E-novel: Dia Lelaki Itu 10


22 March 2010 

Aku menyusur sendirian dalam lautan manusia. Fikiranku buntu memikirkan apa yang patut aku lakukan. Sesak sel-sel otakku seperti sesaknya lalu lintas yang seberang jalan dari koordinatku berjalan. Aku memandang langit bersama keluhan memohon ada sirna yang mampu ceriakan hatiku yang merudum sayu. Namun melihatkan arakan awan hitam, hatiku bertambah sayu. Tahu bila-bila masa lebatan air langit akan jatuh menimpa bumi. Lautan manusia turut bekejaran mencari tempat yang mampu melindungi kepala mereka dari titisan hujan. Tidak terkecuali juga aku.

Belum beberapa saat, hujan sudah turun dengan lebatnya menghentam bumi. Langkahku yang laju terhenti saat mataku menangkap sosok tubuh lelaki yang tersorok di sebalik kotak-kotak barangan dari kedai perabot. Tubuhnya yang dipeluk lingkaran tangannya menggigil kesejukan. Kotak-kotak yang sudah hampir lunyai cuba ditariknya menutupi tubuhnya. Tanpa berfikir laju sahaja langkahku menghampiri figura itu.

“Encik! Mari ikut saya. Hujan lebat ni!” Aku menjerit kuat memanggil dan mengajak lelaki itu melawan kuatnya suara lebatan hujan. Dia seperti terkejut apabila melihatkan aku yang membongkok cuba memaut tangannya berdiri. Mungkin kerana tindakan beraniku itu, dia merentap walaupun dengan tenaga yang lemah mengensot ke belakang cuba menjauh dariku.

“Encik jangan takut. Saya cuma nak bantu.” Aku cuba tenangkan dia sambil perlahan-lahan menghampiri lelaki itu. Senyuman nipis aku ukir sambil tanganku berkali-kali mengusap wajah yang lencun dek air hujan.

“Encik mari kita berteduh. Hujan lebat ni, nanti encik sakit.” Aku memujuknya sambil menghulurkan tangan berharap agar huluranku bersambut. Lelaki itu hanya memandangku sambil bibirnya kebiruan bergelatup ingin katakan sesuatu. Aku semakin resah, sedangkan aku yang bersut tebal begitu terasa kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang inikan pula lelaki di depanku yang hanya bert-shirt putih yang ditampal-tampal beserta seluar panjang yang carik dihujung lipatan kakinya. Tanpa menunggu riaksi lelaki itu, aku segera memapahnya. Walaupun lelaki itu menolakku, tetapi keadaan dirinya yang sangat lemah tidak mampu melawan tenagaku untuk memaksanya pergi.

Dengan langkah yang pantas aku  memapahnya laju ke warung kecil berdekatan. Tiba sahaja di situ, dia aku sandarkan pada dinding warung. Mujur warung yang sudah ditutup berbumbung di luarnya. Sekurang-kurangnya kami terlindung daripada tempias hujan. Melihatkan keadaan lelaki itu membuatkan aku resah apabila melihat nafasnya seperti tercungap-cungap. Aduh! Kenapa pula dengan dia ni. Dia penat ke? Sakit jantung ke? Apa aku nak buat ni? Keadaan yang kelam-kabut membuatkan aku juga menjadi resah untuk bertindak. Bag galasku aku buka cuba mencari sesuatu yang aku juga tidak tahu apa. Ingin menahan kereta, sememangnya tidak mungkin dalam hujan terlampau lebat begini. Memanggil orang membantu, arh! Tak mungkin ditolongnya. Tambahan lagi orang yang perlu ditolong pengemis selekeh seperti ini. ingin telefon ambulance, terima kasih balik kepada aku kerana telah menghempasnya ke lantai sehingga pecah berderai. Arh! Segalanya tidak kena hari ini. 

Tanganku yang menggagau akhirnya terhenti apabila tersentuh alat bantuan pernafasanku. Perasaan lega sedikit menguasai diriku, saat ini baru aku terasa sangat bersyukur diberikan penyakit lelah ini sedari kecil. Tidak menunggu lama, laju tangan kiriku bertindak meletakkannya di bibir lelaki itu lalu mengepamnya perlahan-lahan. Tangan kananku memegang belakang kepalanya sebagai alas. Semakin lama sesak nafasnya semakin berkurang dan aturan nafasnya yang kencang tadi kembali tenang.

Aku menghembus nafas lega apabila lelaki itu mula bernafas seperti biasa. Tubuhnya yang menggigil keterlaluan ditambah pula gigi yang berkelatup begitu kuat bunyinya membuatkan tanganku kembali menggagau dalam begku. Aku mengeluarkan sweater bersama beberapa helai pashmina lalu membalut tubuhnya kemas. Dah sebiji macam guni tepi jalan, tapi tiada masa untuk aku ketawa lucu sekarang ini. Dia kelihatan selesa dengan kain yang menutupi tubuhnya. Tubuhnya yang terlalu lemah akhirnya membuatkan matanya tertutup perlahan dan tertidur. Aku membiarkan dia tidur bersandar pada dinding warung.

Aku duduk di hadapannya sambil mengangkat lututku lalu aku peluk ke dada. Keadaan sekeliling warung kecil itu aku perhatikan. Separuh di hadapan sudah dimasuki air kerana hujan yang tidak berhenti. Harapku air tidak sampai kepada mereka di sini. Dalam kesejukan yang melampau aku panaskan dengan mengusap tubuhku. Lelaki di hadapan aku perhatikan. Wajahnya sangat comot seperti sudah berbulan-bulan tidak mandi dan hanya memakai pakaian yang sama. Entah-entah bertahun mungkin. Kenapa aku tolong dia? Sedangkan aku memang sudah terbiasa yang laluan di sini yang begitu ramai pengemis. Dan biasanya aku akan jalan menonong tanpa menghiraukan pengemis-pengemis di situ yang ada kala menghulurkan tangan meminta. Tapi hari ini dalam sejarah, dalam suasana hujan lebat hati aku terdetik untuk membantu seorang lelaki dan aku tak terlintas ingin memanggilnya pengemis walaupun perkataan itu layak bagi dirinya kerana itu aku hanya memanggilnya encik tadi. Kenapa ye?

Badan yang letih mengingatkan apa yang berlaku hari ini membuatkan kantuk mula bergayut di mata. Ingin pergi dari sini terasa tidak sanggup tinggalkan lelaki itu sendirian. Lagipun hujan masih tiada tanda untuk berhenti, keadaan keliling juga tidak kelihatan. Takut sekiranya aku berlari dalam hujan tidak sedar sedang berlari di atas jalan raya. Tak ke cari mati tu. Biarlah tunggu sehingga hujan berhenti lagipun aku ingin menunggu lelaki itu sedar dan kemudian memberinya makan dan minum baru aku beransur pulang. Aku bersandar pada dinding warung bersebelahan lelaki itu. Bahuku yang terasa memberat membuatkan aku beralih pandang ke sisi. Sedikit tersentak melihat dia bersandar pada bahuku. Mungkin tidak sedar dengan lakunya itu jadi aku biarkan sambil membetulkan balutan pada tubuhnya. Menunggu dan menunggu akhirnya aku terlelap.

*******

“Tolong…”

“Tolong…”

“Tolong…”

Aku tersedar apabila mendengar suara seseorang yang begitu lemah menyapa pendengaranku. Dalam keadaanku yang terpisat-pisat aku memandang ke sisiku. Dia masih bersandar pada bahuku dan tubuhnya menggigil. Bibirnya meracau sesuatu tidak dapat aku amati apa butirnya. Namun, aku pasti suara orang yang meminta tolong tadi daripada dia. Aku melekap belakang tanganku di dahi dan lehernya. Panas! Segera aku mengubah posisiku berdepan dengannya. Kepalanya aku pegang kemas agar tidak jatuh.

“Encik..!” Aku memanggilnya. Matanya terpejam tapi mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu. 

“Encik.. bangun.” Sekali lagi aku mencuba. Tapi meracaunya semakin menjadi.

Otakku ligat memikirkan tindakan yang seharusnya diambil. Dalam pada itu aku baru tersedar bahawa hujan telah berhenti. Suatu kelegaan bagiku melihat public phone yang berada tidak jauh dari warung itu. Aku mengeluarkan purse dari beg lantas mengutip beberapa keping duit syiling untuk aku gunakan. Kira-kira sudah cukup aku berlari mendapatkan public phone lantas memasukkan duit kemudian menekan butang nombor Syarqawi, adikku. Beberapa kali mencuba akhirnya panggilan berjawab.

“Hello? Assalamualaikum?” Suaranya yang aku kenali memberi salam.

“Waalaikumusalam. Qawie! Datang ambil kakak dekat warung sini. Urgent! Tempatnya tak jauh dari library kakak selalu lepak.” Laju bibir aku berkata memberi arahan.

“Whoa kakak! Relek dulu. Slow down please. I’m listening you. What’s up?”

“Tak payah nak what’s up sangat. Cepat la. Kau ada dekat mana sekarang?”

“Aku ada dekat library la. Dah pukul 5 nak ambil kakak macam selalu. Cari dari tadi tak jumpa, call pula tak angkat. Kakak dekat mana ni?”

“Kakak dekat warung kecil seberang jalan besar dari library. Port dia agak belakang dari deretan kedai perabot. Ala, kau datang saja. Dekat sini warung tu sahaja yang paling kecil. Cepat! Bawa kereta sekali.”

“Okey. Roger and out! Nanti aku sampai.” Talian diputuskan.

Aku kembali ke warung mendapatkan lelaki itu. Melihat dia yang gelisah dalam lenanya sambil bibir belum berhenti meracau aku kembali serabut memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Aduh! Kenapalah aku vongok sangat terbaik hati hari ni nak tolong orang. Dah la tu, tak pandai kalau bab-bab orang sakit yang aku perlu hadapi. Entah apa yang perlu aku buat aku pun bingung. Nak tinggalkan lelaki ni macam tu saja memang lagilah aku tak sanggup nak buat. Apa? Ingat aku ni jahat sangat ke? Cuba melakukan sesuatu yang munasabah aku keluarkan sapu tangan dari poket jaketku, air botol dalam beg aku keluarkan dan aku buka. Airnya aku tuang pada sapu tangan lalu perlahan-lahan aku sapukan pada wajah dan lehernya. Perbuatan itu aku ulang berulang kali. Berharap sekurang-kurangnya panasnya itu dapat disejukkan sedikit. Resahku mula berkurangan apabila meracaunya tidak lagi kedengaran.

Tidak lama menunggu, Qawie sudah pun sampai di hadapan kedai. Cekap sekali dia dengan selok –belok kawasan itu membuatkan Qawie mudah mencari aku di sini. Dia keluar dari kereta mendapatkan aku yang masih melakukan kerja mengelap wajah lelaki itu dengan air, seperti aku dapat agak kerutan di wajah Syarqawi pasti menimbulkan tanda tanya padanya melihat kelakuanku. Tapi belum sempat Qawie bertanya, aku sudah mengarahnya membantuku memapah lelaki itu masuk ke dalam kereta. Qawie yang sememangnya terkenal sebagai adik kesayanganku yang paling patuh dan taat, menurut sahaja arahanku.

Niatku untuk membawa lelaki itu terus ke klinik atau hospital aku batalkan. First alasan, hospital kerajaan sangat jauh dari sini. Kedua, kalau nak dibawa ke klinik duit aku sekarang hanya RM20 sahaja dalam purse. Ketiga, nak minta tolong dari Qawie memang tak la, duit kereta, makan minum dia pun aku tanggung apa yang dia nak tolong? Keempat, kalau terfikirkan lelaki itu membayar aku ketuk kepala sendiri, agak-agak la nak buat andaian pun. Kelima, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat keputusan suruh Qawie bawa sahaja lelaki itu pulang ke rumah kami berdua. Mujur sahaja aku tinggal dengan Qawie serumah. Tak adalah nanti orang kata aku buat perkara sumbang bawa balik lelaki asing ke rumah. Nauzubillah, sekeji aku tak pernah lagi tau!

Setibanya di rumah, aku mengarahkan Qawie membawa lelaki tersebut ke bilik tetamu  di tingkat bawah. Walaupun aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan, tapi belum sempat memberi apa-apa arahan kepada Qawie laju sahaja adik aku seorang tu memeriksa keadaan lelaki tersebut. Aku pula yang terkejar sana-sini jadi jururawat on the spot tanpa ijazah buat doctor to be depan aku ni. Sekejap sahaja Qawie sudah beri arahan kepada aku untuk belikan beberapa jenis ubat yang harus dibeli di klinik berdekatan. Mana aku cekau duit, awal-awal Qawie dah berikan kepada aku beberapa not RM50 kepada aku. Nak tanya tapi tak tertanya apabila mendengar kerahan daripada Qawie. Dalam kepala aku sudah terlintas aku terajang karang budak ni naya kot bila dia selamba badak saja jawab gaji kerja sambilannya, tadi kalau dia cakap ada duit kan senang tak payah aku mencemar duli bawa lelaki tu ke rumah kami. Hik!

Klinik yang berdekatan tak membuatkan aku mengambil masa yang lama untuk menunggu. Aku kembali ke rumah dan menyerahkan segala macam jenis ubat yang aku pun tak tahu cara nak sebutnya. Yang aku tahu satu sahaja antibiotik. Saat melangkah masuk ke bilik tetamu itu kelihatan lelaki itu sudah bersalin pakaiannya. Mungkin dipinjamkan oleh Qawie. Di hujung katil terdapat satu tiang dan digantung air yang disambung ke tangan lelaki itu. Tak pelik bagi aku sebab serumah dengan budak medic macam-macam dia bawa balik. Aku serahkan segalanya kepada Qawie dan aku ke dapur untuk siapkan bubur buat lelaki itu apabila dia sedar nanti. Dan aku masak sedikit nasi dan lauk-pauk untuk kami berdua makan malam ini. Setelah siap apa yang patut aku naik ke atas mandi dan solat asar yang sudah hampir ke hujungnya. Mengaji dua tiga muka surat sementara tunggu maghrib. Masuk sahaja waktu aku terus mengerjakan solat rawatib, maghrib dan awwabin. Kemudian aku turun ke bawah untuk hidangkan makanan untuk Qawie.

 “Kakak…” Qawie memanggil saat kami menikmati makan malam yang hanya biasa-biasa sahaja. Dua ekor ikan goreng, sup ikan sebagai kuah dan sayur tumis kailan. Masakan Melayu sahajalah yang aku tahu itupun lepas aku kahwin dengan Abang Syazwan.

