E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 12 - Bertegang Urat



12: BERTEGANG URAT

Nur Husna meletakkan lampu pelita yang sering dibawanya jika mahu ke situ di atas papan pelantar. Punggungnya dilabuhkan di pankin lalu menghembuskan nafas perlahan. Baju sejuk yang tersarung pada tubuh, sengaja dieratkan lagi mencari haba demi menghilangkan kesejukan bayu malam. Sambil itu, matanya menikmati permandangan suasana kampungnya dari atas bukit itu. Tempat dia selalu melepak sedari kecil.

Klip klip cahaya dari rumah-rumah yang dilihat dari atas menjadikan permandangan itu sangat cantik di matanya. Disimbahi pula cahaya bulan dan sinaran bintang-bintang di atas hamparan pekat malam. Cantik dan indah! Warna-warna cahaya yang dia kagumi sedari pertama kali dibawa oleh Tuan Yusuf. Tempat lepak ayahnya pada waktu-waktu tertentu. Kadang-kadang itu berkhemah di sini. Kata ayahnya, kadang-kadang itu manusia perlukan ruang untuk bersendiri dan berfikir tanpa campur tangan orang lain. Kalau ikut cara Nabi, perbuatan ini dipanggil uzlah[1]. Kalau ikut cara moden, orang panggil meditasi.

Kadang-kadang ayahnya itu datang sendirian sahaja. Tidak bawa Nur Husna mahupun Rozaimah dan Maisarah. Kalau dibawa Nur Husna atau salah seorang daripada kakaknya, maknanya ayahnya sedang mencari teman berbual. Ataupun, mahu ada bicara dari hati ke hati dengan anak-anak gadisnya. Kerana itu semua anak gadis Tuan Yusuf sangat manja dan rapat dengannya. Macam-macam cerita dan rahsia dikongsikan dengan ayah mereka. Dan budimannya, ayah mereka tidak pernah buka apa yang dikongsikan mereka di sini apabila di rumah malah tak pernah suarakan pun hal itu melainkan jika ianya melibatkan pihak lain yang perlukan perbincangan keluarganya. Kalau tak, perbualan mereka kekal rahsia.

Rindu. Jujur Nur Husna sangat rindu akan suasana itu. Rindukan waktu yang dihabiskan bersama ayahnya di sini. Dia sangat sukakan pendekatan ayahnya yang satu itu. Setelah Tuan Yusuf pergi, tempat ini tetap menjadi tempat kegemarannya jika mahu menyendiri. Dua orang kakaknya itu sudah lama tidak jejakkan kami ke sini. Maklumlah, masing-masing sudah sibuk dengan hal rumah tangga sendiri. Selepas ini mungkin dia juga akan jarang datang ke sini memikirkan komitmen yang perlu dia utamakan pada ikatan baru ini. Nur Husna mengusap-ngusap cincin belah rotan yang baru tersarung di tangannya petang tadi.

Ayah, Ateh dah tunang. Doakan Ateh dari sana ye ayah. Supaya pilihan Ateh ini tidak salah.

Biarpun sudah lewat malam, Nur Husna tidak kisah kerana sudah terbiasa. Kalau dia pulang lewat, tahulah Puan Senah ke mana pergi anak gadisnya itu. Lagi pula, ibunya itu akan dimaklumkan juga jika dia ke sini walaupun ibunya itu sudah tahu dan tidak kisah. Mahu bagaimana lagi, rutin suaminya sudah sebati dengan anak bongsunya. Orang kampung juga sudah terbiasa jika melihatnya sendirian di sini. Faham sangat jika terlihat kelibat di atas bukit kecil di tengah-tengah kampung mereka ini.

Keselamatan pula tidak dirisau sangat, kerana memang rutin aktiviti rukun tetangga mereka akan ada yang bertugas untuk meronda di malam hari. Walaupun kampungnya itu jarang ada kes rompakan atau lain-lain, tapi rutin itu tetap diteruskan sebagai langkah berhati-hati. Kalau berkesempatan, adalah juga yang datang menegur Nur Husna berbual kosong sebelum menyambung tugas mereka. Lagipun, tidak jauh pun rumah Nur Husna dari sini. Kalau dijerit Puan Rosnah suruh pulang, Nur Husna dapat dengar dengan jelas. Apatah lagi suara ibunya itu lantangnya luar biasa daripada manusia normal. Haha. Itulah ibunya yang tersayang.

Bunyi ranting dipijak mengalihkan Nur Husna daripada lamunannya. Segera dicari siapa gerangan itu sebelum perasankan satu cahaya yang kelihatan seperti cahaya telefon bimbit diguna buat menyuluh jalan. Semakin dekat figura itu, sedarlah Nur Husna rupanya Bella yang datang. Dengan senyuman manisnya, Bella menyapa lalu mengambil tempat di penjuru pangkin setelah dipelawa Nur Husna.

“Mana Bella tahu akak ada dekat sini?”

Nur Husna memulakan perbualan apabila melihatkan wajah itu tertoleh-toleh ke belakang. Entah apa yang dicari.

“Hehe.. Mak Cik Senah bagitahu akak dekat sini. Bella datanglah. Nak tahu juga akak buat apa. Cantik sangat permandangan dari sini. Patutlah Mak Cik Senah cakap akak suka datang sini. Tempat pun best, macam pondok. Nak tidur pun boleh.”

Kata gadis bertubuh kecil itu sambil kepalanya memerhatikan sekeliling kawasan itu. Selain pangkin, ayahnya juga membina pondok kecil untuk berteduh. Dalam pondok itu juga terdapat bantal, selimut dan tilam jika ada yang mahu melelapkan mata. Kadang-kadang pondok ini digunakan juga oleh orang kampung yang ditugaskan untuk meronda. Alhamdulillah, tidak sia-sia usaha ayahnya bina pondok ini di sini. Bermanfaat untuk sesiapa yang mahu berteduh. Moga pahalanya sampai ke ayahnya sebagai berkalan di sana.

“Cantik kan? Tempat kegemaran akak dengan ayah. Pondok ni ayah yang bina sebab dulu-dulu waktu akak kecil kalau akak ikut ayah ke sini, akak selalu tertidur. Jadi ayah binalah pondok ni. Saja-saja. Kata ayah, peganti khemah ayah yang dah terkoyak. Tak payah beli baru, dan tak payah susah-susah nak bawa khemah dah lepas tu.”

“Cara akak panggil ayah, macam arwah masih hidup.”

Nur Husna senyum mendengar komen Bella.

“Bagi akak, ayah tak pernah pergi. Walaupun jasadnya dah tak ada, tapi ayah tetap hidup dalam diri akak. Kata-kata nasihatnya, gelak tawanya, gurau-senda dan usikan ayah, tak pernah satu pun akak lupa. Di mana-mana saja, di rumah, di kampung ni, di sini.. kelibat ayah di mana-mana. Walaupun dah lama ayah tak ada, akak boleh nampak lagi susuk tubuh dia ke hulu ke hilir seperti nyata. Tapi Bella jangan salah sangka akak tak waras pula, akak sedar ayah dah lama tak ada. Dan akak sangat redha. Tapi itulah, kalau dah teringat semua nampak jelas di mata. Bayang-bayang pun disangka orang. Hehe..”

“Mesti akak rapat dengan arwah kan?”

“Rapat sangat. Ayahlah orang yang paling banyak bagi semangat dekat akak waktu akak putus asa untuk hidup lepas akak kemalangan. – Bella datang seorang je kan. Kenapa tertoleh-toleh ke belakang? Ke ada orang lain ikut juga.”

Nur Husna turut mengalihkan pandangannya ke arah yang dilihat Bella. Melihatkan tiada siapa-siapa, wajah Bella dipandang. Gadis itu hanya tersengih menggaru kepala yang tidak gatal sambil menjeling-jeling ke belakang Nur Husna. Baru sahaja Nur Husna mahu pandang sekali lagi, terasa kehadiran satu susuk mengambil tempat di belakangnya. Nur Husna berpaling melihat gerangan tersebut. Dia tak dapat memastikan siapa kerana susuk yang diagaknya lelaki; daripada apa yang dilihat mata kasarnya, memakai hoodie menutup kepala dan wajahnya. Apatah lagi lelaki itu membelakangi Nur Husna, lebih sukar buatnya untuk mengenalinya.

