itu. Anehnya hati yang kecewa ini masih berharap. Berharap akan Azami Norhakim. Terasa mahu meledakkan ketawa hebat. Kerana terlalu kasihan pada diri sendiri yang terlalu naif. Terlalu butakah dia yang baru mahu kenal itu cinta?

I rasa you dah tersalah faham I ni Azami. I’m sorry, kalau panggilan umi buat you terlalu berharap.”

Azam menjelaskan. Tepatnya menyedarkan Nur Husna daripada harapannya. Menjelaskan gadis itu hakikat yang sebenar. Sekali lagi, telahannya salah.

“Ha.. ha.. Apa yang Encik Azam cakap ni? Saya tak faham. Ha.. ha..”

Sepatah-sepatah Nur Husna menutup rasa hatinya dengan ketawa hambar. Tapak tangan dibawa ke belakang lehernya, menghilangkan gemuruh diri. Saat terpandangkan senyuman pada wajah yang tadinya gusar, dahi Nur Husna berkerut aneh.

“Kenapa encik senyum?” Dan dia menghamburkan ketawa tiba-tiba. Bertambah-tambah kerutan di dahi Nur Husna. Gelak pula dia. Dah kenapa lelaki ni?

“You’re like an open book, you know? I can read you just by looking in your eyes. Girl, stop pretending. I know you’re looking for Azami. But sorry to disappoint you, he’s not here. And about umi. I knew she just called me Azami. Hurmm.. – how should I tell you? She’s always like that. Confusing me and Azami. Maklumlah nama kitaorang kan nak sama. So, sorry about that. Are you okay, precious?”

Terkelu mahu berkata apa. Dek terlalu mudah ditebak rasa hatinya oleh lelaki di depannya, Nur Husna sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat wajahnya bertemu mata dengan Azam. Rona wajahnya usah ditanya, tidak pernahnya tidak berubah tomato setiap kali bersama Azam. Ada sahaja laku yang memalukan diri sendiri.

Hey, don’t be so silent. Speak up. You marah ke?”

Nur Husna geleng. Masih kaku berdiri menekur tanah.

“Hey... look at me.”

Melihatkan Nur Husna teragak-agak, tak semena-mena hujung telunjuk Azam menolak dagu Nur Husna mendongak bertentang mata dengannya. Pantas, lalu tanggannya dibawa ke poket, berdiri santai menanti respon daripada Nur Husna dengan wajah gelisah dan serba-salah.

“Marah I?”

Geleng.

“Diam je. Marah la tu. Fine, I salah.”

Azam memancing dengan bersuara sayu. Merajuk. Wajahnya dipaling ke arah lain, kononnya terasa hati dengan kebisuan Nur Husna. Gadis itu apatah lagi, kelam-kabut lakunya terkesan dengan rajuk Azam. Mulutnya terbuka tutup mahu katakan sesuatu, dahinya apatah lagi. Berkerut seribu seperti memikirkan sejuta solusi untuk memujuk Azam.

“Encik Azam.. janganlah macam ni. Saya tak marah pun.”

Azam menyembunyikan senyuman tanpa mengalihkan wajahnya. Reaksi Nur Husna yang serba-salah dipandang dengan ekor mata.

“Encik Azam.. aish! Buruk benar lelaki merajuk. Sudahlah saya tak tahu pujuk orang.”

Mahu meledak tawa Azam mendengarkan omelan Nur Husna, tapi sedaya mungkin ditahan. Riak dingin semakin diwayang.

“Encik Azam! Dahlah, nak merajuk sangat pergilah. Tak kuasa nak melayan. Macam budak-budak!”

Usai menghambur sakit hatinya, Nur Husna berpaling mahu meninggalkan Azam. Tapi terhenti saat mendengarkan Azam yang ketawa suka dibelakangnya menambahkan lagi rasa sakit hatinya. Bibir bawahnya digigit geram. Rasa mahu gigit orang sekarang ni. Azam mempermainkannya!

“Encik Azam!”

Ha kan dah keluar suara jantannya. Azam? Tak adanya nak berhenti, lagi seronok mengusik Nur Husna adalah.

“Azami! Hai, kenapa tak pergi lagi. –Tadi bukan main kalut nak cepat.”

Kemunculan Puan Rosnah di ruang tamu, meredakan tawa Azam daripada terus dihambur. Tapi masih kedengaran sisanya. Sajalah tu nak sakitkan hati orang.

Nur Husna memandang Puan Rosnah yang tersenyum lebar tidak jauh darinya. Persoalan itu kembali menjengah. Benarkah gelaran Azami itu sekadar tertukar antara Azam dan Azami Norhakim? Atau ada sesuatu yang tersembunyi dalam keluarga ini? Cuba mengabaikan persoalan yang dia tahu tak akan kunjung jawabnya, Nur Husna menghampiri Puan Rosnah yang perlahan langkahnya lalu tubuh tua itu dibantu untuk bersandar pada sofa.

“Zam dah nak pergi umi. Terbantut langkah sebab budak kecik ni.”

Budak kecik dia kata aku? Dan Azami sudah bertukar Zam. Semudah itu? Atau aku yang terlalu banyak sangat fikir.

“Haih kamu ni Zam, ada-ada sajalah. –Ha, kenapa seronok benar gelakkan Husna ni? Sampai cemberut cuka mukanya.”

“Ala Zam usik je pun. Dia merajuk, Zam pujuklah.”

Eh, siapa yang merajuk ni sebenarnya? Nur Husna menjeling tajam Azam yang berdiri di sampingnya.

“Anak dara orang, jangan diusik sangat. Tadi kata dah nak pergi. Relek je umi tengok.”

“Eh, haah lah. Tak apa, nanti Zam drift. Hehe.. Umi dah makan ubat belum?”

 Jam ditangan dipandang sekilas sebelum melutut di depan Puan Rosnah, wajah ibunya direnung lembut. Tangan tua itu digenggam mesra dan dikucup penuh kasih.

“Dah. Husna tolong tadi.”

Good. Kan bagus macam ni. Tak mengelat makan ubat. Nur Husna, I tak ada ni minta tolong tenggokkan umi ye. Jangan diikut sangat telunjuk umi yang tak mahu makan ubat tu. Now my queen, follow me. Let me accompany you to your room. You need a good rest.”

“Eh, budak ni. Kamu tu dah lambat. Dah, pergi sana. Umi boleh masuk bilik sendirilah.”

“A’aa.. no excuse my queen. Nur Husna, you dah boleh tengokkan Qalbi. Biasanya waktu macam ni dia dah bangun. Nak menyusu.”

Arahan Azam hanya dibalas dengan anggukan. Langkah dua susuk itu dihantar dengan sorotan mata. Tidak dinafikan, kemesraan mereka sangat menyentuh hatinya. Layanan Azam buatkan lelaki itu dipandang istimewa oleh setiap mata yang melihat. Beginikah layanannya kepada semua wanita? Tapi mengapa dingin sekali responnya setiap kali ada bunga yang manghampiri? Atau layanan itu hanya untuk ibunya? Arh, kenapa aku sibukan fasal lelaki itu pula. Azami Norhakim belum habis mahu difikirkan. Urgh, fikir hal Azami Norhakim. Diri sendiri yang sakit hati. Jadi, ada baik aku pergi tengok Qalbi. Hanya dengan memandang wajah comel itu, sudah mampu terbangkan segala masalah.

Qalbi, ibu datang! 




Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan