E-Novel: Maroc Love Footprint 9
Dari jauh bayangan menara tinggi menjulang ke langit sudah kelihatan, atap bata hijau tua yang cantik teratur semakin dekat di mata, kedua-dua itu penunjuk utama sebagai pemandu arah mengenali masjid-masjid di Morocco petanda bahawa mereka sudah hampir ke destinasi. Akhirnya pandangan memukau menyambut mereka dengan sapaan susunan ribuan batu bata besar membentuk sebuah masjid mewah, bercat koko mustard dindingnya hingga ke kubah puncak, serata warnanya menyinari masjid seolah-olah bangunan itu bercahaya dengan adunan warna yang indah. Apatah lagi dengan bantuan simbahan cahaya lampu malam, sinarnya menggamit manusia untuk tidak teragak mampir menyinggah. Nun, di kiri bangunan anjung segi empat bertiang tinggi menyambut pengunjung yang hadir, segera melindungi jemaah sekiranya cuaca luar sedang dilanda badai hujan mahupun sengatan terik mentari, langsung ke gerbang besar berkayu cedar, gah mengalu-alukan pengunjung yang sudi hadir ke rumah Il...