Wajah Bella yang sedang tersengih dipandang sekali lagi. Gadis itu seperti tidak kisah dengan kehadiran lelaki itu seperti sudah mengenalinya. Agaknya yang tercari-cari tadi merupakan lelaki ini barangkali, kerana itu tiada riak terkejut dan gelisah.

Nur Husna pula yang cuak. Yelah, sudah berpakaian hoodie bertutup semua, warna gelap lagi, macam manalah Nur Husna tidak cuak. Sudahlah datangnya tanpa bunyi, tahu-tahu sahaja sudah duduk di belakangnya. Tambahan lagi, Nur Husna agak lelaki itu baru keluar dari pondok di belakang pelantar. Entah berapa lama lelaki itu di situ Nur Husna tidak tahu. Mujur ada Bella, meremang pula bulu romanya memikirkan sekiranya dia disergah begitu sendirian.

“Si-siapa?”

“Azami.”

Nur Husna tertahan nafas, matanya membulat, mulutnya terbuka luas. Tidak percaya orang yang dinanti sedang duduk di depannya. Sejenak bagai dunianya hanya dia dan susuk berhoodie di belakangnya. Nur Husna tidak berkutik hatta nafasnya juga tidak kedengaran. Walaupun wajahnya disorokkan namun Nur Husna bagai diawangan. Dia mahu menjerit. Orang di depannya ini Azami Norhakim. Oh my Arrrhhhhhhh..

Breath girl. Kalau pengsan I tinggal.”

Oh, dia lupa nafasnya. Fuhh! Terus nafas yang tertahan tadi dilepas kuat bilamana ditegur lelaki itu. Cepat-cepat dia tutup mulut sendiri mengingatkan hatinya sedang menggila dengan jeritan teruja sebentar tadi. Risau terlepas di bibir, dilabel sewel pula oleh si pujaan hati. Acececeee.. dah pandai dah Nur Husna berpujaan hati. Sedaya upaya Nur Husna menyembunyikan senyuman yang semakin tidak tertahan lagi hingga kebas mulutnya. Mujur sahaja hanya ditemani samar cahaya lampu pelita dan mujur juga Azami Norhakim statik begitu, tidak perpaling melainkan hanya pegun pada satu arah menghadap hutan yang gelap-gelita.

“Tak payah nak seronok sangat. Ingat I nak sangat jumpa you.”

Senyum yang tertahan terus kejung mendengarkan kedinginan daripada nada suaranya. Bella di sebelah dipandang seperti memohon penjelasan sedangkan yang bereaksi dingin dengannya lelaki itu. Seperti tidak mahu masuk campur, Bella hanya jungkitkan bahunya lalu sibukkan diri skrol media sosial di telefon pintarnya. Seperti tugasnya hanya sebagai peneman bisu untuk mereka berdua. Dan baru dia sedar, sudah susuk yang dinanti terpacak di sini pastilah ada yang ingin disuarakan.

“Awak sihat..?”

Nur Husna rasa nak terjun gaung sekarang juga. Dalam banyak-banyak soalan, kenapa itu yang dia tanya. Perlahan lukunya menepuk dahi sendiri. Sesal. Lebih sesalnya, lelaki itu tetap begitu. Berselubung tak mahu tunjukkan muka. Di ‘hurmm’ kan saja pertanyaan Nur Husna. Mujur dibalas juga, kalau diam je memang Nur Husna sendiri tolak dia masuk gaung.

“Errmm.. saya rasa awak mesti nak bincang sesuatu. Atau awak sebenarnya tak puas hati dengan keputusan keluarga kita petang tadi? Awak nak panjangkan lagi tempoh pertunangan kita? Atau awak na–”

“Okey. Daripada you buat andaian yang bukan-bukan, I terus terang je lah ye dengan you. Ni, baca. Then, tandatangan.”

Sebuah fail seperti dikeluarkan dari dadanya, Bella sebagai perantara menyambut lalu menghulurnya kepada Nur Husna sebelum kembali sibuk dengan telefon pintarnya. Dengan dahi yang berkerut, fail biru itu disambut. Lampu pelita didekatkan supaya lebih jelas kandungannya untuk dibaca. Helaian kertas diperiksa sepintas lalu bilangannya. Hanya dua keping kertas. Entah apa isinya.

“Kertas apa ni?”

“Bacalah. Macam mana nak tahu kalau tak baca.”

Sinis. Nur Husna mula menajamkan matanya. Jelingan geram diberikan walaupun Nur Husna tahu, lelaki itu tak kisah pun dengan reaksi Nur Husna. Sudah kenapa sedingin ais kutub sikap dia ni? Lebih dahsyat daripada Encik Azam. Aduh Husna, lelaki macam ni ke kau nak buat suami. Kekesalan yang mula bertunas segera dicantas. Risau pula semakin subur rasa itu, hubungan yang baru saja terikat, terputus di tengah jalan. Nur Husna tak mahu hingga ke situ jadinya. Sekali dia buat keputusan, itu putusnya sampai bila-bila. Lagipun mungkin ini ujiannya. Alam pertunangan, macam-macam yang perlu dihadapi. Bergantung pada penerimaan pasangan yang teruji, menang atau kalah?

Kandungan kertas dibaca dengan teliti walaupun agak sukar. Nur Husna ada rabun malam, kaca matanya tidak dibawa kerana tidak menyangka dia perlu membaca di suasana gelap begini. Dahi yang licin semakin berlapis saat mulai memahami isi kandungannya. Setelah semuanya selesai dibaca, Nur Husna berpaling memandang susuk yang masih membelakanginya. Matanya membulat tidak percaya.

“What is this Mr. Azami Norhakim?”

You dah baca kan. Tak kanlah lepas baca dua keping kertas tak faham pula. Kata belajar dah sampai diploma.”

Nur Husna mengetap bibirnya, menahan hatinya sedaya mampu. Jujur, rasa terhinanya tak dapat selindung lagi jika dilihat pada air mukanya. Lelaki ini, lidahnya.. mengapa berbisa sekali. Inikah diri yang terhijab selama ini. Orang yang dibayang, indah khabar dari rupa.

You tunggu apa lagi? Dah baca kan, dah faham kan? Your signature, please. Rimas I duduk sini, dengan banyak nyamuknya. Dengan perempuan macam you lagi. Oh god –Hey, cepatlah. You nak kena I panggil penterjemah ke dekat you baru nak faham? Baru you nak tandatangan?”

Marah Azami Norhakim apabila melihatkan Nur Husna seperti terkaku tidak terkutik. Fail sudah hampir renyuk digenggam tangan kecil itu menahan rasa. Air mukanya, mencuka. Sudahlah sakit hati bacakan kandungan fail yang diberi, ditambah lagi perasa pedasnya dari lidah tajam Azami Norhakim. Bernanah rasanya hatinya yang mulai membengkak.

Mata Nur Husna semakin membulat dan merah, tidak percaya mendengarkan kata-kata Azami Norhakim yang berunsur sindiran pedas itu. Lelaki yang berselubung hoodie berlagak misteri itu dipandang tajam setajam mata pedang. Jika pandangan itu boleh menembusi manusia, kelak sudah berlubang belakang Azami Norhakim yang masih berlagak santai. Tidak berpaling langsung menghadap Nur Husna. Jijik agaknya mahu memandang wajahnya.

Oh Tuhan! Mengapa aku sangat merasa kesilapan sekarang ini....

Anak mata yang teruja tadi mulai berubah sinarnya. Percikan amarah mendominasi, ditambah lagi rasa sakit hati dan benci yang mulai menguasai hatinya yang mudah terusik dengan kata-kata sinis. Apatah lagi kata-kata itu datangnya daripada Azami Norhakim, lelaki yang diagung-agungkan dalam lena dan sedarnya! Oh, betapa dia rasa begitu bodoh sekarang ini. Kepalanya penuh, didesak dengan persoalan. Apa yang difikirkan lelaki ini? Apa yang dilihat pada ikatan sebuah perkahwinan itu? Kalau dia sememangnya tidak mahu, mengapa diberi harapan?

Dek terlalu marah, tidak sempat dirinya menahan, tangannya yang mendahului akal. Laju menghentak fail di tangan ke bahu lelaki yang sedang santai duduk di belakangnya. Refleksi satu kali mengundang untuk terus menghentak yang kedua dan ketiga dan berkali-kali melepaskan geram dan kecewa yang membuak.

“Hey! Hey! Stop! Aw! Aw! Aw! I said STOP!”

Nur Husna berhenti mengambil nafas yang tercungap-cungap apabila dijerkah lelaki itu. Bella sudah terlopong, spontan berdiri di sisi pelantar dengan mata membulat. Gelisah dia melihat Nur Husna dan Azami Norhakim silih berganti, tidak menyangka serangan mendadak daripada Nur Husna.

Disangka mereka Nur Husna sudah puas daripada amarahnya, tapi sekali lagi tangan kecil itu laju bekerja. Tidak sempat menahan dan mengelak, Nur Husna yang tadinya duduk sudah bangun naik berdiri di atas pelantar. Azami yang tidak sempat mengelak, hanya mampu berdiri tanpa sempat berundur jauh selain pertahankan diri dengan tangannya.

“Are you insane, woman!”

Nur Husna tidak peduli. Dia Nur Husna. Bukan gadis kampung yang kononnya sentiasa patuh sepanjang masa. Daripada mula dia sudah dihidangkan dengan kekecewaan berdepan dengan perkenalan seorang Azami Norhakim, tapi dipertahankan dan dipujuk diri apatah lagi disenangi keluarganya. Jadi dia yakin pilihannya tepat. Segala yang dirasa pada sikap acuh tidak acuh Azami Norhakim untuk meneruskan ikatan ini, Nur Husna buat tak tahu dengan semua itu. Tapi, apabila sudah bertemu muka ke muka begini, ternyata sikapnya begitu kontra daripada apa yang disangka. Lelaki ini begitu menjengkelkan! Tambahan lagi dengan syarat yang tidak masuk akal daripada Azami Norhakim. Dia fikir Nur Husna itu kuli!? Aku gila atau dia yang gila sebenarnya!?

Dadanya berombak laju kerana amarah yang menguasai emosi. Nur Husna memang gadis yang tidak akan kompromi dengan lelaki. Iya, memang Nur Husna tak pernah ada kisah silam yang pahit antara dia dan lelaki hingga buatkan dia anti pada kaum itu. Nur Husna tidak sampai benci pada mereka tanpa asbab yang kukuh. Cuma dia sangat berhati-hati. Sebab lelaki yang ditemui, bukankah sikap mereka selalunya besar kepala, ditaktor, suka mengarah, suka menang dan egois! Huh! Dan Azami Norhakim yang sudah membuka pekung sisinya yang satu ini depan Nur Husna. Memang salah besar!

Dia dingin dengan lelaki, tentu ada sebabnya bukan saja-saja. Dia sombong dengan mereka, kerana sikap mereka sendiri. Kalau baik laku mereka, Nur Husna tak akan tunjuk sisi kasarnya yang satu ini. Apa? Mereka fikir Nur Husna itu perempuan lemah yang hanya patuh menurut segala telunjuk mereka. Nur Husna bukan lembu yang boleh dicucuk hidungnya bila-bila masa. Dia manusia. Dia wanita. Yang punya perasaan dan prinsip.

“Nur Husna, I said stop!”

Kali ini jerkahannya bersama tindakan. Kedua-dua lengan Nur Husna dihentikan dengan cengkaman kasar. Pap! Bunyi fail jatuh ke lantai pelantar tidak dipedulikan oleh mereka. Masing-masing tegang bersabung mata tajam mencerlung. Tercungap-cungap kedua-duanya kerana penat memukul dan penat pertahankan diri. Bella sudah memegang kepala, gelisah mahu melakukan apa. Kalau dibiar, gondol pula bukit kecil ini nanti hasil perang kedua-dua teruna dara yang sedang bertegang urat. Kalau mahu didamaikan, bagaimana? Salah langkah, dia pula yang dilempar masuk gaung. Difikir mereka mahu berbincang biasa-biasa sahaja, kerana itu Bella rela menemani abangnya. Tapi lain pula jadinya.

Don’t touch me! Lepaslah!”

Nur Husna bergelut tenaga lalu merentap kuat kedua-dua tangannya melepaskan diri. Mujur cengkaman Azami Norhakim tidak terlalu kuat. Kalau tak, tergeliat lengannya yang hanya tulang itu. Walaupun begitu, pedih juga rasanya cengkaman tangan besar Azami Norhakim. Nur Husna menjeling lagi, bertaut mata coklat yang masih tajam memandangnya.

Nur Husna tersedar. Mata coklat!

Dengan bantuan bias samar cahaya api, mata coklat itu direnung lagi. Memastikan dia tidak silap. Sinar amarahnya sudah berubah keliru. Tertanya-tanya. Mustahil! Dan mengapa lelaki ini, menutup separuh mukanya dengan memakai topeng mulut bewarna hitam? Hanya mendedahkan dahi luasnya dan dua mata coklat itu. Warna coklat yang ada percikan hijau dan kelabu tercalit pada anak mata itu jika diperhatikan betul-betul secara dekat. Dan mata itu Nur Husna tahu, hanya ada pada seorang.

“Encik Azam?”

Lelaki itu kelihatan terkejut. Segera matanya dilarikan. Wajahnya dialihkan, menayangkan sisi mukanya yang ditutupi hoodie. Dahi Nur Husna berlapis, keliru dan tertanya-tanya.

“Azami. I Azami Norhakim.”

Nyata lelaki itu. Menafikan telahan Nur Husna.

“T-tak! Saya kenal mata encik. Hanya Encik Azam ada anak mata warna ni. Ah..! Jangan cakap ini semua penipuan encik? Encik Azam! How dare you?! Apa yang encik rancangkan sebenarnya? Encik tipu saya!”

Kasar wajah itu berpaling. Bengis. Matanya dipejam rapat, kedengaran ketapan antara gerahamnya. Dua tangannya di sisi digenggam membentuk penumbuk menahan diri. Kelihatanya urat-urat hijau mulai timbul disebalik kulitnya pada dahi dan tangannya. Mata dibuka, membalas renungan amarah Nur Husna di hadapannya.

“I Azami Norhakim. Azam. He’s my brother. My twin. We share the same blood. Where do you think I got these beautiful irises from? Apa? You ingat, abang I je lah yang ada mata ni. Pity you! Huh! Macam ni berangan nak jadi isteri I? Menuduh melulu tanpa menyiasat dan bertanya. Apa yang umi fikirkan? I see nothing in you, Nur Husna.”

Dia provok. Sengaja mahu membangkitkan jiwa memberontak dalam diri Nur Husna. Mata Nur Husna membesar sebelum terkebil-kebil. Kenaifan mula membelenggu diri, seolah-olah percaya terus maklumat yang disampaikan tanpa bertanya lagi. Jarinya dibawa ke mulut, digigit tanda gelisah dan serba-salah. Amarahnya tiba-tiba hilang, malah serba-salah pula yang menguasai emosi. Percaya sungguh dengan kata-kata lelaki itu. Kepala yang mendongak, berani, perlahan melorot ke bawah. Menunduk memandang lantai pelantar. Terkesan sungguh dengan provokasi Azami Norhakim yang merendah-rendahkannya. Nur Husna tahu kekurangan dirinya, sangat jauh untuk berdiri sama tinggi dengan Azami Norhakim.

“Minta maaf. Saya... say–”

Nur Husna berhenti apabila matanya menangkap fail biru yang tersadai di pelantar. Isinya sudah terkeluar, keronyok dan terlipat berselerak. Melihatkan itu, sinar matanya kembali membara. Sakit hati dan kecewanya kembali bertandang. Segera fail dicapai kasar dan menunjuk kepada Azami Norhakim dengan wajah bengisnya.

“Okey. Saya minta maaf sebab tuduh melulu tadi. Saya tak tahu. Encik Azam tak pernah cakap dia ada kembar. Dan kembar itu awak. I just knew you as his younger brother. But.. don’t you think this is too much. Awak ingat perkahwinan ni tempat kerja awak ke? Awak ingat saya ni pekerja awak ke? Sesuka hati awak nak letakkan syarat dan kontrak macam ni? Apa ni Azami?”

Suara Nur Husna sudah tinggi sehasta daripada biasa. Tiada lagi lemah lembutnya. Kerana sekarang ini, dia sedang marah. Sangat marah. Postur tubuh Azami Norhakim yang tadinya menegang mula berlaku santai. Dua tangannya mula disangkut pada kiri kanan poket denimnya. Keningnya diangkat sebelah. Kolam matanya berkocak sinis, kalau dapat dilihat pasti jungkitan bibirnya juga sama.

You siapa? I siapa?”

Nur Husna terkedu dengan pertanyaan itu. Matanya bulat, tak disangka.

You fikir dengan english you yang berterabur, pendidikan setakat diploma; itupun tentang kanak-kanak yang tak ada kena mengena dengan I. You fikir setaraf la you dengan I? Nevermind, I tak kisah sangat pun. But when umi kept bragging to me about you, what with all your kindness, how sweet you are, your cuteness, your humility yada yada yada. Then, I just relized that actually you slack in everything.”

Azami membongkok, mendekati Nur Husna. Sedikit menunduk. Walaupun Nur Husna sudah tinggi dibantu pelantar, namun tidak mampu menyamai ketinggian Azami Norhakim yang menggalah. Terasa dirinya sangat kerdil dengan bahasa tubuh Azami Norhakim. Ditambah lagi dengan hamburan sinis, sorotan matanya yang jengkel dan kata-katanya yang menghina. Nur Husna rasa terperosok. Hatinya sangat sakit, berdarah dengan provokasi lidah Azami Norhakim.

“A businessman like myself, I don’t really have time to play husband and wife like all the other lovey dovey couples out there. And, to deal with your weaknesses? That’s too much for me. You can’t cook. You can’t do laundry. You know nothing about being a perfect wife. And you can’t even knit for me like umi. You’re nothing for me to rely on. You’re nothing. And, I heard your late father forbid you to tidy the house, or even do any heavy work because of the accident. Huh! Supposedly it’ll damage your health! Might break a bone will it? Bullshit! That bone’s been fractured 10 years ago! You’ve never even tidied a house! And, NOW you wanna be my WIFE? Dream on, lady! You’ve nothing what I want in a wife. Such a waste! You’re the most useless woman I have ever known.”

Nur Husna menggigit bibirnya kuat, tak terasa sakit luka bibirnya yang mula berdarah. Hatinya lebih sakit dan terluka. Matanya berkaca-kaca menunggu masa empangan tubir matanya pecah. Seumur hidupnya, pertama kali dirinya dihina sebegini rupa.

Oh, now what? Berlakon cengeng macam perempuan normal. Eh, you fikir I kisah? You fikir I nak pujuk you? Jangan mimpi girl. Not even in your dream?”

“Hentikan Azami! Kalau awak benci sangat dengan kecacatan luar dan dalam saya, kenapa awak biarkan hubungan ni diteruskan? Peluang awak dah ada sebelum ni, terlalu lama peluang diberikan pada awak, untuk awak ke depan dan bagitahu semua orang yang awak tak setuju dengan penjodohan ini. Awak dah tahu kekurangan saya. Awak dah tahu saya ni tak layak langsung untuk jadi isteri awak. Jadi kenapa? Kenapa awak tak hentikan pertunangan ni dari mula? Kenapa?”

Kali ini, Nur Husna mengeluar hampir semua suaranya. Dicampur serak dan sebak. Tekaknya perit kerana terlalu berusaha menahan tangisan yang membuak-buak mahu mengalir. Kalau dia menangis, lagi seronoklah lelaki ini mahu menghinanya. Nur Husna tak mahu kelihatan lemah. Nur Husna tak mahu kelihatan bodoh dan terhegeh-hegeh. Nur Husna benci diperkotak-katikkan sebegini rupa. Dia rasa terhina! Sangat!

“I tak pilih. I dah bantah. Umi yang terlalu teruja nak kan you jadi isteri I. Entah apa yang umi nampak pada you. Entah-entah lepas kahwin, mengandung pun tak boleh.”

Pang!






[1] Pengasingan diri daripada banyak orang

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Tuhan Jadikan Dia Jodohku FULL (Edited version)

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 5 - She's my wife

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan