E-novel: Dia Lelaki Itu 3
20 Mei
2006
Sudah
seminggu aku terlantar di atas katil. Setelah aku disahkan demam panas yang
melampau, suntikan dadah ke atasku juga dihentikan. Tetapi aku tahu itu hanya
sementara kerana daripada bicara mommy yang aku dengar rutinku akan kembali
seperti biasa apabila aku benar-benar sembuh. Aku tersedar dari lena yang
panjang, mataku yang kabur aku cuba jelaskan dengan mengelipkan mataku
berkali-kali. Tubuhku aku angkat bersandar pada penghadang katil. Tekak yang kering
membuatkan aku tercari-cari air untuk diminum. Air mineral yang disediakan
dalam termos aku capai. Cawan yang ditangkup di atas dulang juga aku ambil dan
menuang airnya ke dalam cawan. Aku minum rakus menghilangkan dahagaku.
Pintu yang
terkuak tidak menarik perhatian untukku tahu siapa tetamuku. Pasti mommy yang
setiap hari melihat keadaanku. Dan aku tahu apa yang bakal diucapnya, ‘Mei Xi,
please recover yourself faster. Tao-Holding needs you there.’ Aku bosan dengan
apa yang akan aku dengar, segera aku kembali meliputi tubuhku dengan selimut.
Derapan langkah yang menghampiri aku abaikan. Tubuh yang tidak bermaya
membuatkan mataku mula lali. Bila-bila masa sahaja aku akan kembali terlelap.
Zzz...
“Sister?”
Seseorang yang menyentuh bahuku membuatkan aku tersentak dari lelapku yang
sekejap cuma. Aku mencelikkan mata dan berkalih iringku ke arahnya. Crist, adik
aku duduk melutut di sisi katil tersenyum melihatku. Tangannya melekap pada
tubuhku menyukat suhu. Aku hanya membiarkan.
“How’re
you? Getting better?” Penuh kelembutan dia bertanya keadaanku. Rambutku
diusapnya penuh kasih sayangnya. Aku memejamkan mata menahan sebak. Jika tidak
kerana Crist, aku pasti memikirkan aku sendirian di dunia ini. Kerana
layanan Crist aku masih punya rasa mempunyai sebuah keluarga. Dia satu-satunya
manusia yang mengerti keadaan aku.
“Ianya
lebih baik sekiranya aku tak sembuh selamanya.” Perlahan aku berkata meluahkan
rasa geram di hati.
“Shh,
jangan cakap macam tu. Aku nak kau sembuh. I miss my cheerful sister.” Tanganku
digenggamnya cuba memujuk.
“The
cheerful one almost gone because her mother! Aku lebih rela tak sembuh Crist.
She’ll give me the drug again. It’s hurt. Really hurt. It make me want to die.”
Rasa sebak yang kutahan akhirnya tumpah dengan deraian air mata. Entah
bagaimana aku ingin katakan. Tapi, penderitaan yang aku tanggung terlampau
memeritkan. Tidak mampu aku ceritakan bagaimana rasanya.
Crist
duduk di sisi katil. Air mataku yang mengalir laju membasahi pipi di kesat
dengan tangannya. Tubuhku dipeluknya menenangkanku. Aku melingkarkan tanganku
dilehernya erat. Wajahku aku sembamkan pada bahunya. Aku menangis
semahu-mahunya sehingga teresak-esak. Suara tangisanku sangat memilukan
sehingga aku begitu takut mendengarnya. Crist tenang memujukku. Belakangku diusapnya
berkali-kali. Agak lama aku menangis dan melihatku mulai tenang, Crist
melepaskan pelukanku. Dia melekapkan tangannya di wajahku yang sembap dengan
air mata. Dia tersenyum manis memujukku.
“It okay.
I’ll help you get out from this severe place.” Aku terpana mendengar
kata-katanya. Apa maksudnya? Matanya aku perhati dalam cuba menggapai maksud
yang cuba disampaikan.
“What do
you mean?” Aku bertanya inginkan kepastian.
“Shhuu...”
Crist meletakkan jari telunjuknya di bibirku.
Perlahan-lahan
dia bangun dari duduknya. Kakinya diatur menghampiri pintu. Kepalaku mengikut
ke arah langkahnya. Ketukan pintu dari luar memelikkan aku. Siapa yang ketuk?
Dan Crist yang berdiri di hadapan pintu sedari tadi membukanya apabila
mendengar ketukan tersebut. Dia menjenggukkan kepalanya ke luar berbicara
sesuatu dengan seseorang yang aku juga tidak tahu siapa orangnya. Setelah
beberapa minit berbicara, pintu kembali ditutup dan Crist menghampiriku semula.
“Listen. I
know this is crazy. But, I’ll make sure I do it. Aku tahu kau menderita kak.
Aku dah penat melihat mommy memperlakukan macam-macam terhadap kau. Aku penat
mendengar suara kau menjerit mengerang kesakitan. Aku rasa dah cukup semua ini.
Masanya untuk kita pergi. Apapun kak, aku nak kau kuatkan semangat kau untuk
pergi dari sini. I promise, aku akan lindungi selama-lamanya. I swear to God
with my soul. We have no more time. Mommy and daddy are not here. Now, come.
Follow me.”
Dengan
kata-kata itu, Crist memapahku bangun. Tubuhku yang lesu aku gagahkan untuk
berdiri. Crist memasukkan semua barangan keperluanku dalam beg sandangku.
Barang-barang penting sahaja diambilnya. Selebihnya ditinggalkan. Aku
ditariknya ke pintu. Di hadapan pintu, kepalanya ditoleh kiri kanan memastikan
keadaan selamat. Pembantu-pembantu yang ramai di rumah agam yang melalui di
hadapan mereka hanya menunduk hormat dan pergi. Setelah pasti tidak ada orang
yang melihat, aku ditarik Crist keluar. Terhendap-hendap kami turun ke tingkat
bawah.
Tiada
halangan yang menyukarkan kerana Crist melalui laluan yang jarang digunakan
penghuni rumah itu. Akhirnya laluan itu membawa kami keluar di pintu belakang
yang agak berhabuk. Pintu dibuka dari luar oleh seseorang. Berdebar-debar
jantungku berdetak, seram sekiranya yang muncul itu adalah mommy atau daddy.
Tapi memikirkan semula mustahil kerana mommy atau daddy tidak akan lalu laluan
gelap dan kotor seperti ini kecuali keadaan terdesak. Keluar sahaja dari pintu
itu, aku terus diheret Crist mengikuti seorang lelaki tua ke sebuah kereta
usang melintasi jalan raya yang depan dengan rumah agamku.
Aku masuk
duduk di bahagian belakang bersama Crist. Crist memberi arahan kepada lelaki
itu untuk pergi ke suatu tempat yang aku tak tahu. Aku memandang rumah agam
yang tiga tingkat tingginya semakin menjauh daripada pandanganku akhirnya
hilang apabila kereta membelok ke sisi lain. Crist mengeluarkan sweater dari
beg dan menyelimuti tubuhku yang agak menggigil. Aku tersenyum sebagai tanda
terima kasih. Aku menyandar tubuhku selesa. Adakah aku benar-benar akan bebas
setelah pemergianku dari sini? Atau ini hanya sekadar permulaan hidupku yang
baru dan pastinya mencabar.
*******
Tiba
sahaja di hadapan sebuah rumah sederhana biasa tetapi dua tingkat, kereta yang
sudah lama memandu akhirnya berhenti. Aku yang asyik dalam lenaku tersedar.
Mataku mula melilau tertanya-tanya di mana aku. Namun, suasana sekeliling
terlalu gelap kerana malam sudah berlabuh menyukarkan aku memastikan di mana
aku berada. Apa yang aku dapat teka pastinya aku berada di suatu tempat yang
sangat jauh dari istana Tao.
Pintu
dibuka dari luar dan Crist menarikku keluar dari kereta. Lelaki tua yang
memandu tadi seperti memberi salam dari luar. Loceng rumah ditekannya menanti
tuan rumah keluar. Dia orang Islam? Aku memandang wajah Crist ingin bertanya.
Tapi keadaan tubuhku yang sangat tidak bertenaga membuatkan aku memandangnya
hanya sekadar buat syarat. Crist hanya tersenyum melingkarkan tangannya di bahu
memelukku kemudian kembali memandang ke depan. Rumah yang tadinya gelap gelita
mulai cerah apabila lampu dibuka dari dalam. Pastinya tuan rumah sudah terjaga
memandangkan lelaki tua tadi berulang kali memberi salam dan menekan loceng.
Pintu terkuak dari dalam dan seseorang menjengulkan kepalanya ke luar. Suara
seorang perempuan menjawab salam dan memanggil seseorang dari dalam. Perempuan
itu kemudiannya keluar menghampiri pagar sebelum dibukanya.
“Eh..
Uncle Man.” Perempuan itu mengenali lelaki tua itu. Pantas sahaja tangan
lelaki yang dipanggil Uncle Man itu ditarik dan diciumnya. Uncle Man mengatakan
sesuatu kepada perempuan yang bertudung litup itu. Perempuan itu sekali sekala
mengalihkan pandangannya ke arah kami dan Crist hanya tersenyum mengangguk. Aku
pula kaku tidak berkuasa untuk memberi riaksi hanya mampu membiarkan tubuhku
bersandar pada dada Crist lemah.
Tidak lama
kemudian seorang lelaki yang agak tinggi muncul di sebalik pintu. Cahaya lampu
yang samar-samar menyukarkan aku memastikan bagaimana rupanya. Keadaan tubuhku
yang tidak bermaya aku cuba gagahkan untuk berdiri. Lelaki itu yang semakin
mendekat membuatkan wajahnya hampir jelas. Tetapi keadaan mataku yang mulai
kelabu menghalang aku memastikan siapa lelaki itu. Naluri aku kuat menyatakan
dia seorang yang aku kenal. Kerana tidak mampu lagi bertahan akhirnya tubuhku
rebah ke tanah. Aku hanya mendengar suara Crist memanggil namaku berkali-kali
sebelum segalanya tenggelam ditelan dunia.
Comments
Post a Comment