E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 18 - Tohmahan
18: TOHMAHAN “Abang ni kenapa!?” Tinggi suara Nur Husna membentak sambil bercekak pinggang menghadap Fadli yang sedang santai menghirup teh panas yang baru disediakan Puan Senah sebentar tadi. Sebal hatinya memikirkan kelakuan Fadli yang tiba-tiba mengaku Nur Husna bakal isteri dia. Masih terbayang-bayang di benaknya wajah bengis Azam yang bagai mahu menelan Nur Husna hidup-hidup saat mendengar pengakuan Fadli itu. Lebih buatkan hati Nur Husna walang, mengenangkan Qalbi yang ditinggalkan masih teresak-esak menangis. Mahu memujuk bayi itu sehingga dia tenang, Azam pula yang tiba-tiba diserang puting beliung. Masih berdebar-debar jantung Nur Husna ketika ini dek kecut perut mengenangkan Azam yang mengherdiknya tadi supaya segera pergi. Malah, usahanya mahu tetap di situ sampai Qalbi tenang juga tidak diterima. Apatah lagi, apabila Fadli semakin menggesanya untuk pulang bersama Fadli. Masih terasa sengal bahunya ditolak kasar oleh Azam tadi. Tanpa pamitan, laju k...