Posts

Terkini!

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 18 - Tohmahan

Image
18: TOHMAHAN “Abang ni kenapa!?” Tinggi suara Nur Husna membentak sambil bercekak pinggang menghadap Fadli yang sedang santai menghirup teh panas yang baru disediakan Puan Senah sebentar tadi. Sebal hatinya memikirkan kelakuan Fadli yang tiba-tiba mengaku Nur Husna bakal isteri dia. Masih terbayang-bayang di benaknya wajah bengis Azam yang bagai mahu menelan Nur Husna hidup-hidup saat mendengar pengakuan Fadli itu. Lebih buatkan hati Nur Husna walang, mengenangkan Qalbi yang ditinggalkan masih teresak-esak menangis. Mahu memujuk bayi itu sehingga dia tenang, Azam pula yang tiba-tiba diserang puting beliung. Masih berdebar-debar jantung Nur Husna ketika ini dek kecut perut mengenangkan Azam yang mengherdiknya tadi supaya segera pergi. Malah, usahanya mahu tetap di situ sampai Qalbi tenang juga tidak diterima. Apatah lagi, apabila Fadli semakin menggesanya untuk pulang bersama Fadli. Masih terasa sengal bahunya ditolak kasar oleh Azam tadi. Tanpa pamitan, laju k

E-Novel: Persiapan Seorang Wife-to-be 17 - Ibu Susuan

Image
17: IBU SUSUAN Sambil menepuk-nepuk Qalbi yang pulas tertidur dalam baby carrier yang dipakainya, matanya tak lepas melihat video yang sedang dimainkan di Iphone yang dipinjamkan Azam. Tangan kiri menepuk Qalbi, tangan kanan pula memegang sudu yang penuh berisi nasi goreng yang sudah sejuk dek tidak bersuap ke mulut kerana terlalu fokus untuk memahami isi kandungan video tentang Supplemental Nursing System itu. Sedang dia ralit melihat, tiba-tiba terasa benda sejuk menyentuh bibirnya. Langsung dipanggung kepalanya meninggalkan fokusnya pada video, melihat pemilik tangan yang sedang cuba menyuapkan nasi ke mulutnya. Azam menjogket keningnya memberi isyarat supaya membuka mulutnya. “Eh tak apa Encik Azam. Maaf, ralit pula saya tengok video ni. Encik Azam makanlah. Nasi saya pun banyak lagi.” Nur Husna berkata sambil menolak sudu yang disua Azam. Tapi Azam masih statik berdegil tidak mahu menuruti kemahuan Nur Husna. Malah dahinya pula dikerut serius tanda tidak me