 “Hurmm..” Aku yang sedang menikmati hasil tanganku sambil menonton Buletin Utama TV3 itu hanya menyut sebagai syarat.

“Mamat tu ex-bf kau ke? Tak pernah-pernah kau bawa orang yang aku tak kenal datang rumah.” Tersedak aku mendengar pertanyaan Qawie. Laju sahaja mata helang aku mendarat ke wajah adik aku yang membuat muka tak bersalah memandang aku.

“Tak adalah. Aku pun tak kenal siapa dia.” Kali ini giliran Qawie pula yang tersedak.
“Kau gila ke kak?”

“Apa pula?”

“Kau bawa orang yang kau tak kenal balik rumah ni. Dah tu aku tak agak-agak nak cop kau memang gila bila tengok lelaki tu yang dah macam pengemis jalanan dengan pakaian compang sana-sini. Aku tahulah kau tu nak tolong orang kak. Tapi agak-agak la.” Hamik ko Ainul! Sekali doktor ni serang kau terkebil-kebil kau nak membalas.

“Aku tak gila lagi la. Tapi.. tengok dia buatkan aku teringatkan seseorang.” Aku beralih memandang bilik tetamu yang terbuka pintunya. Qawie turut memandang ke arah yang sama. Seperti dia dapat memahami siapa yang aku maksudkan, Qawie tidak lagi bertanya lebih. Kisah yang menyebabkan aku benci dengan hidupku yang sekarang. Yang menyebabkan aku berpisah daripada mommy dan daddyku untuk hidup sendiri. Mujur adik aku ini adalah insan yang paling rapat dengan aku.

“Kau nak dia tinggal dekat sini sampai bila?” Agak lama menyepi Qawie bertanya lagi.

“Sampai dia betul-betul sembuh.”

“Aku rasa kau kena hantar dia ke hospital la kak. Selain demam panas yang tinggi aku rasa dia ada sakit lain. Sebab banyak sangat lebam dekat tubuh dia. Atau dia kena pukul.” Aku hanya mendengar. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Hanya nafas aku hela perlahan.

“Aku tahu kau risaukan masalah duit. Tapi, dia tak boleh lama tinggal sini. Paling lama pun minggu ni sahaja. Aku pun bukannya boleh stay rumah selalu dah sekarang nak check up dia. Minggu depan aku kena lapor diri. Dah alang-alang tu aku bawa dia ke hospital terus la. Lagipun, aku risau mommy daddy datang bila-bila masa sahaja. Petang tadi pun mommy ada call aku tanya fasal kau. Entah apa yang dia marah-marahkan sangat. Kau gaduh dengan mommy lagi ke?”

“Arh! Malas la aku nak cakap fasal mommy. Drop the topic. Kalau aku cakap pun buat sakit hati sahaja. Kalau kau dah cakap macam tu, aku ikut sahaja.”

Selesai berkata itu, tandanya keputusan telah diambil. Tiada bantahan, Qawie pun tidak bertanya banyak. Aku kembali mengingatkan lelaki itu dan keluhan pelahan aku hela. Apa yang aku fikirkan sebenarnya ni?

*******

23 March 2010

Aku turun ke bawah setelah menunaikan solat subuh. Destinasi aku tuju ke bilik tetamu untuk melihat keadaan lelaki itu. Masuk sahaja ke bilik aku lihat Qawie sedang memeriksa kondisi lelaki itu. Dia tersenyum melihat aku yang terpacak di depan pintu.

“Assalamualaikum kak. Morning!”

“Waalaikumussalam. Morning. Macam mana kondisi dia?”

“Suhu panas dia masih tinggi. Tapi, don’t worry. He’ll be okey soon. Kau nak pergi kerja ke?”

“Hurmm.. tak kan aku nak ambil cuti tanpa sebab kot. Tapi, bila teringatkan lelaki ni rasa ragu la pula.”

“Tak apa. Kau pergi sahaja kerja. Aku boleh jaga dia. Lagipun aku bukannya ada apa pun nak buat sekarang. Aku pun dah letak jawatan kerja aku dulu. Nak prepare untuk lapor diri minggu depan.”

Aku hanya mengangguk mendengar. Dia yang sedang terbaring lesu aku pandang. Wajahnya yang sudah bersih dibersihkan oleh Qawie semalam membuatkan aku sedikit jelas melihatnya. Aku mengerutkan dahi seperti mengingatkan seseorang. Mataku dikecilkan lagi cuba mengingat. Siapa? Aku kenal diakah? Hidungnya yang mancung. Bibirnya yang nipis pucat lesi. Alisnya yang tebal. Matanya yang terukir cantik. Kulitnya yang putih pucat mengingatkan aku kepada seseorang. Tapi siapa? Dalam aku cuba mengingati satu persatu kenalanku, namun nafasku seperti terhenti saat satu nama terlintas. Abang Syazwan! Dia lelaki itu! Benarkah? Aku pantas memandang Qawie.

“Kenapa kak?” Qawie seperti pelik melihat lakuku. Apabila Qawie bertanyakan soalan itu kepadaku, bibirku teragak-agak untuk bersuara.

“Abang Wan.. kau ingat dia?” Perlahan aku bertanya entah dengar entahkan tidak. Namun telinga tajam seperti Qawie pantas menangkap butir bicaraku.

“Ingat. Kenapa kakak tanya fasal abang? Abangkan dah tak ada.” Aku tersedar lagi. Ainul! Bangun Ainul. Tak mungkin orang yang telah pergi masih hidup. Tak mungkin! Itu firasat kau sahaja. Aku memejamkan mata cuba melupakan apa yang terlintas di fikiranku. Tenang Ainul. Tenang.

“Kakak? Are you alright?”

“I’m okey. Kau jaga dia. Aku nak pergi kerja. Aku dah buat sarapan untuk kau dengan bubur untuk dia makan.”

Qawie mengangguk dan aku melangkah keluar dari bilik kecil itu. Beg sandangku aku capai dan bergerak keluar dari rumah biasa yang bertingkat dua itu. Ya Allah, apa rasionalnya aku bertindak begini? Melakukan sesuatu yang bukan sikapku? Adakah kerana dia yang membuatkan aku bertindak begini? Syazwan… nama itu bergema lagi. Hembusan nafas berat aku hela. Namun, memikirkan Abang Wan membuatkan aku mula memikirkan mommy dan daddy. Pasti mati aku dikerjakan mereka apabila tahu apa yang aku lakukan ini.

*******

Malam itu aku tak benarkan Qawie ambil aku macam biasa. Pulangku pun agak lewat itupun hanya menaiki bas. Hati aku yang gundah entah kenapa membuatkan aku segera ingin pulang ke rumah. Namun, setibanya di hadapan rumahku ternyata gundah di hati ada sebabnya dan ianya terjawab saat terpandangkan kereta mewah bewarna hitam terparking di hadapan rumahku. Aku kaku berdiri sambil memeluk tubuh teragak-agak ingin masuk ke dalam kerana aku tahu siapa yang bakal menyambutku nanti. Aduh, apalah yang mommy daddy aku buat dekat sini? Tak cukup lagikah menyebabkan aku dipecat tanpa sebab kelmarin. Kerana bengang dengan tindakan Puan Sri Siew Ming itu, telefon bimbit aku yang second hand menjadi mangsa hentaman dinding. Hurmm.. alasanku untuk ke tempat kerja pagi tadi hanya sekadar alasan. Padahal kakiku ke hulur ke hilir mencari kerja kosong yang mungkin diperlukan segera sementara aku mencari kerja tetap yang sesuai dengan kelayakanku.

Bunyi perbalahan manusia dari dalam rumah menyedarkanku di mana aku sedang berpijak. Sejauh mana aku berlari mereka tetap akan mencariku. Suara yang semakin meninggi aku telah milik Qawie dan mommy. Serentak itu aku teringatkan lelaki asing yang berada di rumahku. Jangan.. jangan.. Mommy dapat tahu ada orang lain dalam rumah. Tanpa berfikir panjang laju sahaja kakiku melangkah menghampiri pintu rumah yang sedia terbuka. Hampir tertojol mataku melihat keadaan lelaki itu yang terjelopok di atas lantai. Wajahnya tersangat pucat menandakan kondisinya masih belum stabil. Melihatkan mommy yang ingin memukul lelaki itu dengan beg tangannya yang beharga ribuan ringgit segera aku berlari untuk melindunginya.

“Mommy!” Jeritanku itu menghentikan perbuatan Puan Sri Siew Ming meneruskan lakunya itu. Aku mendepakan tanganku cuba melindunginya di belakang.

“Dah balik kau ya perempuan tak sedar diri. Jantan mana kau bawa balik hah?” Lantang Puan Sri Siew Ming bersuara memarahi aku. Pinggangnya dicekak dengan mata yang tajam melihatku.

“Ikut suka saya nak bawa pulang sesiapa pun ke rumah ni. This is my house. Mommy tak ada hak nak halang saya.” Aku dengan beraninya menjawab. Tidak gentar langsung untukku melawan pandangan matanya yang merah saga. Marah sekali Puan Sri hari ini. Peduli apa aku!

“Anak kurang ajar. I gave you everything for your happiness but you threw it such a shit! What do you want hah!? I gave you everything that nobody could get it. This is your kindness hah! This is your good deed for me! Disaffected bitch!” Bitch? What? Dia panggil aku bitch?

“Yes! I’m a disaffected bitch. Because of you mommy I’m a rebellious bitch! Because of daddy I’m a rebellious bitch! You never taught me how to be a good girl, how to be a obey person! So, I don’t know to obey to you anymore! But now, I don’t want to see you! Get out from my house!” Aku lepaskan apa yang terbuku di hati tanpa rasa bersalah walaupun sedikit.

“Tak guna!”

 Sudahku duga. Laju sahaja tubuhku menjadi hentaman tangan ibu kandungku sendiri. Bertubi-tubi diserang mommy langsung tidak aku balas. Biarkan dia lepaskan segala rasa sakit hatinya terhadapku. Tapi bukan lelaki ini yang menjadi mangsanya. Semakin lama semakin menggila hentaman mommy. Berterusan seperti tiada tanda tangannya akan berhenti daripada terus memukul. Daddy berwajah bengis hanya memerhati dari belakang. Qawie segera menghalang perbuatan mommy daripada terus menjadi. Tubuh mommy dipeluknya dari belakang lalu dibawa menjauh daripadaku. Aku tiada rasa untuk membalas, bibirku yang berdarah aku biarkan. Sakit yang menghentam tubuh bukan apa-apa bagiku berbanding luka yang parah dihati aku yang tidak pernah terubat.

“Kau tunggu Mei Xi! Kau ingat selepas kau tinggalkan segalanya aku akan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau duduk kembali di kerusi CEO Tao-Holding. Aku akan buat kau jilat balik ludah yang kau palit dekat muka aku dengan daddy kau depan satu Malaysia. Aku akan buat kau melutut. Aku akan pastikan kau kembali menjadi Tao Mei Xi sampai kau tukar agama asal kau. Aku akan musnahkan sesiapa sahaja yang menjadi tulang belakang kau. Termasuk jantan keparat yang kau bawa balik tu. Remember every words that I’ve told you!” Satu persatu disebut Puan Sri Siew Ming dengan wajah yang bengis. Aku memandang sepi kata-katanya. Kenapa mommy? Kenapa mommy susah sangat nak lepaskan saya? Saya tak nak semua tu mommy. Tolonglah faham saya. Saya hanya inginkan kebebasan. Tolonglah! Lepaskan saya. Cukuplah merampas apa yang menjadi milik saya.

“Tao Mei Xi was dead. She was dead when you being a hijacker. My name is Ainul Humaira’. And in the name of Allah, I never afraid with what ever you said. Saya tak takut walaupun mommy buat saya sampai terpaksa minta nyawa. Saya tak takut walaupun sedikit. Ini agama saya, saya akan pertahankan sampai saya mati. Kalau mommy nak bunuh semua orang yang saya sayang seperti mana mommy buat dekat keluarga Abang Wan dulu, just do it. It will never change anything. I’ll still with my religion until the end of my life.” 

Entah dari mana keberanian itu datang aku bersuara berani dengan garang mataku menikam wajah bengis Puan Sri Siew Ming. Seperti tiada apa yang ingin diucap atau ingin mematahkan kata-kataku, mommy merengus kasar. Qawie yang masih memeluk tubuhnya ditolak kasar. Beg tangannya diambil lalu bergerak keluar dari rumahku. Daddy seperti selalu tidak berkata banyak hanya mengikut ke mana perginya mommy pergi. Namun aku sempat menangkap pandangan mata sayunya menyoroti wajahku sebelum melangkah pergi. Kedengaran deruman enjin dari luar dan seretan tayar kereta dibawa ganas oleh si pemandunya meninggalkan rumah ini. Aku memejam mata ingin menghilangkan peristiwa ini daripada kotak memoriku. Tuhan, kuatkan aku seperti mana Kau beri keyakinan untuk memilih agama ini.

“Kau okey kak?” Laju sahaja Qawie berlari mendapatkan aku. Wajahku dibeleknya tapi aku menolak lembut. Lelaki itu yang terduduk lemah bersandar pada dinding aku hampiri. Matanya begitu lemah untuk dibuka. Tapi aku seperti dapat rasakan dia berusaha untuk membukanya bagi melihatku. Belakang tanganku aku lekap pada dahinya. Masih panas. Seharusnya dia mempunyai rehat yang cukup untuk menampung tenaganya yang hilang. Kasihan sekali lelaki ini, tidak tahu pokok pangkalnya tiba-tiba sahaja diserang. Maafkan saya, Encik.

“Macam mana mommy boleh jumpa dia?” Aku bertanya.

“Entah aku pun tak tahu. Aku ke dapur nak buat air. Tiba-tiba sahaja mommy menjerit marah-marah melihat lelaki ini dalam bilik tetamu. Tak sempat aku buat apa mommy dah suruh daddy heret dia keluar dari bilik. I think she knows something. Just not how she knows about this guy, but also who’s this guy.” 90 darjah kepalaku terteleng melihat Qawie tersentak dengan kata-katanya itu. Benarkah? Jadi firasatku ada benarnya. Pasti lelaki ini ada kaitan dengan aku.

“How did you knew that?”

“She said something weird. Something make me guess that she knows this guy when she asked him : Macam mana kau boleh balik semula dekat anak aku? Pelik kan soalan tu yang sepatutnya digantikan : Siapa kau?”

Aku terdiam memikirkan ada betulnya kata-kata Qawie itu. Tapi siapa dia? Aku kenal diakah? Mommy tahu sesuatu fasal diakah? Tapi pelik juga macam mana mommy boleh tahu lelaki itu ada dekat sini. Ingin bertanya terus kepada lelaki itu terasa kasihan pula. Sedari kelmarin lelaki itu tidak bersuara mahupun bercakap. Setiap pertanyaan Qawie pun dibalas dengan dengan anggukan mahupun gelengan sahaja. Itupun dengan laku yang lemah. Biarlah dulu, bila sampai waktunya aku akan tanyakan. Atau aku akan cuba menyiasat.

“I’ll find it out. Come, help me. Bawa dia masuk bilik. Dia perlukan rehat yang cukup untuk pulih.” Qawie mengangguk lalu membantu aku memapah lelaki itu kembali ke bilik tetamu. Tangan lelaki itu yang luka akibat jarumnya direntap kasar dicuci oleh Qawie. Setelah memasukkan kembali jarum tiub saluran air, Qawie memberi lelaki itu memakan ubat setelah disuap sedikit bubur. Aku hanya membantu apa yang patut mengikut arahan Qawie. Setelah siap, tubuh lelaki itu diselimuti aku. Aku memandang sekilas wajah lelaki itu dengan bantuan biasan cahaya lampu tidur. Cuba mengamati wajah lelaki itu, adakah dia benar-benar Abang Syazwan? Namun, untuk meng’ya’kan telahanku itu adalah mustahil sama sekali. Lelaki itu telah pergi depan mataku sendiri. Kuburnya juga masih wujud sehingga sekarang. Lantas siapa lelaki ini? Apa sebabnya hatiku tergerak ingin membantunya.
Tidak sempat berfikir lama aku pula ditarik Qawie keluar dari bilik lalu aku didudukkan di atas sofa di ruang tamu. Di atas meja kopi sudah lengkap dengan sekotak First-Aids dan lain-lain yang sememangnya bukan bidang aku untuk mengenalinya. Pantas sahaja tudungku dibuka Qawie dan menjerit aku akibat dengan tidak sengajanya Qawie menyiku kepalaku. Terjegil mataku memegang kepalaku yang benjol sebesar telur ayam. Boleh tahan hentaman mommy. Mungkin berkat beg tangan mahalnya inilah padahnya terhadapku. Tidak menunggu lama, laju sahaja tangan Qawie memainkan peranannya mencuci segala darah yang mengalir hari hidung dan bibirku. Jangan aku dikejutkan hidung aku patah sudah sebab lama benor Si Qawie ni belek hidung aku. Dah bersih dicuci luka-luka, lebam dan luka-luka yang mendarat di tubuhku disapu dengan ubat serta diplasternya. Kepalaku yang benjol di demahnya. Ketawa kelucuan dia melihat keadaan aku. Apabila disuakan cermin muka kepadaku menjerit aku melihat wajahku, mataku lebam seperti kena penumbuk. Warrr! Mommy kejam melakukan begini terhadap anak perempuannya. Tahulah benci pun! Qawie yang terguling-guling atas karpet mendengar jeritan aku + melihat memek muka terkejut aku + melihat keadaan aku yang dan macam separuh mumia benar-benar memanaskan suhu tubuhku. Bertubi-tubi aku serangnya dengan bantal kusyen. Bertambah sakit hati apabila satu pun tak mengena. Huarr! Tak mo kawan dengan Qawie. Aku merajuk tak memandang wajahnya yang membongkok tersenyum mengejek sambil memeluk tubuh. Tetapi itu hanya sementara, Qawie memeluk bahu kiriku dari belakang memujukku. Semakin erat meluahkan kesedihan hatinya.

“Please kakak. Jangan buat macam ni lagi. Aku tak suka mommy selalu pukul kau. Cukuplah kau koma dulu kakak. Cukuplah Abang Wan pergi. Cukuplah keluarga Abang Wan pergi. Cukuplah kakak kehilangan anak kakak. Cukuplah kakak luka lagi hari ini. Aku tak kuasa untuk menghalang dan membalas perbuatan mommy, dia ibu yang melahirkan aku kakak. Walaupun kepercayaan Qawie sehaluan dengan kakak, tapi agama ini menyanjung tinggi darjat seorang ibu kak. Jahat mana pun dia, dia tetap mommy.”

Aku terdiam lama mendengar luahan kesedihan daripada seorang yang dipanggil adik. Pelukannya aku biarkan, bahuku aku serahkan untuk didagunya. Dan aku berharap dia menangis kerana dia tidak pernah walau sekali menangis di hadapanku. Dia sentiasa kuat menyokongku di belakang. Sungguh bertuah aku dikurniakan seorang adik, seorang darah dagingku yang sangat memahamiku. Pasti dia sedih sekali melihat perpecahan keluarga kami. Sudah 4 tahun berlalu setelah aku membawa diri untuk pergi dari istana keluarga Tao. 5 tahun juga aku menjadi muslim. 3 tahun tanpa bimbingan hatta seorang manusia yang bergelar muslim. Setelah Abang Syazwan pergi, aku buntu untuk meneruskan hidup. Aku tiada kenalan yang boleh mengajarku tentang Islam. Hanya berpandukan buku, rujukan internet dan kuliah bersiri daripada televisyen. Jika di tempat kerjaku dulu ada juga dua, tiga orang membantuku. Namun, apalah sangat sekadar beritahu boleh itu ini dan tak boleh itu ini. Untuk mencari guru mengajarku aku tidak tahu bagaimana. Kalau ingin mengikuti Qawie ke markas pengajiannya dan rakan-rakannya di situ hanya terbuka kepada lelaki. Jadi aku hanya melukut ilmu dari adikku sendiri. Adikku yang terbuka hati untuk mengikut langkahku 4 tahun yang lalu. Aku menghela nafas perlahan. Abang Wan.. kan bagus kalau abang masih ada. Abang yang mengenalkan saya kepada agama ini. Tiga tahun abang pergi, tiga tahun juga saya tergantung tidak bertali entah mahu ke mana langkah saya.

“Maafkan kakak Qawie. Mommy yang mengajar aku untuk bersikap begini. Kalau mommy tak memaksa. Kalaulah mommy cuba faham walaupun sedikit apa yang ada dalam hati aku. Tapi, mommy bertindak mengikut rasa mommy sendiri. Apa yang difikirnya boleh kembalikan aku yang dulu, itulah yang dibuatnya. Kalau aku mahu, sudah lama aku membalas perbuatan mommy dengan kekerasan. Sebab aku tahu bagaimana darjatnya di sisi Islam, aku diamkan diri. Aku biarkan apa yang mommy nak buat. Biarlah aku kehilangan segala-galanya. Cuma untuk mengunci mulut tidak membalas itu aku tak dapat pertahankan. Dari kecil aku diajar membalas karma perbuatan orang terhadap aku oleh ibu kandung sendiri. Tapi apabila ibu sendiri yang melakukan ini, aku hanya mampu pertahankan diri dengan mulut aku sahaja. Walaupun dosanya hanya tuhan yang tahu, sekurang-kurangnya aku hanya menyakiti hatinya tidak tubuhnya.”

Malam itu, aku meluahkan rasa hatiku kepada Qawie. Aku tahu dia sedih, aku juga sedih. Sedihku berganda daripada Qawie kerana aku mangsa yang merasai kesakitannya daripada tangan ibu kandung sendiri. Kesedihan Qawie hanya kerana melihat kemusnahan keluarganya, sekurang-kurangnya mommy tidak akan sesekali memaksa Qawie mengambil alih kedudukanku sebagai pemilik rasmi kerusi Tao-Holding. Malangku menjadi anak sulung. Kerana keturunan anak pertama akan mengambil segalanya, bukan yang kedua mahupun ketiga. Selagi aku masih hidup, kedudukan itu akan mengejarku sehingga aku menghembuskan nafas terakhir barulah Qawie pula yang menjadi sasarannya. Kerana terlalu percayakan salasilah keturunan yang berabad lalu mommy bertindak begini. Kerana terlalu tinggikan keturunan mommy bertindak begini. Kerana malu dicemuh keluarga yang lain apabila menyerahkan kedudukan kepada pewaris kedua sedangkan pewaris asal masih hidup mommy bertindak begini. Tindakan yang menyebabkan mommy tidak pedulikan lagi kebahagiaan untuk anak-anaknya. Orang cakap beharta ini hidupnya senang tapi bagiku walaupun hidup bermandikan harta sekalipun kebahagiaan tetap tidak boleh dimiliki.

“Tapi sampai bila kak?”

“Entah. Sampai mommy rasa puas. Tapi mengenali mommy, Puan Sri Siew Ming tak akan berputus asa. Mungkin sampai aku mati pun dia tak kisah. Kalau aku melutut mengikut segala telunjuknya, aku menentang agamaku sendiri. Lebih baik aku tak payah masuk Islam. Tapi selagi aku mampu aku bertahan sebab aku yakin Allah akan hantarkan seseorang untuk aku hadapi semua ini.”

“Apapun keputusan kau, aku akan sokong kak. Just be strong. I always be your side. Forever!”

“Promise?”

“Promise.”

Aku tersenyum. Untuk memulakan hari esok, kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk menyambut tangan kita untuk berdiri. Walaupun kita mampu berdiri sendiri. Namun, dengan kekuatan tangan orang lain sekurang-kurangnya kita yakin kita tak akan jatuh. Kalau kita jatuh sekalipun rasa sakitnya tak separah seorang diri kerana ada orang yang akan menghalang kita daripada terus jatuh menyembah bumi.

‘Aku belajar diam dari banyaknya bicara,
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan,
Aku belajar menangis dari kebahagiaan,
Aku belajar tegar dari semua kehilanganku,
Kerana adanya Dia aku belajar segalanya,
Kerana adanya Dia aku masih berdiri,
Kerana adanya Dia aku mampu berdiri teguh,
Berjuang memegang namanya Yang Satu...'






Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan